Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anekdot ZRA

Anekdot Buku

Rate this book
Pada dekad 80-an; kalau bosan atau pada hari-hari inginkan ruang; saya ke Kowloon. Duduk di bawah tiang lampu di penghujung jalan.

Melepak sambil membaca; dengan diiring riuh-rendah suara pondan. Kowloon dunia liar tempat jantan hidung belang.

Tapi, saya lebih sukakan bersama buku. Hidup yang polos dan berantakan terasa terubat dengan ditemani momen membaca.

~ ZRA

199 pages, Paperback

First published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Zainal Rashid Ahmad

44 books108 followers
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (47%)
4 stars
9 (47%)
3 stars
1 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Hasliza Rajab.
242 reviews8 followers
June 26, 2026
Mana mungkin saya mengenepikan buku ini selepas membaca Siri Anekdot beliau yang sebelumnya. Sama juga seperti siri anekdot sebelum ini, Anekdot Buku membawa kita kepada hubungan beliau dengan buku-buku dan bagaimana beliau jatun cinta dengan buku. Turut diselitkan insan-insan yang berjaya mempengaruhi beliau untuk cintakan buku semasa era beliau menjadi kutu jalanan dan hilang arah tujuan hidup, sehingga sanggup tinggalkan alam persekolahan. Namun itu bukan titik akhir!

Paling saya suka apabila beliau menyebut buku-buku yang pernah saya baca dalam anekdot ini dan saya tahu betapa besarnya pengaruh buku ini dalam menjentik kesedaran rakyat suatu ketika dahulu.

"Pemburu buku juga manusia yang mahu 'berkongsi pengalaman' atau sekadar ingin bercerita 'rumitnya kehidupan".

Inilah kelebihan penulis yang membuatkan saya jatuh hati dengan buku-buku beliau. Gaya penulisannya bersahaja tetapi mesejnya amat jelas. Bahasa yang digunakan juga sederhana tanpa menggunakan terma-terma yang tinggi, tetapi masih membuatkan hati kecil saya tersentuh dengan setiap pengalaman yang beliau kongsikan, pengalaman beliau dengan buku.

Hakikatnya saya sedar hubungan kita dengan buku terlalu peribadi. Mungkin bagi sesetengah orang, buku ini adalah objek atau benda, tetapi bagi penulis, buku merupakan teman perjalanan beliau seperti buku Bumi Manusia karya Pramoedya Ananta Toer. Dan sama juga seperti saya, buku-buku yang saya baca adalah buku-buku yang menemani dan turut membawa bersama memori perjalanan hidup saya.

Anekdot Buku bukan sekadar sebuah anekdot, ianya merupakan satu penghormatan kepada budaya membaca. Ianya bukan sahaja berfungsi untuk membentuk pemikiran, malah menyimpan kenangan dan menemani perjalanan hidup seseorang. Saya yakin, setiap buku yang kita baca mesti meninggalkan sesuatu untuk diri kita,kan!
Profile Image for Abdul Rahim Abd Kodir.
48 reviews
July 20, 2026
"Wartawan adalah kerjaya; kerana kita perlu ada kerja buat menyara diri. Tapi menulis adalah cita-cita". Kenyataannya aku lihat semua ini adalah buah daripada buku dan aktiviti membaca.

Entah kenapa setiap buku Tuan ZRA ini sangat mudah dilahap dan sedap dinikmati. Bahasanya mudah tapi indah walaupun penuh dengan fakta dan maklumat.

Sekali menjamahnya kita takkan tinggalkan sehingga akhirnya kita menjilat jari jemari berasa tidak cukup dan tidak puas mahunya lagi. Itu yang selalu aku rasakan.

Buku ini tidak hanya membentangkan kepada kita bagaimana buku mempengaruhi monen-momen perjalanan hidup beliau, bahkan juga bagaimana buku mempengaruhi tokoh-tokoh lain yang beliau kagumi.

Tuan Haji ZRA juga menunjukkan fakta-fakta yang menunjukkan bahawa budaya membaca yang tidak begitu berakar dalam masyarakat kita sedangkan kita adalah ummatal iqra'. Kebanyakan data diambil daripada kajian Picodi.com.

"Nisbah 1 bagi setiap 5 rakyat Malaysia tidak meminati buku, satu realiti yang memalukan. Apa lagi bagi sebuah negara yang giat meletakkan budaya membaca sebagai teras membina negara bangsa".

Terima kasih Tuan Haji...
Displaying 1 - 2 of 2 reviews