“Saya selalu fikir cinta bukan untuk saya. Tapi kenapa saya rasa dalam hati saya... Ada awak?”
TUAN SYAFIQ TUAN HAIKAL… Dia cuma inginkan kehidupan yang tenang tanpa kekusutan. Tiada lagi dendam. Tiada lagi kebencian. Namun, pertemuan demi pertemuan dengan Nur Adra yang kasar, keras dan degil membuatkan Syafiq buntu sendiri. Saat dia ingin menjadi lelaki yang lebih baik, kenapa gadis itu tidak habis-habis mencabar ego lelakinya?
“Kau memang suka berlagak baik, kan?”- Nur Adra “Baik? Huh! For your information, istilah ‘baik’ tak pernah ada dalam kamus hidup aku. Jadi, jangan sesekali cuba cabar kesabaran aku!” - Syafiq
NUR ADRA… Hatinya kosong. Jiwanya mati. Baginya, kehidupan ialah lebih kejam daripada sebuah kematian. Kemunculan lelaki bernama Syafiq itu pula, tambah mengacau-bilaukan keadaan. Ke mana sahaja dia pergi, akan ada wajah tenang Syafiq. Dan sungguh! Dia benci akan ketenangan itu. Ketenangan yang seakan-akan mengejek seluruh perjalanan hidupnya.
“Awak ni… Perempuan jenis apa sebenarnya?” - Syafiq “Dia… Lelaki yang mampu membaca kau, Nur Adra.” - Adra
Kemunculan bersahaja Nizam membuatkan Adra terperangkap dalam percaturan antara lelaki itu dan bapanya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengambil keputusan paling drastik dalam hidupnya.
“Tuan Syafiq Tuan Haikal, will you… Marry me?” - Nur Adra “Awak takkan mampu bayangkan saya ini manusia jenis apa. Lelaki jenis apa. Kalau awak tahu, Ara… Awak takkan mahu jatuh ke tangan saya.”- Syafiq
Tatkala kehidupan mereka semakin berselirat, Syafiq kian tertanya-tanya. Mampukah dia membuka pintu hati Adra? Atau mungkinkah Adra akan terus hanyut dan tenggelam dalam kegelapan yang semakin membunuh jiwanya?
I am surprised that I’ve managed to finish this in a day despite how heavy the genre is.
A continuation of Jodoh Itu Milik Kita, book is about Syafiq who tries to live his life after the damages he had done in the first book. And how does he feel like seeing a female counterpart that behaves exactly like him?
Adra… she is a woman of twisted history. She had never felt living a meaningful life after an incident that occured to her when she was a minor.
In the end, the antagonists deserve their fate.
We also get to see Aariz getting the closure in his life for him to be able to move on with his life.
Hate is too great a burden to bear. It injures the hater more than it injures the hated. - Coretta Scott king
This actually antara novel tebal first yang saya miliki 🥹 novel ini sambungan dari novel dan drama bersiri jodoh itu milik kita
This story is just sad serious dia main perasaan kepada yang mengharapkan novel ini ada gelak ketawa anda silap kerana ini sambungan kisah Syafiq dan masa lalunya
But overalls this book antara buku yang saya boleh baca berkali-kali walaupun ia bermain emosi
tak ku sangka syafiq yg dulu bukan syafiq yg skrg... MB suka suka suka
tak sangka best la pulak cerita ni... cuma diawal cerita a bit bosan sbb yang MB baca terjerit terpekik terlolong dari heroin sangat menjengkelkn.. tapi itu mmg watak dia..
ara yang sekarang tiada perasan hati dia mati semua berpunca dari kisah silamnya.. terasa betapa kejamnya darah daging dia kerana harta dan maruah dia menjadi mangsa..... akhirnya muncul syafiq full with love to share dgn ara... yang hitam kini mula kemerah merahan... merah itu cinta huhu
kata syafiq she is in pain. so much pain.. she is the women that i love, umi..satu-satunya perempuan yang Fiq nak jaga,nak lindung sampai bila-bila.. Protect her in my own way... DIA LAH PEMBUKA HATI ARA
Aci tak kalau bagi review secara pukal? So Sorry if its kind of “rojak” but who cares… ***devil grin***
1. JIMK - Mula berkenalan walaupun a lil bit cliché kalau sekilas pandang mcm telenovela sbb ada Filipino background tp author bijak meng”twist” here and there sehingga membuatkan reader mcm saya susah letak. And to be frank Author, I baca this before JIMK di dramakan. I am not really GOOD “believer” bila buku cerita diadaptasi sbb to me pengahayatannya akan kurang dan hanya akan membuatkan saya more FRUST bila ianya tidak dapat mencapai “piawaian”. I did watched few episodes permulaan but then I stop bila dah nampak hala tuju dah tersasar. So sorry again. Coz to me ada certain things cukup untuk di”drama”kan di atas kertas tapi tidak di “layar perak”.
2. CRT - Mcm dah jatuh berkenan and suka double trouble coz susah nak dapat di Malaysia buku novel yang “ala2 detective ni + cintan cintun sikit + adventure” = results yang sgt boleh dibanggakan (so far baru jumpa 3 author macam ni inc. Sara Aisha)
3. ESMS - A lil bit "stress" for me coz ; a) POV yang diguna pakai b) Not really into korean fan so = otak jd tepu (coz while im reading it all the dialogues sounds a “bit” childish to me and kind of frustrated coz “kemana hilangnya “sepecial touch” from Sara Aisha” c) still tengah struggle nak menghabiskan so ‘kata putus” still hanging
4. PH – Ouccchhh, Alhamdulillah “Sara Aisha” dah back on track. Dialogues more more matured. To me I treat it as a sequel to JIMK eventho if others think its NOT (yes even ada yang tak read JIMK pun still can pick up whats the issues from previous). Author pandai menghubungkaitkan conflict main with 2nd characters perfectly and make this book life and flows with its own way. Well done, again.
Just a few chapters yang depan2 tu mcm ada a bit confusing dari segi narrative not much just seperenggan yang membuatkan me have to think deep sikit but to others rasanya ok je kot. and a few here and there typo on dialogue owners. Words arrangements okey not much rojak “kateh”. Can know lots of research been done before terhasilnya this PH. Nothing over the “pagar” and the best part Author membiarkan reader “hanyut” dengan penulisan yang “terpelihara”. Others all good rasanya.
They way you build up back both main characters pun, Alhamdulillah. Menjadi. Not sounds too fake and not too real just nice to blend with the storyline. Even I rasa Author tried to polish up hero but in the other hand I found the heroin more “twinkle twinkle shining stars” and I like. And it’s kind of kena dengan title buku itu sendiri. And “transformasi” Shafiq itu sendiri sememang full of dugaan.
The best part among all, hahhahahah seriously diri sendiri rasa mcm tertipu gila coz never expect about Mak Nizam. All your antagonist characters tu still relevant in order to have a strong support eventho certain readers may found a bit “telenovela” but in reality memang ada pun kan hamba hamba ALLAH yang macam tu walaupun we try to live in positive way.
Last but not least, the way Author me”neutral”kan all antagonist characters pun certain might a bit predictable but certain still a lil bit “surprise”. From my point of view, lots of pengajaran and “eye opener” to readers. Blend mixture of feelings yang pastinya. Keep on writing!
Sungguh aku dah tak ingat dengan kisah Jodoh Itu Milik Kita. Aku cuma ingat nama Dahlia. _______________
Watak Adra pada mulanya jadi melemaskan dan letih dengan sikap pendendam, suka merengus dan pemarah tak kira masa. Padanlah dengan kisah lampau yang terjadi pada dirinya. As a female version of old Syafiq (sungguh la tak ingat macam mana jahatnya dia dalam JIMK). Syafiq yang sanggup menerima Adra sebagai isteri manakala Adra hanya mengambil kesempatan ke atas perasaan cinta Syafiq untuk melarikan diri dari rancangan gila Datuk Adnan. Siapa sangka akhirnya hati Adra terbuka untuk menerima Syafiq as a husband.
Dan penutup kepada kisah Dahlia dan Aariz. Untuk memaafkan insan yang pernah melukakannya dulu. We all have wounds that we want to heal.
Yeay dapat jugak habiskan sebelum 2018 habis.. Risau dah tak dapat khatam before 2019
Novel ni merupakan sequel novel Jodoh Itu Milik Kita. Aku ingat2 lupa jalan cerita JIMK. Tapi still boleh ingat yang syafiq ni jahat sangat.. Sesuai sangat dilakonkan oleh Syazwan zulkifli. Aku suka dea pegang watak antagonis.
Novel ni walaupon sequel, tapi ia boleh stand alone. Kalau tak baca JIMK pon tak mengapa. Tapi kalau baca more better sebab akan tahu kejahatan tahap ape dea pernah lakukan.
Serius, perempuan bila dia dah terlalu terluka dea menjadi sangat2 keras. Keras kepala, keras hati. Pakej lengkap. Itu yang terjadi pada Ara. After what heppened to her, dia memang menjadi sekeras2 perempuan. Tapi over jugak la.. Dalam hati kata, sakit pulak hati aku dengan sikap Ara. Tapi yelah kita xpernah duduk tempat dia.
Overall cerita ini sangat memuaskan. So tinggal lagi sebuah je nak cukupkan koleksi Sara Aisha.😄 tapi sebenarnya aku lagi suka SA tulis genre action thriller. Lagi masuk ke dalam jiwa.haha😉
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Masa beli buku ni, tak tahu pun it's the sequel for Jodoh Itu Milik Kita. Bila baca tiba-tiba keluar nama Aariz and Dahlia, baru lar N sedar. I like this better than JIMK walaupun watak Adra most of the time buat N rasa panas hati.
Alhamdulillah dah jumpa penamat kurang daripada 24 jam😂
Nur Adra, gadis yang memakai topeng muka demi menyimpan perasaan sebenarnya. Hakikatnya dia bukanlah seperti yang ditonjolkan. Riak tenang dan kuat namun dihati rapuh, punah, retak sejuta. Luka yang ditinggalkan dijahit sendiri meninggalkan parut yang dalam dalam kehidupannya. Hatinya mati dan hanya tinggal jasad semata-mata.
Tuan Syafiq Tuan Haikal, empat tahun mengembara mencari identiti diri. Mahu berubah menjadi manusia yang sabar dan bertenang berbeza dengan dirinya yang dahulu. Namun bukan mudah untuk berpura-pura apabila tiba semula ke pangkuan keluarganya. Semua isi hatinya dapat ditembak dengan mudah. Dibelenggu rasa bersalah membuat dirinya rasa tidak layak untuk merasai bahagia. (Sila rujuk JIMK, walaupun aku tak baca..)
Pertemuan dua insan. Mereka sama. Sakit dan dendam. Dihantui masa silam. Perit. Perkhawinan mengikat mereka namun hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Syafiq melaungkan lafaz kalimah cintanya buat sang wanita bernama Adra. Adra pula ingin melarikan diri daripada kehidupan yang menyakitkan. Hingga tiba satu masa, rasa cinta dan kasih mula hadir dalam hati yang telah lama tertutup. Namun mudahkan untuk meraih cinta ini?
Menjalin rasa cinta bukan mudah apabila adanya pihak ketiga. Nizam, Tan Sri Naufal dan papa Adra. Sungguh mereka ini manusia atau binatang? Ujian dan dugaan mendatang, Adra x Syafiq tempuhi bersama. Salah faham dan konflik diselesaikan dengan baik. Berkomunikasi dari hati ke hati itu yang penting.
Naskah ini lagi best dari JIMK. Walaupun permulaan terasa teramatlah annoying dengan sikap Adra. Terjerit², kasar.. maki².. eh eh jadi stress pulak F baca.
Syafiq terasa nak melindungi Adra sebab melihat Adra adalah version diri dia sendiri.
Rasa ingin melindungi Adra dari segalanya.
Kisah silam Adra buat dia terseksa.. dari perempuan yang lembut riang Adra bertukar menjadi pendendam, terluka dengan apa yang terjadi pada dirinya.
Mereka bersetuju untuk berkahwin walaupun Syafiq tahu Adra tidak menyintainya.
Dalam naskah ini jugak ada pengakhiran kisah untuk Aariz.
PH merupakan sequel kepada Jodoh Itu Milik Kita. Dan saya yakin, PH akan lebih sedap dibaca jika JIMK dibaca terlebih dahulu. But, as someone who has not yet read JIMK, i would say, PH can stand alone. (Tak terbuka hati lagi nak baca JIMK, sebab akan terbayangkan wajah Farid Kamil dan Tiz Zaqiah. That's the bad side of adaptation drama from novel) .
PH menceritakan kisah Syafiq dan Adra, yang sama sama pernah terluka. Syafiq yang masih dihantui rasa bersalah, melihat Adra as his female version. Dan, tanpa sengaja, Syafiq jatuh cinta. Untuk mengelakkan Adra terus terluka angkara keluarganya sendiri, maka mereka berkahwin. Tapi, rumah tangga mereka menuntut kesabaran yang tinggi. 'Kemaafan boleh jadi satu hukuman. Dan juga boleh membebaskan hati kita daripada rasa bersalah'.
Dan sebagai pembaca, saya boleh merasai betapa terlukanya Adra apabila dia dirogol dan anaknya digugurkan tanpa rela. Cerita ni sangat beremosi. Bukan sahaja Syafiq dan Adra yang beremosi, orang lain pun sama. Dalam ni pun, ada cameo Aariz dan Dahlia. Banyak jugalah part dorang.
Tahniah SA. Saya suka. SA memang pandai tulis novel beremosi macam ni, seperti mana her action romance novel, CRT and SK.
Highly recommended for those who are looking for heavy reading with emotional feeling.
Sequel yg agak menjadi. Sambungan kisah Syafiq selepas 4 tahun melarikan diri dari keluarga. Kemudian berkenalan dgn Adra,seorg heroin yg misteri pada awalnya kemudian satu persatu rahsia Adra terungkai. Watak jahat dalam novel ni amat terserlah kejahatannya tapi bagi aku yang paling jahat tentunya ayah Nizam dan ayah Adra. Dua orang ayah yang gagal membimbing keluarga sendiri dan mementingkan kekayaan semata-mata. Nilai kekeluargaan amat dititikberatkan dalam novel ini. Walaubagaimanapun ada beberapa kesalahan pertukaran nama watak dalam novel ini yang tidaklah mengganggu jalan cerita cuma eloklah dielakkan pada masa akan datang.
oh...Syafiq agak baik dlm cerita..dah hero kan..x kan nk jahat...n dia jatuh cinta kat Adra yg sgt kasihan... hati yang mati disebabkan suatu kejadian dan family yg tidak menuntut keadilan..Syafiq ni diibarat pahlawan yg membantu Ara..
This story is also sooo good yet so painful. Ingatkan kisah Syafiq sudah cukup menyedihkan, tapi kisah Adra jauh lagi menyedihkan. Tak cukup dengan apa si taguna Nizam dah buat kat dia, mummy daddy Adra pun sama kejam dengan dia. 12 tahun Adra terpaksa hadap kesengsaraan tu. 😢
Pada awal cerita agak annoying dengan sikap biadap Adra. Suka bercakap dengan terpekik terlolong tak tentu pasal. Orang cakap elok-elok dengan dia pun jawab kasar atau maki orang tu balik. Sungguh tak rilek. Tapi makin lama makin faham macam mana dia boleh jadi gitu. Dia tak nak orang nampak dia lemah dan ada perasaan. Hati dia sangat keras. Jiwanya seolah-olah sudah mati. Padanya hanya jasadnya sahaja masih hidup.
Syafiq, walaupun dah 4 tahun berlalu, dia masih dibelenggu dengan dosa silam. Walaupun Dahlia, Aariz dan uminya dah maafkan dia, dia tetap masih rasa bersalah. Bila dia mula kenal Adra, dia rasa Adra tu adalah dia pada masa lalu tapi versi wanita. Keras dan pendendamnya seorang Adra kerana masa lalunya. Dan benda tu buat dia rasa berminat dengan Adra. Rasa nak lindungi Adra. Tak dinafikan masih ada lagi merahnya Syafiq ni. Yalah, dengan bini asyik terpekik terlolong, hati keras macam manalah kesabaran dan keimanan dia tak bergegar. Fikir diri dia yang sekarang bukan diri dia yang dulu cuba jugak dia sesabar mungkin. Adra pun kadang sengaja je panaskan keadaan.
Dalam PH ni masih lagi ada selitan kisah Aariz-Dahlia. Kesinambungan kisah mereka yang sudah ada anak tiga. Macam mana Aariz nak dapatkan closure masa lalu dia. Dan ya, Aariz masih ada lagi sifat selfless thoughts dia 💁🏻♀️. Dahlia macam biasa masih lagi menjadi superwoman berjaya 🦸🏻♀️.
Kesimpulannya, sangat suka dengan character development setiap watak. 💋✨ Ending dia? Saya sangat puas hati. Yang baik dapat kebahagian. Yang jahat? Hah, padan muka 😤.
Sambungan Jodoh itu milik kita.. tapi buku ni cerita pasal kisah Syafiq, adiknya Aariz. Cerita Syafiq yang telah insaf dan cuba menjadi baik. Kemudian terjumpa dengan Adra. Perangai Adra ni, masyaAllah, rasa meluat lar baca. Biadap, kurang ajar, lantang bersuara. Semua ada lar. Tapi, boleh plak Syafiq ni jatuh cinta, lepas tu diaorang berkahwin atas 1 sebab. Pastu apa lagi, macam biasa lar, Syafiq buat bagi Adra tu jatuh cinta dengan dia. Okay lar cerita ni. Cuma tak boleh hadap skit dengan perangai kurang ajar Adra tu, rasa nak lempang je.
This entire review has been hidden because of spoilers.
I suka dgn jln cerita yg tak klise..Ada kesinambungan cerita diantara Aariz da Dahlia but still tak overshadow watak utama.Honestly I am someone yg tak suka baca cerita yg ada sambungan but buku ne memang superb dan tak membosankan. Sara memang awesome dlm mencipta watak hero I tak tahu kenapa walaupun Syafiq tu tak romantik tetapi he has his own way to show his love dan I realise hampir semua watak hero Sara mcm ne tapi I suka. This is another love story between Syafiq dan Adra dan bacalah if nak tau kenapa hati Adra keras dan batu seperti Syafiq di dalam JIMK.
Seyesly membaca cerita nie, blh wat hati jatuh cinta pada Syafiq, even walau terkenang betapa jahatnya dia dlm JIMK. NGEEEE...
Ê new version of Syafiq, bad boy that had fallen into lurve!! Happening seyh!! Suke cara mereka click to each other. 2 hati yang terluka, bila bersama they compliment each other and i melting..... Ngeeeee...
Tragic but yet still ada pelangi dinoenghujung hari.. Weeeee
Macam yang semua tau, Syafiq adalah watak jahat (atau watak antagonis) dalam novel Jodoh Itu Milik Kita dan Sara Aisha (iaitu penulis novel ini) seolah-olah ingin memberi peluang kedua buat watak Syafiq ini dalam novel ini.
Pada waktu aku habiskan novel ni, aku jujur cakap aku tak habis baca pun JIMK tu sebab aku cringe dengan ke'cliche'an novel tu sebab aku tak suka watak & jalan cerita novel cliche kawin paksa ni 😂
Tapi housemate aku yg dah baca novel tu tak nak baca novel ni sebab watak Syafiq ni jahat sangat dalam novel tu berdasarkan apa yang dia baca. Jadi, sebab aku tak baca novel tu, aku rasa macam novel ni best lah jugak sebab nampak la jalan cerita dia tak macam jalan cerita biasa & mungkin relatable untuk sesetengah orang yang berada dalam dunia realiti.
Secara keseluruhannya, aku rate novel ni 4/5 bintang lah sebab best lah jugak bagi aku. Lagi 1 bintang hilang sebab cringe & cliche yang ada dalam novel ni yang disebabkan oleh adanya lagi watak Dahlia & Aariz tu 😂😂😂
"Saya selalu fikir cinta ini bukan untuk saya. Tapi kenapa saya rasa dalam hati saya...Ada awak?"
Dulu dalam novel JIMK, saya cukup tak suka dengan watak Syafiq si psiko tu. Dia banyak lukakan hati orang yg sayang dia. Sanggup buat jahat dekat umi/ayah, Aariz & Dahlia.
Tapi semua yang dia buat tu bersebab. Dalam novel PH pula, dia kembali untuk jadi seorang Syafiq yg baru. Pulang ke pangkuan keluarga untuk meminta maaf. Dalam pada ingin berubah, dia bertemu pula dgn Adra. Orang yang mengingatkan dia mengenai diri dia yang dulu. Seorang wanita yg mempunyai kisah silam yg cukup memeritkan.
Disebabkan suatu perkara, Adra terpaksa melibatkan Syafiq dalam sebuah ikatan perkahwinan. Namun adakah kebahagiaan itu mudah dikecapi oleh dua insan ini. Mampukah Syafiq membuka hati Adra, a.k.a ARA...the painter of the dark?
Nak tahu kisah selanjutnya, kena baca Pembuka Hati lah ya. Novel Cik SA for me sngat tidak mengecewakan. Opss, sbelum terlupa dlm nie pun ada cameo pasangan Dahlia & Aariz. Mereka pun ada kisah yg mempunyai pengakhiran dalam Pembuka Hati. Kalau dah baca JIMK haruslah baca PH pulak. Sedih tau Cik SA menghayati kisah Adra & Syafiq nie. Tapi hidup itu kalau nak jumpa jalan bahagia kena lalui jalan derita dulu kan? Tak semua apa yg diinginkan diperolehi tanpa ujian.
Empat tahun selepas meninggalkan bumi Malaysia, Syafiq kembali semula. KLIA. Ah, kalau empat tahun dulu sebaik sahaja jejak kaki ke KLIA dia secara kebetulan berjumpa semula dengan Aariz, kini dia terjumpa semula gadis itu! Gadis yang bak katanya, suka terpekik terlolong macam pontianak. Pertemuan singkat itu sebenarnya bukan kali pertama tapi pertemuan itu membawa kepada pertemuan seterusnya
Nur Adra. Nama yang dia benci. Nama yang bukan lagi miliknya. Adra... seorang yang keras, jauh beza dia dengan Dahlia. Dia seorang yang pemarah, baran, suka menengking, pendendam dan seangkatan dengannya. Well, sounds familiar? Dia sama seperti Syafiq, empat tahun lalu. Syafiq yang baru, lebih tenang, lebih toleransi, lebih baik. Dan dia nampak Adra.
Setenang Syafiq yang baru, dia tetap kalah dengan Adra. Adra bring the worst part of him. Tapi tanpa dia sedar, dia makin jatuh hati dengan gadis keras ni. Maigod, ingatkan Aariz je yang gentleman, Syafiq pun walaweiii, boleh tahaaannn, but in his own way of course (tapi ada satu part tu rasa nak hempuk je Syafiq ni bongok bethol. Nasib baik Dahlia dah tolong tampar). Kehadiran Adra ke dalam keluarga Tuan Haikal rupanya sedikit sebanyak membuka kisah lama yang satu itu, kisah yang melukakan ramai pihak especially Aariz. Serious sediiiiih gila dengan hidup seorang Adra, her pain that changed her ahhhh, aku tak boleh lahhhh. Sedihnya! Bapak dia pun waduh waduhhhh, geram betul dengan watak orang tua yang satu ni.
Sambungan JIMK ni juga ada selit selit kisah Dahlia-Aariz juga, their lives dengan si kembar Adam Azfar yang comel, baby Dee juga. Juga final closure untuk Aariz and his nightmare. Overall, kisah keluarga Tuan Syafiq ni bernoktah dalam buku ni. Aku sangat enjoy baca buku ni, thoroughly cuma endingnya aku rasa macam a bit rushed. But still, a good resolution for this book. I laike beri mash!
Mula mula baca tu... agak lost jugakla sebab saya tak baca novel JIMK but Alhamdulillah lama lama tu boleh faham jalan cerita. Cuma lambat pick up huhu. Storyline okey. Menarik. Meruntun jiwa. Saya sejenis orang yang berhati beku ya ampun. Bila saya hampir hampir nak menangis tu seriously dah amazing gila dengan diri sendiri.
Kisah hidup Adra tu sangat meruntun jiwa. Same goes with Syafiq. I like them. Their chemistry is wow! Cuma... ada beberapa part Syafiq tu yang buat saya rasa ralat sikit, rasa geram, rasa sakit hati. Why dia buat Adra macam tu?! Why!
Yeah begitu!
Penulisan Kak Sara Aisha memang superb. Mula mula tu susah nak faham jugak sebenarnya sebab perkataan yang Kak Sara guna agak tinggi. Bila dah search maksud baru faham hahaha. Anyway, I like the way Kak Sara describe huhuhu.
Tu je kot review daripada saya. Maaf jika ada tersalah dan tersilap cakap ❤️✨
Sequel dari Jodoh itu Milik Kita tapi lebih fokus pada kehidupan Syafiq. Setelah berlakunya kejadian hitam yang menginsafkan Syafiq, dia membawa diri ke Hong Kong dan bertemu dengan Adra. Tetapi Adra bukan seperti wanita lain. Dia seorang wanita yang kasar, keras dan degil. Sikap yang ada pada Adra buatkan Syafiq teringat akan dirinya yang dulu. Yang penuh dengan amarah, benci dan dendam.
Pertemuan kali pertama Syafiq dan Adra di Hong Kong tapi Adra masa tu sangat kasar dan pemarah. Mula-mula baca tak boleh terima juga kenapa Adra sekasar itu. Bila dah dapat tahu sebabnya barulah faham kenapa Adra macam tu. Kesian sangat dekat Adra dan memang patut dia berperangai sebegitu. Kehidupan yang terlalu kelam dan menyedihkan. Banyak bermain dengan emosi dan jiwa saya. Adakala menangis, adakala marah dan geram. Plot twist pun banyak dan pace laju je buatkan lagi menarik dan nak tahu apa lagi yang terjadi pada halaman seterusnya.
Watak-watak dalam buku ni semua saya rasa kesian sebab masing-masing ada ujian dan dugaan yang tersendiri. Even Nizam jantan keparat tu pun saya rasa kesian di hujung-hujung cerita sebab dibesarkan oleh seorang ayah yang narsistik. Tan Sri Naufal dengan Dato Adnan tu memang boleh humban mereka ke lautan pasifik. Sama-sama jantan jahat. Hidup bertuhankan wang ringgit sampai sanggup buat perkara yang melukakan orang sekeliling.
Banyak jugalah babak Aariz dan Dahlia dalam buku ni. Penulis nak sampaikan kisah di pengakhiran mereka dimana Aariz perlu melepaskan segalanya dan cuba untuk memaafkan perkara yang lepas walaupun terlalu perit supaya hati rasa tenang dan bahagia. Setiap dari kita ada luka tersendiri yang ingin kita sembuhkan.
Boleh je nak baca Pembuka Hati tanpa perlu baca JIMK. Kita masih boleh faham apa isu yang berlaku pada buku sebelum ini cuma tidaklah 'details'.
Okay tolong baca buku ni when you’re having emotional breakdown confirm leleh. Permulaan cerita dia agak kurang menyenangkan sebab Adra being mean. Tapi cerita dia sangat sedih okay. What her parents did to her ughh
ok another book dia yg ada ayat sekonyong-konyong.... sooo annoying laaa.. pls la potong mood nak baca.. ------------------------ #pembukahati #jodohitumilikkita2 #saraaisha
Yeayyyy dpt jgk aku butakan mata dgn ayat tu aku teruskn pembacaan.. Cerita dia mmg sgt best!! 1st of all.. To writer plsss jgn masukkn lg words sekonyong-konyong dlm novel awk lg.. Huhuhu..
Kisah syafiq sekembalinya dari mencari dirinya , tamatnya kisah seorg ezraquel, tamatnya kisah sebuah nur adra the dark painter.. Kisah suka duka yg meruntun jiwa.. Sejarah hitam yg pahit..adra dn syafiq bertemu mata buat pertama kalinya di hong kong.. Selepas 2thn mereka bertemu kembali dgn pertemuan yg menyakitkn hati..mereka bertemu lg di studio ara the dark painter dn dari situ hati syafiq mula mahu mengorek segala rahsia nur adra.. Disebalik sentuhan seni ara.. Can you see me? Syafiq seakan2 menangkap maksud lukisan tersebut..mereka makin kerap bertembung tp makin tebal perasaan benci adra kpd syafiq..nizam si pesalah atau perogol yg telah kembali utk menuntut adra berkahwin dgnnya.. Disebalik ingin bertanggungjwbnya terdpt agenda lain yg dia dn ayahnya rancang..setiap pertemuan syafiq dan adra membuka byk rahsia adra kpdnya.. Dn apabila syafiq mulai sukakan adra hatinya makin sakit apabila diperlekehkan dgn idea gila adra mahukan mereka berkahwin.perkahwinan atas sebab tidak mahu mnjd mangsa papanya dn nizam dn kerana kebencian dan dendamnya dgn mereka..syafiq nmpk adra adalah dirinya yg dulu penuh dendam dan benci.. Hidup seperti bangkai atau mayat hidup.. Akhirnya dia setuju demi melindungi adra dari kesedihan dan kesakitan yg dia alami.. tp siapa sangka perkahwinan tersebut membuat adra makin lembut hati.. Walaupun badai dtg menggugat perkahwinan mereka..tp byk tgn yg dtg mnghulurkan bantuan.. terdpt byk pengajaran dlm cerita ini.. Manusia boleh mnjd kejam dsbbkn duniawi, harta dn pangkat, manusia juga bole mnjd bebas dsbbkn kuasa kemaafan...setiap kejadian ada hikmahnya.. Sy suka sgt2 cerita ni tp dsbbkn ayat tu.. Jd annoying soooo... Sy bg 6/10