Jump to ratings and reviews
Rate this book

Untuk Aku #1

Seseorang Untuk Aku

Rate this book
Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca.

“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” - Lailatul

“Itu tak ada kaitan dengan aku.” - Qadr

Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.

“Haaa... Lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya.” - Lailatul

“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh?” - Qadr

Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si mentua memandang sinis kepada budak kampung seperti dia. Lailatul teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang tahu sakit apabila dilukai.

“Lai rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir batin abang?” - Qadr

“Agaknya, Lai ni memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.” - Lailatul

“Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang…” - Qadr

Kerana Tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah kesah bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga. Mampukah dia?

620 pages, Paperback

First published May 1, 2015

804 people are currently reading
7118 people want to read

About the author

Rehan Makhtar

43 books1,032 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1,841 (64%)
4 stars
605 (21%)
3 stars
256 (8%)
2 stars
87 (3%)
1 star
82 (2%)
Displaying 1 - 30 of 343 reviews
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
October 12, 2022
Tertarik nak baca buku ni sebab asyik keluar tiktok & booksta mutuals rata rata cakap buku ni best — I am so sorry I guess this is just not for me TT

As a non avid reader of romance novels, im nowhere near to say this but here’s my review (i think it’s rant at this point)

Plotwise, kita mengharapkan buku ni cerita lebih pasal kerja Qadr. Setebal 600ms tapi cerita kerja Qadr as pilot bawa Sukhoi sekadar roughly 5 pages altogether and sepotong ayat cakap “saya bawak Sukhoi” — is not enough sedangkan cover buku pun hampir 90% tunjuk jet and pilot. But I get it, it’s a romance novel bukan action novel but still, kita nak tahu lebih part tu.

Kita difahamkan buku ni authornya cuba bawa nilai Islamik tu, betul? Yes, part Islamik tu ada, banyak. Tapi nilai Islamik tu harusnya seiring overall dalam satu buku tapi benda ni contradict bila mana ada beberapa scene soft porn (bagi kita) and interaction suami isteri yang too open (?) idk tapi memikirkan target readers rata ratanya remaja, benda ni perlu diambil kira. Throughout the story jugak, kita rasa ada beberapa penggunaan perkataan tak sesuai yang nampak objectify women (Laila) kat sini. Contoh —

“saya tahu la saya yang ukur badan dia” - Qadr to Nek Leha
“Awak bayar pakai body boleh?” - Qadr
“Aku pun tak salah, taktahu pun nak kena tangkap. Kalau aku tahu baik aku tarik je dia ke katil, buat terus” - Qadr
“saya yang pakai badan dia tu” - Qadr merujuk ke Laila

Pasal characters pulak, cukupla semua tahu kita tak simp pun Qadr tu sebab entahla, sekadar tahu sirah & tahajud tak mencukupi kalau tak reti nak simpan cerita dalam kelambu suami isteri. And Laila kita tahu dia kuat, kita pun takkan mampu sekuat tu kat tempat dia but please, fight for yourself some more, menangis and pendam tapi bahagia at the end ni cuma dalam novel. Know your value please TT

Overall, it’s a fun read but overrated 2🌟
Profile Image for Kucc _Aprilsnow.
32 reviews210 followers
May 11, 2015
Saya sangat rindukan tulisan Norhisham Mustaffa lewat naskhah naskhah berair matanya yang berhantu di jiwa bersama CESB dan saya belum jumpa lagi seorang ‘Norhisham Mustaffa’ di dalam setiap karya yang saya baca dekad ini. Jangan salah faham ye. Saya tidak maksud mahu membanding-banding. Tidak. Jauh sekali mencari “klon”.Bukan. Saya bukan mencari 'klon' Norhisham Mustaffa, tetapi cukup sekadar legasi yang dibawa oleh orang-orang lama nan hebat seperti beliau diteruskan oleh pengkarya muda hari ini. Menulis dengan sepenuh jiwa agar karya mereka akan sampai ke lubuk hati pembaca seperti saya. Sebuah karya yang jujur, telus dan mulus walaupun kisahnya bukanlah semulus yang kita inginkan. Hidup ini adalah realiti yang harus kita hadapi bukannya fantasi. Hidup yang bukan hanya ada ria dan gelak ketawa. Hidup juga bergelumang duka nestapa dan berladung airmata.

Dan membaca Seseorang Untuk Aku(SUA) nukilan Rehan Makhtar(RM), akhirnya saya temui sentuhan sakti Norhisham Mustaffa dalam karya penulis ini. Beliau adalah Norhisham Mustaffa perempuan yang saya fikir paling layak untuk menjadi penerus legasi karya air mata berhantu yang pernah dipelopori sasterawan tersohor dari negeri serambi mekah itu.

Bagi saya RM seorang penulis yang menulis dengan hati! SUA yang digarap beliau kisahnya menusuk ke jantung hati. Segala rasa suka, duka, sedih, sebak, gembira bahkan pelbagai rasa yang hadir di hati mereka –watak lakaran penulis – saya turut sama merasainya. Saya akan menangis bila ‘mereka’ berduka, saya tumpang gembira bila ‘mereka’ bahagia (tapi yang banyaknya saya menangis!)

Saya cuba keraskan hati tatkala melayari SUA, tapi sering kalinya saya gagal dan tergelincir dari membendung airmata dari menitis. Saya sering kali kalah dengan perasaan saya sendiri. Inilah kelebihan penulis ini pada saya. Dia bijak mencuri tumpuan dan perhatian saya sepenuhnya. Walau saya sedar, kisah ini hanyalah rekaan penulis, tapi saya tetap menitiskan airmata! Atau paling tidakpun pasti airmata akan bergenang di kelopak mata.

Kisah SUA hanyalah kisah-kisah biasa. Kisah golongan marhaen yang bertarung dengan kudrat demi hidup, demi hasrat di hati, demi cita-cita di jiwa lalu bertemu jodoh tanpa undang dengan golongan bourjois. Kisah yang mahu menyatakan bahawasanya hidup ini terbina antara dua rasa..suka dan duka juga hidup ini penuh kejutan yang tak disangka-sangka TAPI yang luarbiasanya adalah bagaimana penulis membawa kita sebagai pembaca menghayati dan turut serta merasai apa yang dirasai oleh watak-watak ciptaannya. Tiap kali menatap bait-bait ayat garapan dalam SUA tiap kali itu juga hati saya terkesan, jiwa saya tersentuh. Secara jujur saya bukanlah penggemar kisah-kisah yang berformat airmata namun pada suasana tertentu saya mengecualikan diri saya untuk halangan yang satu itu. Prejudiskah saya?, entahlah...tapi bagi saya, kisah sebegini ada karismanya yang tersendiri dan hanya penulis tertentu sahaja yang mampu menghasilkan kisah-kisah sebegini dengan baik. Tidak semua penulis mampu menerbitkan kesedihan di jiwa pembaca, adakalanya bukan rasa sedih yang singgah...tapi tanda tanya yang muncul, pembaca bagai hilang arah dalam mencari apa yang cuba disampaikan penulis. Justeru itu, saya "tabik" pada penulis yang berjaya mencipta dan menghidupkan suasana sedih didalam naratif mereka dan secara tidak langsung mampu memecahkan kolam airmata pembaca, menyesakkan dada pembaca dengan rasa sebak hanya dengan mata penanya. Rasa dan suasana sedih yang diciptakan beliau bagi saya begitu "hidup" dan cukup menyentap perasaan. Air mata pembaca dengan mudah dicuri oleh beliau hanya dengan bait kata-katanya yang begitu menyentuh naluri. Salah seorangnya adalah penulis ini.

SUA berlatarkan kehidupan manusia-manusia kerdil tapi berjiwa waja. Dari kebun Haji Saad di Kuala Lipis layar berpindah ke Kuala Lumpur, tema kehidupan menjadi nadi utama naratif penulis dan kehidupan yang bertunjang konsep kasih sayang yang disulami rempah dan rencah. Manis,masam, pahit, ..juga pedas!

Perwatakan sememangnya adalah tunjang sesebuah karya. Dan ditangan pengarang hebat ini, semua watak beliau begitu hidup dimata pembaca. Lailatul @ Lai adalah penggerak utama naratif kali ini. Gadis muda kaya kasih sayang sejati yang bergelar pekerja kebun getah . Kecekalannya begitu meruntun naluri, mensyahdukan perasaan, menitis airmata dengan kehebatan perwatakan Lai.Disebalik girang dan ceria serta sifat tanggungjawabnya yang cukup tinggi rupa-rupanya dia menyimpan duka di jiwa yang menjadi rahsia kehidupan peribadi dari pengetahuan khalayak yang mengelilinginya saban hari. Hanya Nek Leha sahaja yang tahu segala rahsia Lai. Lai adalah simbol kekuatan perwatakan ciptaan penulis untuk naskhah ini. Perwatakan Lai sangat cemerlang ditangani penulis. Penulis mencorakkan watak Lai dengan penuh jiwa dan semangat . Kita yang membaca akan turut merasai, menyelami rasa hati, sedih nestapa dan gelora jiwa yang merantai kehidupan insan bernama Lailatul ini.

Perwatakan Lailatul menguasai tiap ruang dan penjuru SUA. Kecemerlangan tonggak utama naratif ini juga dibantu oleh kemunculan Qadr @ Muhamad Al-Qadr, watak yang melengkapi kehebatan Lailatul. LailatulQadr..gandingan yang mencemerlangi naskhah hebat ini. Di dalam SUA, penulis mewarnakan watak-wataknya dengan pelbagai rupa dan gaya. Nek Leha yang bagai ibu ganti pada Lai pemberi bahu dan telinga saban masa diperlu, Lizahani sang adik yang kejam bak gunting dalam lipatan, Zarul yang menjengkelkan, Puan Najihah yang cukup membuat hati jadi sedih..sampainya hati!Tuan Al-Qadri abah mithali yang boleh beri tabik spring. Kesemua watak-watak ini digerakkan dengan cukup hebat, teliti dan begitu berjaya oleh penulis.

Pergerakan plot banyak membantu kelancaran persembahan sesebuah naratif. Plot yang pincang, kucar-kacir, tunggang-langgang kiblatnya pasti menghuru-harakan arah pembacaan pembaca. Akibatnya, mood pembaca akan tersasar, paling teruk terhumban entah kemana. Pasti yang jadi mangsa, buku itu sendiri...terlontar ke dinding! SUA terkecuali dari semua elemen yang saya sebut tadi. Dengan suntingan yang cemerlang plot naratif ini begitu tersusun, teliti digubah bagi memastikan kelancaran kisahnya. Penulis sangat takzim membentuk olahan kisahnya menjadi cukup cantik, bagai hidup dimata pembaca biarpun cuma di helaian-helaian kertas yang kaku!

Gaya bahasa SUA sangat saya kagumi. Kaedah pengayaan bahasa dalam naratif ini sangat indah, bait-bait kata-kata yang dirangkai penulis sangat menyentuh rasa dan naluri.

Buat penulis terima kasih untuk sebuah karya yang cukup hebat ini. Buat pembaca diluar sana yang belum berpeluang menatap Seseorang Untuk Aku…cabarlah perasaan anda dengan sebuah kisah nan cukup menyentuh perasaan ini.Bacalah dengan hati dan jiwa, anda pasti perlukan sapu tangan untuk mengelap airmata yang bakal luruh di pipi. Selamat membaca, banyak manfaat yang bakal dikutip.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
May 6, 2015
Ini kot novel terbaik dari RM yang penuh dengan pengisian. Perjalanan hidup Lailatul yang yatim piatu, mangsa keadaan, menantu yang tak dialu-alukan, kakak yang banyak berkorban, isteri yang setia digarap dengan baik.
Lai menjadi ayah, ibu dan kakak kepada seorang adik yang tahunya hanya meminta tanpa mengerti penat lelah seorang kakak yang baru berusia 14 tahun menggalas beban. Bila dah dewasa hanya kerana seorang lelaki, cinta membutakan mata si adik sehingga Lai terperangkap dengan lelaki dari bandar yang menjadi majikan dia.

Sungguh Qadr hadir membawa hikmah kepada Lailatul seperti gabungan nama mereka Lailatulqadr. Walaupun pertemuan mereka dlm keadaan kurang baik, hubungan yang telah dihalalkan itu membawa bahagia dalam hidup Lai. Mama Najihah ni garang laaa dengan Lai, buat Cik Pah tak segan silu mengalir air mata dah macam air terjun Lata Iskandar.

Suka watak Nek Leha. Penyeri hidup Lai dan penghibur jalan cerita yang asyik mendung selepas satu persatu rahsia terbongkar, rahsia siapa penyebab mereka ditangkap basah, rahsia peminangan Qadr, janji antara Mama dan Lai untuk syarat Lai menumpang kasih seorang ibu. Ohhh sungguh sesak nafas Cik Pah yang tgh tersumbat hidung ni.

Jin miang (pinjam ayat KZ) Qadr pun boleh tahan ye, tersenyum teresin orang dibuatnya. Emmm RM ni mmg peminat Arjun Rampal ye. Si Arjun Rampal juga yang RM pilih untuk pembaca bayangkan rupa paras Qadr ni kalau dah tak boleh nak bayangkan sesiapa dah huhu
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
April 29, 2015
Lailatul-Qadr....

Kisah yang membuat saya menangis tapi saya suka.Pendek kata memang suka cukup rasa dan sempurna bagi saya dan bila dah suka tu kalau nampak benda tak disukai memang kita abaikan je.Kali ni saya puji usaha penulis membuat kelainan "twist" untuk adengan kahwin paksa-rela.

Suka juga bila mana penulis masih kekal dengan "trademark" kebiasaan penulis iaitu menjernih kan semua watak2 gelap dihujung cerita pastinya setiap orang mendapat pengakhiran yg manis.
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
June 27, 2015
Confused all the way...

Confused dengan watak utamanya, Lailatul..
Perlakuan dia terutamanya selepas nikah tak seiring dengan latarbelakang dan peribadi yang ingin ditonjolkan. Tak terasa sangat aura gadis kampung naif yg terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sejak usia 14 tahun lagi demi menjaga amanah bapanya...

Confused dengan gaya dan halatuju cerita. Tidak sesuai untuk diangkat karya berciri Islamik biarpun banyak isi yang dimasukkan, kerana kemesraan perhubungan suami isteri ditonjolkan terlalu terbuka dan agak menjolok mata. Tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan para remaja...


PS - Achik...boleh angau tanpa saingan ;-)
Profile Image for Hajar.
284 reviews
May 24, 2015
24-05-2015

1. Jujurnya saya teruja bila kisah ini akhirnya dibukukan. Dah lama tunggu penulis sambung kisah Laila dan Qadr ni, rupanya dah tertulis rezeki nak baca kisah ni dalam bentuk bercetak. :)

2. Watak Laila yang digambarkan memang sangat kesian. Bersusah payah dari zaman remaja hanya kerana amanah arwah ayahnya yang mahu Laila menjaga dan mendidik seorang adik dengan sebaiknya. Sanggup korbankan keseronokan hidup zaman remaja semata untuk kesenangan sang adik di kemudian hari. Hinggakan lelaki yang disayangi pun sanggup dikorbankan hanya kerana ingin membahagiakan seorang adik. Haih. Tapi malangnya si adik tak mengenang budi. Sanggup aniaya seorang kakak hanya kerana cemburukan cerita lama antara suami dan Laila. Heh. Mujurlah Laila bertemu si penyelamat yang akhirnya menjadi sang arjuna hati. Ops, tak boleh lebih-lebih. Nanti kena tikam. Haha.

3. Muhammad Al-Qadr (Qadr) ni memang ada auranya yang tersendiri. Kalau tak, masakan ada yang angau berhari-hari dek penangan si pilot ni? Hahaha. Pertemuan pertamanya dengan Laila mencatat sejarah hitam bila mereka ditangkap kerana disyaki berkhalwat. Jalan mudahnya, mereka disatukan dalam sebuah perkahwinan. Memang niat asal Qadr berkahwin dengan Laila kononnya untuk mengelak daripada tuntutan tanggungjawab Laila di kemudian hari. Namun, siapa sangka perkahwinan yang pada awalnya bertujuan serong bertukar arah bila Qadr sedar perasaannya terhadap Laila. Mampukah mereka pertahankan ikatan suci ini bila ibu Qadr terang-terangan tidak mahu menerima Laila sebagai menantu?

4. Saya tak gemar sungguh dengan watak Zarul. Tak ada pendirian. Tak sabar walaupun dah tau Laila tu ada tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul. Haih. Memang patut pun berjodoh dengan Lizahani tu. Bila dah tau Laila dah berkahwin pun ada hati nak Laila kembali ke pangkuan dia. Heh.

5. Kalau saya dok tempat Laila saya tak pasti sama ada saya mampu memaafkan Lizahani atau pun tidak. Memanglah air di cincang takkan putus. Tapi rasa terkilan tu melebihi segalanya. Sanggup aniaya kakak sendiri yang dah banyak berkorban? Hish, memang patut pun saya tak diduga macam Laila. :P

6. Walaupun penulis kata kisah ni umpama air masak, saya pula kata kisah ini ibarat teh hijau. Pahit tapi ada khasiatnya. Hikhik. Metafora tak menahan sungguh. :P Moga diberi kesempatan untuk terus membancuh 'teh hijau' untuk pembaca ya, Rehan? ;)
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 19, 2015
Qadr.... *sighhhhhhhhh*

TBC...

I had a hard time finishing this book. Not that it is not nice. It's definitely the opposite of that. Towards the end, I dragged my reading coz u know why? I don't want to stop reading about HIM. The Bonetarian gals had a really hard time comprehending my behaviour today. I am seldom in this position. It normally happens like n.e.v.e.r.? I don't know why HE is this special to me? Aiyohhh... must be something wrong wif me kah?

Truth be told. I only read THREE of the author's books before. I have all of them but I only read 3. Why? I hated the first book. The guy is too violent. The second book, suam-suam kuku coz too much repetition. Redundancy is not my forte. The 3rd is like... woahhhhhhhhh.... so not for me who is forever remaja kertu n too over the board elaboration on certain things that to me should have been left unsaid.

I don't know why I chose to read this book. Not because of the review because I don't read review in full, at least not until I finish the book lah. But I just did. And I am so glad that I did. If I didn't, I wouldn't have known him and wouldn't have like him this much. Seriously I cant get him out of my head. It's not like he is a saint or Mr Goody Good shoes or yang sewaktu dengannya. It's just that he is perfect to me. ***Sighhhhh***



The story of a young girl who flew by her adolescent years when she was burdened with an amanah by her deceased father. She, being the good girl that she is accepted the amanah with open heart. I like her in the beginning. I like her beautiful heart. I like her thoughtfulness. I like her cheerful disposition. I like her kind soul. I like her perseverance. I like her positive attitude. I like how she treats HIM and his parents. N that’s why I cried alongside with her when everything bad happens to her.

However…. Aaaaaa ada however okay. However, kerana 1 kejadian saja. SATU saja, dia tegar memperlakukan si DIA kita sedemikian rupa. Sakitnya hati DIA, sakit lagi hati kita. Pedihnya hati DIA, pedih lagi hati kita. Sekali hati DIA luka terhiris, berkali-kali hati kita berdarah…. Sebab itu saya terus tak suka Lai. Saya tau dia sedari kecil hidup susah. Berkorban untuk kebahagiaan orang lain. But she has no right what so ever to judge HIM the way she did. Just because you suffered, that doesn’t mean you can make every one else suffer along with you. Nasib baik si DIA tuuu….

QADR…. ***sighhhhh*** tulis nama dia pun dah buat saya angau… Ahaksss…. Bak kata Ririn… saya dah tiada ubat. Kalau masuk hospital, Dr suruh balik jek. Dah takde harapan. Hahahaha…. Keji budak tu. Pok kang...Tak leh laaaa kita nak fefeeling sket. Saya tak tau kenapa Qadr has so much impact on me. Bagi saya dia sangat baik. Sebabnya:
* Dia anak yang mendengar kata dan sangat2 menghormati ibubapa;
* Lelaki yang matang, rational pemikirannya, tidak bersikap terburu2, sentiasa menggunakan akal yang waras semasa membuat keputusan;
* Kawan yang adil;
* Cucu yang bertanggungjawab;
* Abang ipar yang pemaaf;
And best of all…
* Suami yang penyayang, penyabar, ketua kluarga yang sempurna.

**sighhhhhh**

Sesungguhnya…. Hati saya sangat2 sejuk sepanjang pembacaan… Walaupun datang segala badai dan rintangan, sedikit pun tidak terkesan di hati saya kerana adanya Qadr, si penyejuk hati saya.

To RM… thank you so so much for this lovely guy. You reminded me that good guys still might exist. I’ve forgotten… because as days goes by, in the world we live in, most of the guys are no longer the protector of weak soul.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
April 23, 2020
Dibaca : 31.07.2015-02.08.2015
Diulang baca : 20.04.2020-24.04.2020

[ Hari ke-38 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, 24042020 ]

Ini pertama kali aku buat review semula untuk buku yg aku ulang baca.

Sebenarnya dari thn lepas lg aku nk reread SUA ni, tp sekarang baru ada kesempatan tu. Sbb aku masih ingat dulu... masa buat kali pertama aku baca SUA pd thn 2015, aku semacam tak puas hati dgn rating yg aku sendiri beri. Aku bagi 5*, tp review aku negatif dan nampak macam tak ikhlas jer bg 5* tu, hahaha.

Disebabkan dah 5 thn berlalu, aku rasa aku nk recall semula isi cerita buku ni. Sbb aku nk betul-betul pastikan...

Layak ke tak sebenarnya aku bg buku ni 5*, sdgkan review aku mcm sebaliknya?

Aku just... nak bandingkan, perasaan masa aku baca buku ni 5 thn lepas masih sama ke atau dah berubah.

Dan ini review baru aku (yg asal aku dah padam) :

Dulu, aku ingat jugak... aku tak puas hati dgn SUA ni bkn pasal storyline tak best ke apa. Tp sebenarnya aku tak puas hati dgn watak-watak dlm ni — especially Liza. Agaknya masalah aku dgn buku-buku RM ni memang cuma dgn watak-watak dia jer laa kot, hahaha.

Dan aku masih lg rasa yg sama; aku benci watak Liza tu.

Liza tu memang seorg adik yg teruk untuk Lai. Aku menyampah dgn watak dia seolah-olah tunjuk baik dpn semua org, tapi di belakang jelas-jelas perangai busuk hati tu.

Apa aje yg si Lai tak korbankan untuk dia?

Lai berhenti sekolah, demi tanggung dia.
Lai tolak pinangan, demi jaga dia sebagai amanah.
Lai korbankan cinta, demi utamakan perasaan dia lagi.

Dan sampai ke tahap Liza halau Lai pergi pun, Lai masih tunduk menangis dan sanggup ikutkan apa yg Liza suruh tu...

Tapi Liza... bkn setakat tu saja sifat busuk hatinya. Dia buat lebih dari itu.

Kalau dulu, aku tak dalami sangat perasaan Lai masa baca buku ni. Masa tu, selain aku geramkan perangai tak guna Liza, aku pun geramkan Lai. Aku rasa watak Lai pun macam tak cerdik. Kadang-kadang terlampau baik sangat, tapi bila dia dah tahu segalanya, boleh pula dia buat perangai layan Qadr macam tu. Aku rasa macam tak adil. Marah dia lebih pd Liza, tapi dilepas pd Qadr. Itu yg aku tak puas hati dulu.

Tapi...

Sekarang, bila aku hayati betul-betul watak Lai, aku dah faham. Aku cuba faham apa yg dia rasa. Cuba letakkan diri kat tempat dia.

Yalah, kecewa dgn macam-macam perkara. Semuanya dpt tahu dlm masa serentak. Dah tu, bkn sikit kecewa dia tanggung...

Kecewa dgn pengkhianataan adik yg dia syg.
Kecewa dgn Zarul yg hanya pilih untuk diam sampai ke sudah.
Dan... bila sampai ke tahap dia kecewa dgn Qadr, iaitu suami yg dia syg, yg dia harapkan jd tempat dia bergantung sepenuhnya, memang bkn sikit lg rasa kecewa itu. Memang lebur hati. Semua yg dia syg, lukakan dia dlm diam. Jadi, kali ni baru aku fhm... tindakan Lai membisu dari semua org tu kerana terlalu kecewa.

Memang, ada kalanya aku masih rasa geram jgk. Aku rasa Lai tu pentingkan diri. Layan Qadr macam salah Qadr tu besar sangat jika nk dibanding salah Liza tu...

Tapi... macam aku cakap kat atas td, sbb dia dah terlalu kecewa. Tak boleh nk nilai dah mana satu kasih syg yg ikhlas dan mana satu yg mengkhianati dia dlm diam...

Dan aku paling suka kat part kata-kata Qadr menyedarkan Lai ni...

"Lailatul isteri abang yang cantik. Yang baik. Yang dah korbankan segalanya untuk adik dia. Malah masa depan sendiri pun langsung tak diambil kesah. Lai dah korbankan perasaan Lai untuk raih kasih sayang mama abang. Lai jaga aurat. Lai jaga solat. Lai taat kepada suami. Lai hormat orang tua. Cuma, satu abang nak tanya..."

"Lai tak rasa pahala Lai solat, tutup aurat dan kebaikan yang lain tu terhakis ke dengan sikap Lai sekarang?"

Aku suka dgn kata-kata Qadr sbb memang itu pun yg aku fikirkan sepanjang baca scene dia layan Qadr dgn dingin. Tahu dia terlalu kecewa dan marah... tp cara dia lepaskan memang tak kena jgklah bg aku. Marahkan org lain jgk, tp tempiasnya mcm Qadr sorang yg kena. Sdgkan Qadr tu suami dia, duk selalu pujuk dia, ada di sisi dia, cuba fhm dia, dan andai kata Qadr silap pun, awal-awal lg Qadr dah jelaskan dan minta maaf... Tp dia? Layanan dia pd Qadr memang tak patut. Tp mujurlah kerana dari kata-kata Qadr itulah, baru dia mula sedar. Yg dia silap. Silap buat Qadr macam tu.

Qadr itu... Memang sebaik-baik lelaki. Sebaik-baik suami untuk Lai. Seseorg yg hebat untuk Lai. Dari awal dia tolong Lai, walaupun Lai itu bkn siapa-siapa. Dan bermula dari detik Lai jd isteri dia, memang dia jaga Lai elok-elok. Kasihkan Lai sungguh-sungguh. Kerana Lai itu amanah untuk dia, dan dialah penjaga Lai.

LailatulQadr... nama pun memang dah sepadan.

Aku tak ulas sangat tentang watak lain dan tak ulas jgk jln ceritanya secara detail, sbb aku tak nak spoil apa-apa.

Cuma sikit jerlah aku nak cerita pasal dua org manusia ni.

Liza dan Zarul memang pasangan suami isteri yg sepadan. Sbb dua-dua tak guna.

Liza dgn kebodohan dia tak nampak pengorbanan si kakak. Demi jantan, sanggup hancurkan hidup kakak sendiri.

Zarul dgn kebodohan dia yg tak sabar dan ikutkan emosi sangat. Sygkan si kakak, tapi pinangkan si adik. Sudahnya kesal sendiri, menangis sendiri, dan sendiri yg tak bahagia dgn keputusan sendiri yg dia buat. Bodoh, kan?

Itu jerlah aku mampu ulas pasal Liza dan Zarul. Nak ulas panjang lagi, takut terkeluar ayat-ayat kasar pulak nanti, hahhaha.

Dan...

Bila akhirnya aku berjaya tamatkan SUA buat kali kedua selepas 5 thn...

Rupanya rating asal aku memang tak silap. Seseorang Untuk Aku, sebuah kisah yg memang menyentuh hati. Dan kali ni aku tak ragu-ragu lg dgn 5* yg aku beri.


P/s ; salam 1 ramadhan semua... ;)
Profile Image for Sarah Azmi.
54 reviews1 follower
September 25, 2022
Okay. Listen to me. Now i know why tertulisnya ’Dia amanah, dan aku penjaganya’ dekat depan cover buku. Now i know, kenapa Muhamad Al-Qadr adalah everyone’s favourite. Now i know kenapa dia dicop sebagai the greenest flag male lead character. Now i know why this book selalu disebut-sebut semua orang.

Haih. Hebatnya seorang Qadr untuk Lailatul. Hebatnya cinta dia sanggup buat apa saja demi Lailatul. Hebatnya dia sebab selalu sabar dengan Lailatul walaupun dalam hati dia retak, sedih, dan menjerit kerana Lailatul. Seolah macam tak boleh hidup tanpa Lailatul dalam hidup seorang Al-Qadr.

Hebat dan kuatnya Lailatul dapat bertahan dan sabar dalam ujian hidup. Bukan senang untuk lepaskan semuanya demi adik. Hebatnya cinta Lai untuk Qadr walaupun dipertemukan dalam keadaan sebegitu. Hebatnya Lai mampu untuk maafkan semua.

Lailatul. She’s a strong woman. Dari kecik dah hilang both parents. Tinggal dia dengan adik dia, Lizahani. Yang jugak diamanahkan oleh ayah dia untuk jaga Liza macam nyawa dia sendiri. Dia abaikan semuanya demi Liza. Even lelaki yang dia sayang. Semua untuk Liza. Pelajaran, masa depan, everything for Liza.

Qadr. Qadr ni, bak kata mama dan abah Qadr dan jugak semua kawan dia, dia ni ligat dengan semua orang. Termasuk perempuan. Kena cop as playboy dengan anak buah tempat kerja sendiri pulak tu! Maka betul lah tu kan? Hehehe. Tapi ligat dia ni, dia tak sempat nak ada orang. Lagi-lagi dengan kerja dia yang selalu dekat udara je manjang, memang tak sempatlah.

Bila Lailatul dan Qadr disatukan, banyaklah peristiwa yang kena hadap. Kalau aku sebut satu-satu sini, memang terspoil lah kan? So, senang cerita, banyak peristiwa yang diorang kena lalui. Sampai aku sakit kepala, lelah, dan rasa nak DNF je buku ni sebab sumpah aku rasa dahlah tuuuuuuuu. Tak pernah-pernah aku rasa nak give up baca buku. Hadeh.

Let me give you my honest comment about this book. Aku tak expect banyak sangat main emosi buku ni sebenarnya. So, for all those first timers like me, let me warn you, be prepared. Serious aku cakap. Permainan emosi, sakit hati, pening kepala, dan marah sepanjang baca buku ni yang akan timbul. Sabar jelah. Mengucap panjang. Hahaha.

Aku nak share satu part yang buat aku menangis. Scene yang menangis melutut dekat dapur tu aku menangis gila ye. I was sobbing real hard! Saat tu aku rasa macam dengan aku-aku sekali berdosa dekat Lai. Huhuhu.



Also, Qadr jarang muncul dalam buku ni sebab dia busy. Takyah lah tunggu dia muncul selalu. Lagi-lagi bab awal (kejap je) hahaha. Memang Rehan Makhtar nak pembaca sama-sama rindu Qadr just like Lai rindukan Qadr gamaknya.

I give you my head’s up, okay? 😂



Anyway, can we all agree that the real MVP in this book is Nek Leha? She's so cool, man. I love everything about this nenek. Lai is so lucky to have her as a support and listener!

Overall rating, aku decided untuk kasi 4 out of 5 stars. Lama aku fikir. Tapi rasa tak puas.

Okie. So, hear me out. Mungkin aku letak expectation aku too high. Mungkin aku mengharapkan lebih moment Qadr bertugas di luar. Dalam buku ni, dia selalu sangat amik cuti. Geram aku (tiber). Mungkin aku terlalu berharapkan buku ni fokus dia lebih pada ujian Qadr berjauhan selalu dengan Lailatul. You know, that ujian seorang isteri/suami berjauhan sebabkan tanggungjawab Qadr untuk berbakti kepada negara? Aku expect more of him talking about those air force thingy.

Tapi plus minus all that, tak sia-sia jugaklah peram dekat rak walaupun beli dari March haritu. Baru bulan ni nak baca memandangkan cuti semester.

Aku highlightkan siap-siap, dalam buku ni, bukan semata Lai dan Qadr saja . Tapi sebenarnya lebih kepada kisah Lai dan Liza . You have to read this in order to understand. Have fun reading for those who haven't read yet! ;)

Apa-apa pun, Lailatul untuk Qadr. Qadr untuk Lailatul. LailatulQadr nama yang agung. Malam seribu bulan. Aku jealous dengan nama diorang. Kuat nau jodoh ye!

'Terima kasih kerana menjadi seseorang untuk aku.'
'Sama-sama untuk segalanya, Lailatul.'

Update! (25/9/2022):
For those yang dah habis baca novel ni, bolehlah jenguk bab special edition dekat blog Rehan Makhtar! Ada 4 bab kesemuanya! ;) [http://wrehan.blogspot.com/2021/04/se...]
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
July 26, 2022
5/5 ⭐

pernah tak jatuh cinta dengan setiap benda dalam satu buku? kita pernah. ini. naskah ini. baca Seseorang Untuk Aku kali ke-2 ni, buatkan saya nak baca pelan pelannn je. nak rasa semua emosi, nak hadam semua perkataan, nak faham setiap situasi. pain? semestinya ada, buku kak Rehan kan :p tapi kita kan, tengah nangis tu, pastu the next second boleh gelak macam orang gila 🤣 semua sebab perangai si Qadr.

Lailatul, hidupnya tidak mudah, cuma ditemani Liza, adiknya dan Nek Leha tetapi tetap juga bahagia. sayangnya kepada Liza lebih dari dirinya, tanggungjawab dan amanah dari orang tua, diberi kasih sayang, diberi pelajaran, sehingga lupa sayangkan diri sendiri. Lai, seorang yang sangat selfless & penyabar, dia sangat kuat hadapi dugaan dalam hidup, dari hilang orang tua, ke masalah ibu mertua ke melayan perangai merenyam Qadr ✋🏼😭 sebagai kakak sulung, saya faham ya kesakitan yang Lai lalui. curah segala kasih sayang yang ada dalam diri, ditikam dari belakang, orang sama pula tu buat aih.

Muhammad Al-Qadr. seorang yang tenang sampai saya rasa tak masuk akal betul Al-Qadr seorang ni. seorang tentera air force 👀 (yang tersangatlah hot!) & seorang Qadr juga tak mudah melenting & melatah (ok mungkin masa tu je kot... uhuk uhuk SE) Qadr, his love language is EVERYTHING!!! His actions, his words of affirmations, physical touch 🤏🏻🫂 saya just nak cakap, dia ni, definisi lelaki sempurna (walaupun gatal tak boleh bawa bincang) hujung tu, rasa nak peluk, lepastu serious nak hempuk si Qadr ni, lepastu rasa nak cubit cubit, lepastu memang tersengih memanjang. benci lah! dia main semua emosi kita.

Seseorang Untuk Aku, buku ni cuit sikit sikit 🤏🏻 perasan saya sebagai pembaca. tersengih macam kerang busuk dengan perangai Qadr, menangis macam bayi dengan situasi Lai, menumbuk angin disebabkan perangai merenyam Qadr (mestilah sambil tersengih), telinga keluar asap dengan Zarul (dan...isteri) cinta selepas kahwin ni, aduhai sangat indah ya, contohi Lai dan Qadr ya anak-anak hehehe.

nota kaki: uhuk uhuk, jika anda seorang lelaki, yang seperti Muhammad Al-Qadr yang saya telah describe di atas, dm saya sentiasa terbuka 🫶🏼👀🏃🏻‍♀️

nota kaki 2: ada SUA Special Edition kat blog Rehan Makhtar, disebabkan SUA SE ni la kita rindu dan reread SUA shshshs
Profile Image for isatheenigma.
36 reviews
February 28, 2023
Was so excited to read this after the tiktok hyping it but let me be one of few to have dissenting opinion over this highly rated 5 stars book. Here's a question, is it me the only one having issue with these,

bayar pakai bodi & aku yang nak pakai kau?

Are we not going to address about how disgusting and disrespectful the phrases was? And what's up with the openly sexual innuendos? Not a prude because, it was normal for couples to talk about that but I could've sworn this is not topics that you 'discuss/share/talk' so openly lagi-lagi inside malay households.
The massive amounts of fucked up phrases emotional manipulation that was forced down the readers minds in order to make them feel how romantic all that was is sickening. There is actually some characters development but not major and the plot is just meh.
Last but not least, I just can't comprehend any other explanation why this book doesn't comes with age restriction. Though, I managed to finish the book but left disappointed. I would not recommend this to anyone.
Profile Image for booksofbells.
267 reviews7 followers
July 17, 2023
'Dia amanah, dan aku penjaganya'

Melankoli, padat nasihat dan teladan. Antara kriteria yang bagus diterapkan dalam novel² cinta untuk pembaca terutama dari kalangan remaja yang baru berjinak menyelami dunia novel romantik. Dari nama karakter boleh nampak dah mereka ni memang berjodoh; Lailatul & Qadr. Memang indah nama itu. Sangat indah. Kisah antara dua manusia yang berbeza darjat di sisi manusia, bersatu pula atas sebab yang menghinakan, dan cinta yang berputik tanpa sedar.

Daripada rating boleh nampak aku dalam kategori minoriti yang tak bagi 4 atau 5 bintang. Pada dasarnya novel ini bagus, banyak sangat isi² yang mendekatkan pembaca dengan hikmah dan tauladan dari peristiwa pahit dan manis yang berlaku dekat Lai & Qadr. Memang tidak dinafikan ini gaya penulisan Rehan, memang membuka minda dan menyedarkan pembaca. Aku sangat suka pendekatan beliau.

Cuma apa yang aku kurang suka ialah 'flow and delivery' dalam novel ni. Mungkin ini hanyalah pendapat aku, aku memang seorang yang agak kritikal dalam membaca mana² buku walaupun hanya sekadar untuk enjoy² dan tak serius, tapi sifat 'analytical' tu tetap ada, jadinya ada beberapa benda dalam novel ni yang buat aku jadi tak menghayati, memahami dan merasai 'ke-enjoy-an' tu.

Pertama, watak² dalam novel. Aku kupas secara umum sahaja sebab nak cerita satu per satu akan makan masa lama. Pada aku, karakter agak tak konsisten dan mengelirukan pada masa tertentu. Mungkin aku je yang rasa macam ni, tapi jujur aku tak dapat menghayati watak² ni sebab aku rasa ada 'loopholes' bila aku baca karakter buku ni. Character development pun sedikit awkward pada aku, tapi alhamdulillah bila aku teruskan bacaan, lama² aku boleh adapt. Ada jugak aku cringe bila baca perbualan romantik antara Lai dan Qadr, kadang rasa macam terlampau sweet untuk aku tapi ini pada aku jelah. Mungkin pada pembaca lain mereka tak rasa pun macam ni. Jadi jangan serang saya sebab saya rasa lain ye hehe.

Kedua, plot. Plot sudah bagus, penuh pengajaran yang mantap. Tapi anticlimatic bila benda yang patut jadi plot twist or climax tu tak nampak macam climax. Hilang rasa ingin tahu jadi bacaan aku jadi hambar sikit.

Berbanding dengan first book by Rehan yang aku baca (Dia Untuk Aku), aku rasa yang itu aku lebih suka. Delivery on-point, character development elok, penghayatan pun ada. Jadi aku ada high expectation dekat buku ni, tapi ternyata buku ini tidak menepati citarasa aku. But that's not anybody'a fault. Ini hanyalah pendapat aku.

Buku ni tak sesuai untuk pembaca yang nak romantis² 24 jam ye, buku ni banyak menginsafkan, dah macam baca buku motivasi pun ada. Jadi kalau nak cari novel yang purely romance, cari novel² lain. I think Rehan Makhtar punya style memang macam ni, penuh teladan dan ketuhanan which is great! Banyakkan novel² yang mengembalikan pembaca kepada ketuhanan is a good thing and I applaud this author for the ability to spread that through books.

Maaf di atas review yang ber bahasa campur, sebab aku terbiasa review dalam english tapi bila novel melayu kena la terangkan dalam bahasa melayu tak? Tapi english tu tetap terkeluar haha. So, inilah review jujur dari aku. Sekian.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
September 29, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Rasanya long review is completely unnecessary untuk novel Rehan Makhtar.



Cukup untuk N nyatakan novel ini berjaya membuat N menitiskan air mata kerana terlalu hiba membaca babak-babak layanan mak Qadr pada Laila, terutamanya bab makan melutut dekat dapur tu...
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
November 9, 2018
Walaupun watak heroin RM boleh dikatakan lebih kurang sama je dalam kebanyakan novelnya. Sejenis yang cekal,melalui banyak dugaan dan banyak berkorban untuk yg tersayang tapi olahan RM tak pernah mengecewakan.

Bait bait kata yang dikarang tu memang mampu mengusik emosi pembaca. Setiap watak dikarang dengan cantik dan tidak keterlaluan. Plot tu ya agak meleret bila Lailatul terlalu hanyut dalam kekecewaannya tapi overall masih boleh diterima.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
April 27, 2015
GILER GILER GILER BEST
OHSEM BANGAT
PERGGHHHHHH
DELICIOUS

Kesimpulannyer, SPEECHLESS!!! sampai x tau guna ayat apa tuk describe...

mmg senantiasa ada jiwa!

part yg sedih tue, mmg x perasan, tau2 jer air mata dah mengalir. sebak giler kot.. uwaaaa.. tabahnya hati seorang lailatul hadap perihal org sekeliling...

tapi qadr, senantiasa rasa dia mcm a good anchor.. dengan adanya dia saja, hati boleh jadi tenang... aman damai jer...

konflik2 mmg semua tahap jiwa rawan seyh but i lioke!!! ngeeee...

karya yang terasa sentiasa dekat di jiwa...

oleh itu mohon baca dan mohon jiwai yer...






Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
May 9, 2015
walaupun diuji dgn kesukaran,kesedihan dan fitnah dunia..tp sgt indah apa yg di terima selepas itu..mmg patut Lai dpt kebahagian tersebut...

Qard mmg seseorang yg diutuskan oleh Allah utk Lai..walaupun jodoh dlm keadaan yg memalukan..

suka sgt kat cerita ni...sgt bestt...LailatulQadr..RM memang x mengecewakan..
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
January 12, 2019
Update: 12.01.2019

Lamanyaaaaaa KakChik ambil masa untuk khatam kali kedua kisah Qard ni. Kenapa December reread karya ni? Kerana December adalah bulan kesedihan pada KakChik. :(

Dan air mata tetaplah meleleh keluar bila ulang baca bahagian-bahagian tertentu berkaitan kisah masa lalu Lailatul. :(

************

Review: 2015

Patutlah ada orang angau semacam dengan Leftenan Muhammad Al-Qard ni.

tbc

Marilah ketuk keyboard masa hati masih menggebu-gebu dengan kasih sayang Leftenan Muhammad Al-Qard. Ahaksss, jangan kena tikam sudah. :P

Antara Lailatul & Qard tidak tersimpan impian untuk berumahtangga dalam masa terdekat. Malah pada Lai yang penting segalanya untuk adiknya, Liza. Adik yang ditatang sepenuh hati kerana amanah arwah ayah. Qard pula kerana waktunya tidak pernah sunyi, jadi perancangan untuk ada isteri bukanlah agenda utamanya. Apatah lagi dengan kerjaya yang sentiasa sibuk dan terikat dengan arahan pihak atasan.

Namun pertemuan antara mereka, yang pertama kali sudah meninggalkan kesan yang hampir buat Lai rebah. Dugaan yang tidak pernah terfikir akan menimpa diri. Lai hampir nanar dengan keadaan itu. Namun ketenangan Qard buat dia yakin yang lelaki itu akan menolongnya setelah janji Zarul hanya omongan kosong. Ada sesuatu yang mengikat hati Qard pada pertemuan pertama itu. Walaupun dia masih ragu-ragu dan keliru. Cadangan abah diterima dengan berlapang dada walaupun pada permulaannya dia tidak menaruh harapan yang tinggi melangit.

Lai yang nampak misteri dengan cara sendiri tetapi sangat menarik pada mata seorang lelaki bernama Qard. Dia sanggup bersabar walaupun mama menolak keras pilihannya, namun ketenangan Qard sentiasa menggugah hati-hati yang dekatnya. Kerasnya mama kadang kala buat Lai terluka, apatah lagi selepas Qard jauh dari mata. Hanya kepada abah yang selalu mesra melayannya. Ditelan segala kata-kata kesat hanya kerana janjinya kepada lelaki itu.

Dalam bahagia selepas diterima mama dan disayangi sepenuh hati oleh suami, Lai sekali lagi teruji dengan dua berita yang memedihkan dalam masa yang singkat. Asutan syaitan mula memindih akal waras sehingga dia bertindak menidakkan segala kebaikan suami dan keluarga mentua. Dia mengasingkan diri dari semua kerana tidak menduga segala kepercayaannya terhadap mereka telah dikhianati dengan teruk sekali. Maruah tercemar dan dia hanyalah orang miskin yang akan menagih simpati di kemudian hari.

Lai sanggup menidakkan rasa hati dan bahagia kerana terluka. Membuka peluang terbuka untuk suami menikahi wanita terpilih pilihan mama hanya kerana satu janji. Walau terluka tetapi dia terus melukakan hati sendiri. Suaminya menerima dengan senang hati kerana dia akan bahagia jika isterinya bahagia dengan pilihan tersebut.

Kata orang ketika marah kita memang akan buat keputusan yang tidak waras, begitulah juga Lai. Tapi terluka dan rasa rendah diri menjadikan dia buta hati. Hurmmmm, tawaran Lai memang buat KakChik sakit hati. Tapi hendak dikata apa hati orang, bukan dia atau kita yang pegang, semuanya di luar perancangan kita.

Walaupun sakit hati dengan Lai ketika dia mogok tu, tapi tak boleh nak marah terlebih sebab kita tak rasa. Jadi, kita kena berlapang dada.

Sedikit tergugah pembacaan sebab KakChik macam tak boleh terima perkataan 'KOYAK' untuk digunakan bersama perkataan 'SENYUM' sebab yang dah sinonim dalam diri apabila senyum guna perkataan 'UKIR @ MENGUKIR'. Dah la banyak juga perkataan tu digunakan. :(

Gong Kedak - ulangalik (GongKedak-KL) - ATM: Mengingatkan pada seseorang yang sudah kembali padaNya. ;(
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
March 6, 2023
THIS BOOK IS LURVE!!
How do I even start? Let me gather my feels first.



Lailatul, the FMC - such a strong character. An orphan with no relative and only has a younger sister to be with. She had taken up the responsibility raising Liza, her sister, on her own, and I think it is very admirable. Lai's whole world centralizes on Liza because since little, that was what had been embedded in her mindset. In this book, you can see how Lai prioritized Liza to the point she willed to give up on her own needs. Maybe because I'm the eldest, I can relate to Lai's character so much. Her rationale, actions, and emotions.

The MMC, Qadr. *screams internally* Oh lord, the calmest character I've ever came across. Maybe he possesses such a character due to the nature of his job. His job alone screams sexy, ughhh 💦💦💦 He's also very patient, soft-spoken. What else a reader like me could ask for?

Both Lai and Qadr met under a very unfortunate incident, and their fate changed an instance. They got married without having feelings for each other. I thought they would slowly get rid of their awkwardness after that. I thought Lai would finally find happiness, but that was where I was wrong.

Qadr had to leave for a mission, and his wife was left with his parents. I knew she would face hardship while staying with her in-laws, but I didn't expect it would be that bad. It pained me so much during the kitchen scene. I was a sobbing mess, I was hurting for Lai. Like why? How could this happen?!


It was indeed not an easy path for Lai, I deeply sympathize her. I was utterly pissed at the betrayal part. Like, THE AUDACITY???? Heh, I feel like stoning the person who stabbed Lai's back.


I still have a lot to say, but I'll stop here. I'm afraid I'll spoil the fun of reading the book.

This piece overall toyed with my emotions. It made me giddy, sad, angry, upset, and so on. They were like an endless set of roller coaster ride from the beginning until the end. And I can't believe it took me only a day to finish!

Ugh, might reread this in the near future since there's no moving on from our hubby Qadr dfhbsfksjgkg
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
July 27, 2020
Saya rasa lagi suka novel ini daripada Takdir untuk Aku. Saya suka Qadr yang tenang. Bertemu pulak dengan Lailatul, si budak kampung dan yatim piatu. Lailatul yang berjiwa besar. Yang menjaga amanah arwah ayahnya untuk besarkan adiknya Liza.

Tapinya disebabkan cinta, Liza jadi kurang rasional dan membuat onar dengan kakaknya. Banyak dugaan si Lailatul ni, dahla kekasih hati datang meminang adik sendiri lepastu kena tangkap khalwat. Terpaksa kahwin dengan Qadr. Mak mertua pulak tak suka, hari2 kena marah. Siapa tahu mereka saling jatuh cinta selepas berkahwin.

Segala kesulitan itu dihadapinya sendiri. Bukan senang nak senang. Kena susah dahulu baru boleh senang. Lailatul patut berasa sedih dan marah. Setelah apa yang dia telah korbankan tapi langsung tak dihargai. Hanya masa yang diperlukan untuk merawatnya. Qadr yang tidak jemu memujuk dan sentiasa ada umtuk Lailatul. Begitulah sepatutnya kan...

Tapi saya agak sedih sebab Lailatul batalkan niat nak sambung belajar... huhuhu...
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
January 2, 2016
**Reread (#2)

Baca kali kedua pun saya masih lagi tangkap leleh dengan nasib Lai... :(


**Read (#1) - 1 - 2 July 2015

Oh! ^___^

Ces! tangkap leleh jugak wa...
Aigoooo tak suka!!!


Ops! bukan tak suka pada buku ini, tapi tak suka pada diri sendiri yang terlebih cengeng bila membaca naskhah ini.

Saya jadi terlebih sedih bila mengenangkan nasib Lai yang sentiasa di rundung malang. Dia sanggup korbankan masa remaja dan masa depannya demi si adik, dan bila segala usaha dan penat lelahnya pada si adik tapi kesengsaraan yang dia dapat, bagaikan dia beri susu, tapi tuba yang adiknya balas!

Geram betul pada Lizahani yang pentingkan diri sendiri. Bagaikan lupa pada hakikat siapa yang sanggup berkorban jiwa dan raga serta masa remaja demi menyekolahkan dia. Inilah jenis adik yang tak boleh diharap! (gerammm)

Benci pada si Zarul yang terburu-buru dalam membuat keputusan, sudahnya sendiri yang merana! Kalau hanya diri sendiri yang tanggung akibat, saya tak kisah mana... tapi bila ia juga melibatkan orang lain itu yang saya terlebih emo! (benciiii)

dan...

Wah! Saya suka dan jatuh cinta pada Qadr yang rasional, matang, bijak dan yang paling penting penyayang. Rasional dalam membuat keputusan. Tidak berburu-buru, teliti dan bijak dalam mengambil tindakan. Sesuai dengan profesionnya sebagai pegawai tentera.



....
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
June 4, 2023
Beli novel ni dah lama sebelum viral lg.Cuma takde mood nak baca.Bila dah viral,saja lah try baca sebab nak tahu apa yg org dok hype sangat.
Novel ni lebih banyak bercerita tentang Lai sebenarnya.Part Qadr tak banyak sangat.Lai ni lemah betul ya,asyik nak menangis aje kerjanya.Cubalah melawan sikit,mak mentua cakap apa pun dia senyap aje,takde nak pertahankan diri ke apa.
Paling menyirap dengan Liza lah.Ni kalau adik aku,mau aku pijak dulu baru aku maafkan.Dasar tak kenang budi.And si Qadr ni,boleh pulak menipu Lai kata nak kahwin lain.
Bab green flag rasanya Taufiq lg green flag.
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
May 8, 2015
berderai derai air mata mengalir . naskhah ini really2 indeed .begitu tabahnya Lailatul .begitu matangnya Qadr .
highly recommended .syabas rehan makhtar .
22 reviews3 followers
September 5, 2022
Sebabkan novel ni naik masa sambutan merdeka baru-baru ni, saya reread semula lepas 2 tahun lepas saya baca. Nak 'feel' semula, apa yang buatkan netizen rancak bercakap dan mencari. Puan penulis, kak Rehan sendiri ada nyatakan dekat pos FB yang buku ni tak ada langsung scenes perang atau bawak jet. Saya pun mulakan bacaan nak siasat betul ke?

Dan ternyata betul. Babak sebegitu TAK ADA. Yilek. Eopseo. Nada. Agaknya pesona pada watak hero yang disebut-sebut; Muhamad al-Qadr yang buat novel ni laris. Kesimpulan saya begitu.

Sikit sinopsis, atau mungkin juga spoiler. Lailatul seorang kakak yang sangat memegang amanah arwah ayah untuk membesarkan adik, Lizahani sehingga menjadi gadis yang sudah lupa apa itu pensel kertas, sudah tidak lagi kenal apa itu keseronokan zaman remaja. Segala kerja kampung? Dia buat selagi halal demi memenuhi keperluan adik yang sedang belajar di universiti. Lai dicintai anak ketua kampung, Zarulhakimi namun setiap lamaran Zarul untuk mengahwini Lai ditolak. Diminta Zarul sabar menunggu sehingga jodoh mereka ada, kerana masih kuat memegang amanat arwah ayah membesarkan Liza sehingga disunting seorang lelaki

Kecewa dan marah, Zarul mencabar Lai dengan meminang Liza. Liza pula sudah lama menaruh hati pada Zarul. Demi kasihnya Lai pada adik, dia terima pinangan Zarul untuk Liza. Lepas mereka kahwin, Liza dapat hidu yang kakak dan suaminya pernah punya tautan hati sebelum ini jadi dibalasnya sakit hati dan curiga itu pada kakak sendiri.

Kakak dihina oleh imam kampung, malah mengutuk arwah ayah tidak pandai didik anak. Hadir Qadr menghulur bantuan tetapi dengan niat terpesong. Entah bagaimana, Allah mula letakkan rasa yang indah dalam hati mereka. Zarul juga sudah tidak dapat menandingi kasih sayang Qadr.

Tiada hidup yang tidak diuji...


Komen:
Jika pembaca mengharap ini novel berbabak perang, gahnya Qadr membawa jet pejuang, sila lupakan. Ini novel kisah kasih sayang, cinta, amanah, tanggungjawab, kebergantungan manusia pada Tuhan saat suka atau tika sedang diuji. Bagi saya, sebenarnya ini kisah agung kasihnya seorang kakak pada adik. Lai lah ibu ayah selepas pemergian orang tua mereka. Senang adik, maka bahagia lah jiwanya. Jika sedihnya Liza, maka susahlah Lai. Bila Liza membuat onar, rabak teruk jiwa Lai sehingga hampir tersungkur namun dengan kasih sayang Qadr dan kelembutan nasihat daripada Nek Leha, kasih mama dan abah, jiwa Lai yang rapuh bangkit kembali. Liza diberi kemaafan dan disambut semula dengan tangan terbuka. Kasih sayang antara darah daging tetap tidak akan putus.

Qadr pula seorang lelaki yang garang dan amat tegas ketika bertugas, namun menjadi lelaki yang sangat prihatin dan lemah lembut dengan mama abah serta Lailatul. Dia juga bukan watak sempurna, tapi cuba menjadi yang terbaik lagi-lagi selepas berumah tangga dengan Lai. Dengan menjadi suami kepada Lai, dia telah menghadiahkan sebuah keluarga lengkap yang diimpikan Lailatul selepas tiada kedua ibu bapa.

Watak Puan Najihah, mama Qadr. Ibu mentua juga ada taste sendiri dalam memilih menantu - Puan Najihah.
Apabila Lai melangkah masuk ke dalam keluarga, orang tua ini sentiasa memerli, marah-marah tidak sukakan menantu dari kampung yang tidak punya apa-apa. Namun dengan kepolosan tapi hati waja seorang Lai yang selalu cuba memesrai mama, Lai kini amat disayangi. Puan Najihah tidak lagi mahukan menantu lain.

Pendek kata, sebelum bertemu pelangi selepas hujan, watak Lailatul dalam SUA sentiasa diuji. Tapi dengan rahmat Allah, Lai kini bahagia yang teramat sangat. Bila hidup bertunjangkan agama, penyerahan total kepada Allah saat senang susah, insyaAllah, Allah jaga.

Saya bagi 4.5 bintang pada SUA. Penulisan SUA, novel untuk jiwa yang mahukan kekuatan seperti Lailatul.
53 reviews44 followers
May 11, 2015
Seseorang untuk aku(SUA) karya Rehan Makhtar merupakan satu naskhah yang meruntun jiwa, mengugat emosi, menerjah kesabaran sehingga mampu mengalirkan air mata pembaca!. Tegar benar seseorang pembaca jika tidak mengalirkan air mata tatkala membaca naskhah air mata ini.
Dalam penghargaan, penulis ada kata, cerita ini mungkin bukan cita rasa kini tetapi sesekali mungkin setelah jemu makan cheese cake, air masak juga yang orang cari.
Cerita ini sebuah cerita kehidupan biasa seorang gadis kampung di Kuala Lipis. Lailatul – indah nama si gadis. Kematian ibu sejak kecil dan kematian bapa semasa tingkatan 2 telah menyebabkan Laitlatur berhenti sekolah dan bekerja sebagai penoreh getah di kebun getah Haji Saad , bapa kepada Zarul. Laila terpaksa memegang amanahnya menjaga adiknya Liza. Kesengsaraan hidup yang dialami gadis yatim piatu ini dapat dirasai oleh pembaca. Penulis berjaya menukilkan kehidupan yang seolah – olah benar benar terjadi di hadapan mata pembaca. Boleh divisualkan oleh pembaca. Kerana terlalu kasih dan sayang akan adiknya, Laila telah menolak lamaran daripada Zarul, kerana ingin melihat adiknya berjaya. Ekoran itu Zarul telah mengambil keputusan untuk mengahwini adik Laila kerana berasa tercabar dengan penolakan Lailatul sedangkan Zarul masih mencintai Laila.
Laila tegar untuk melepaskan Zarul kerana tahu adiknya suka akan Zarul. Bagi Laila jika adiknya bahagia dia akan turut bahagia sama, jika adiknya derita dia akan derita sama. Cukup kuat sayangnya Laila dengan satu-satunya darah daging yang dia ada.
Laila menggunakan semua simpanan yang dia ada sebagai belanja majlis perkahwinan adiknya. Namun, adiknya tidak setulus kakaknya. Liza telah menghalau Laila keluar daripada rumah pusaka milik keluarga mereka kerana cemburukan Laila dengan Zarul – sampai hati. Nasib baik ada Nek Leha yang sanggup susah dan senang bersama Lailatul. Nek Lehalah tempat Lai mencurahkan segala-galanya sehingga munculnya Muhammad al Qadr!
Sesuatu telah berlaku kepada Lailatul – Dia telah ditangkap khalwat dengan Muhammad Qadr, kawan baik Zarul ketika Qadr datang ke kampong mereka sempena perkahwinan Zarul – peristiwa itu telah merubah hidup Lailatul 360 ` . Qadr telah bertanggungjawab dengan mengahwini Lailatul – walaupun tidak mendapat persetujuan ibu Qadr iaitu Puan Najihah.
Bermula episod sedih dan pilu dalam diri Lai apabila Qadr terpaksa bertugas di Gaza untuk menghantar misi bantuan selepas 2 hari berkahwin. Pelbagai onar dibuat oleh ibu mertua yang bencikan diri Lai. Namun rasa cinta terhadap suami yang mula terbit dalam diri Lai telah menyebabkan Lai tabah menghadapi segalanya. Rindu yang membuak-buak mencengkam kedua-dua pasangan pengantin baru ini. Keadaan bertambah teruk apabila Iyani, bakal menantu yang diidam-idamkan oleh Puan Najihah untuk anak tunggalnya Qadr balik ke tanah air.
Seorang Lailatul yang lurus, polos, hidup penuh derita dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kebahagian orang lain
“Kau kerja dekat mana?” – Lai
“Ikut di mana aku diarahkan. Begitulah kalau dah namanya Kuli.”
“Kau mesti tak nak laki kerja driver, kan?” – Qadr
“Kau tak malu ke aku jadi bini kau? Aku ni tak sekolah, kerja kutip getah buku yang buruk dan busuk tu. Dahlah tak ada rupa, jauh sekali harta.”
“Kau askar?” – Lai
“Air force…Aku bawa jet,” – Qadr
Mulut Lai terlopong. Antara faham dengan tidak. Tetapi wajah Nampak kagum
“Dahlah…tutup mulut kau tu, Lai. Karang aku yang tutupkan, lain pula jadinya.” – Qadr
*****************
Kasihnya Muhammad al- Qadr terhadap isteri tersayang.
“Jantung kau ni…” – Lai
“Jantung aku jadi macam ni apabila dengan kau aje, Lailatul….” – Qadr
“Nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang.” – Lailatul
“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh? - Qadr
"Cincin itu jauh dengan dada kau, Lai. Bukan sebab di dada tu ada sesuatu yang wanita ada tapi lelaki tak ada. Tapi, di dalam dada kau tu ada jantung, hati, limpa, paru-paru segala. Di mana di dalam dada bermula niat kau, bermula kasih sayang dan penerimaan kau terhadap segalanya. Sebab tu aku bagi rantai emas ni. Design aku buat sendiri sama dengan rantai besi yang ada dengan kau tu. Aku letak nama kita berdua dekat plak tu LAILATULQADR, biar ku dengan kau ada di dada." - Qadr
Ringan tangan Qadr menyentuh rantai yang tergantung di leher Lai. Terukir indah nama "LAILATULQADR" satu nama yang terlalu hebat untuk mereka berdua. Malam seribu bulan. Malam diampunkan segala dosa.
*****************
Tabahnya, sakitnya hati Lailatul – sakitnya TUH di hati ini!
“saya tahu mama tak selesa, Tapi saya dah janji dengan Qadr - demi Allah, demi janji saya kepada anak mama, izinkan saya jaga mama dan abah…” – Lailatul
“Aku tak nak! Aku ibu dia, Laila. AKu yang lahirkan dia. Asuh dia. Aku nak dia macam anak-anak orang lain. Aku nak dia menikah dalam kenduri dan dirai. Kau ialah menantu yang aku tak RAI! “ – Pn Najihah
“Tunggu ajelah Qadr balik, mama. Kalau dia nak Ilyani atau sesiapa saja, saya izinkan. “ - Lailatul
Kepulangan Qadr ke tanah air telah membawa kebahagiaan yang tidak bertepi kepada Lai. Sesungguhnya apa yang Allah rancang untuk mereka adalah yang terbaik. Namun, panas tidak sampai ke petang kerana hujan di tengahari. Ada sesuatu PERISTIWA yang melanda rumah tangga mereka. Ada peristiwa yang menyebabkan Lailatul DIUJI lagi. Luka yang ada dalam diri Lailatul ekoran sikap adiknya, Liza ditambah lagi dengan percikan limau nipis oleh suaminya, Qadr. SAKITNYA MENJADI SEORANG LAI!
Apakah sesuatu PERISTIWA itu yang menyebabkan seola-olah Lai membuang adiknya sendiri? Bagaimanakah nasib Lai seterusnya? Adakah kebahagian menanti Lai pada akhirnya? Adakah Puan Najihah akan menyayangi Lai atau meneruskan permintaannya untuk mendapat seorang lagi menantu iaitu Izyani? Adakah pengorbanan seorang kakak akhirnya akan dihargai oleh seorang adik? Semuan ini akan TERJAWAB dengan memiliki naskhah Seseorang untuk Aku – SUA.
Tahniah kepada penulis Rehan Makhtar yang menunjukkan tahap kematangan yang terserlah dalam nukilan beliau kali ini. Siapa kata novel-novel cinta ini hampas? Tidak ada ilmu? Tidak memberi pengajaran? Naskhah SUA ini menyangkalnya sama sekali. SUA penuh dengan ilmu. Ilmu kehidupan yang mungkin tidak semua orang rasa, tidak semua orang mengetahuinya dan tidak semua orang diuji seperti Lailatul. Tahniah sekali lagi kepada penulis berupaya menggarap sebuah cerita yang berjaya untuk memikat pembaca membaca tanpa henti sehingga terbuai-buai rasa sedih pada peringkat permulaan plot penceritaan lagi. Sesungguhnya penggunaan hampir 100% bahasa Melayu dalam novel ini wajar dipuji. Boleh dikira dengan jari sahaja beberapa patah perkataan Bahasa Inggerisnya. Terbukti Bahasa Melayu itu indah, Bahasa melayu itu cantik dan apabila digabungjalinkan menjadi begitu segar untuk sebuah novel setebal 619 muka surat ini. Ternyata kehebatan penulis menjalin bait-bait kata dalam bahasa kita mampu menerujakan pembaca sehingga menitiskan air mata.
Tahniah juga kepada penerbit karya seni kerana menerbitkan sebuah naskhah yang SANGAT BERKUALITI ini. Semoga pada masa hadapan, pihak penerbit terus menghasilkan novel novel sebegini sebagai satu tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat dan seterusnya mewarnai dan melakukan anjakan paradigma dalam dunia penerbitan Negara!
Tak kira siapa anda – seorang guru, seorang pensyarah, seorang doktor, seorang engineer, seorang penerbit, seorang novelis, atau seorang juru terbang sukhoi sekalipun novel ini perlu dibaca untuk mengetahui kelainannya, kesedihannya, auranya, elemen cintanya yang bersahaja dan sudah pasti ilmu-ilmu agama dalam novel ini digarap dengan bahasa yang indah dan bersahaja......TAHNIAH! Sebuah novel air mata terhebat tahun 2015!
**********************
"Lai sayang abang" - Lailatul
"Abang sayang lai juga" - Qadr
"Jujurnya, setiap kali ditimpa masalah buat Lai mengeluh. Resah dan gelisah hinggakan Lai terlupa kepada Allah. Tempat di mana kembali semua masalah ini. Tapi demi kerana Dia ialah Allah yang Maha Penyayang, semuanya dah terlerai. Moga Dia berikan Lai ketabahan. Moga dia singkapkan hikmah segala ketentuan. Moga sinar cahaya-Nya beri Lai pedoman. Kerana hanya kepada Dia segala ketetapan hati," - Lai
"Segala puji bagi Allah demi belas kasihan dia untuk kita, sayang. Moga setelah ini, ktia letak Allah dan Rasul menjadi cinta utama kita. Abang rela jadi yang ketiga asalkan cinta pertama dan kedua kita milik Dia dan Rasulnya." - Qadr
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
July 16, 2023
Muhammad Al-Qadr.
Nama yang sangat indah. Seindah cerita cinta Lailatul dan Qadr.

Maaf, saya kurang berkenan dengan dialog Qadr yang ini.
"Aku yang nak pakai kau, bukan mama"
"Kalau kahwin tak pakai, rugilah saya nek"
"Qadr yang nak pakai"

Qadr, wanita bukan baju untuk dipakai. Macam nak cakap dengan Qadr cuba guna ayat elok sikit. She's your wife lah. Geram.

Lailatul yang terlalu menyedihkan. Liza yang tak kenang budi. Dapat dekat saya adik macam ni, memang saya cepuk. Tapi itulah kasih sayang adik dan kakak. Kakak yang berkorban segalanya hanya kerana amanah. Tolong lah fight sikit Lai, wanita tak lemah Lai.

Sebagai yang kurang membaca hal hal jet pejuang ni, saya tertarik nak tahu sukhoi ni macam mana. Dalam 5-6 page ja cerita pasal jet pejuang. Yang lebihnya berendam air mata. Lai pun tak tanya banyak Qadr macam mana sukhoi ni. Tapi menerima seadanya ja bila Qadr cakap dia bawak jet. Kalau saya sehari semalam lima waktu dah tanya macam macam hahahaaha excited nok laki bawak jet.

Saya suka Qadr yang selalu bagi support dekat Lai. Kalau tak boleh, Qadr bolehkan. Kalau tak mampu, Qadr mampukan.

"Jaga diri kau"
"Dan aku akan jaga diri aku untuk kau"

So, ada sesiapa tak sudi nak bagi nak rantai besi dia dekat saya? Hahahahhaha

Terima kasih RM. Jumpa di Takdir Untuk Aku.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
November 1, 2015
Aku terpanggil untuk beli novel ni sebab heronya seorang tentera udara... Sementelah aku juga seorang anak bekas tentera darat, maka aku ingin juga mengetahui kisah seorang tentera udara yang dikhabarkan sangat ohsem.. hehh..

Permulaan cerita yang agak baik dan aku semakin teruja nak baca sampai habis.. Tapi apabila si Lailatul tu main tarik tali lama sangat, mendiamkan diri sebegitu, menyebabkan aku sedikit lelah untuk meneruskan pembacaan.. Hingga ke satu saat, tanpa aku sedar, aku mengeluh panjang dan aku berkata sendiri di dalam hati; kenapa laaaa macam ni kisahnya.. Hmmm...

Ramai yang kata mereka menangis tatkala membaca naskhah ini tapi aku sedikitpun tidak mengalirkan air mata sedangkan pada hakikatnya, akulah yang paling mudah menitiskan air mata jika sesebuah karya itu kena dengan olahan ceritanya.. Cuma, adalah rasa sedikit sebak tapi cuma seketika sahaja..

Jadi, kisah ini sedikit tidak kena dengan apa yang aku harapkan.. Maaf..

Part main tarik tali tu rasanya boleh dipendekkan lagi.. Apabila ianya dipanjangkan, nampak banyak yang macam tak kena pada beberapa ayat dan tempat..

p/s: Entah kenapa, aku rasa ayat penulis dalam naskhah kali ini agak sekata seolah-olah tidak cukup rencah..
Profile Image for Jeona Lee.
18 reviews1 follower
January 31, 2023
Emmmm firstly, buku ni sy beli sebab time merdeka hari tu viral sesangat sampai kena tunggu KS reprint. Dan buku SUA ni adalah buku pertama RM sy baca. Bila dapat ja buku ni sy mmg la super duper eksaited mau baca sebab mostly cakap bestttt lagipun tgh hype dgn lagu bagai Bintang di Surga tu hehe (skrg lagu tu sdh jadi fav sy aww) . Tapiiiiii sy sedikit kecewa. Buku ini x sampai pada expectation sy. Pada para peminat buku ini, sy truly minta maaf.

Ekceli, buku ini still bagus sbnrnya. Dari awal bab sampai dorg sdh kawin sy masih rasa eksaited dan berbunga hati serta enjoy baca. Tapi masuk part konflik lailatul with kakaknya tu hmm pada mulanya sy ok tapi lama-lama jdi draggy pula bt sy lelah baca. Konflik tu sngt la panjg huhuu mcm hilang sdh seri buku SUA tu sbb trtllu fokus ngn knflik laila yg terlalu ikut hati sampai x peduli Qadr dan org sekelilingnya sekaligus sweet moments dorg berdua tenggelam n lama-lama memudar. But so far, semua still ok cuma sy x bearable baca yg part draggy tu saja smpai buat mood baca sy merudum huhuu sorry gais kalau mana-mana individu rasa offendable dgn review sy tapi truly its my fault not writer ya.
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
September 19, 2023
Reread.

Mula baca buku ni sebelum hype di tiktok. Buku ni overhype bila pekerjaan Qadr terlalu digembar gemburkan tapi aksinya sikit saja.
--------
Tak tau lah nak bagi berapa bintang. Of course lah cara mereka berkahwin sangat cliche haha. Kesian betul dengan Lai sampai tak fikir diri sendiri sebab terlalu fokus untuk berkorban pada adik sendiri sampaikan lelaki yang disukai pun dia rela je bagi tapi hakikatnya laki tu pengecut!

Menantu bukan pilihan pastinya ditentang, tapi overal ibu Qadr belum sampai tahap melampau lagi lah. Rupanya lepas baca, boleh dikatakan 10% saja mengenai pekerjaan Qadr. Agak mengecewakan sebab apa yang digembar gembur tu tak sama lagi² cover buku memang menjual Qadr sebagai figher jet pilot.

Bagi aku karya RM best je cuma heroin bagi aku lemah atau tak berfikiran jauh. Bila Qadr sendiri beri izin untuk sambung belajar tapi dia tetap tak mahu, dia cuma mahu "sijil nikah"... Kecewa sekali lagi di situ.
Profile Image for Wan.
18 reviews3 followers
June 5, 2023
Novel pertama dari RM yang aku baca.Aku ambil keputusan untuk baca kerana novel ni viral di tiktok.

Penat ye baca novel ni,acap kali air mata aku menitik disebabkan watak Lai ni.Perasaan aku asyik bertukar aje.Sekejap nangis,sekejap suka,sekejap geram,kejap rasa nak marah.Hebat ye RM bermain dengan perasaan aku.

Jalan ceritanya klise aja.Hero tertangkap basah dengan heroin.Lepastu kahwin,ada konflik sikit and hujung- hujung bahagia jugak.Tapi aku tak berasa bosan langsung ye bila baca.

Banyak ilmu yang diselitkan dalam novel ni,sekaligus peringatan yang tanpa sedar sedikit sebanyak menyentak hati aku yang membaca.

Watak Laila ni memang betul2 tabah dan sabar ye.Kalau aku la berada di tempat dia memang aku tak yakin aku dapat sesabar dia.Sudahlah dibenci mak mertua pada awal perkahwinan,lepas tu dapat tahu pulak yang adik sendiri perangkap dia disebabkan seorang lelaki.Betullah cinta itu buta ye.Nasib baik ada suami yang setia menemani dan sabar melayan Laila ni.

Aku malas nak komen banyak- banyak sebab bagi aku novel ni memang cukup perencah nya.Gaya olahan yang mudah difahami dan konflik yang ringan tidak menyerabutkan kepala.

Overal 5/5 starr.
Profile Image for Mslvoe.
2,041 reviews197 followers
August 20, 2022
"Aku kan ada".

Melting sungguh F masa ini. Tersengih² dengan hero pujaan Qadr.

Lai alahaii².. airmata tak pernah berpisah. Cam arwah Neng Yatimah pelakon veteran yang selalu mainkan watak sedih.

Pengorbanan Lai terhadap adiknya sungguh hebat. Apa saja untuk adiknya Lai tunaikan. Senang cakap adiknya Liza takpernah hidup susah. Takda duit, tu tulang 4 kerat si Lai ni la yang cari rezeki before matahari keluar.

Hanya pada Nek Leha tempat mengadu. Nek Leha tahu segala²nya. Penyeri hidup Lai setelah kehilangan parents.

Kehadiran Qadr membawa seribu makna walaupun mereka dikahwinkan setelah terjadi sesuatu yang bukan salah mereka.

Walaupun mak mentua tidak suka, Qadr sentiasa menasihati agar bersabar pada mak dan isterinya. Tak kurang hebatnya watak bapa mentua yang baik like Qadr.

Dan Lai memang menantu dan isteri yang baik. Kesabarannya akhirnya membuahkan hasil bila mak mentua mula sayang pada Lai. Tak sia² bapa mentua menasihati isterinya.

Patutlah readers suka naskah SUA. Harga mahal pun readers beli. Kat KS pun dah sold out. Naskah ini memang A++++!
Displaying 1 - 30 of 343 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.