Julia sudah dua kali terselamat. Dia berasa bagaikan baru sahaja usai keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Namun dia tahu bahawa dirinya merupakan jauh daripada benar-benar selamat. Ada seseorang yang masih lagi sedang memburunya dan memburu rakan-rakannya.
Mikael tidak mengetahui akan bahaya yang sedang direncana dengan rapi oleh seseorang di luar sana terhadapnya. Orang itu sedang menunggu waktu yang sesuai untuk bertindak, dan bila lagi waktu yang paling ampuh kalau bukan sekarang?
Hidup Julia dan Mikael akan bertemu, berlaga dan terhurai selengkap-lengkapnya dalam buku terakhir ini. Dari mana datangnya suara-suara yang sering menggangu Mikael, siapakah sebenarnya yang mahu membunuh mereka, dan lebih penting lagi, siapakah Nazzman dalam diri Mikael?
Md. Syaihan Syafiq bin Mohd. Anuar atau lebih dikenali sebagai Syaihan Syafiq (lahir pada 28 Jun 1985) lahir di Kota Bharu, Kelantan, lebih dikenali sebagai penulis kepada trilogi novel yang berjudul Bisik yang mula diterbitkan oleh Buku Fixi pada April 2012, disusuli dengan sambungannya Koyak pada Disember 2013 dan novel terakhir dalam siri berkenaan, berjudul M pada April 2015.
Syaihan Syafiq mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang (1992-1998) dan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free (1999-2000). Seterusnya beliau mendapatkan sijil Pra-ijazah Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA, Kampus Sg. Petani, Kedah pada 2005 sebelum bertukar pengkhususan dan memperoleh Ijazah Sarjanamuda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (2008-2012).
Karya: 1. Bisik, ; Buku Fixi 2012 2. Koyak, ; Buku Fixi 2013 3. M, ; Buku Fixi 2015 4. Sasar, ; Buku Fixi 2016
Cerpen: 1. Secangkir Kopi Bersama Dia (antologi cerpen 'KOPI'), Buku Fixi, 2012 2. Aku Yang Kegersangan (antologi cerpen 'BOLA'), Buku Fixi, 2012 3. Mesyuarat Tengah Hari (antologi cerpen 'Untuk Separa Tuhan'), Buku Hitam Press, 2013 4. Kalau Lapar Cari Chomet (antologi cerpen 'KLCC'), Buku Fixi, 2013 5. Catatan Anak Kecil (antologi cerpen 'Tanah Tumpah Darah'), Buku Hitam Press, 2014 6. Menunggu Demi Cinta (antologi cerpen 'Berat Sebelah Kiri'), Buku Hitam Press, 2014 7. E-mel Dari Seberang (antologi cerpen E-book Fixi 'MF2014'), Buku Fixi, 2014 8. Hubungan Berhipotesis (antologi cerpen 'MALAM'), Buku Fixi, 2014 9. Nasi Lemak Sambal Sotong (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016 10. Roti Kapit Inti Daging (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016
Selesai baca semua naskhah dalam trilogi ini dan aku rasa buku kedua dan ketiga kalau tak ada pun tak apa rasanya. Entahlah. Agak meleret, dan tak ada elemen ‘wow’ sangat. Walaupun penulisan lebih kemas di buku kedua dan terakhir, ia ditenggelamkan dengan plot dan perwatakan yang serba kekurangan dan mengelirukan. Ada beberapa plot yang aku rasa tak perlu dan tak membantu jalan cerita yang sekaligus buat ia jadi meleret-leret. Perwatakan yang digambarkan juga semuanya seperti tiada ‘depth’ dan kenapa semua karakter dalam naskhah ini gaya bercakap semuanya sama - cakap campur campur dalam bahasa Melayu dan Inggeris? Semua ya. Aku juga tak paham kenapa perlu ada beberapa watak yang namanya sama - bukannya membantu jalan cerita pun, atau sebenarnya ada, tapi aku yang terlepas pandang? Entahlah.
Suka buku ni, bukan tak suka tau. Cuma ada beberapa isu yang buat tak boleh nak bagi 4 stars.
WRITING Nampak penulis improve dari buku satu sampai buku M. Dari segi penulisan memang tak ada masalah. Lagi senang dibaca. Naratif makin kemas. Dialog smooth je. I'm not the one to talk about writing. I'm still learning :).
CHARACTER Menggunakan watak yang sama. Dalam M, lebih tekankan tentang Mikael, Julia dan Dr. Iesmawi. Yaya ada sikit tapi nampak lebih pada ketiga-tiga watak tu. . Dalam buku tiga lebih dapat feeling Julia yang trauma lepas diserang dalam Bisik. Nampak character Julia dan Mikael develop daripada buku Bisik dan aku suka sangat tengok dorang matang! Kesian kat Mikael dan Julia :'(
PLOT MAJOR plot holes???
1) Apa sebenarnya motif Yaya buru Mikael? Yang sorang yang bersubahat tu taulah sebab apa dan dah boleh agak dari mula. Cuma Yaya je. Tak taulah samada penulis ada mention dan Una yang terlepas pandang. Tapi macam tak ada. Although mungkin penulis nak pembaca agak, tapi encik penulis patut mention motifnya apa. Hmmm...
2) The ending. Yes I got my theory 70% right. Tapi, patut lebih terangkan pasal satu istilah yang disebut di muka surat penghujung -
3) Kalau boleh nak tau lebih pasal Sarah. Selit back story dari awal. Seolah-olah penulis terlupa dan sumbat cerita pasal Sarah dan apa kaitan dia dengan kes Mikael.
1 star dibuang sebab major plot holes. Tapi macam mana pun, teori yang kat hujung naskhah M is SOOOOOOOOOO GREAT. I expected something like that, turns out wrong but somewhat close, but that theory is so genius! A nice book to end the trilogy.
Another surprising story from Syaihan Syafiq. Well, I never thought that Dr. Iesmawi Iesmail which is Mikael's psychiatric doctor is actually taking grudges on him and is trying to kill him. And guess what, I can truly imagining how the murders happen with every detail that been written which is gloss. Anyway, I like this book much but there's too many typo in this book which is making me a little bit hating it.
Ive always love syaihan's books. Been following him from his first book that is bisik so im very excited about this third novel. Ill say you have to read it in one go from the 1st book, then the 2nd, only then you read this novel because you might get confused. Nevertheless, i love the ending. Great job !
berbanding dengan Koyak, M seperti ada sesuatu yang tidak kena. tindakan penulis yang cuba menyumbatkan sebanyak mungkin rasa suspicious di minda membaca dilihat tidak seimbang dan berlebihan. tambah dengan setiap watak yang akhirnya mempunyai perkaitan juga sedikit diluar relevan jika dibandingkan dengan kehidupan normal kita ini. kamon, mahu berjumpa kawan sekolah yang masuk satu U tapi lain fakulti pun susah. mana mungkin semua watak berkait dan hanya berputar di tempat yang sama. mungkin ini taktik yang digunakan syaihan agar pembaca terus kabur dan villain bersembunyi disebalik kekaburan sambil menunggu masa menyergah di muka surat akhir.
apa-apapun tahniah dan terima kasih syaihan syafiq. Rest in peace.
Akhirnya tamat jugak kisah Mikael,Julia dan Shah.Happy ending bagi aku tapi x berapa nak happylah jugak bcuz Shah menemui ajal di akhir cerita. Walaupun cerita ni dah tamat tapi aku masih mempunyai banyak persoalan dalam benak fikiran aku ni. Contohnya, siapa Yaya yang sebenarnya,apa hubungan Yaya dan Dr Ismaewi dan aku masih jugak tertanya-tanya siapa sebenarnya Nazzman dan apa yang telah terjadi kepadanya.. Nampaknya banyak lagi persoalan belum terjawab...
There were loopholes everywhere in the final trilogy of Bisik. I’m a bit disappointed. It’s like the writer was forced to rush the story before checking it and submit. It could’ve been better. It could’ve been. If only he was given more time to carve it perfectly.
I don't understand why the doctor wants to kill Mikael when he knows for a fact that Nazzman is not Mikael. And come on, the Nazzman we met briefly was a chubby guy. How can he possibly be in a relationship with Suraya, the lawyer? And Suraya never knew where Nazzman lived before? Didn't she notice when she kept going to Mikael's house. I cannot comprehend the loopholes. Seriously, I will not allow that. That's why the book loses one star. And don't get me started with the glaring grammatical errors!
The only reason why I still give this book four stars is because it made me finished the book within a few days. Like I really want to know the ending. But then again the ending was a bit disappointing. Like I said, it was rushed to end. Could have been better. Could have been.
Buku ketiga untum trilogi Bisik.. Memang gigihlah baca sambungan ni walaupun macam dah lupa je apa jadi kat dalam Bisik dan Koyak.. Tapi still okaylah.. Banyak juga peraoalan yang terjawab.. Cuma dua je yang selamat.. Penamat dia agak... #m #syaihansyafiq #trilogibisik #fixi #novelmelayu
2.5 to be exact. Naskhah terakhir yang kurang memberi impak. Penceritaan agak hambar dan kurang dinamik berbanding dua prequel sebelum ni. Ending seperti rushed. Bagi saya, KOYAK adalah naskhah yang paling saya enjoy dalam Trilogi Bisik.
akhirnya.... demi sebuah dendam... kerana dendam manusia tidak lagi bertuhankan Dia...nafsu dan amarah menguasai fikiran dan hati..sisi gelap mula terlihat...
Agak-agak, Julia akhirnya tahu tak kisah yang sebenar?
Buku terakhir dalam trilogi Bisik. Saye tak sangka, setiap watak mempunyai kisah tersendiri dan semuanya ada kaitan dengan Mikael (atau paling tidak pun, kenalan Shah dan Julia). Rasanya Nazzman dah tak keluar lagilah lepas peristiwa yang hampir meragut nyawa Mikael.
Plot dalam cerita ni memang menarik sebab saye tak sangka, Suraya (a.k.a. Yaya), girlfriend kepada kakak Mikael, muncul balik dengan penuh dendam. Setiap watak mempunyai agenda tersendiri termasuk Bard (which is a good thing. he was even in my list of killer suspects. luckily he isn't).
Mikael menghidap penyakit mental dan memunculkan his alternate self yang dipanggil Nazzman. Sepanjang trilogi ni, ramai yang dah terbunuh (sama ada di tangan Mikael atau di tangan orang lain). Ketika pembunuhan berlaku, Mikael tak sedar akan sekelilingnya dan Nazzman akan dikeluarkan, kecuali, ketika babak terakhir dalam buku satu di mana Mikael dan Nazzman muncul serentak. Julia hampir-hampir dibunuh dan masa tu lah baru tahu yang Mikael ni sakit.
Nazzman pula sebenarnya orang yang dibunuh Mikael dan dia mengambil identiti Nazzman untuk memunculkan his alternate self. All the killings in this story are gore and disgusting. Sebelum Nazzman, Amran adalah mangsa pertama. Dia adalah rakan serumah Mikael. Lepas tu, sila baca buku-buku dalam trilogi ni kalau nak tahu yang lain.
Nak kata mind-blown, tak sangatlah tapi saye suka jalan ceritanya.
Kecuali benda-benda yang bertentangan dengan agama dan perkara yang songsang segale. Bab ni saye masih conservative ye.
"Dah lama sejak kita tak duduk berdua dan bersembang, kan?" soal Julia.
Aku sekadar mengangguk, mengiyakan sahaja ayatnya itu walhal aku langsung tidak ingat bilakah kali terakhir aku duduk hanya berdua bersamanya dan berbual secara akrab.
Mindaku terasa bagaikan ada hamba Allah yang nakal sifatnya melemparkan pinggan-pinggan kaca jatuh menyembah bumi, dan ia hancur berderai menjadi fragmen-fragmen halus-kecil yang mampu melukai dan mendarahkan jari-jemarimu jika kau mencuba untuk mengutipnya dan berusaha untuk mencantumkannya semula tanpa bantuan pelekat khusus.
"Kadang-kadang... aku harap sangat yang semua ni sebenarnya hanya satu mimpi buruk yang teramat panjang; dan apa yang aku perlu buat hanyalah bangkit dari tidur dan menyedari bahawa semuanya baik-baik saja.
BISIK, aku dah boleh jangka apa kesudahanya. Mesti ada kaitan dengan masalah mental pada watak utama. Masuk pada KOYAK memang kena pada tajuknya, mental aku yg koyak bila otak aku koyak rabak memikirkan dan cuba untuk mengaitkan setiap watak. M awalnya agak slow untuk aku, bila dah baca suku cite makin rancak dan aku puas hati dengan pengakhirannya. Watak Makin banyak dan semuanya terkait antara satu sama lain. Pening? Sudah pasti. Ngeri? Yess, seperti ko rasa pipi ko ditoreh sampai ke mulut.. fuhhhh!
Aku tak boleh bagi review beria. Korang nak tau, beli dan baca sendiri. Al Fatihah untuk penulis. Semoga Allah tempatkan kamu di kalangan orang yang beriman. Terima kasih untuk karya awak!
Sebuah konklusi yang hebat. Pembacaan jadi makin asyik bila satu demi satu terlerai. Cuma ada sedikit kekosongan plot tentang siapa sebenarnya Yaya. Kenapa dia yang beria join Dr. Iesmawi untuk membalas dendam?
Ending menerangkan segalanya tentang Mikael dan Nazzman, cuma kena google sikit. Mikael dan Nazzman adalah orang yang sama. Fetus in fetu, which is twins grows inside the body of its twin (aku google 😏). Cuma aku pelik kenapa Sarah seperti tidak mengenali Nazzman/Mikael.
Al-Fatihah buat penulis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aq sgt berpuashati dgn penutup trilogi ni. Walau ada bberapa perkara yg agak tergantung di pengakhiran cerita tp pengakhiran di buku ketiga ni bagi aku sangat memuaskan hati aku. Well, macam biasa, tak 'Buku Fixi' lah kalau tak tinggalkan beberapa persoalan dalam kepala pembaca 💁♂. Hahahaa...
Oh ye, bagi aku, pilihan nama watak yg sama, berpusing-pusing memang sangat menarik untuk buat adrelian dlm kepala aku berjalan memikirkan sapa yang tgh diceritakan penulis. Jadi at least walau baca fiksyen sel-sel otak aku berjaya gak berhubung. Hahahaha. Finally, al-fatihah (dibaca) buat penulis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Takdir. Suatu hal yg terkadang kau rasa bagaikan kau boleh elak, ubah atau setidaknya bentuk semula kepada sesuatu yang kau inginkan. Tetapi hakikatnya jika itulah yg sudah tertulis, kau usahalah sekalipun hal itu bakal berlaku juga.
Jujurnya ada sedikit kemusykilan apa jd dgn Nazzman, x taulh klu ada cter kt Bisik sbb dh lama sgt bacannya. Sebuah kisah yg penuh dgn dendam kesumat yg memaksa pendendam utk membalas dendam dgn cara yg sungguh kejam hingga mengorbankan nyawa org yg x bersalah terheret sama.
Rupanya pembunuh yg berdendam itu tidak bertindak sendirian, ada rakan2 subahat, ada juga rakan subahat yg dibunuhnya. Semua org ada motif nk membunuh Mikael. Lg memeranjatkan setiap watak ada kaitan yg x dijangka, yg akn memeranjatkan kita yg tgh cukup suspen.
Masing2 ada perasaan syak menyesaki n menjlnkan siasatan sendiri, cuma bergantung samaada cara baik atau tidak shj.
Sape2 yg tahu pasal Nazzman tu silalh berkongsi info dgn sy huhuhu
Trilogy novels. Overall, buku2 nie best but not my super best. Jalan cerite sgt menarik, ending mmg twist abis. Cume upset ckit sbb ending x summaries btol2; unless tu mmg signature penulis utk biarkan pembace hadam sendiri. Wpon demikian, trilogy nie layak utk sy re-read one fine day. Haha.