Jump to ratings and reviews
Rate this book

BISIK #1

Trilogi Bisik #1: BISIK

Rate this book
Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun di pangsapuri baru, Mikael mula hilang ingatan dan didatangi BISIK yang muncul secara rawak.

Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya Nazzman, ialah seorang yang amat mencurigakan; biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.

Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. Namun apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai dalang.

Apakah punca bisik-bisik yang mengganggu Mikael?
Dan siapakah Nazzman sebenarnya?


________________________
Novelis : Syaihan Syafiq
Md. Syaihan Syafiq bin Mohd. Anuar lahir di Kelantan tetapi dibesarkan sepenuhnya di Pulau Pinang. Lima tahun di Penang Free School adalah katalis kepada minat untuk mula menulis. Mengambil jurusan TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia, namun masih mahu terokai bidang penulisan secara serius. Seorang penggemar kucing, teh tarik dan teater. Pencapaian terbaik dalam bidang teater setakat ini adalah tempat ketiga mewakili UKM untuk Festival Teater MAKUM 2011. Punya blog ngomelsikit.blogspot.com dan twitter @shandye tetapi agak malas berada di atas talian. Pada tahun 2012, penulis menjalani praktikal di Alor Gajah, Melaka.



Rekabentuk dan rekaletak : teckhee.blogspot.com
Perunding : Amaruhizat, Amir Muhammad & Hani Amira Suraya

Cetakan Pertama : April 2012
Cetakan Kedua : Ogos 2012
Cetakan Ketiga : Disember 2012
Cetakan Keempat : Jun 2013
Cetakan Kelima :

295 pages, Paperback

First published April 1, 2012

34 people are currently reading
796 people want to read

About the author

Syaihan Syafiq

14 books137 followers
Md. Syaihan Syafiq bin Mohd. Anuar atau lebih dikenali sebagai Syaihan Syafiq (lahir pada 28 Jun 1985) lahir di Kota Bharu, Kelantan, lebih dikenali sebagai penulis kepada trilogi novel yang berjudul Bisik yang mula diterbitkan oleh Buku Fixi pada April 2012, disusuli dengan sambungannya Koyak pada Disember 2013 dan novel terakhir dalam siri berkenaan, berjudul M pada April 2015.

Syaihan Syafiq mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang (1992-1998) dan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free (1999-2000). Seterusnya beliau mendapatkan sijil Pra-ijazah Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA, Kampus Sg. Petani, Kedah pada 2005 sebelum bertukar pengkhususan dan memperoleh Ijazah Sarjanamuda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (2008-2012).

Karya:
1. Bisik, ; Buku Fixi 2012
2. Koyak, ; Buku Fixi 2013
3. M, ; Buku Fixi 2015
4. Sasar, ; Buku Fixi 2016

Cerpen:
1. Secangkir Kopi Bersama Dia (antologi cerpen 'KOPI'), Buku Fixi, 2012
2. Aku Yang Kegersangan (antologi cerpen 'BOLA'), Buku Fixi, 2012
3. Mesyuarat Tengah Hari (antologi cerpen 'Untuk Separa Tuhan'), Buku Hitam Press, 2013
4. Kalau Lapar Cari Chomet (antologi cerpen 'KLCC'), Buku Fixi, 2013
5. Catatan Anak Kecil (antologi cerpen 'Tanah Tumpah Darah'), Buku Hitam Press, 2014
6. Menunggu Demi Cinta (antologi cerpen 'Berat Sebelah Kiri'), Buku Hitam Press, 2014
7. E-mel Dari Seberang (antologi cerpen E-book Fixi 'MF2014'), Buku Fixi, 2014
8. Hubungan Berhipotesis (antologi cerpen 'MALAM'), Buku Fixi, 2014
9. Nasi Lemak Sambal Sotong (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016
10. Roti Kapit Inti Daging (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
240 (31%)
4 stars
254 (33%)
3 stars
191 (25%)
2 stars
62 (8%)
1 star
9 (1%)
Displaying 1 - 30 of 121 reviews
Profile Image for AZRGHZL.
101 reviews6 followers
April 9, 2012
Bagi pembaca yang pernah menonton filem Fight Club arahan David Fincher, naratif novel ini amat mudah dijangka. Bagi pembaca yang tak mengenal Ubermench pasti pada awalnya menyangka novel ini tak lebih sekadar bersifat supernatural.

Babak kerat-kerat mayat agak tak kesampaian bagi aku. Aku harap babak kerat-kerat dan pelupusan mayat biarlah nampak terperinci macam dalam filem, Cold Fish arahan Shion Sono kerana babak tersebut lantas mengingatkan aku akan filem Jepun yang diterbitkan sekitar tahun 2010 itu.

Terlampau banyak typo error dalam novel ini. Kesilapan ini tak patut berlaku untuk tahun kedua novel FIXI ini. Kesilapan seperti itu ternyata amat mengganggu pembaca berjenis teliti dan peduli.
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
March 21, 2022
Saya suka dengan premisnya: cerita tentang Mikael yang baru berpindah rumah, yang sekejap sekejap hilang ingatan dan kadang-kadang terdengar bisik bisik yang mengganggu hidupnya. Tapi sayangnya, penceritaannya janggal dan ada bibit-bibit kecil yang tak masuk yang buatkan saya rasa lelah membaca naskhah ini. Perbualan yang janggal, karakter yang semacam kadbod dan emosi karakter karakter yang saya rasakan kadang-kadang out of place. Saya juga terganggu dengan beberapa typo di dalam buku ini. Tapi saya suka dengan adegan di babak babak terakhir, intense dan buat jantung saya berdegup laju. I think it made up for the rest of the book. Apa-apa pun, saya akan terus membaca KOYAK dan M dengan harapan ia lebih baik dari naskhah yang pertama ini. 2.5/5 bintang untuk BISIK.
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
January 13, 2013
Bisik mengisahkan Mikael yang berpindah ke pangsapuri yang baharu selepas bekas rakan serumahnya,Amran meninggal dunia akibat terjatuh dari balkoni pangsapuri kediaman lamanya dulu. Tujuannya berpindah adalah untuk memulakan hidup baru dan melupakan peristiwa ngeri kematian Amran. Dengan bantuan Shah (seorang pengkid yang menjadi sahabat Mikael sejak belajar di universiti dahulu) dan Julia (seorang lesbian yang merupakan 'kekasih' kepada Shah),Mikael akhirnya berjaya mendapatkan tempat kediamannya yang baharu.
Namun,apa yang memelikkan Mikael adalah sikap Nazzman,rakan serumahnya yang baharu itu yang pelik. Nazzman bukanlah seorang yang selalu 'lekat' di rumah. Sentiasa sahaja 'menghilang'. Mikael juga mengenali Nazzman dengan cara yang tidak disangka-sangka. Tambah merumitkan keadaan,Mikael sering kali mengalami 'selective amnesia' atau kehilangan memori seketika. Malahan,sejak menjejakkan kaki di pangsapurinya yang baharu ini,terdapat banyak perkara yang berlaku ke atasnya? Apakah sebenarnya yang terjadi kepada Mikael? Adakah tempat kediamannya itu 'berhantu' sehingga menganggu kelancaran hidupnya? Dapatkan jawapannya dengan membaca novel Bisik ini!
Sebelum saya memulakan ulasan saya mengenai novel Bisik,hasil tulisan Syaihan Syafiq ini,saya ingin menyatakan ciri-ciri yang terdapat di dalamnya. Penulis menggunakan perspektif orang pertama di dalam penceritaan (naratif). Yakni,penceritaan di dalam novel adalah berdasarkan kaca mata watak utama novel ini,iaitu Mikael. Bahasa yang digunakan di dalam novel terutamanya di dalam dialog adalah Bahasa Melayu Rojak (BMR). Terdapat percampuran bahasa Melayu dan Inggeris di dalam kebanyakan dialog. Tambahan pula,gaya dan lenggok dialog menonjolkan gaya percakapan seperti orang yang tinggal di Kuala Lumpur (KL) (sesuai dengan latar belakang/lokasi jalan cerita novel). Manakala,bahasa yang digunakan dalam bahagian naratif menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Namun demikian,berdasarkan pemerhatian saya,walaupun menggunakan BMT,tarafnya tidak boleh disamakan dengan standard BMT yang biasa kita dapati di dalam novel-novel yang menggunakan BMT secara teliti dan teratur. Tampaknya seperti penulis menggunakan gayanya yang tersendiri ketika melakukan naratif. Selain itu,loghat dan dialek bahasa Melayu-Kelantan juga digunakan di dalam beberapa dialog. Terdapat juga unsur-unsur 18SX di dalam novel ini. Tetapi,saya berpendapat,ianya tidaklah melampaui batas.
Pada pendapat saya,novel ini berjaya dihasilkan dengan baik. Secara peribadi,saya menerima dan menyukai bagaimana penulis mempersembahkan penceritaan novelnya. Namun begitu,jika kita mengharapkan gaya dan mutu penulis Bisik ini menyamai hasil tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM) (penulis thriller nombor satu Malaysia),mungkin akan ada antara kita yang hampa. Sememangnya terdapat perbezaan yang ketara. Jika RAM mampu 'memperdayakan' dan memberikan kejutan ketika membaca novel-novelnya (seperti Rahsia Perindu dan Fiksyen 302),tidak pada novel Bisik ini. Saya sedikit sebanyak dapat mengagak perkaitan antara Nazzman dan Mikael serta siapakah watak Mikael yang sebenarnya. Namun, dari aspek yang lain pula,penulis juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Penulis memiliki kebolehan untuk menulis perincian,babak atau naratif yang mengerikan,terutamanya apabila membincangkan sesuatu perkara yang kelihatan abnormal dan psikotik!
Namun demikian,saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai jalan ceritanya supaya tidak berlaku 'spoiler'. Apapun,saya masih beranggapan novel ini dihasilkan dengan baik dan agak teliti serta berkualiti penghasilannya. Novel ini masih menghiburkan untuk dibaca. Saya juga mengharapkan penulis novel ini,Syaihan Syafiq,untuk terus menulis kerana beliau mempunyai potensi untuk menjadi penulis yang berbakat besar. Teruskan berkarya saya ucapkan kepada beliau!
Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
April 9, 2012
Seperti seorang reviewer di dalam Goodreads ni tulis, kalau arif dgn Fight Club oleh Chuck Palahniuk atau pernah tonton Secret Window yg dibintangi Johnny Depp, maka novel ni boleh diteka awal-awal lagi. Kualiti karangannya tidaklah teruk. Kebetulan buku ini dibaca selepas membaca INVASI yang pada saya ialah antara buku yang kurang bermutu untuk tahun 2012 dan membaca Bisik ialah seperti menghidu bau wangi-wangian selepas terpaksa bergelumang di dalam timbunan sampah. Namun ia masih agak predictable, mengingatkan saya kepada NGERI yang juga boleh teka awal-awal penyudahannya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sarah Yasmin.
86 reviews31 followers
February 26, 2013
Buku yang bertajuk Bisik ni serious psycho dan bila kita baca, kita dapat tahu consequences tentang ape yang sebenar-benarnya berlaku. Mikael, bekerja sebagai kolumnis yang baru pindah rumah kerana ingin melupakan insiden teman serumahnya, Amran yang meninggal akibat terjatuh dari balkoni. Peristiwa-peristiwa pelik yang terjadi seakan-akan hilang dan tidak pernah ada dalam memori Mikael. So, dari awal lagi aku dah agak, ada something wrong dengan Mikael tu. Paling tak boleh lupa, bila buku ni cerita peristiwa Mikael (or Miki) dengan 'seseorang', bermain doktor-doktor bersama. Serius rasa macam real pulak mereka bedah kucing ! Kejam laaa ! Haha, btw aku enjoy je baca buku ni. Sebab sempoi je bahasa dia.
Profile Image for Noor Hanis.
187 reviews
October 6, 2016
Cerita yang disampaikan begitu menarik sekali. Cuma yang kurang bestnya, ada aku baca review yang mengandungi spoiler. Mana syok!

Biasalah, buku Fixi. Temanya urbanisasi. Pengkid, gigolo, lesbian yakni musahaqah dan lain-lain lagi. Yang sedihnya, semua perempuan yang Mikael setubuhi mati dalam keadaan yang sangat tragis.

Kalaulah aku tidak baca spoiler tu... mungkin lebih lagi aku boleh beri.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
July 3, 2017
Muka surat 128/295

Novel FIXI press dengan cerita tema psychological issue and mental disorders tidak dapat dipisahkan. Awal-awal boleh sense Mikael ada illness. Semenjak dia cakap Nazzman (housemate baru) selalu menghilang bila kawan-kawan yang lain nak jumpa. Mikael ni schizophrenic ye? Dia ada imaginary friend.

Tapi tahu la betul ke tak hipotesis aku ni. Sambung baca.

Muka surat 129/295

Okay hipotesis aku salah. Sebab muka surat ni cakap "Macam mana nak hendak pulang rumah sedangkan aku ke sini pun sebab Nazzman yang pandu kereta ... " Nazzman is not an imaginary friend sebab dia pandu kereta. Kiranya Mikael bukan schizophrenic.

Tapi sebelum ni, Mikael di-diagnose ada selective amnesia. Mana tahu dia lupa yang dia yang bawa kereta. Bukan Nazzman. Kiranya Mikael ni ada selective amnesia dan schizophrenia?

Muka surat 295/295

Okay hipotesis sebelum ini agak masuk akal. Mikael ini ada 2 psychological issues at the same time iaitu selective amnesia dan schizophrenia. Nazzman (nama dia sama dengan pemilik rumah sewa yang Mikael duduk) ialah kawan ghaib dia yang selalu teman dia semasa kecil. Yang berbisik benda-benda dekat telinga Mikael. Alah. Macam filem A Beautiful Mind (2001), pasal Prof. John Nash tu.

Mikael nampak Nazzman lapah mayat dan angkut mayat Suraya yang telah dipotong-potong kecil untuk dilupuskan. Tapi yang buat tu semua ialah diri dia sendiri iaitu Mikael. Cuma dia lupa sebab diakan ada selective amnesia. Dia hilang ingatan dia yang buat semua tu. Kemudian, dia duk nampak Nazzman the imaginary friend yang buat.

Kemudian, muka surat "Macam mana nak hendak pulang rumah sedangkan aku ke sini pun sebab Nazzman yang pandu kereta ... " Bukan Nazzman yang pandu kereta, Mikael yang pandu tapi Mikael lupa. Nazzman tak pernah wujud.

Sebagai seorang yang telah didedahkan secara formal tentang masalah psikologi macam schizophrenia, split personality, Stockholm syndrome, bipolar, aku rasa ceritanya okaylah. Bagi 3.5 bintang.

Apa yang aku belajar, benda ini ada kaitan dengan keadaan ruh kita, the state of our ruh. Dengan suasana kehidupan Mikael yang agak kebaratan dan sejarah hidup dia, patutlah dia jadi macam tu.

Hari tu, aku dengar ceramah tentang "Islamization of Psychology" dekat UIA dari Prof. Dr. Malik Badri. Beliau kongsi kajian daripada pelajarnya. Kajian pelajar itu sebenarnya untuk master's thesis tapi sebab hebat sangat, di-update terus ke PhD. Hasil kajian, pesakit yang dirawat dengan pil-pil daripada doktor (fizikal) DAN dengar ayat-ayat ruqyah setiap hari (spirituality) shows a significant improvement in terms of their behaviour. Mereka lebih tenang.

Jadi untuk merawat Mikael, mungkin kena pay a close attention dekat kesihatan ruh dia.
Profile Image for Baiti Yusuf.
15 reviews
April 3, 2015
Assalam.

Selama sehari aku baca BISIK. Dari tajuk dia aku ingat cerita hantu. Tapi pasal split personality rupanya. Aku mula teringat novel RAHSIA PERINDU by RAM. Cerita tu macam ni jugak pasal keliru personaliti ni. Yang berbeza adalah watak yang split personaliti tu dia ada banyak personaliti. Hee, aku enjoy baca!

Pasal penggunaan kosa kata agak meluas. Aku ada jugak jumpa perkataan yang membuat aku terpanggil-panggil nak buka kamus dewan. Tapi niat kudus tu aku tahan kejap sebab nak habiskan jugak naskhah ni. Bagus sebab banyak perkataan dapat aku belajar.

Cerita dia okey. Tergantung. Of course ada sambungannya KOYAK. Aku dah siap letak tepi sebab lepasni aku nak baca terus.

Masa mula-mula baca aku dapat agak yang watak si Mikael ni pelik sikit. Bab nota "Jgn ganggu. Bz" tu aku rasa macam dah dapat tangkap yang budak tu memang ada masalah sikit. Tapi aku tertipu dengan jalan cerita yang si Man ni wujud betul-betul. Hmm, tapi ada musykil pasal sesuatu. Suraya dengan Yaya tu orang lain-lain ehh? Suraya tu siapa sebenarnya? BFF kakak dia betul? Yaya? Orang lain? Individu lain? Ada dalam KOYAK tak?

Aku ada buat sikit hipotesis. Aku rasa Mikael dengan Man adalah orang yang sama. Lama-lama baca baru aku yakin. Ya, mamat berdua ni memang orang yang sama. Tapi aku agak terganggu dengan cerita flashback. Aku terganggu dengan watak Miki. Tapi haaaa, at last. Aku sengih kerang. Hipotesis aku diterima. Inilah kesan suka baca novel RAM. Suka saja buat hipotesis tak tentu pasal.

Aku nak tau lebih pasal mak dia. Tapi hasrat aku hampa. Penulis tak bagitau lebih pun pasal mak dia. Watak tambahan tak penting barangkali. Mak dia ke mana? Dah temui kebahagian dia kah? Tak apa, akan aku baca KOYAK untuk puaskan hati aku lagi. Heee

Hmm, bab kucing. Bab lapah mayat. Aku still tak berapa nikmat masa baca. Bab ni la kemuncak pembacaan. Kalau penulis cerita lebih dan detail pasal ni, lagi gempak, lagi power. Hee, aku suka bab-bab bunuh ni. Tapi kalau tengok cerita bunuh, aku yang duduk belakang sekali. Jadikan budak-budak lain sebagai pendinding kalau tengok kat asrama. Serius aku tak boleh pergi tengok cerita bunuh.

Okey, dah banyak sangat membebel. Over all, good. Bahan bacaan yang baik. Cuma adik-adik sekolah menengah kot kurang sesuai sikit. Sikit saja tak banyak. Hahaha

3 bintang!
Profile Image for Dayang Noor.
Author 17 books74 followers
March 27, 2012
Some parts of this novel really send shivers down my spine. The gruesome scenes are explained in great detail and I was reading it way past midnight at my study table - alone.
Why there's a cat on the cover, you ask? Well, let's just say that one of the gruesome scenes is more controversial than the 'Pet Knode' case (if you still remember that case).
When I read the blurb, I thought Nazzman's character will be so evil. However, as I read further he seemed like a damn cool guy who would just appear from nowhere to surprise his flatmate, Mikael. Only in a few scenes he did some of the un-thinkables.
I didn't quite understand Mikael at first. Maybe it's because most of the guys I know would never date their dead friend's girlfriend. But things become clearer towards the end of the book.
Profile Image for Muhammad Fatrim.
Author 43 books174 followers
November 6, 2012
Baca buku ni 5 kali.Tak jemu2! Memang minat genre psiko-psiko bagai ni, lantaklah apa jenis psiko atau fobia, memang aku akan baca ulang2. Eh! Itu pun ada gak tu dalam jenis2 orang baca ulang2 satu buku dalam sehari. Okey, nanti try carik!

Aku ada buat review cket kat blog. Manalah tahu yang ada yang tak beli novel baik macam ni, rugi kot.
http://pearlpett.blogspot.com/2012/10...
Profile Image for Khrlhsym Khrlhsym.
Author 7 books37 followers
April 6, 2012
mungkin kerana aku sudah biasa membaca cerita sebegini menyebabkan aku rasa biasa ngerinya. jalan cerita yang menarik, tapi dari awal dah boleh teka watak nazzman tu siapa.

part potong-potong tu buat aku lapar. lagi-lagi part kucing. haha.
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews32 followers
June 5, 2013
NGERI & MENTAL tatkala sampai ke penghabisan cerita...Novel thriller yang sedikit sebanyak mengelirukan pembaca...apatah lagi dengan kewujudan Nazzman , teman serumah kepada Mikael (watak utama)...Ceritanya berkisar kisah hidup Mikael, yg berpindah ke rumah baru setelah berlakunya 1 pembunuhan yg melibatkan rakan serumah nya, Amran...

Apa kaitan gambar kucing pada muka hadapan??? Jeng3X...Haiwan tersebut merupakan haiwan kegemaran Mikael untuk melakukan kajian...Kajian apa??? Itu kena baca sendiri...

Kehidupan zaman kanak2 Mikael yang agak suram & kelam, malahan kehilangan orang2 tersayang seorang demi seorang menyebabkan kehidupan dewasanya sedikit bermasalah...apatah lagi secara tiba2, Mikael kehilangan memori tentang sesuatu kejadian...ini menyebabkan Mikael semakin Paranoid dengan keadaan sekeliling...

Tatkala meniti ke penghujung cerita, sedikit sebanyak aku dapat agak apa yang berlaku sebenarnya pada Mikael itu sendiri...

Novel ini masih boleh di layan, hanya ada sedikit babak SX yg berkaitan dengan perjalanan cerita...& penulis kiranya berjaya juga menimbulkan persoalan terhadap apa yg berlaku kepada pembaca...mudah2an untuk novel akan datang akan ada peningkatan!!
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
July 5, 2013
Hampir separuh bacaan baru Nisa faham kenapa cover novel ni gambar kucing..dan kisah kucing itu juga buat Nisa menangis...

Bisik mengisahkan tentang Mikael yang mencari rumah sewa baru setelah kematian tragis rakan serumahnya Amran, dengan bantuan rakannya Shah (si penkid) dan Julia (si lesbian dan juga kekasih Shah) Mikael berjaya mendapat rumah sewa.

Namun, Mikael pelik dengan rakan serumahnya Nazzman yang sering muncul tanpa disangka-sangka. Mikael juga, mengalami masalah hilang ingatan sementara. Mikael kemudiannya, bertemu dengan Suraya bekas tewan wanita Amran. Lalu, Mikael menjalinkan hubungan cintanya dengan Suraya.Kematian Suraya membuatkan Mikael menyalahkan Nazzman.

Kisah Mikael ini juga diselang selikan dengan kisah kanak2 bermasalah, Miki dan rakannya. Dipertengahan cerita Nisa sudah boleh agak siapa Miki sebenarnya dan siapa yang menyebabkan kematian kakak Mikael.
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
July 20, 2015
Novel fiksyen #2 yang saya baca keluaran fixi selepas Gantung - Nadia Khan.

Kurang bintang sebab tak suka dengan menjadikan kucing sebagai bahan eksperimen untuk dibunuh oleh Mikael/Miki/Kael. Lagipun, ada perkataan yang saya geli, tak suka tengok bila ada dalam buku yang saya baca. Ya, saya tahu, konsep fixi macam mana tapi kena hadap je la, perkataan tu. :)

Saya baca buku ni dengan dah tahu siapa sebenarnya 'Nazzman'. Teruskan bacaan sebab nak tahu apa yang terjadi pada Nazzman yang sebenar dan kisah Shah & Julia.

Harapnya, sekuel Koyak & M takkan kecewakan saya. Masih belum memiliki 2 buku ni tapi memang ada perancangan nak beli & baca. Ya la, rasa macam tak best pula baca buku yang pertam tapi tak baca buku yang kedua & ketiga.
Profile Image for Syahira .
665 reviews71 followers
August 12, 2012
Bisik is a psychological thriller novel about a columnist, Mikael who is starting his life at a new place away from his most recent past. He faced several oddities along the way like his mysterious roommate, his black outs, his occasional memory of his long dead sister, his attraction to a certain woman and his friends' problems and random conversations he had with himself. As the story goes on, Bisik started to go even darker and psychedelic.

Mikael is quite a normal guy that you would expect from contemporary male fiction. However, I do feel weird about the bulk of female friends the guy have. I suppose its normal for a guy these days but I do find the drama is quite unnecessary. There are also violence in this book which I, myself, will naturally embrace but I do find the gore to be unconvincing ---- until I read the cat scene. Ironically, I love the cover and that scene definitely showcased the author's potential and it does worth it if you want to get this book just for it.

I had tried to be more fresh-minded with the book since I've been spoiled by these two word from some of the review. Truthfully, had I not known about these novel/movie, I would think Bisik is quite a very fine read on its own, even better than Pecah or Kasino in that matter. However, since I do know and watch the Brad Pitt and Edward Norton movie, the book somehow failed to bring originality and unpredictability in my eyes.

It was in the middle of the story that I started to feel some of the scenes the book somehow plagiarized the movie. Its harsh, but its the reality of it. I hope the publisher never consider the book to a movie adaptation. It would be interesting had the script rewritten in different way and produce a good Malaysian movie but nonetheless I wouldn't want to see the copyright repercussions from Chuck Palahniuk even if it was several small scenes. It might not be apparent to the newbies but for me, it was terribly unimaginative and certainly terribly unethical to anyone. The idea might not be a plagiarized but the homemade bomb scene.... dude, you really shouldn't have done that.

For the pulp genre, its really is good, the writing is better in a debut but I do think the overzealous multiple promiscuous scenes and drama that bulk up the book was a filler and we all could do well without and I will look forward to any future books from this author if he didn't repeat the stunt again. I'm serious, just don't.
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
December 28, 2012
Bisik.

Terus dibaca sejurus aku berjaya menamatkan Mental.

Tak tahu nak bagi ulasan macam mana.

Buat point form mungkin lebih mudah. Ecewah.

1) Buku ini macam Mental, Fight Club dan filem A Beautiful Mind.

2) Buku yang sah-sah berkisar perihal dunia orang berpenyakit mental. Masalah wiring dalam kepala. Mungkin terlebih neuron, atau terkurang neuron. Dulu pernah belajar pasal otak manusia dalam subjek Cognitive Science. Memang otak manusia itu punya berbillion misteri yang membuatkan manusia itu sendiri unik.

3) Buku ni kisah dia ringan aja. Santai. Takdelah pusing sana sini sangat.

4) Banyak kesalahan dari sudut ejaan dan sebagainya. Kesalahan biasa yang sepatutnya kalau editing dilakukan dengan baik, pasti takkan terjadinya kesalahan macam ni.

5) Mungkin penulis masih baru dalam dunia penulisan. Sebab itu aku rasa style dia masih hambar dan membosankan. Tidak mengapa, nanti lama-lama pandailah tu dia menulis dengan baik.

Kesimpulannya, buku ini okaylah. Tak teruk, tak jugak bagus sangat. Memuaskan.

Sekian, terima kasih :)
Profile Image for H0ney_ruby .
38 reviews2 followers
July 7, 2018
Novel ini mengisahkan seorang watak bernama Mikael yang pada mulanya trauma kerana housemate dia, Amran yang mati jatuh dari bangunan. Sejak berpindah ke rumah yang baru, banyak kejadian aneh berlaku di sekelilingnya. Di akhir cerita, terungkai lah segala misteri yang berlaku.
Ceritanya menarik tetapi susunan plot tidak berapa teratur. Malah, ada beberapa typo yang buat mood sedikit 'spoil'. Paling menarik ada satu watak yang mengalami Multipersonality split di mana seorang mempunyai banyak persona di dalam dirinya. (schizophrenic pun iya juga).
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
mindblowing. yes. the exact word for this book. tak expect langsung jalan cerita macam ni!
suspens sampai i am positif that malam yang aku baca buku ni aku mimpi ngeri.
memang lain dari buku malay yang aku selalu baca. setiap description for every scene sangat detail sampai aku rasa macam berada dalam situasi tu. which makes it more scary and meremang bulu roma! haha
tak sangka dari seorang yang innocent macam mikael tu boleh turn out to be like that. like i said, mindblowing!
Profile Image for Dawlin Zainudin.
41 reviews3 followers
November 16, 2013
asalnya nak bagi 3 bintang, saya mampu hadam kisah berkaitan split personality, teman khayalan, psikotik ni...

tapi.....

saya potong 1 bintang gara-gara saya beremosi pada satu babak apabila kucing diperlakukan dengan zalim :'(
Profile Image for Syuhadah.
29 reviews7 followers
December 7, 2012
Ok. Hmmmmm. Ah. Hmmmmmm. *gegaru kepala*
Sebenarnya,aku keliru. Aku kena baca ni lagi sekali lah.
Tak sebenarnya, Nazzman tu kawan khayalan dia and then semua pembunuhan tu kerja Mikael? Cemtu?
Profile Image for Faizal.
14 reviews
September 11, 2012
saiko walaupun sudah boleh agak apa yg berlaku tetapi persembahan plot yg sangat bergaya!
Profile Image for Najwa .
33 reviews5 followers
July 30, 2018
Mungkin sebab pernah baca Bayang tulisan Nami, plot ceritanya lebih kurang. Biasa-biasa pada saya. Plot twist pada karakter utama yang dapat saya jangka dari awal-awal lagi. Namun, penulisan tidak mengecewakan.
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews9 followers
January 27, 2021
serius mind-blowing sungguh...🥵 tk sabar nk sambung baca koyak pulak lepasni. al-fatihah (dibaca) buat penulis.
Profile Image for Wan ‘Mokka’ Faris.
23 reviews
July 26, 2024
"Macam haram jadah!" Shah hempas lipatan akhbar ke atas meja.
"Lagi-lagi ada berita pasal ada orang kena bunuh,"
"Malaysia dah tak selamat macam dulu. Ingat tak dulu-dulu masa awal 90an? Kalau keluar je berita pasal ada orang mati kena bunuh dah gempar satu semenanjung. Sekarang ni hari-hari ada kes orang kena bunuh,"ujarku.
Profile Image for Adriana.
68 reviews12 followers
August 25, 2012
'Bisik' adalah novel psycho-misteri karya Syaihan Syafiq terbitan Fixi. Buku ini menceritakan tentang seorang lelaki bernama Mikael yang berpindah kesebuah pangsapuri di Bangi setelah kematian teman serumahnya, Amran. Amran terbunuh setelah terjatuh dari pangsapurinya ketika cuba menyerang Mikael dan perkara ini menghantui Mikael dari hari ke hari. Selain itu dia turut dihantui suara yang seringkali seperti berbisik ketelinganya.

Dirumah baru, dia tinggal bersama Nazzman yang pada awalnya cukup misteri kerana tidak pernah melihatkan dirinya. Namun dia cuba meneruskan kehidupan seperti biasa; pergi kerja, balik kerja, lepak dengan Shah dan Julia. Sehingga akhirnya dia mulai rapat dengan Suraya, bekas teman wanita Amran. Hubungannya dengan Julia berjalan hingga ketahap intim dan pada suatu pagi dia mendapati Julia mati disebelahnya. Dengan bantuan Nazzman, dia berjaya 'melupuskan' mayat dan bukti kematian Suraya.

Setelah kematian Suraya, dia menjadi anak ikan kepada Ayu iaitu rakan kongsi Julia dan Suraya. Ayu merupakan seorang wanita berumur yang kaya raya dan menjadikan Mikael sebagai tempat melampiaskan nafsu dengan bayaran yang cukup mahal. Hingga pada satu hari Mikael membunuh Ayu setelah sebuah pertengkaran dan meninggalkan mayatnya di tandas hotel.

Kemuncak cerita adalah apabila ayah Suraya menyedari akan kehilangan anak perempuannya dan dia telah menghubungi Julia. Mikael yang sudah separuh gila dengan kematian Ayu semakin terbeban dengan kematian Suraya yang mula terbongkar. Dia menghubungi Julia supaya datang kerumahnya namun Julia ditangkap oleh Nazzman dan didera olehnya.

Bagi aku buku ini cukup-cukup psycho. Cuba elakkan membaca ditempat gelap untuk mengelakkan dari tidak memahami jalan cerita. Sebenarnya aku dah dapat agak siapa sebenarnya Nazzman dan peristiwa di Tesco menguatkan lagi andaian aku. Kalau penulis tak cerita yang Nazzman mengelak untuk berjumpa Shah dan Julia aku rasa andaian awal ni tak akan timbul. Namun begitu elemen misteri nusantaranya masih berlangsung dengan bagus. Ada elemen persahabatan, seks dan hamba wang. Cuma aku tak berapa nampak kenapa novel ini diberi tajuk 'Bisik' memandangkan suara yang berbisik itu cuba beberapakan kali sahaja muncul dalam novel ini. Cara penulis bercerita dari dua sisi iaitu Mikael dan Nazzman cukup membuatkan aku pening dan berfikir sejenak sebelum ke mukasurat seterusnya. Kesimpulannya, masih sebuah novel psycho-misteri yang bagus. Kalau ia difilemkan, aku harap Sarah Ali dapat lakonkan watak Shah; suara dia seksi nok!

http://jiwarasagelora.blogspot.com/20...
Profile Image for Fuka-chan.
146 reviews
March 28, 2012
aaahhh aku rasa puas hati gila bila dah abeskan baca buku Bisik ni. serious. syabas gila Syaihan Syafiq! kau berjaya buat aku tak tidur malam, dengan esok aku ada presentation nya. Damn you! haha

but still,cara buku ni di olah buat cerita semakin menarik. Buku Fixi dah semakin bagus. Jarang sekali kita boleh tengok novel melayu yang masuk genre pyschology.but still, ada a few flaws yang aku nampak dalam novel ni.

first, aku tak tahu sama ada aku yang terlalu banyak baca buku misteri or the way the story unravel tapi aku memang dah boleh agak Nazzman dan Mikael orang yang sama. there are too many proves. dengan Mikael yang asyik hilang ingatan, then esoknya mesti ada something yang jadi. but in the mean time, i can understand where all of his anxiety and self-depression came. it has a good story line, and I'm totally impress.

second, ada few minor moments yang aku rasa quite odd. at first, Mikael berbisik kat telinga Angie, which indicates they sits next to each other. then suddenly Alan duduk di antara diorang. but still it was a minor stuff je la. the problem is, those two lines dalam 1 page kot. weird.

anyway, aku rasa buku ni bakal dapat pujian melambung dan bakal buat aku rekomen kat semua orang. well i love gore stuffs, in books, not IRL. next is Invasi!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sizarifalina.
268 reviews
July 11, 2012
1. baca sampai ms 100, tapi masih tak nampak apa kaitan plot cerita dengan sinopsis di belakang kulit buku.
2.Penulis terlalu menitik beratkan jenama di dalam gaya penulisannya yang menyebabkan Jalan cerita agak immature. ( so sorry but Siz tak berapa gemar dengan plot cerita yang banyak menyebut nama jenama - Paris Hilton , IKEA, Motorola, Samsung etc )
3. Bila sampai ke ms 200, baru bisikkan-bisikkan itu muncul. Agak lambat jugak the pace .
4. Ada sedikit 'kelonggaran' dalam cerita ini. Macam Ada yang tak kena. It is not as intense as 'Fight Club or Secret Window' . Mungkin sebab Nazzman muncul dalam keadaan bersahaja Dan bisikkan tu sampai lambat.
5. Dari bab 22 , Jalan cerita mula lebih menarik , tapi sudah dapat disangka siapa Nazzman dari awal cerita. Mungkin sebab Siz dah banyak baca buku mengenai watak2 yang mempunyai penyakit ini.
6. In a nutshell, I think Sysihan is a good writer but needs some polishing here and there. Keep it up and Good Luck on your next Novel!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zahyra Khalimi.
6 reviews
July 13, 2012

http://cakapcikira.blogspot.com/2012/...

penggunaan ayat dia santai,best,boleh masuk akal and proses dgn mudah.cuma nak faham beberapa babak yang kadang2 dia selitkan secara flashback dlm font italic kena pemahaman yang lebih and kena tumpu betul2.so sebagai pembaca,mind set awal2 and faham betul2 baru boleh faham sepenuhnya kisah BISIK ni. memang mula2 tu kena gak baca ulang2 sebab nak kasi faham bebetul~kang tak faham takbest la!suara-suara fantom yang Kael alami memang sangat2 misteri,kat pertengahan cerita pun memang tak boleh nak agak cerita tu macam mana,sebab selalu sebagai pembaca kan selalu kita nak teka apa sebanarnya benda2 tu at the end of the story.tapi novel ni seriusly memang susah nak predict and if predict sendiri pun at last memang salah and kat bab akhir baru kita boleh tahu hal sebenar and pengakhiran cerita yang sangat membuka minda untuk berfikir :)
Profile Image for Ummi Farhana.
238 reviews13 followers
May 4, 2012
Aku kira, sebagai seorang pembaca novel-novel Fixi, aku sudah hilang rasa terkejut dengan penceritaan dalam novel Bisik. Lali dah. Gruesome, yes, aku mengaku. Hilang selera makan aku buat beberapa ketika.

Tapi novel Bisik bukannya unpredictable. Kalau dah biasa dengan Fixi, you have to expect the unexpected. Dah tak surprise. But still, Bisik is one hell of a read. Senggama minda.






Nota kaki: Aku dah tulis suku review yang lebih terperinci tapi laptop terpadam,jadi hilang mood.

Nota kaki 2: Silap besar aku tinggal novel ni di tempat terbuka, di mana anak-anak jagaan aku boleh buka dan baca. Kebetulan pula bookmark di mukasurat Kael dan Suraya sedang memadu asmara. *facepalm*
Displaying 1 - 30 of 121 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.