HIKAYAT RAJA BABI ditulis pada 1775 oleh seorang pedagang yang sedang berlayar dari Semarang ke Palembang. Buku yang anda sedang pegang merupakan versi tulisan Rumi yang pertama di dunia.
Hikayat berunsur aksi-fantasi-mistik ini menceritakan adventur seorang putera yang telah disumpah untuk lahir sebagai seekor babi. Sifat fizikalnya itu membuat bapanya sendiri jijik dan malu, tapi kepandaiannya berpantun sebaik saja keluar dari perut ibunya membuat semua orang kagum. Biarpun dicampak ke dalam hutan atas nasihat para nujum, putera babi ini diselamatkan dan dibesarkan di istana yang lain.
Raja Babi melalui pelbagai cabaran dan berperang dengan pelbagai pihak. Adegan-adegan perang yang melibatkan aksi terbang dan letupan ini sangat ganas dan mirip Dragon Ball.
Raja Babi mula dikenali dan disegani di kalangan kawan dan lawan. Tapi adakah sebab dia merupakan seekor babi, dia turut disumpah untuk tidak boleh bercinta?
* Teks penuh juga disediakan sebagai ebook percuma di beberapa lokasi seperti Smashwords, Google Books, E-Sentral, Bachabooku & Kaki Buku.
7 hari untuk mengunyah Hikayat Raja Babi (HRB). Ini boleh dikatakan terbitan Fixi yang paling lama aku habiskan.
Keterujaan selepas Fixi mengumumkan bahawa HRB ini ingin dirumikan. Naskah asal berada di Britian. Terima kasih kepada pentransliterasi, tuan Arshad Pendang yang sanggup membaca dan merumikan keseluruhan hikayat ini.
Membaca hikayat lama; tidak menjadi satu masalah kepadaku. Kalau ikutkan, ini hikayat yang kedua aku baca selepas Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Dan di rumah ini aku sedang dalam proses untuk membaca Hikayat Hang Tuah, Hikayat Iskandar Zulkarnanin, dan Taj Us-salatin (Mahkota Segala Raja)
Jika dirujuk kepada blurb yang dinukilkan pada belakang buku ini, sememangnya bertepatan dengan isi buku ini. Perkataan 'Dragon Ball' itu emangnya sama dengan apa yang terjadi dalam hikayat ini.
Apa yang menjadi keletihan sedikit untuk membaca hikayat ini – (1) hampir semua watak dalam hikayat ini diperincikan seorang demi seorang sehinggakan memakan berpuluh-puluh mukasurat. Dan juga (2) agak bosan apabila membaca perkara yang sama berulang-ulang. Kerana dalam HRB ini terdapat watak-watak yang bertempur hampir 7 kali dalam satu babak, dengan gaya yang sama, dan pembaca memang boleh skip babak tu kalau dia malas sebabnya memang benda sama. Itu baru satu babak, dalam HRB ini banyak babak pertempuran yang sama.
HRB ini diterbitkan oleh penerbitan alternatif. Sepatutnya DBP memainkan peranan untuk mencari dan menggembur semula karya-karya silam. Jadi 'anak-anak' aku nanti tidaklah kehausan ilmu dan bahasa klasik. Walaupun HRB ini sebuah naskah mitos, tetapi imaginasi penulisnya sangat tinggi sehinggakan – tidak keterlaluan aku mengatakan ada pengaruh dari karya sastera India.
Fizikal HRB ini; Mungkin lebih baik cetakan selepas ini diletakkan tanda di sebelah kiri dan kanan buku – nombor muka surat naskah asal. (Boleh rujuk contoh pada Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) edisi pelajar cetakan DBP). Mungkin encik Amir Muhamad boleh berbincang dengan tuan Arshad Pendang mengenai hal ini kerana memudahkan sesetengah pembaca dan pengkaji untuk menilai kembali naskah ini mengikut naskah asal.
Paling aku suka bab perang. Canggih imaginasinya. Nak nak masa melibas dengan parang puting. Kalau dibuat filem perlukan cgi tahap tinggi. Kalau dibuat pentasan pengsan nak buat prop. Maka setuju aku dengan penterjemah katanya seperti komik hong kong. Ada bahagian aku rasa hikayat ini tinggi lagi imaginasinya dari komik hong kong.
Keduanya pantun. Lebih lagi bahagian mengusik sambil pantun.
Gulai-gulai remis, Senduk di belanga, Pura-pura bengis, Peluk lama-lama.
Berani betul raja babi tu, pickup line macam haram zadah. Kau babi kot.
Bab aku tak suka adalah persediaan nak perang. Letih baca benda ulang2. Mungkin cara tulis lama macam tu. maaf aku bukan orang sastera. Cuma aku rasa masa baca: 'bila mau lawan da'.
Kalau siapa berani buat versi animasi. 2D pun dah cukup. Boleh lawan ghibli.
Cuma aku kurang pasti adakah manuskrip ini siap (sebetulnya) atau separuh jalan tak bersambung (siap untuk ditinggal) atau siap tapi ada naskah yang hilang. Seolah tergantung dari segi ayat mahupun plot. Itu bagi aku. (Mungkin aku tak faham pantun terakhir tu maksudnya apa)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pening juga baca sebab penulisan nuasa bahasa lama tapi masih boleh difahami. Banyak pengulangan babak yang merubah perkataan sahaja jadi bacaan akan meleret dan panjang. Rancak juga waktu babak lawan perang dengan panah dan sakti. Memang kena baca dengan imaginasi yang bebas meliar. Cumanya semacam sindiran kepada payung kuning pun ada tapi entahlah (sambung kunyah sirih). Teringin nak baca yang penerbit Matahari pulak.
konon nak baca novel karya zaman dahulu la...tapi serius tak faham..mungkin kalau diterjemah dengan penggunaan bahasa yg moden sedikit..senang untuk dibaca...dan difahami...sebab bahasa nyer terlalu dan teramat klasik...bagi saya notakaki tak berapa membantu...jadi karya ni saya tak baca dengan hati yang ihklas sebab saya memang tak faham...sorry...
Buku ni seronok sebenarnya, tersenyum-senyum aku baca. Tapi aku sepatutnya bagi lagi rendah sebab banyak aku tak faham (masalah perbezaan zaman). Cuma aku perasan yang arwah Usup ni sangat suka reka nama & tempat pelik-pelik. Imaginasi dia pergh!
ini sebetulnya semacam satu pengalaman baru buat aku dalam dunia kemelayuan, tepatnya dalam kesusasteraannya. Meski sesekali diganggu dengan keabsurdan, ya tetap saja begitu menarik kerna daya dan pemikiran yang dilepaskan dalam kisah aneh ini lebih indah dan baik dari imaginasi kita sendiri.
Quite a tough book to read with tonnes of footnotes and the old Malay languages need rereading. It is also quite repetitive although that's how most 'Hikayat...' books are written
Mengisahkan tentang Raja Babi, seorang putera yang telah disumpah untuk lahir sebagai seekor babi yang pandai berkata-kata, bahkan berpantun. Atas nasihat para nujum, Raja Babi telah dibuang ke dalam hutan. Di sana, dia telah dibesarkan oleh Tuan Puteri di Pucuk Gading. Dia juga telah dikurniakan sebilah Parang Puting ajaib yang boleh berkata-kata. Tidak lama kemudian, dia mengambil keputusan untuk pergi mengembara. Semasa berada di Negeri Shaharastan Yunan, Raja Babi telah jatuh cinta pada puteri negeri itu yang bernama Puteri Indera Kemala. Dia membuat keputusan untuk merampas Puteri Indera Kemala dari tunangnya, Seri Sultan Alam Shah Dewa, raja jin dari Gua Persunggi Alam. Maka, meletuslah Perang Garuda Bayu di antara kedua-dua belah pihak. Setiap pihak telah dibantu oleh sekutu masing-masing; raja-raja dari kaum mambang, dewa, indera, cendera, jin, dan peri.
Hikayat Raja Babi ialah sebuah cerita hikayat klasik yang pertama kali diterjemah ke dalam tulisan rumi. Secara umumnya, cerita ni best jugak. Cuma sedikit bosan pada babak peperangan kerana banyak scene-scene berulang, dan nama raja-raja yang panjang serta pelik. Selain itu, ada jugak babak-babak lucu, terutamanya yang melibatkan Raja Babi. Contohnya, babak Raja Babi dibelai-belai, dan penggunaan ayat "si babi kutuk haram zadah." Pembacaan ambil masa jugak sebab penggunaan bahasa melayu lama. Cuma sayangnya, endingnya macam tergantung. Apa-apapun... tabik kepada penulis, sebab imaginasi dia ni tinggi betul. Entah apa yang dia fikir masa lepak-lepak tulis cerita ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Penggunaan bahasa klasik tu tiada masalah, penerjemah meninggalkan notakaki yg agak membantu.. Tapi gaya penceritaannya yg klasik tulen membuatkan hilang sikit keterujaan. Apatah lagi pada babak perang, setiap watak dalam angkatan perang diperkenalkan satu demi satu sampai berpuluh muka surat.
Tapi keseluruhannya, hikayat ini amat kreatif dan terhasil dari imaginasi yang tinggi. naratifnya juga hampir mirip dengan kisah-kisah hikayat klasik yang lain, membuatkan gaya penulisan rantau Melayu zaman dahulu mempunyai trademark dan originaliti tersendiri.
Kewujudan karya-karya hikayat di masa lampau membuktikan bangsa melayu mmg telah membangunkan scene sastera ke serata nusantara.. Cuma sayang sekali, karya2 mereka mungkin telah musnah dan tidak sempat bertahan untuk jadi tatapan generasi sekarang.
Semoga akan lebih banyak lagi karya seperti Hikayat Raja Babi akan digali keluar dari dalam tanah. Kerana karya semacam ini banyak membantu kita mempelajari adat, budaya, falsafah, ideologi etc di zaman mereka.
Aduh. Tergantung pula endingnya. Aku nak tau dapat ke tak Puteri Keenam tu tercapai cita-cita nak jadi bini keempat. Mentang dah tukar jadi manusia balik, dan dan nak buat jadi suami.
Paling rasa azab bila diperkenalkan segala raja-raja yang nak berperang daripada dua-dua side. Ya Rabbi banyaknya nama. Nasib la jugak cepat mati watak jahat. Dah jenuh nak menginventorikan mana musuh mana gang Raja Babi.
Apa-apa pun, habis baca jugak 1 satu kisah novel klasik.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Susah nak baca/paham buku ni. nasib baik ada glosari kat setiap mukasurat. klasik. menarik. magik.aksi. memang gempak lah. mcm tak sangka karya ni dari tahun 1775. Kalau diterjemahkan skali lg,maksud sy pada bahagian naratif shj, dgn bahasa moden, mungkin sy akan lebih enjoy baca. naratif klasik buat sy lost banyak kali. hehe
Ini merupakan buku sastera Melayu lama yang pertama aku beli & baca kerana tajuknya yang menarik. Sejujurnya, aku penggemar sejarah tetapi tidak terlalu kepada nilai bahasanya.
Walaupun buku ini agak sukar untuk dihadam, tetapi memikirkan bahawa ini adalah salah satu karya sastera Nusantara yang lama membuatkan aku menghargai nilai buku ini.
Dari segi konsep cerita, fantasi penulis memang hebat. Kadang-kadang rasa macam menonton sebuah filem perang bila penulis cuba menerapkan adegan adegan pertarungan diantara raja-raja. Cuma, penerapan inilah yang membuatkan penceritaan agak membosankan. Aku rasa buku ni memerlukan bacaan semula berulang kali untuk menghadam keseluruhan cerita yang cuba disampaikan.
Overall, sebuag buku yang bagus dibaca untuk menilai karya orang lama dan 'orang baru'. Good job Fixi Retro.
Tahu tentang kewujudan novel ini melalui twitter. Tertarik dengan tajuk dan latar belakang karya yang merupakan hasil terjemahan daripada manuskrip asal.
Secara keseluruhan menarik dan menghiburkan walaupun jalan penceritaan agak panjang. Teknik pengulangan dan nama watak yang banyak dalam pertengahan cerita semasa perang mungkin membosankan. Waktu mula-mula baca sudah mengagak karya ini seperti 'Beauty and the Beast' versi nusantara tapi dengan keunikam dan kelainan tersendiri.
Tahniah kepada Fixi Publications atas usaha penterjemahan yang dilakukan. Semoga lebih banyak hikayat manuskrip lama diterjemahkan untuk bacaan generasi kini.
Not an easy read but made easier by the translator's notes.
One star for the effort in producing this saga. Can't say I'm a fan of the long-winded old style writing and the theme - war & women.
Good details on the (too) many characters but storyline seems to be all over the place. Hard to keep track.
The Pig King went on 'adventure' before beating the curse. Adventure here basically means creating chaos and looking for fights with other kingdom and collecting wives.
Typical theme for hikayat I guess. However, I do wonder if the social environment setting in this story was somewhat accurate? Did a lot of people (especially the rakyat) die easily back then?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ini merupakan pengalaman pertama sanda(eh?) baca cerita melayu klasik. Bahasa dia memang susah nak faham, nasib baik ada footnotes.
Major turn off dalam hikayat ni, terlampau banyak repetition ayat. Pengenalan watak yang kadang-kadang buat aku jadi lost. Tapi sikit je la part ni.
Overall bagi aku cerita ni agak menyeronokkan la jugak. Dan buatkan aku rasa kagum macam mana penulis ni boleh tulis dalam masa tak sampai sebulan?! Dah la tulisan jawi, tulisan tangan pula tu (hikayat original, bukan yang dibukukan)
Dan dalam ni ada banyak pantun yang membuatkan aku rasa literature melayu merupakan satu literature yang hebat.
Hikayat raja babi adalah sebuah buku yang perlukan aku untuk betul betul fokus dan memakan masa selama 5hari untuk baca. Setiap penceritaan yang ditunjukkan denggan penggunaan bahasa yang tak pernah aku jumpa memerlukan dua kali pembacaan, sebab bila satu ayat kita tak faham cerita tu kau tidak akan dapat. Raja babi yang suka berpantun dan berjenaka membuatkan aku gelak sendiri. Point yang paling utama minda kita perlu keluar dari zaman kini sebab bila kau dah mula membaca buku ini segala cerita yang tidak masuk akal kau perlu imaginasi kan.
Saya perlu berbulan-bulan untuk menuntaskan buku ini. Sekali duduk paling banyak 3 halaman habis baca. Banyak kalimat yang sulit untuk dipahami, baik makna maupun strukturnya. Lagipun bekal pengetahuan saya tentang bahasa Melayu lama juga sangat terbatas.
Bagaimanapun, usaha untuk menerbitkan kembali karya-karya lama ini patut untuk diapresiasi. Hari-hari ini kita miskin petuah, miskin suri teladan. Tak salah sekali dua melongok kembali apa yang ditinggalkan oleh para leluhur.
"Merapat pun tidak boleh nyedar, dekatnya antara badan dengan nyawa, Bongsu terlali sendaleka menentang permai tuan adinda, rasa kalbu bagai digoncang gempa, beradu malam tidakkan lupa, akan encik irang, sukacitanya sahaya menanti ketika"
Buku ini penuh sengan prosa tradisional dimana agak susah saya fahami. Bahasanya yang lemah lembut dan punya maksud yang mendalam. Buku ni relah diterjemahkan dari bahasa jawi ke rumi. Amat berbeza dari sebarang yang telah saya baca.
Satu karya epik yang cukup luar biasa... Sebagai generasi baru karya dan hikayat lama perlu di sambung baca...supaya budaya melayu dapat di jaga... Plot yg tak memeningkan cuma gaya bahasa klasik yang mungkin akan mencuri lebih masa utk difahami dan mencari makna setiap kata tersebut