“Kau membakar jiwa ini sehinggaku mengelupur kelecuran. Ia tak pernah sembuh biar arlogi masa kian berganjak. Ke seantero dunia kucuba berlari demi memujuk hati yang degil mencintaimu. Mungkin, masih kurang rasaku mencintai dirimu, berbanding dia.”—- Lily
“Sekuntum Lily tidaklah begitu menarik kerana warnanya pudar dan tidak indah dipandang. Pandang sekali cuma, tiada lagi pandangan kedua dan seterusnya. Namun, kesucian dan ketenangan yang dirasakan ketika menyentuh auranya membuatkan ia kembali diraih oleh mata yang pernah buta menilai keindahannya.
Setangkai Mawar yang mengamit sang pencinta untuk memuja keunikannya. Mekar mewangi, berseri-seri dan memanggil-manggil jiwa yang terpukau dek keindahannya. Durinya yang berbisa, sungguh melukakan.”—- Rayqal
Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.
Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.
Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?
Easy to get. Easy to read. Easy to understand but sadly easy to forget.
Tak puas hati cara Mawar dapat balasan. Dia dah rosakkan masa depan adiknya. Ada kakak beri ubat julap kepada adik masa hari exam. Gila. Buat fitnah itu satu rutin. Semua orang percaya kecuali atuknya. Akhirnya bahagia dengan suami.
Abang bomba ni macam senang je ek nak pindah randah ke mana juga pilihan hati. Oklah itu bukan bidang kuasa saya. Tapi juga tak puas hati. Masa si Lily kecil, amboi kamu bukan main perkecilkan cinta murni budak hingusan tu. Percaya sangat dengan Si Mawar tu yek. Tapi lepas koma, lepas Lily balik....eh eh eh...tetibe confess jatuh cinta sejati lah plak.
Lily, agaknya sebab cinta tulus ikhlas suci murni pekat manis kot, tu yang still tak boleh lupakan Abang Bomba. Patutnya ajar sikit abang bomba awak tu. Hmm...Agak kelakar bila selama dia di Irelang, dia ingat duit yang dia dapat tu dari Haziq. Dah terang2 si Haziq tu sama2 student kat situ, lima tahun tak kan tak de seminit juga free untuk bertanya? So kalau betul duit tu dari Haziq, WOW boleh yek terima gitu2 je. Takde nak ucap terima kasih daun keladi daun bayam ke. Just accept it. Just WOW doktor Lily.
Ayah Lily. Masa Lily SPM dan STPM punyalah sanggup buang anak, tak ngaku anak. Tapi lepas anak balik dengan berjaya "ayah rindukan kamu, nak. Kemana kamu menghilang? Maafkan ayah, nak."
Again untuk Lily. Lima tahun Lily berada di Ireland, kononnya lari membawa hati yang lara. Tapi ada ke sampai putuskan hubungan dengan keluarga? Tak kan sampai langsung tak tahu langsung perihal adik beradik? Takde ke nak call atuknya yang dari awal memang menyayangi dan menyokong dia? Takkan takde sempat nak bertanya tentang keluarga? Stalk facebook abang bomba dan kakak kandung sempat, tapi bertanya perihal sebenar pada keluarga tak sempat ke? Tak sempat or ego?
Sebenarnya buku ni termasuk dalam list buku mesti dibeli. Sanggup keluar masuk MPH dan Popular untuk cari. Maybe harapan terlalu tinggi dan bila hasilnya bukan seperti itu, agak kecewa sikit. Well, yuni. Bukan ke sudah menjadi trend masa kini, penerbit lebih utamakan kuantiti dari kualiti?
Keseluruhannya,saya enjoy dgn cerita nie. Jalan cerita yg simple, konflik yg xterlalu berat. Walaupun ketika Mawar menggila nak balas dendam dgn rampas Rayqal dr Lily dan fitnah Lily lagi. Aduh, sakit pulak hati kita nie awk. Nasib baikla hati kita kental. Jiwa kita kuat. Kalau tak,mmg melayang buku 2 kt dinding Watak sampingan pun xterlalu byk. Jadi xbyk cerita2 sampingan. Xdela pening kepala bca byk sgt cerita lain yg kdg2 tue, xberkaitan sgt pun kan. Cuma saya xsetuju sgtla dgn balasan ke atas Mawar. Rilek je dpt berbahagia kan. Lily plak siap susah nak dpt anak lg. Tapi xpe. Ada sketla kelainan di situ.
Lagi 1, saya sukala dgn nama watak2 dlm buku nie. Simple. Xdela berbelit2 saya membaca. Xreal. Nama novel sgt!! Utk buku nie. Xde. Mawar, Lily, Rayqal. Nama org di dunia realiti. Bukan nama, Raihana batrisya emilda. Haha. Sesuka je petik nama sesapa. Kalau terkena, saya xde niat apa2. Cuma nak bg cnth je. Maaf yea.
Tahniah penulis sbb byk selitkan ilmu dan pengajaran dlm buku nie. Selitan 2 xmenggangu flow cerita. Saya suka. Lagi 1, bomba dan doktor nie mmg 2 kerjaya yg bg saya sgtla mulia. Terutamanya bomba. The unsung hero. Hero2 yg nama2 mereka xdikenali. Jarang dihargai. Tapi jasa dan bakti mereka. Mmg xdinafikan. Jadi, terima kasih penulis. Raikan the unsung hero. *tabik
Nota kaki: dulu2 pernah bercita2 nak jd bomba. Tapi xkesampaian. Lepas 2 ada niat nak naik lori bomba. Masih juga xkesampaian. Berangan je la...
Tragedi orang lemas dalam sungai menemukan Lily dengan seorang abang bomba secara jarak jauh. Lily tidak lepas memandang ke arah si abang bomba yang berjaya menarik perhatiannya.
Pertemuan mereka tidak terhenti di situ, berlakunya kejadian demi kejadian sehingga membuatkan hubungan mereka menjadi akrab tanpa sedar. Lily tak putus memberikan semangat dan hadiah kepada si abang bomba atas pengorbanan lelaki itu kepada dia dan juga orang ramai.
Sangkakan Raykarl akan terus menjadi seorang bomba yang matang dan selalu menasihati Lily, namun tidak berkekalan. Raykarl tewas dengan ‘kesopanan’Mawar. Apa yang keluar dari mulut Mawar, sebulat-bulatnya dia percaya.
Lily mengundur diri dalam keadaan terluka. Demi atuk, dia teruskan belajar sehingga ke Ireland. Dan berjanji untuk tidak lagi menaruh perasaan kepada Raykarl. Kalau dengan Mawar, Raykarl bahagia... Lily sanggup berkorban demi insan yang disayangi.
Tapi benarkah Raykarl akan bahagia dengan Mawar? Selama Lily ke Ireland selama 5 tahun, apa yang berlaku?
•••
Mula-mula cerita aje Latte dah terbuai-buai dengan watak Raykarl. Admire sangat wataknya. Cara nasihat dan kata-kata semangat dia 🥺🥺🥺 macam mana Lily rasa macam tulah Latte rasa.
Sampailah part yang dia percayakan Mawar bulat-bulat, Latte akui yang air mata Latte meleleh bila baca ayat-ayat Raykarl lontarkan kat Lily. Serius Latte tak boleh terima, sakit gila hati ni! 😭😭😭 kenapa dia boleh berubah sekelip mata macam tu aje? Sekali pandang Mawar je doh!
Tapi Latte tahu tiada siapa yang sempurna. Bila Raykarl dah sedar, Latte pula sebak bila Lily cuba nak jadi ego. Tapi tak menjadi!😜
Emosi Latte sangat-sangat penat ya melayan dua watak ni... Mawar & Haziq also parents Lily. Sakit hati dia bukan kepalang. Rasa nak baling buku... mujur buku orang.😔 Overall memang best. Berbaloi sangat utk dibaca. Recommended ☑️
Rating 3.8* I agree with Yuni's review on this novel..the only thing i differ in thought is buku ni suka baca berkali2..hahaha..mls nak beri penerangan panjang when someone thought conformed mine. Senang betul hati Raykal ni berpindah ke adik. Senang betul pengakhiran buat Mawar ni. Sedih betul bila hingga pengakhiran cerita pun belum diberi Rezki buat suami isteri..Well nak buat macam mana..urusan Allah swt tak boleh dipertikaikan..just usaha and acceptance.
Cerita yang okey-okey saja. Mungkin baca masa sibuk atau terganggu dengan cerita di tv. Kisah Lily yang terpesona dengan Abang Bomba Rayqal kerana selalu selamatkan dirinya dan selalu berikan nasihat untuknya. Lily selalu saja jadi mangsa dendam kakaknya, Mawar. Kerana gara-gara Mawar ibu-bapa Lily tidak percaya padanya dan Rayqal hampir terpedaya dengan godaan Mawar. Setelah lulus periksa, Lily larikan diri ke Ireland untuk mengejar cita-citanya dan untuk cuba melupai Rayqal. Setelah lima tahun di rantauan, Lily pulang bersama ijazah kedoktoran tetapi hatinya masih tidak dapat melupakan Rayqal. Dia jangka Rayqal sudah jadi abang iparnya lalu dia menerima lamaran Haziq. Apabila Rayqal menghilangkan diri dari Lily baru Lily dapat tahu hal sebenarnya mengenai tipu-helah Mawar dan apa yang Rayqal telah lakukan untuk Mawar dan pasangannya dan untuk dirinya semasa dia di Ireland. Lily menyesal tetapi dia sudah terlambat. Rayqal sudah tiada dan dia sudah menjadi tunangan Haziq. Apabila Lily di tempatkan di Hospital Selangor, dia telah bertemu Rayqal dengan cara tidak sengaja. Dari hari itu, perhubungan mereka bersambung kembali. Kebetulan berita mengenai kecurangan Haziq sampai kepada Lily, lalu pertunangan mereka diputuskan. Haziq menyesal tetapi Lily bertegas. Akhirnya Lily dan Rayqal bertunang dan berkahwin. Seterusnya adalah cerita tentang kebahagian dan pengorbanan mereka dalam menjalani rumahtangga dan kerjaya mereka. Haziq akhirnya menyesal kerana telah menghina Rayqal dan dia akhirnya jumpa jodoh dengan teman sekerja dengan bantuan Lily.
Kisah antara Rayqal a.k.a Abang Bomba dengan Dr. Lily.
‘Abang Bomba, I Love You!'-Dr.Lily
‘I Love You too, Dr. Lily!!!’- Abang Bomba
ANTARA PENGAJARAN/PERKONGSIAN DALAM NOVEL ABANG BOMBA I LOVE YOU
1. Tugas anggota bomba dan penyelamat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan dan bukan sembarangan orang boleh melakukannya. - Ramai orang beranggapan tugas bomba hanya memadam api tetapi hakikatnya bomba bertugas meliputi dan merangkumi pelbagai jenis tugas yang kebanyakannya menghulurkan pengorbanan kepada orang lain. Contohnya, Abang Bomba dan rakan-rakan akan sentiasa alert dalam tugas-tugas memadamkan kebakaran berbahaya yang mengancam penduduk awam dan harta benda, menyelamatkan orang daripada kejadian yang melibatkan kenderaan, bangunan yang runtuh atau terbakar dan situasi-situasi yang seumpamanya. Tugas seorang anggota Bomba dan Penyelamat memang amat mulia. Terima kasih Abang dan Akak Bomba!!!
2. Setiap orang harus mempunyai cita-cita dan berusaha untuk menggapai cita-cita itu. - Lily bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Lily telah berusaha keras untuk mengejar cita-citanya demi menggembirakan hati kedua orang tuanya. Walaupun pada mulanya Lily tidak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM nya, Lily tetap tidak berputus asa untuk sambung belajar. Hasilnya, Lily Berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam STPM nya dan berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland. Tahniah Lily!!! - Begitu juga Abang Bomba, Rayqal. Walaupun Rayqal merupakan anak orang berada dan mempunyai perniagaan keluarga, Rayqal bercita-cita untuk menjadi seorang anggota penyelamat. Dengan cita-cita yang murni ini, Abang Bomba telah banyak menabur bakti dalam menyelamatkan dan menolong orang ramai. Terbaek lah Abang Bomba!!! Memang patut Dr. Lily sayang!!!
3. Ibu bapa seharusnya mendidik anak dengan kesabaran bukan dengan kekerasan. - Ibu bapa Lily bertugas sebagai pensyarah. Bidang tugas mereka itu, membuatkan mereka menjadi tegas dalam soal pembelajaran anak-anak mereka. Akibat daripada tidak dapat menerima tentang kegagalan anaknya, Lily dalam peperiksaan SPM, mereka sanggup mencederakan dan menghalau Lily keluar daripada rumah. Sikap kekerasan ini tidak sepatutnya dilakukan terhadap anak-anak.
Seorang sarjana Islam yang banyak menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam iaitu Abdullah Naseh Ulwan dalam sebuah bukunya yang berjodol ” Tarbiah al-Aulad fi al-Islam” telah meletakkan beberapa syarat sebelum atau semasa merotan anak-anak sebagai antara tuntutan didikan.
Antara syarat untuk merotan anak-anak ialah sebagaimana berikut : a. Ibubapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan merotan apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan
b. Tidak merotan anak-anak semasa dalam kedaan terlalu marah yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak
c. Tidak merotan di tempat-tempat larangan atau merbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut anak-anak
d. Tindakan merotan kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan samada di tangan atau kaki. Jika tidak berkesan untuk satu rotan maka terus dirotan sehingga tiga kali. Jika masih berdegil selepas dirotan sebanyak tiga kali maka boleh dirotan sehingga 10 kali tetapi jangan melebihi jumlah itu sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Jangan merotan seseorang melebihi 10 kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah.
e. Tidak merotan anak-anak yang belum sampai umurnya 10 tahun sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Perintahlah anak-anak kamu dengan sembahyang ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun….
f. Apabila anak-anak meminta melalui lisan agar jangan merotannya ketika mahu dirotan buat kali pertama maka hendaklah diberi peluang kepada mereka berubah tanpa dirotan berserta dengan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas itu. Tindakan ini adalah lebih baik berbanding tetap merotan mereka
g. Ibubapa atau penjaga mestilah merotan sendiri anak-anak yang degil bukannya mewakilkannya kepada adik-beradik yang lain untuk melakukannya bagi mengelakkan timbulnya persengketaan antara adik-beradik.
h. Apabila anak-anak sudah baligh maka tindakan dalam merotan hendaklah lebih kerap dan diulangi sehingga anak-anak berubah ke arah yang baik serta menjauhi segala kesalahan yang dibuat selama ini Sumber: Abdullah Naseh al-Ulwan, Tarbiah al-Aulad, juzu’ 2, cet. ke-30 1996, Dar al-Fikr, Lubnan
4. Elakkan daripada sikap berdendam dan iri hati - Mawar yang merupakan kakak kepada Lily berasa sangat iri hati dengan kasih sayang diberikan oleh orang tuanya kepada Lily. Daripada sikap cemburu dan iri hati ini, akhirnya ia menjadi dendam di dalam hati Mawar. Tanpa rasa bersalah, Mawar telah meletakkan julap di dalam minuman Lily di saat Lily sedang menjalani peperiksaan SPM. Akibatnya, Lily tidak dapat menumpukan perhatian semasa peperiksaan SPMnya kerana dia mengalami cirit-birit dan demam. Kesian Lily…. Mawar awak sangat KEJAM!!! - Dengan dendam ini juga, Mawar telah menaburkan fitnah terhadap Lily sehingga Lily dibenci oleh kedua orang tuanya temasuklah Abang Bomba. Eee… GERAM betol dgn cik Mawar berduri ni!!!
5. Kita perlu mempunyai sikap berbelas ihsan sesama manusia mahupun sesama binatang - Lily mempunyai seorang datuk yang tinggal bersendirian. Ibu bapa Lily seringkali sibuk bekerja dan sukar untuk menjenguk datuk Lily. Lily yang merupakan seorang yang penyayang selalu menjenguk datuknya yang tinggal berhampiran dengan rumahnya. Lily selalu membawa bekalan makanan untuk diberikan kepada datuk kesayangannya itu. - Lily telah terjumpa dengan seekor anak kucing yang hampir terjatuh ke dalam sungai. Dek kerana berasa risau, Lily segera bertindak untuk menyelamatkan anak kucing tersebut dan membawanya pulang ke rumah. - Sebagai anggota bomba dan penyelamat, mereka tidak dibenarkan untuk membunuh haiwan. Abang Bomba dan rakan-rakannya telah menangkap seekor ular tedung yang dijumpai oleh Lily di dalam mangkuk tandas di dalah sebuah stesen minyak Shell. Setelah berjaya menangkap ular tedung itu, mereka lepaskan ular tedung tersebut di dalam hutan.
p/s: Cik Jah suka sangat dengan kata-kata semangat dan kata-kata motivasi yang kak Mia kasi dalam novel ni. Tahniah kak Mia!!! Kita doakan semoga kak Mia sukses selalu… n_~
p/s/s: kawan-kawan, sila dapatkan buku kak Mia Kiff ini dgn segera ya!!!
Kisah Lily yang jatuh cinta dengan Rayqal. Kisah Mawar, kakak Lily, yang cemburu dengan Lily dan sanggup lakukan apa saja supaya Lily sengsara semata-mata cemburu dek masa kecil Lily ni diberi perhatian lebih. Kisah Rayqal yang jatuh hati pandang pertama pada Mawar sebab kecantikannya. Kisah Mawar yang tak cinta pun kat Rayqal ni tapi sebab Lily dah suka kat mamat tu, dia nak rampas juga. Kisah Lily yang merajuk dengan Rayqal lalu lari ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Kisah Mawar yang membuat onar walaupun hari pernikahan dah dekat. Kisah Rayqal yang entah bila masa sedar dia jatuh hati kat Lily dan cuba menambat hati gadis tu.
* * *
Mula-mula tak perasan. Selak-selak kali kedua baru perasan. Ala-ala bawang merah bawang putih la ni tapi versi moden. Itu sebab letak nama Lily dan Mawar. Dan juga macam kisah bawang merah bawang putih, si putera dalam novel ni pun sama blur juga.
Saya setuju dengan Yuni. Dan walaupun diterjemah ke bentuk drama sekalipun, tetap penulis skrip tak mampu tutup kepincangan tu. Secara jujur saya tonton drama dulu. Lepas tu tergerak hati nak dapatkan novel ni sebab rasa maybe novel lagi bagus kot dari drama. Tapi ternyata saya silap langkah.
Tak ada yang epiknya tentang kisah cinta Lily-Rayqal ni. Dan saya rasa tajuk novel ni la yang mencetus trend netizen reka macam-macam tajuk kelakar kat dunia siber.
-plot awal2 banyak sgt 'kebetulan'. eh tibe2 terjumpa kat situ. eh tibe2 terjumpa kat sana. tak logik -storyline awal2 bosan lama2 okayla -adela sweet2 tu not bad la -coming from the same author as bidadari salju, i would say theres improvement - character ade doctor tapi broken english😂💔
Beli novel ni pun sebab tertarik dengan covernya yang simple saja. Pertama kali daku membaca karya penulis ni. Kesimpulannya jalan cerita tipikal seperti kisah cinta novel yang lain, jatuh cinta..bertepuk sebelah tangan & dendam. Tapi yang menariknya, kisah tentang tugas dan pengorbanan anggota bomba yang mungkin ada yang tak tahu. Mengisahkan Lily, seorang remaja yang jatuh cinta dengan seorang anggota bomba bernama Raykal...yang telah berkali-kali menyelamatkannya. Lily memendamkan perasaanya, namun tidak dapat menyembunyikan sikap taksubnya meminati Raykal. Bagi Raykal, Lily dianggap hanya sebagai adik kerana jarak umur mereka. Mawar, kakak Lily sangat mendendami adiknya itu kerana sikap pilih kasih ibu bapanya. Mawar menfitnah Lily, sehingga ibu bapanya membuang Lily, nasibnya baik kerana atuk sering menyebelahinya. Apabila mendapat tahu Lily sukakan Raykal, Mawar memikat Raykal dan melemparkan fitnah kepada Lily, sehingga menjarakkan hubungan Lily dan Raykal..beberapa hari sebelum majlis pernikahan Raykal dan Mawar, Raykal di timpa kemalangan ketika bertugas..Dan Lily membawa diri ke Ireland...