Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ah Fook

Rate this book
Novel Ah Fook menceritakan kehidupan seorang lelaki Cina yang dihimpit kemiskinan sejak tiga generasi di negara Tembok Besar. Yong Ah Fook, atau lebih dikenali sebagai Ah Fook yang kecewa dengan sistem komunisme China, Merantau ke kepulauan Borneo dengan meninggalkan isteri dan dua orang anaknya di kampung semata-mata untuk meraih kekayaan di bumi asing. Dia bekerja sebagai kuli di sebuah rumah agam milik seorang kapitan Cina sebaik-baik tiba di Sarawak.

Bagaimanapun, takdir membantutkan impiannya apabila Jepun meluaskan kuasa di Asia Tenggara tidak lama selepas dia berada di Sarawak. Ah Fook terpaksa berkahwin dengan seorang wanita tempatan berketurunan Cina- Melanau demi menyelamatkan wanita itu daripada kekejaman tentera Jepun. Ah Fook juga berbuat demikian untuk melupakan anak-anak dan isterinya di China yang sudah berkahwin dengan seorang lelaki lain ekoran kesempitan hidup selepas ditanggalkan Ah Fook.

718 pages, Paperback

First published January 1, 2015

Loading...
Loading...

About the author

Jong Chian Lai

20 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (32%)
4 stars
16 (57%)
3 stars
2 (7%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews663 followers
July 17, 2025
Ah Fook oleh Jong Chian Lai adalah sebuah epik yang mengharungi gelora sejarah dan perjuangan kemanusiaan melalui lensa seorang imigran Cina. Aku adalah generasi ke-3 imigran Cina, jadi cerita sebegini biasa aku dengar masa kecil dulu dari nenek aku menjadikan novel ini sangat menarik dan relateble bagi aku. Ia adalah narasi tentang individu imigran Cina, tapi cerminan komplesiti identiti, asimilasi, dan penerimaan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Nama penuh Ah Fook adalah Yong Ah Fook. Dia melarikan diri dari cengkaman komunis di China dan mencari perlindungan serta harapan baru di pulau Borneo. Kehidupannya dipenuhi dengan kepayahan dan kemelaratan, bermula dari pengalaman pahit di tanah asalnya - China, kekejaman penjajahan Jepun di Sarawak, sehingga perjuangan membesarkan 15 orang anak bersama isterinya, Tam Bi. Apa yang dipaparkan dalam novel ini adalah sisi gelap prasangka, ego, dan trauma yang membentuk karakter Ah Fook, serta ketabahan luar biasa Tam Bi dan anak-anaknya dalam menghadapi seribu satu dugaan hidup. Latar belakang novel ini sebenarnya adalah sebahagian dari lanskap sejarah dan sosial Malaysia, menyoroti isu-isu sensitif seperti perkauman, agama, dan budaya.

Plot Ah Fook terentang luas merangkumi beberapa dekad, bermula dari zaman komunis di China, melalui zaman pendudukan Jepun di Sarawak, dan seterusnya merinci kehidupan berkeluarga Ah Fook di tengah kemiskinan. Struktur plot tidaklah berapa konsisten - ada kalanya pantas, terutama dalam menggambarkan latar belakang Ah Fook dan peristiwa bersejarah, kemudian sangat slow paced apabila menumpukan kepada perjuangan dia dan isteri membesarkan anak-anak.

Novel ini banyak menggunakan teknik flashback tanpa penanda waktu yang jelas. Kau kena tebak menggunakan fakta yang sedia ada untuk mengagak bila sebenarnya sesuatu peristiwa itu berlaku, kecuali pada babak penjajahan Jepun. Ini tak mengganggu pembacaan pun, malah aku rasa ia menciptakan suatu temporal ambiguity yang mungkin disengajakan oleh Jong untuk menekankan sifat universal perjuangan Ah Fook, melampaui batasan masa. Klimaks novel ni tidak terletak pada satu peristiwa itu sahaja, ia tertumpu kepada "sejumlah" penderitaan dan keputusan hidup Ah Fook serta bagaimana ia memberi kesan kepada anak-anaknya. Konflik utama novel ini adalah pergulatan dalam diri Ah Fook sendiri — antara masa lalu yang menghantuinya, ego yang menebal, dan usahanya untuk mengawal nasib anak-anaknya.

Naratif novel ini disampaikan melalui sudut pandang orang ke-3, cara ini aku rasa bagus untuk menyelami pemikiran dan perasaan Ah Fook secara mendalam, dalam masa yang sama mengimbangi perspektif watak-watak lain (tapi masih cenderung berat ke arah Ah Fook).

Realisme sosial kemiskinan, kesusahan, dan cabaran yang dihadapi seorang imigran Cina, disampaikan dengan begitu baik oleh Jong. Nada keseluruhan naratif agak berat dan pilu, mencerminkan kepedihan hidup yang dilalui watak - watak. Ada juga elemen narasi introspektif yang tersisip untuk menonjolkan konflik batin Ah Fook, terutama berkaitan dengan kegagalannya menjadi kaya dan luka yang dalam akibat terpaksa melepaskan anak isteri sebelum merantau ke Borneo. Tam Bi dan anak-anaknya hadir memberikan kontra kepada naratif pesimis Ah Fook, menonjolkan semangat juang dan kemampuan mereka mencari kebahagiaan di tengah kesusahan.

Watak-watak dalam Ah Fook dibangunkan dengan deep dan complex, masing-masing melambangkan aspek-aspek tertentu dalam masyarakat.

Ah Fook sendiri adalah watak protagonis yang penuh kontradiksi. Dia adalah manifestasi individu yang terluka oleh sejarah dan pengalaman pahit. Prasangkanya berakar dari zaman komunis di China dan kekejaman Jepun, membentuk dirinya menjadi seorang yang bersikap dingin dengan sesiapanya yang dijumpainya. Keegoannya, ditambah dengan kegagalan mengejar kekayaan, mencipta satu jurang emosi antara dia dan anak-anaknya. Dia tersekat – secara fizikal di tanah baru, dan secara mental yang terperangkap dalam trauma masa lalu. Sikapnya yang tidak mahu bergaul dan tidak menyukuri nikmat hidup di tanah baru menjadikannya watak sangat sedikit likeability, tapi realistik. Aku sendiri pernah jumpa saudara tua aku yang bersifat sedemikian. Aku rasa orang sebegini wujud di mana - mana, malah sehingga hari, bergelut dengan penerimaan dan asimilasi.

Tam Bi pula adalah simbol ketabahan dan kekuatan feminin, sebiji macam nenek aku. Berbeza dengan suaminya yang terperangkap dalam prasangka, Tam Bi adalah tiang keluarga yang kukuh. Kudratnya yang mengalahkan lelaki dan semangatnya yang tidak pernah putus asa dalam menghadapi kemelaratan menjadikannya watak yang inspiratif. Dia adalah penawar kepada kepahitan Ah Fook, seorang ibu yang melahirkan 15 anak dan menjadi tulang belakang keluarga. Perwatakannya yang cekal memberikan harapan dan keseimbangan dalam naratif yang sarat penderitaan.

Anak anak dorang mewakili generasi baru yang mencari kebebasan dan identiti. Tanpa perhatian dan kasih sayang yang cukup dari Ah Fook, dorang terpaksa buat keputusan sendiri untuk masa depan dorang. Kebebasan yang dicari menonjolkan konflik antara tradisi dan modenisasi, serta bagaimana kurangnya ikatan emosi boleh membentuk perwatakan seseorang. Dorang adalah cerminan kepada cabaran asimilasi dan pencarian jati diri dalam masyarakat berbilang kaum, di mana setiap seorang mempunyai pilihan dan jalan hidup yang berbeza.

Gaya bahasa Jong sebenarnya "berbeza" dngan penulisan sastera Melayu yang kita baca. Ia keko, mentah tapi jujur. Aku tak pasti kenapa tak ada usaha untuk menyusunnya semula, tapi aku terima kekekoan ini - kekekoan ini adalah realiti yang keras, sesuai dengan novel. Jadi aku terima.

Penggunaan dialog dalam novel ini sangat ringkas - apa yang hendak disembang lagi kalau hidupnya sebegitu? Kerah aja tenaganya, kerja! Ini ekoran kemiskinan dan penderitaan yang menghasilkan kesan realisme. Jong berjaya merincikan setiap bahagian hidup Ah Fook dengan penggunaan diksi yang menggambarkan kesengsaraan. "Bukanlah keriangan itu penawar kepada mereka yang miskin dan lapar" - betapa pahitnya ayat ini.

Ketepikan keanehan - keanehan yang berakar dalam novel ini, aku sebenarnya suka tema sebegini. Aku suka kementahannya yang memberi gambaran kepada satu era dan perjuangan kaum aku yang aku harus tahu.

Novel ini memenangi tempat pertama untuk kategori novel dalam Sayembara Penulisan Kedua anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) - Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) - Berita Harian (BH) pada tahun yang sama.

4.6 / 5 stars
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews57 followers
April 26, 2015
Sebuah novel yang menceritakan tentang Ah Fook dan keluarganya. Ah Fook lari dari komunis di China dan merantau ke tanah Borneo. Seluruh novel ini bercerita tentang kepayahan, kesusahan dan keperitan hidup Ah Fook. Hidupnya sekadar mencari wang untuk hidup dan membesarkan anak-anak sehingga lupauntuk bermasyarakat dan mensyukuri nikmat hidup. Selesai baca novel ini rasa tidak gemar dengan sikap Ah Fook yang tidak mahu bermesra dengan tempat barunya. Tak berkenan dan simpati dengan sikapnya yang bergelut dengan kepayahan hidup.

Oleh kerana penulisnya dari Sarawak, saya sedikit kecewa kerana kerencaman adat dan budaya Sarawak kurang ditonjolkan berbanding karya beliau yang lain.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book96 followers
September 26, 2015
Lama betul mahu menghabiskan bacaan ini. 719 halaman, satu bulan baru dapat menamatkannya! Kalau bukan disebabkan statusnya sebagai pemenang tempat pertama sayembara penulisan ITBM, pasti saya teragak-agak untuk mengusung pulang buku ini ke rumah (disebabkan ketebalannya).

Jalan ceritanya panjang. Bermula dari zaman komunis di China, kekejaman Jepun di Sarawak dan seterusnya kisah hidup Ah Fook, isterinya Tam Bi, serta 15 orang orang anak sedarah sedaging mereka yang "pelbagai" bangsa dan agama. Dari zaman "duda" anak dua, kembali berkeluarga dan terus-menerus hidup dalam kemelaratan untuk membesarkan anak-anak yang ramai.

Ah Fook. Hidupnya terlalu banyak prasangka, mungkin kerana pengalaman getir hidup semasa di China. Ditambah dengan kegagalannya mencari "kaya", anak isteri yang terpaksa dilepaskan memberi luka yang dalam terhadap Ah Fook. Ah Fook memilih untuk membiar luka itu, dalam masa yang sama meneruskan kehidupan yang baru. Sebab itu, lukanya kekal berdarah dan masih belum mampu sembuh sudah sekian lama.

Nasib ada si Tam Bi, ibu 15 kelahiran yang sangat kuat dan kukuh teguh di belakang Ah Fook. Perempuan ini sangat hebat, dan Ah Fook sangat beruntung punyai isteri yang kudratnya boleh mengalahkan lelaki. Cekal dan kuat.

Anak-anak. Dek kerana rutin hidupnya yang sentiasa sibuk mencari rezeki dan menghitung nasib, tidak ada hubungan emosi yang kuat antara Ah Fook dengan anak-anaknya. Tetapi Ah Fook masih mengharapkan mereka semua itu akur dengan perintah dan kemahuannya. Mana mungkin itu terjadi. Terbiar tanpa kasih yang sebenarnya kasih seorang ayah, seorang demi seorang membuat keputusan sendiri untuk masa hadapan. Dan Ah Fook, merana dengan kejadian demi kejadian di balik ego yang masih kekal utuh.

Sikap Ah Fook bukan lah ganjil. Zaman sebegitu sebenarnya wujud "Ah Fook" di mana-mana. Tidak keterlaluan, "Ah Fook" juga masih wujud hari ini!

****

Dari segi penulisannya, agak kekok mahu membaca gaya bahasa penulis ini yang sedikit berbeza dengan penulisan buku sastera yang lain. Tidak pandai mahu saya huraikan, tetapi itulah yang saya rasa.

Jalan ceritanya agak pantas separuh buku ini, namun mula perlahan dan agak memanjang-manjang bahagian kehidupan sukar Ah Fook membesarkan anak-anaknya. Saya juga agak sukar mengagak, bila sebenarnya kejadian ini berlaku. Cerita yang bersifat imbasan masa agak sukar bila tiada penyataan waktu yang nyata. Selain cerita zaman Jepun (yang berlaku dalam pertengahan 1940-an), lain-lainnya kabur. Umur masing-masing juga tidak diketahui, melainkan umur Ah Fook ketika mati ialah 98 tahun.

Oh! Agak mengecewakan buku yang dinobatkan sebagai juara, punya kesalahan paling agung yakni salah susunan helaian. Mukasurat 248 terus melangkau mukasurat 281.

***

Keseluruhannya, memuaskan.
Profile Image for Rebecca.
Author 17 books155 followers
May 7, 2016
Belum ranum sebagai sebuah novel kronikel sejarah yang matang lagi mengagumkan.
Author 14 books11 followers
June 14, 2015
Kulit buku sudah 'memberitahu' saya bahawa huruf 'o' kelihatan seperti tulisan cina 'empat' menunjukkan Ah Fook telah banyak mengalami pahir getir kehidupan. kagum dengan tulisan tuan Jong! Tahniah kerana berjaya menggambarkan perasaan seorang penghijrah yang datang ke Tanah Melayu dan konsep integrasi kaum diangkat ke tahap yang lebih tinggi.
Profile Image for Iza B. Aziz.
246 reviews35 followers
January 19, 2023
718 helaian mukasurat yang mencatat kisah lelaki asal China, Yong Ah Fook berani memperjudikan nasib hidupnya mengembara ke kepulauan Borneo dengan harapan kekayaan.

𝘚𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘬𝘢𝘵𝘢-𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘭𝘪𝘮 '𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙚𝙧𝙖𝙣𝙘𝙖𝙣𝙜, 𝙩𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙚𝙣𝙩𝙪𝙠𝙖𝙣.'

Kekayaan yang diterima oleh Ah Fook bukan wang ringgit tapi deretan zuriat. Dan dia sendiri prejudis terhadap darah dagingnya kerana dasar agama dan bangsa.
_____________________
Saya tertarik cara penulis merincikan setiap bahagian hidup Ah Fook. Bergelumang dengan peristiwa bersejarah yang pahit untuk ditelan. Dari hentaman kerajaan Komunis, penjajahan Jepun dan sehingga permainan politik kaum.

Ditambah pula riwayat kemiskinan yang berjela memeritkan nafas ketika membaca. Namun, isteri dan anak-anak Ah Fook langsung tidak putus asa dalam kehidupan susah begitu. Sekalipun perut pedih kelaparan, mereka masih upaya mencari kebebasan diri.

"𝘽𝙪𝙠𝙖𝙣𝙠𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙧𝙞𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙞𝙩𝙪 𝙥𝙚𝙣𝙖𝙬𝙖𝙧 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙞𝙨𝙠𝙞𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙥𝙖𝙧."
_____________________
Banyak isu yang diterjemah penulis menggunakan susuk Ah Fook. Sukar untuk saya menyimpulkannya...ia berkait tentang pelbagai ragam yang berlaku di tanah air.

Sebagai Melayu yang membaca kisah Ah Fook, saya jelas dengan kepayahan perubahan asimilasi yang ingin diterima oleh Ah Fook. Trauma dari kehidupan di Tanah Besar, menjadi bayang-bayang di tanah bebas. Kini fahamlah saya...sebaiknya setiap dari perbezaan kita kecapilah dalam bentuk penghormatan.

Bacaan yang sangat baik untuk mendidik masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia. Tak terjangkau dek akal..

Terima kasih Jong Chian Lai untuk naskhah hebat ini!
_____________________
Profile Image for Syaida Ilmuna.
4 reviews18 followers
May 11, 2015
Ah Fook - manifestasi sebuah perasaan dan pandangan dari kaca mata seorang Cina mengenai penghijrahan, isu kepelbagaian kaum, agama dan budaya di Malaysia/ sebelum terbentuknya Malaysia.

Ah Fook mengetengahkan pelbagai permasalahan yang dilalui seorang penghijrah dari tembok China ke Sarawak dan bagaimana setiap satu dugaan dan perubahan dilaluinya dengan penuh kepayahan sambil membawa label imigran.

Disyorkan menjadi bacaan berbilang kaum di Malaysia agar kita dapat merapatkan jurang, dan pada masa yang sama cuba memahami rasa hati kaum lain yang tinggal di negara ini.

ps: menantikan karya sebegini dari sudut kaum India pula :)
Profile Image for Leyla Shuri.
Author 9 books24 followers
April 22, 2018
Banyak sangat ingin saya perkatakan darihal buku ini, mungkin mengambil masa yang panjang, jadi saya sebagai orang yang perlu menghabiskan satu projek yang penting sekarang, tidak mampu untuk meleraikan buah fikiran saya.
3 reviews
January 9, 2025
Sebuah novel menceritakan pahit getir sebagai pendatang yang mengharapkan cahaya selepas berhijrah. Namun,suasana perang Dunia pada masa itu hampir mustahil untuk senang melainkan sudah lahir dalam keluarga bangsawan.
Profile Image for El.
1,200 reviews
May 28, 2017
Orang bukan Melayu menghasilkan buku yang baik memang mengharukan. Rentetan yang menyayat hati. Memang layak untuk dapat tempat pertama pada sayembara penulisan
Displaying 1 - 11 of 11 reviews