Saya mengharapkan persoalan yang lebih menggertak emosi, krisis yang mencengkam kewarasan melalui buku karya Hasanuddin Md Isa, mungkin selepas membaca buku Mereka Yang Tertewas. Tidak ada dalam buku Sembilu. Ia berkisar hubungan insan di alam universiti; Saif dan Rahanah - kasih bersulam high respect sesama sendiri yang tidak berakhir dengan pernikahan dan Hadi dan Siti - cinta diikat pertunangan yang dioleng ombak cemburu serta 'non-compatible dalam pemikiran. Tiada watak yang masuk dalam mangkuk kesukaan saya. Namun, Sembilu menawarkan pengalaman membaca bait-bait berbaur .... apa ya? Bukan santai, mungkin gaya bahasa yang agak tinggi elemen sasteranya.
Rahanah "...biarlah hukum masa yang akan menghuraikan segala masaalah..."
...walaupun tadi, pendiriannya sekeras besi kasyani tujuh benua'.