Hampir tiga tahun kemudian, kes Ngeri dan Mangsa masih menghantui jiwa Detektif Hema. Dia tidak puas hati yang penjenayah itu terlepas begitu saja.
Perihal yang sama juga menghantui Samuel dan Joanne yang pulang setelah menempa nama di Hollywood; Kiran yang mungkin mengetahui lebih daripada apa yang dia beritahu; dan Nazwan dan Natalia yang menghadapi konflik yang paling mencabar dalam hubungan mereka.
Semua orang mempunyai obsesi masing-masing tetapi hanya satu obsesi yang akan memusnahkan segala-galanya. Siapakah pemangsa sebenarnya?
Gina Yap Lai Yoong is an author of five published Malay novels - Eksperimen Cinta, Ngeri, Mangsa, Serangkai Hidup, and Obsesi - all of which are available in major bookstores in Malaysia and Google Play Store. Her bestsellers - Ngeri and Mangsa - have gone through multiple re-prints since its release. Her English debut - A Writer's Journey - was published in March 2016. Her latest published book is entitled Wak Linggi. She is currently working on two other manuscripts.
Occasionally, Gina would attend book fairs and literary events to meet up with fellow writers and readers. She enjoys discussing stories with her readers. She also enjoys sharing her writing journey with aspiring writers to help inspire them to start writing. Over the past few years, Gina has journeyed with some of the aspiring writers she met, encouraging and mentoring them to write the book they have always wanted to write. Her passion for writing is contagious.
In 2012, her writing journey was featured in an art installation entitled “Trails of Light” in conjunction with the Georgetown Festival in Penang. Gina was also one of the 10 selected young Malaysian writers who were sent to London for a writing expedition in 2013.
Though she is camera-shy, Gina has been featured on various breakfast shows on national TV where she has shared her writing journey and talked about novel writing. She was also one of the panellists at the Cooler Lumpur Festival 2013, a forum discussion entitled “New Malay Literature: e Changing Face of the Malay Author”.
Gina was recently elected the President of Malaysian Writers Society (2016 - 2018).
Kesimpulannya, hamba fikir Mangsa adalah buku terbaik dari siri ini. Hamba merasa Obsesi sedikit tergesa-gesa dengan beberapa bahagian bergerak agak lambat. Kisahnya tidak terlalu rumit (untuk beberapa alasan perkara ini boleh jadi bagus) dan tidak juga misterinya terlalu di luar dugaan.
Ada beberapa perkara yang boleh dipersoalkan dari segi plot, latar dan sebagainya tetapi hamba enggan mengulas tentang itu. Hanya, hamba ingin mengatakan yang Obsesi kekurangan perincian. Kisah di sebalik pembunuhan yang dituduh kepada Samuel diceritakan dengan sekali lalu sahaja. Begitu juga dengan perangkap yang dirancang untuk memberkas Rehan.
Mungkin buku ini boleh menjadi sebuah penamat trilogi yang lebih gemilang (cemerlang dan terbilang – haha) jika Rehan sendiri yang menjadi perantara dan bukan Detektif Hema. Ada sedikit bahagian di babak-babak akhir (ketika Detektif Hema dilarikan dari lokap) menjadi sangat menarik apabila microfon bertukar tangan kepada Rehan.
Dan, hamba berharap kisah adik Rehan dan anak Natalia-Nazwan boleh disambung bersama dalam sebuah naskhah. Hamba terlalu penat (atau mungkin juga malas - hehe) untuk set trilogi yang lain. ;P
p.s Kalau Kiran ada disebut dalam dua buku sebelum ini, hamba sememangnya seorang yang pelupa tahap infiniti. Mati-mati hamba fikir Kiran itu perempuan dan siap membayangkan wajahnya secomel Kiran Jassal. Hahaha.
Yes, the ending was a bit meh imho tapi I rasa the writer had did proper justifications untuk semua characters. Macam dua buku terdahulu, Gina manages to keep her readers flipping through the pages, keeping them on their toes and thirsting for more.
The pace was bearable, tak laju, tak mendatar; sesuatu yang aku sendiri sebagai fellow writer boleh belajar sebab pada pemerhatian aku most of Gina's books semua ada good well-balanced pace (which is a good thing).
Seriously, tak sabar nak baca apa yang Gina akan tulis pulak lepas ni.
Ini buku kedua dari Gina yang aku baca. Yang pertamanya adalah Mangsa. Jadi jika ingin dibandingkan dengan Mangsa dan Obsesi, Mangsa tetap buku dari Gina (setakat ini) yang aku suka. Obsesi naskah yang bergerak sebagai penutup trilogi Ngeri tapi kelihatan agak ringan. Semua serba mudah dijangka. Kita dah tahu sejak awal lagi siapa dalang di sebalik semua musibah tu. Cuma cik penulis sengaja meninggalkan kita dengan tanda tanya- di mana Nazri? Atau terlepas pandang nak diceritakan? Atau ada cerita Kiran pula selepas ni? Atau semuanya memang sudah berakhir di Obsesi?
Aku sangat suka dengan keazaman dan keberanian watak Hema. Watak perempuan yang patut dibagi award! *gelak*
Owhh ya, olahan penulis juga sangat baik- membuatkan pembaca rasa seronok membacanya. Pergerakan cerita pula bergerak dengan kadar yang sedang-sedang dan santai walaupun tidak dinafikan, ada bahagian yang agak 'malas nak dilayan'.
Jangan risau, buku ini tetap seronok dibaca. Kalian cubalah.
Sepatutnya saya tak terkejut dengan Gina. Tetapi Gina memang suka kejutan untuk pembacanya. Dan itulah saya sukakannya. Memetik kata-kata Taylor Swift, 'We (as entertainers) shouldn't stop surprising our fans because thats our job, to keep them entertain.'
Saya agak risau sebenarnya. sebab saya cukup tak suka penutup, closure. Susah nak move on. Saya sukakan ending Obsesi. Ada sesetengah hal memang patut ditamatkan, seperti obsesi Detektif Hema pada Rehan, Obsesi Rehan untuk membalas dendam dan bagaimana cerita kecil yang berpotensi besar menjadi legasi atau cerita baru. Oh lord, saya suka yang tu.
Cerita ditulis dengan baik dan tersusun. Tak terlalu cepat atau lambat. Tiada kejadian-kejadian yang meleret dan membazir. Cuma bagaimana, apakah kesudahan Nazri, anak kepada Nazwan dan Natalia? Saya pun tertanya apakah pilihan Kiran. menjejaki Rehan secara bulat-bulat atau mungkin ada sedikit kemanusiaan yang masih ada dalam Kiran. ;)
Alang-alang dah baca dua buku sebelumnya haruslah tak nak ketinggalan kan.Pheww mmg gila kisahnya obsesi Hema membuatkan saya jadi stress dan tak sabar nak tahu apa seterusnya akan terjadi ada yg diluar jangkaan dan ada yg boleh di agak dan seronok jga sambil baca sambil berteka-teki.Rehan tu mmg psiko dan ada pula yg bakal mewarisi kegilaan nya itu.Ada sambungan lagi ke agaknya?
Secara keseluruhan saya suka kisah ini dan penulis berjaya buat saya tak senang duduk.
Aku bagi 4* untuk siri penamat. Harapnya takde lagi kisah Rehan ni walaupun sudah nampak gaya Kiran yang akan mendominasi selepas ini [?]. Mungkinkah? Tunggu saja novel baru penulis.
Aku kasihankan Nazri. Haishh... hati ni mudah sangat sentap kalau part anak kecil *sobs*
Ginaaaa, believe me or not, I love this one! Out of the trilogy, this is the best! Penuh dengan plot-twist yang tak disangka, and some of them are clever. One of them bilamana Rehan hantar mesej kepada Kiran melalui surat dengan gambar kucing karakter Along tu. Oh my, Along, Along... Nasiblah Rehan ni cuma imaginasi Gina, kalau tak rasa nak lepuk, nak cekik je dia. Huh.
Secara peribadi saya sudah semakin selesa dengan penulisan Gina. Smooth dan kemas. Rantaian trilogi yang menarik dan proper. And then gabungan teknik penulisan yang pelbagai, tapi kemas duduknya. Kali ni plot-twist menjadi, that's why I adore this much than Ngeri dan Mangsa. Dalam nota penulis di akhir buku, yes I'm one of the reader yang berjaya habiskan buku ni dalam sekali duduk selama 4 jam tanpa henti, dan terus tulis review ni! Pace yang selesa sangat, that's why. Cumanya sorry to say Gina, I'm still wondering about Kiran and Nazri. Hehe. Ada sambungan lagi ke ni? Please lah ada...
One more thing, rasanya saya ni selalu ada masalah dengan nama character Gina. Haha. Yang Bruce Lee tu satu hal, memang dah terbayang muka the real Bruce Lee as the father of Samuel Lee. Lagi satu nama John Doe. Patutlah nama John Doe ni sounds familiar di mata saya, rupanya John Doe ni one of famous graphic designer!
Congrats Gina a.k.a Malaysian Mary Higgins Clark ;)
Overall jalan cerita dlm tempo yg agak pantas dan smooth flow. Tak bosan. Cuma agak kekok di bbrp ayat. tp ianya x mengganggu dan mencacatkan jalan cerita. Aku puas hati sgt sbb Rehan akhirnya tumbang. Dan aku agak terkilan bila babak Hema ditemui dlm hutan. Nsib baik akhirnya Hema dpt balas dendam kat Rehan. Cuma kisah Nazri tergantung. Mesti ada smbungan lg kan...esp Kiran yg akan menyambung legasi abg Longnya. Hmm...
4.5/5 bintang Complete.. Akhirnya yang diburu akibat obsesi berjaya ditangkap.. Walaupun maut memburu namun demi obsesi, semuanya diharungi.. Bermula dengan Ngeri, kemudian Mangsa dan akhirnya Obsesi.. Perjalanan yang panja g dalam mengejar Rehan.. Masing-masing ada obsesi yang tersendiri..
Untuk orang yang mengikuti perjalanan trilogi ini, pastinya nak lihat Rehan tertangkap. Tapi Rehan punya licik, memang buat rasa nak jumpa dan cekik dia.
Obsesi Hema terhadap Rehan dan obsesi Rehan terhadap idea untuk menambah koleksi rakaman telah digarap dengan baik. Sayangnya kisah Natalia-Nazwan-Nazri tergantung.
Jalan cerita yang smooth dan aku sangat-sangat adore cara penulisan Gina yang kemas dan teratur. Dan bab yang pendek membuatkan pembacaan aku laju dan tak bosan. Teknik epistolari yang diselitkan juga mampu buat novel ini bertambah menarik.
disebabkan detektif hema, rehan terpaksa menyorok. selagi rehan tak kena tangkap, selagi tu rasa tak puas hati dekat buku ni.
tapi tak sangka dalam diam2 dier menaruh dendam pada kawan baik sendiri. yang kawan baik dier percaya buta2 pulak. akhirnya kena main dengan rehan dan dibantu oleh adik dier.
akhirnya rehan mati juga dan kesinambungam gila rehan dilakukan oleh adik dier pulak. haihhh... rasa macam tak habis cerita ni.
buat penulis, siri trilogy ni memang best. kesinambungan yang terbaik, serta mengetengahkan konflik sebenar masyarakat.
cuma ada setengah ayat macam tergantung dan kurang faham apa yang nak disampaikn. mungkin terbiasa dengan bahasa cina atau inggeris. harap perbaiki lagi gaya bahasa melayu. but overall best 😘
I love this book but I'm hating it at the same time. I hate that this is the last book where I'm still curious of what's the fate of Nazman and Natalia's son life and is Rehan's brother, Kiran, will be the next psycho like Rehan.
Mohon sambungan please. Nak tengok jugak mcm mana Kiran meneruskan legasi Sitohang. Adakah sama mcm Rehan? Atau Kiran ada cara dia tersendiri. Plus, keadaan Nazri pun tak tahu ntah hidup ntah mati. Apa jadi pada hubungan Nazwan dan Natalia? Semoga penulis terus dihantui. Hihi
Penamat trilogi Ngeri. Akhirnya tewas juga si psiko(?). Trilogi ini memang hanya tumpu pada obsesi Rehan dan Hema. Kecewa bila tahu Nazwan dan Natalia masih belum bersama dan Nazri pula yang jadi mangsa. Rehan memang obses untuk menyelesaikan tugas. Bagus.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Synopsis: After resigning from the police force, Hema is still on the hunt of finding Rehan. She is convinced that he must have somehow made contact with his friends and family. And when Rehan's two best friends (Samuel and Joanne) are getting married, Hema believes Rehan will reveal himself for the wedding of the year. However, unexpected things occur when Samuel is a suspect in a few cases of murder during his honeymoon. [This is the third book of the trilogy]
Likes: -- None.
Dislikes: -- Not so keen with how the story ended. I disliked this book the most out of the trilogy. I'm just glad to have finished it eventually. The author needs to make more research if she plans to write more thrillers in the future. And for goodness sake, is there no editor/proofreader in Fixi? The book has many errors that make me flinch every time I see one.
Overall cerita neh best sebenarnya kalau kau sejenis yang suka tengok cerita ala ala CSI.. Kes pembunuh bersiri yang kreatif.. Cuma aku tak suka sebab banyak sangat bentuk emel, perbualan melalui mesej dalam buku neh.. Agak terganggu la sikit..
MANGSA
Dalam tiga siri ni, aku paling suka MANGSA.. Cerita dia laju.. Dan aku rasa pemilihan perkataan perkataan dalam cerita neh lagi cantik dari buku sebelum neh..
OBSESI
Aku rasa akan ada sambungan lagi.. Sebab cerita masih tergantung dan legasi Rehan akan disambung oleh....... Hahahhahahaha.. Baca sendiri.. Buku last neh ada salah ejaan dan ada salah nama watak..
Aku stress kalau baca buku yang sekejap guna kata ganti kamu, saya.. kejap aku, kau... Kejap I, You.. Padahal watak yang sama.. Benda simple tapi agak besar untuk aku..
Overall Aku puas hati dengan jalan cerita dia..Thanks a lot @ginayaplaiyoong !
Aku tak ingin go into details. Hanya sedikit sahaja perkara yang aku rasa lemah dalam naskah ni. Itupun sekejap sahaja. Sayang, penamatnya masih gantung.
Judul setiap naskah dalam trilogi ni sangat ngam dengan kisah setiap satunya. Juga watak utamanya berkembang sepadan dengan cerita hingga ke akhir. Istimewanya naskah ni kerana ia bawa MC di luar kebiasaan.
Dalam pada masih nampak ringan, naskah OBSESI ni padat dan tepat. Pandai penulis mainkan emosi dan logika pada kebetulan. Aku suka ☺️
Akhirnya jumpa Rehan. Punya geram sama Rehan terubat juga. Akhirnya boleh bernafas lega tinggal di Lipis tanpa dihantui bayang bayang Rehan. Hahaha. Pace cerita laju buat aku tak nak berhenti. sekarang aku malas fikir tentang Kiran dan Nazri aku anggap ni hanya tentang Rehan . Memikirkan tentang Kiran dan Nazri buat aku tertunggu lagi. Ouh suruh Nazri pindah markas di tempat lain Lipis sudah tidak sesuai sudah banyak pembangunan hahaha.