Hani dan Jo berkongsi persahabatan yang luar biasa. Ramai yang terlopong bila melihat mereka.
Detektif Hema masih obses dengan kes NGERI yang dianggapnya tidak selesai. Obsesinya memakan diri.
Gadis-gadis mula ghaib dari seluruh pelosok negara. Inspektor Rashid mengetuai pasukan OH (Orang Hilang) mencari. Suatu hari, anaknya juga turut lenyap...
Apakah kaitan semua kes hilang ini dengan sebuah rumah lodge terpencil di dalam hutan? Mungkinkah Jo yang bersalah? Atau mungkinkah mereka semua bakal menjadi MANGSA seorang pembunuh bersiri yang kejam?
Gina Yap Lai Yoong is an author of five published Malay novels - Eksperimen Cinta, Ngeri, Mangsa, Serangkai Hidup, and Obsesi - all of which are available in major bookstores in Malaysia and Google Play Store. Her bestsellers - Ngeri and Mangsa - have gone through multiple re-prints since its release. Her English debut - A Writer's Journey - was published in March 2016. Her latest published book is entitled Wak Linggi. She is currently working on two other manuscripts.
Occasionally, Gina would attend book fairs and literary events to meet up with fellow writers and readers. She enjoys discussing stories with her readers. She also enjoys sharing her writing journey with aspiring writers to help inspire them to start writing. Over the past few years, Gina has journeyed with some of the aspiring writers she met, encouraging and mentoring them to write the book they have always wanted to write. Her passion for writing is contagious.
In 2012, her writing journey was featured in an art installation entitled “Trails of Light” in conjunction with the Georgetown Festival in Penang. Gina was also one of the 10 selected young Malaysian writers who were sent to London for a writing expedition in 2013.
Though she is camera-shy, Gina has been featured on various breakfast shows on national TV where she has shared her writing journey and talked about novel writing. She was also one of the panellists at the Cooler Lumpur Festival 2013, a forum discussion entitled “New Malay Literature: e Changing Face of the Malay Author”.
Gina was recently elected the President of Malaysian Writers Society (2016 - 2018).
The novel arrived at 1245 (27 November 2012). Start : 1315 (27 November 2012) End : 1500 (27 November 2012)
Bila terbaca tweet yang MANGSA sudah boleh ditempah daripada Faizal Sulaiman, seawal jam 7 pagi (lebih kurang), aku dah tempah MANGSA dan dengan sabar menunggu di rumah.
Sebab kenapa beli MANGSA :
1. Sebab daripada FIXI (perlukan alasan lebih kukuh ke?) 2. Sebab tulisan Gina Yap Lai Yoong yang menulis NGERI, jadi MANGSA adalah wajib dibeli juga.
Ulasan :
1. Sesiapa yang beli MANGSA tanpa baca NGERI - akan terlepas sesuatu yang menyeronokkan walaupun akan tahu siapa pembunuh kedua dalam NGERI. Disarankan baca NGERI dahulu.
2. MANGSA membawa sorotan yang menarik. Sekurang-kurangnya dalam konteks rakyat Malaysia yang asyik dihidangkan dengan Gerak Khas (batuk) - kita akan jumpa polis yang berdedikasi dna tidaklah asyik pergi makan di kedai kopi setiap kali nak melakukan penyiasatan. Heh!
3. MANGSA dimulakan dengan Natalia dan Nazwan - walaupun mula2 kau akan keliru, apa kaitan mereka dengan mangsa yang hilang. Sehinggalah satu ketika - ada perkaitannya. Mestilah kena baca sendiri, mana boleh segalanya diberitahu.
4. Ada watak Hani, Iqbal (sekejap - kenapa nama watak macam Intern FIXI je?) dan Pak Hassim di satu kawasan di Kuala Lipis (Siti Nurhaliza punya kampung?) yang bakal membawa anda semua teruja apabila baca buku ni.
5. Pertanyaan : Takde adegan ganas macam dalam NGERI. Kenapa Gina? Kenapa? Tak dapat nak menyamar jadi konon Dr Reid dalam MANGSA walaupun ya, masih dapat merasakan keterujaan cerita.
6. Ada detektif yang bekerja dengan Inspektor Rashid bernama Detektif Minho (Ehem! Lee Minho aktor Korea ke) yang tangkas dan boleh dikatakan menyokong watak Inspektor Rashid dengan baik sekali.
7. Ada Detektif Hema yang masih menjejak pembunuh NGERI sebab dia terlampau obsesi (perkataan ini mengingatkan saya kepada sesuatu, heh!) dan alangkah menyedihkan apabila, eh, ada sambungan lagi tak selepas NGERI, MANGSA ini? (terus tukar topik)
8. Nama anak Inspektor Rashid adalah Rosmah (tepuk kuat) - Jadi kepada semua peminat nama ini di atas talian, beli buku ini cepat! Tahniah anda semua!
9. Persahabatan Hani dan Jo membuatkan aku seperti rasa nak menangis walaupun diakhiri dengan tragedi akibat kesilapan Detektif Hema yang rasanya perlu pergi ke kursus menembak untuk mencari sasaran yang tepat dan tidak kelam kabut, gelojoh sendiri. Macam Reid Criminal Minds sungguh.
10. Belilah naskah anda sendiri untuk pembacaan yang menerujakan.
11. Tiada aksi terlampau di dalam naskah ini - mengikut ukuran pembacaan saya yang merasakan tiada apa yang inzal pun pada trilogy 50 Shades of Grey (yang setiap satu naskah saya berikan 1/5 bintang) Fifty Shades of Grey, Fifty Shades Darker, Fifty Shades Freed - jadi MANGSA boleh dikatakan bersih dan sesuai untuk pembacaan segala peringkat umur.
Orang kata kena baca Ngeri dulu baru boleh selesa dengan Mangsa. Hmm, aku rasa tak perlu. Kalau sesiapa baca Mangsa dulu pun tak mengapa. Sebab kedua-duanya ada cerita berbeza cuma ya, akan tertanya-tanya kenapa dan mengapa si pembunuh itu suka berkelakuan sebegitu? Masalah mental kah?
Dimulakan dengan kisah Natalia dan Nazwan. Dua sahabat baik yang sudah melepasi garisan persahabatan tetapi berlagak seperti tiada apa-apa. Bila penat mengusung rasa tiada apa-apa itu, Natalia cuba menjauhkan diri daripada Nazwan. Ada rasa yang perlu dibereskan dengan caranya yang tersendiri dan di sini lah tragedi mangsa dibongkar satu per satu.
Aku suka bila tragedi dibawa nun di Kuala Lipis [dah dekat dengan rumah aku tu kih5]. Lari daripada kesibukan kota, memungkinkan kejadian itu benar-benar berlaku dan sekaligus meyakinkan aku pemangsa itu betul-betul wujud. Gerun aku bila membayangkan pemangsa yang sebegitu.
Dan aku juga suka bila kali ini kita tak dihidangkan dengan kisah polis Malaysia yang korup. Kewujudan Inspektor Rashid dan Detektif Minho yang begitu komited dengan tugas mencari mangsa hilang. Tak lupa Detektif Hema. Ha, para pembaca yang terlepas novel sebelumnya akan berasa sedikit terganggu sebab nak tahu kenapa Detektif Hema begitu obses mengejar Rehan. Sama seperti Rehan yang begitu obses mencari mangsa. Tapi, dalam masa yang sama bukankah mereka yang belum membeli Ngeri akan terus pergi beli. Wah! Strategi marketing tu.
Aku lebih suka novel ni daripada sebelumnya. Mungkin kerana aku sukakan watak Hani dan Jo. Kawan tak kenal siapa. Heh! Mungkin. Cuma sayangnya bila saja lihat kelibat Rehan, aku sudah dapat meneka pengakhirannya. Jadi rasanya lebih elok ada penamat yang lebih bagus untuk Rehan. Sudah dua kali, mudah pula dia terlepas. Sungguh tak aci kih5 ;P
Ps: Nama anak Inspektor Rashid buat aku tersengih sendiri. Bukan kelakar tapi entah... *wink*
Saya berpandangan bahawa Mangsa merupakan sebuah novel yang lebih baik daripada Ngeri. Mangsa juga merupakan sambungan kepada novel Ngeri. Kelemahan-kelemahan yang saya nyatakan di dalam ulasan ke atas novel Ngeri telah berjaya diatasi dengan baik oleh penulisnya, Gina Yap Lai Yoong. Plot dan jalan ceritanya nampak lebih teratur, kemas dan teliti. Malahan, konsep utama ceritanya juga menarik. Ini pertama kali saya membaca sebuah novel yang bergenre crime-thriller yang turut menampilkan ular sawa sebagai sebahagian wataknya! Sesuatu yang kreatif dan lain daripada yang lain, saya fikir. Menariknya, penulis turut menggunakan dua gaya penceritaan pada masa yang sama. Gaya penceritaan orang pertama dan ketiga digunakan. Gaya penceritaan pertama, walau bagaimanapun, hanya dikhususkan untuk watak Natalia sahaja. Yang lain, menggunakan gaya penceritaan yang kedua. Jika anda masih belum membaca Ngeri, anda masih lagi boleh membaca Mangsa secara stand alone. Walaupun saling berkait, fokus utama cerita agak berlainan antara satu sama lain, dengan majoriti watak di dalam Mangsa yang sebelumnya tidak wujud di dalam Ngeri. Namun demikian, jika anda mahukan pemahaman yang lebih mantap, anda boleh membaca Ngeri terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi jika anda mahu mengetahui sejarah antara Detektif Hema dan Rehan. Agak mengecewakan juga kerana penamat jalan cerita Mangsa tidak muktamad dan konklusif, lebih-lebih lagi yang melibatkan Hema dan Rehan. Adakah konflik antara kedua-dua watak ini akan diselesaikan di dalam sambungan novel yang seterusnya? Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Aku akan tengok goodreads dulu kalau nak beli buku atau sewaktu dengannya. Sebab aku agak cerewet nak beli buku. Takut aku dapat dosa mencarut sorang-sorang kat dalam bilik sebab ketidakpuasaan hati dengan buku yang dipegang. Wah! Heeee... (Okey itu iklan...)
Mangsa adalah karya dari seorang penulis yang bukan berbangsa melayu tapi cara penulisannya memang boleh dibanggakan... kekadang penulis bangsa melayu ni pun, karya mereka buat sakit kepala bila baca. hakaka... maaf!
Aku takde baca ngeri, sebab mangsa ni adalah sambungan dari buku ngeri. Tapi aku rasa buku ni memang mampu untuk berdiri sendiri. Mungkin ada beberapa watak yang dibawa dari buku Ngeri, itu yang menyebabkan penulis kata ini adalah sambungannya. Takut orang tersesat tertanya-tanya watak Rehan dan detektif Hema tu dari ngeri atau tak. Mungkin kut? Maknanya aku kena baca jugalah Ngeri lepas ni... :) beberapa watak di dalam buku ni mampu memberikan impak kepada pembaca. Suka! So, ambil yang baik buang yang buruk.
Tapi kalau penulis buat lama sikit siapa dalang penangkapan Rosmah, Natalia dan lain-lain, dan buat terus pembaca tertanya-tanya mesti boleh dapat fireworks dan bintang-bintang macam di langit. Kan masih tahun baru hehe...
Jadi pendek kata, buku ni menceriakan pembacaan aku di awal tahun. Sekian! huuu...
suspen juga cerita ini,menarik untuk dijadikan filem atau drama.Terbayang-bayang betapa ngerinya berhadapan dengan ular sawa lebih-lebih lagi dijadikan sebagai korban.Kisah Rehan yang menjadi obsess dengan merakam aktviti pembunuhan kejam macam tidak berakhir disitu.Dektektif Hema apa jadi kepada dia lagi selepas ini(sekiranya ada sambunglah kan)
Seperti biasa Gina sangat mahir mencuri tumpuan pembaca untuk kekal berada di trek pembacaan sehingga ke akhirnya. Sebetulnya aku mampu menghabiskan Mangsa sebagaimana aku menghabiskan Ngeri, iaitu selama beberapa jam berturut, namun kekangan masa aku yang terlibat sebagai ahli misi kemanusiaan ketika itu membataskan pembacaan. Namun minda aku bertindak cemerlang dalam memainkan semula babak-babak sebelumnya.
Plot cerita boleh tahan. Cuma bagi aku, Mangsa masih belum begitu thrill kerana begitu cepat sekali mendedahkan siapa pelakunya. Malah begitu mudah sekali untuk meneka siapa pelakunya. Ini sangat tidak memuaskan pembaca yang meminati genre misteri dan thriller seperti ini. Kesimpulannya aku lebih suka Ngeri. Lebih confusing dan ada sedikit plot-twisted biarpun tidak begitu ngeri sengeri namanya.
Ada beberapa perkara yang aku rasa "LOL" dalam Mangsa. First, nama si ular sawa Jo. Mati-mati aku ingat Jo yang dimaksudkan ialah Jo daripada cerita Ngeri, since watak Rehan masih wujud dalam ni. I guess the author seem to have liking the name haha. Sekali tengok, hmm ular rupanya hmm. Tengok Obsesi nanti macam mana pula, lol. Second, penggunaan nama anak Inspektor Rashid; Rosmah. Haha, sesiapa yang dah baca kalau perasan ada satu part yang mana Hani tak puas hati dengan Rosmah kerana dianggap tidak menepati janji. Baris-baris ayat dalam part tu semacam sangat dekat dengan "First Lady of Malaysia" tu. Hehe.
Overall menarik sangat. Gina, you're very talented in this genre, so please keep writing and write more. I'm waiting for my turn to read Obsesi. I hope it turn out well for the ending of Rehan's breathless chase.
Sebelum membaca novel ini, sila dapatkan NGERI terlebih dahulu....
Pada mulanya, ku sangkakan apa kaitan novel ini dgn Ngeri, almaklumlah cover depannya tertera "Sambungan kpd Novel Bestseller Ngeri"...rupa2nya bila masuk sahaja Bab 24, baru aku sedar perkaitan dengan novel Ngeri... fuhhhhh bayangkan Bab2 terawal tu terlalu banyak sangat plot yang meleret2...kali ini tiada lagi email @ perbualan telefon, hanya ada chating melalui FB..itupun tak banyak...
Novel yang berkisar mengenai kes orang hilang tatkala bermalam di sebuah Homestay di pinggir hutan...Natalia yang membawa diri ke sana setelah merajuk dengan Nazwan, manakala Rosmah anak kepada Inspektor Rashid yang hilang telah membawa watak2 utama ke Kampung Terenggun, Pahang...di sana mereka (Inspektor Rashid, Detektif Minho & Nazwan) di perkenalkan dengan Hani & JO (seekor ular sawa)...bermula lah detik2 yang mendebarkan di kampung tersebut...
Ya!!! memang mendebarkan bila baca 10 bab terakhir tu, terasa seperti menonton cerita Anaconda pn ada...cuma si Rehan tu masih lg terlepas, adakah penulis cuba untuk membuat watak Rehan muncul lagi dalam novel ketiganya...hmmmmm
Rasanya penulis patut juga menceritakan serba sedikit ringkasan mengenai Rehan, Joanne & Samuel selepas mereka ke Hollywood...apa yang terjadi pada mereka...
Begini, ajak kawan kau yang cemburukan rak-rak kau yang penuh buku (misalnya) untuk membeli buku di bawah label Fixi dan katakan: "Bhai, genre diorang tak leleh macam novel yang dibaca mak nenek makcik dan malaon jiwang karat. Aku hadiahkan kau kesemua buku Fixi aku ada kat kau tapi kau kena teruskan legasi pembelian buku label ni sampai bila-bila, amacam?"
Dan begitulah ceritanya Mangsa telah dibaca secara percuma selepas mendengar reviu kawan kau yang sangat teruja dengan pelaburan duit yang tak sia-sia (baginya).
Firstly when I'm reading this book, I wonder kenapa muka depan dia gambar rangka ular. Then, after read the whole story, I got it. Mangsa adalah kesinambungan dengan cerita Ngeri. So, memang dimestikan membaca Ngeri dahulu sebelum Mangsa.
Dahulu pembunuh yang bernama Rehan masih bebas dan tidak ditangkap oleh polis. Pembunuh itu kembali dalam cerita Mangsa and of course bertambah ngeri jalan ceritanya. Kes kehilangan ramai gadis membuatkan polis berusaha mengkaji kes tersebut dengan bersungguh-sungguh walaupun akhirnya menemui jalan buntu. Kehilangan Natalia juga telah memaksa Nazwan untuk melaporkan kepada pihak polis untuk siasatan. Secara tidak sengaja, Detektif Minho menemui Natalia di sebuah kawasan homestay di Pahang ketika detektif itu menjalankan siasatan kehilangan gadis lain. Rupa-rupanya pemilik homestay itu dan anaknya telah berkomplot dengan Rehan yang masih membuat filem yang bagi dia adalah hebat jika ada adegan yang mengorbankan nyawa orang lain tanpa belas kasihan ! Bagi aku, itu idea yang ntah pape. Takda perikemanusiaan ke ape. Kali ni, Rehan buat filem dengan merakamkan adegan mangsa-mangsa yang ketakutan dikurung di dalam sebuah bilik arena bersama seekor ular sawa yang besar. Kesudahan filemnya, mangsa akan dimakan oleh ular yang kelaparan tersebut ! Fuhh, Gina Yap memang pandai mengolah cerita. Salute lagi buat kali kedua.
Setelah rahsia terbongkar, Encik Hassim ditangkap manakala anaknya, Iqbal, telah terkorban dimakan oleh ular sawa tersebut. Thank God, Natalia selamat ! Penyesalan tiada guna akibat berkomplot dengan si pembunuh gila, Rehan. And one more time, Rehan terlepas lagi. Urggghh ! But I wonder what happen to Natalia and Nazwan. They're so sweet together. Hewhew. Kahwin jela !
Hamba menyukai Mangsa secara keseluruhannya. Perjalanan cerita mungkin agak perlahan di permulaan tetapi persoalan dan hubungkait antara watak-watak serta peristiwa menjadikan buku ini mengujakan untuk dihabis-baca dengan cepat (abaikan kelewatan ‘tidak sengaja’ hamba – sibuk kononnya). Sepuluh bab terakhir (25-35) adalah momen yang paling hamba gemari kerana di sini setiap persoalan terjawab dengan lebih jelas.
Jika adapun sesuatu yang hamba kurang berpuas hati tentang buku ini kecuali perkara-perkara kecil dan beberapa isu yang hamba tidak ingin fikirkan ialah Mangsa sebenarnya bukan sambungan Ngeri. Ia cuma kesinambungan sedikit dari buku itu dan ‘kesinambungan’ itu pun cuma muncul di babak-babak akhir sebagai satu kejutan dalam twist cerita. Jadi, tidak ada masalah besar untuk sesiapa yang belum membaca Ngeri untuk membaca Mangsa terlebih dahulu.
Namun, jika hendak dibandingkan dengan buku sebelumnya (Ngeri), hamba tidak akan teragak untuk mengatakan Mangsa lebih baik. Penulisan yang lebih baik. Plot dan jalan cerita yang lebih menarik. Malah situasi ceritanya juga lebih mengerikan (mungkin kerana hamba gerun pada ular – kata-kata dari orang yang lahir tahun ular :p). Dan, kerana hamba memberi 3 bintang untuk Ngeri maka hamba merasakan hamba perlu memberi lebih bintang untuk Mangsa atas sebab-sebab yang hamba nyatakan. :)
Tentang ending pula, seperti biasa, jangan berharap untuk sebuah kesimpulan atau penamat konkrit untuk buku bergenre seperti ini. Tetapi hamba fikir cara sesorang penulis memancung ending, jika berjaya, boleh menjadikan bukunya cukup seadanya untuk memuaskan hati pembaca. Kan? :)
Tetapi masih, hamba mengharap pengakhiran yang berbeza untuk kisah Nazwan dan Natalia.
Penulis membawa daku menyelusuri babak demi babak dengan perasaan yang cukup mengujakan dalam MANGSA ini.
Ini buku pertama dari Gina Yap yang daku baca. Tak baca NGERI sebab takut. Tengok cover macam NGERI dah.(Penakut banyak ni)
Namun, tika membaca MANGSA, daku cuba kosongkan minda sebab tak nak fikir atau terbayang pasal ular. Daku fobia dan takut dengan ular sebenarnya!
Penulis juga pandai bermain dengan unsur suspens, ngeri pn ada jugak sikit dan daku sering tertanya- tanya mengapa dan kenapa?
Mengapa Pak Hassim bertindak sedemikian rupa? Mengapa ini jalan yang dipilih?
Mengapa Rehan begitu? Apa yang menyebabkan Rehan jadi begitu? Adakah jawapannya ada dalam novel NGERI?
Mengapa Natalia masih lagi berkira- kira untuk menerima Nazwan sebagai pasangan hidup walaupun sudah lama berkawan? Ah, jawapannya sudah ada dalam novel ini.
Mengapa Hani terlalu taksub persahabatannya dengan Jo?
Mengapa kejam sangat?
Kenapa Rehan terlepas?
Kenapa endingnya macam tu? Ah, ini mesti sebab ada lagi sambungan lepas ini ya?
Komen, walaupun daku baca tanpa menghayati sedalam- dalamnya sebab takut terbayangkan ular, tapi tetap, MANGSA sangat terbaik. Dari segi plot, jalan cerita, watak, tolak ending je yang kurang sikit. Semuanya okey.
Daku cukup teruja untuk mengetahui apa yang akan terjadi dalam babak seterusnya.
Membaca MANGSA membuat aku senyum sendiri tatkala nama beberapa watak di dalam novel ini muncul. Hani dan Iqbal contohnya, kerana mereka berdua merupakan rakan se-FIXI. Jadinya setiap kali dua watak ini muncul, aku tidak boleh tidak daripada membayangkan mereka berdua. Watak Rosmah pula mengingatkan aku tentang you-know-who.
Apa-apapun, MANGSA merupakan sambungan kepada NGERI walaupun pada amnya kedua-dua novel ini boleh dibaca secara berasingan kerana MANGSA secara teknikalnya adalah sebuah stand-alone sequel kepada NGERI.
Plotnya disusun kemas, teratur dan masih lagi mengekalkan stail dan naratif yang serupa seperti NGERI. Namun jujurnya pada hemat aku, aspek perincian watak yang aku kira agak lemah masih lagi ketara dalam MANGSA. Aku ambil contoh watak Inspektor Rashid yang mengepalai Pasukan Orang Hilang (POH) yang separuh cerita akhirnya terheret sama turut harus ke Kampung Terenggun kerana mahu menjejaki anaknya (Rosmah) yang hilang. Bayangkan, anaknya hilang, namun aku tidak langsung dapat merasai resah, sengsara, panik dan juga keterdesakan yang semestinya timbul (sebagai seorang manusia biasa, seorang ayah yang kehilangan satu-satunya anak kesayangan) tatkala dia sampai ke kampung itu untuk menyiasat kehilangan anaknya. Sebaliknya, dia masih lagi tenang dan seperti kehilangan anaknya itu langsung tiada apa-apa impak terhadap peribadi dan perwatakannya. Itu aku kira agak menghampakan. Namun, aku juga terfikir mungkin sekali Inspektor Rashid itu memang berperwatakan sebegitu kerana let's face it, dia seorang inspektor polis pula. Mana mungkin akan mencampur-adukkan emosi dan perasaannya ketika sedang bertugas? Ya, mungkin juga.
Begitu juga dengan Detektif Hema yang masih lagi meneruskan semangat beliau untuk menyudahkan kes NGERI yang masih lagi tertunggak ternyata seperti sekadar watak tempelan yang aku tidak dapat rasa keterdesakan dan kebersunguhannya untuk menjejaki pembunuh yang terlepas dari kes NGERI tersebut.
Tetapi aku benar-benar suka akan kemistri yang wujud antara dua watak lain iaitu Natalia dan Nazwan. Introduksi di awalan naskah ditulis dengan cemerlang sekali, dan penulis berjaya mengetengahkan isu-isu penting di tempat kerja seperti etika kerja, gangguan seksual di tempat kerja dan juga tatacara berkomunikasi dengan pihak atasan. Suatu hal yang aku kira ramai pembaca FIXI (sebab aku kira kebanyakan mereka masih belum habis belajar di universiti, kolej, poli atau sekolah?) patut tahu. Namun begitu, konsistensi dinamis dua watak itu mulai longgar dan menyurut apabila konflik benci-tapi-cinta yang berulang-ulang timbul di antara mereka yang membuatkan Natalia untuk melenyapkan diri, membawa diri ke Kampung Terenggun dan sekaligus memaksa Nazwan untuk menjejaki Natalia.
Abaikan perincian watak-watak dalam naskah ini yang pada pendapat aku agak underdeveloped dan tumpukan fokus pada ceritanya sahaja. MANGSA ternyata suatu naskah bacaan yang pantas, mudah dan berpotensi untuk menjadi lebih baik jika lebih banyak tumpuan diberikan kepada aspek 'mencerita' dan bukan sekadar 'memberitahu'.
Apa-apapun, klimaksnya menerujakan dan seperti NGERI, peyudahnya juga sesuatu yang tidak akan disangka-sangka; tatkala semua watak-watak yang diperkenalkan sedari awal akhirnya disatukan di lodge di tengah-tengah hutan, masing-masing dengan objektif dan motif tersendiri yang akan membuat pembaca tertanya-tanya dan tidak sabar mahu lekas habiskan baca untuk mengetahui siapa MANGSA dan siapa yang menjadi peMANGSA yang sebenarnya.
Syabas buat Gina! Satu lagi naskah FIXI yang tidak jemu untuk diulangbaca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Well done, Gina! What a leap of improvement in terms style of writing from previous novel, Ngeri. The author outdid herself this time, and I hope the last installment of the trilogy, Obsesi will make me feel the same way too. What the author is lacking now is her capabilities to instill emotions inside the readers' hearts. As in the end of the day, I want to feel attached to the characters involved, and I love to actually care for their developments and fates.
Synopsis: Nazwan and Natalia are BFFs and maybe more than that. Yet, they both deny to themselves that they might be in love with each other. After quarelling over a misunderstanding, Natalia decides to go off on her own, and Nazwan is left to find that his BFF might be missing. The chief of the Missing Persons Unit, Inspector Rashid, is appalled that his daughter, Rosmah, is missing too. Meanwhile, in a secluded village, there lies a unique friendship between Hani and her pet snake, Jo, who have brought the attraction of tourists to her family's homestay. [This is the second book of the trilogy]
Likes: -- I didn't really expect the climatic ending part. That was good. And that was all that I liked about the story.
Dislikes: -- I dislike snakes. So, I always felt squirmish whenever snakes were mentioned in the story. In my opinion, the story was not really well-written. I would say, the first book was better than this.
Penceritaan yang baik. Suka tentang Hani & Jo *walaupun aku geli dengan ular sebenarnya* Simpati dengan Inspektor Rashid. Geram dengan obsesi Rehan. Terlepas lagi. Pasti Detektif Hema akan panas punggung lagi. Natalia & Nazwan pula tak habis main tarik tali... susah juga kan nak pupuk perasaaan & tukar status BFF kepada kekasih?*apakah akan ada sambungannya selepas ini?* Tahniah Gina!
Selepas 3 hari baca Mangsa, pukul 2 pagi semalam aku khatam buku ni. Phew. Bab-bab akhir novel ni buat aku meremang. Serius. Aku takut ular dan memang leh bayang apa yang mangsa-mangsa ni rasa. Aku bagi 5 bintang sebab novel ni memang best. Tak ada satu babak yang mengecewakan. Aku suka scene semua berkumpul dekat homestay tu. Memang itu klimaks yang power. :)
By the way penulis, Nak lagi novel camnie! Rehan masih terlepaskan? Please! Please! :)
So lovely for Hani..so geli fo mak ular sawa yg 30 kaki..so stress dgn rehan...so sad for Isp.Rashid.. rosmah..so kagum dengan keberanian Natalia pasal masalah dipejabat..that good gurl.. for me buku ni berjaya dalam bentul thriller ..walaupun yang membunuh adalh seekor ular...but so good. TAHNIAH PENULIS GINA YAP LAI YOONG... u do good job
Mangsa ialah sambungan kepada Ngeri. Guwa berpendapat yang Ngeri ada sambungan -- Mangsa sebab Rehan belum ditangkap. Dalam Mangsa pun Rehan masih belum ditangkap. Jadi, mungkinkah ada sambungan lagi selepas Mangsa?
Thank you Gina for highlighting sexual harassment problems at the workplace. I like the part when Natalia slapped her boss. In real life, it takes a lot of courage to do that.
this is my one day reading challenge. seriously love it gina. every single details in the story and scene bleh buat diri ada dkt situ. nice one! gonna read the other series made by her.
Habis dalam masa 1 hari. Kalau mau diberi ranking, aku paling suka Mangsa.
Aku baca Ngeri dulu. Lepas tu dah invested dengan character Joanne & Samuel, maka aku sambung dengan Obsesi dulu. Baru Mangsa. Tapi betulla ada sesetengah review kata, out of 3, Mangsa paling best.
Terasa plotnya baik, character developmentnya baik, sesuai selera. Maka kita bagi 5.
Permulaan cerita yang agak perlahan. Masuk bab 16 kot baru bacaan menjadi laju tapi identiti suspek pembaca dapat agak juga 😪 Watak Hani dan Jo macam tak ada fungsi sangat tapi mungkin untuk menggaburi identiti suspek.
thanks si bubu hadiahkan buku ni. Ngeri satu naskah karya Gina yang aku suka untuk berikan 5 bintang. itu menyebabkan keterujaan wujud saat mengetahui kewujudan mangsa. siri siri pembunuhan dalam ngeri menarik dan mampu menghalang dari pembacaan henti sehingga hujung cerita. namun, mangsa adalah satu naskah yang lebih tenang dari Gina. disebabkan ini novel sambungan ngeri aku cuba nak kaitkan apa hubungan nazwan dan natalia dengan ngeri. sehingga ke bab 20 ke atas baru jumpa jawapannya. kesinambungan antara ngeri dan mangsa hanyalah rehan dan kegilaannya. tak banyak unsur kejutan dan plot cerita disusun kemas. permulaan cerita agak perlahan dengan kisah natalia dan nazwan. untuk mereka yang teruja untuk membayangkan siri pembunuhan yang kejam sama seperti ngeri pasti akan rasa sedikit kecewa.
tarikan utama bagi cerita ini bukanlah pada pembunuhan yang dilakukan tetapi kepada penyiasatan orang hilang. penyiasatan yang dilakukan membuatkan aku terus membaca untuk mendapatkan jawapan teka teki yang dibentang penulis dan bukan kerana keseronokan terhadap aksi pembunuhan. saat membaca tentang kaki rosmah yang digigit tikus aku bayangkan akan ada lagi adegan adegan yang lebih menarik dari itu. namun hampa sehinggalah bab bab akhir cerita saat boa menelan iqbal dan menyerang natalia. keseluruhan cerita masih lagi menarik Gina memang bijak menggarap cerita sebagai seorang berbangsa Cina menulis tentang kehidupan masyarakat melayu memang wajar diberi pujian. siap menyelitkan loghat pahang lagi.
aku belajar di lipis nama seperti kampung batu sembilan, terenggun, tak asing lagi buat bayangan tentang bandar terminal bas perjalanan dari kl ke lipis lebih real. cuma nak tahu nak ke kampung terenggun tu jetinya di mana. mana tahu boleh memburu rehan pula. dan mungkin... perlu lebih berhati hati kerana rehan berada berhampiran he3
Mula-mula beli buku ni memang tak sangka ni sambungan dari buku Ngeri. Buku ni hadiah dari orang tersayang berserta set buku Harry Potter, since orang tersayang cakap, barulah balance my reading, ada Malay ada English.
Hati tergerak nak baca Mangsa dulu dari buku lain, bila tengok penulisnyam, Gina Yap Lai Yoong, one of my favorite authors. She's chinese, but still can produced a book in Malay. Dah la bahasa yang digunakan simple dan santai. memang tak pening kepala hotak bila baca buku beliau. Mangsa tak se-ngeri buku Ngeri, pembunuhan kali ni tak sekejam macam Ngeri, pembunuhan dalam Mangsa lebih nampak macam korban nyawa, tapi bukan untuk pemujaan, untuk entertainment Rehan sendiri. Kali ni watak lain dimuatkan dalam Mangsa, Natalia dan Nazwan. Friend With Benefit. Penulis ketengahkan relationship mcm dekat luarnegara. Mungkin relation FWB ni wujud dekat Malaysia. Sebelum ni kita disuapkan dengan relation skandal je. ni agak baru dalam dunia penulisan. Suka sangat! :3
Lastly, ending Mangsa agak happy ending, since Natalia dan Nazwan hidup dan bersama. While for Rehan, stil terlepas.
I'm looking forward for new book. :3 Miss Gina ada bagi hint, but let us wonder in what happen next!
Another cool novel by Gina. Buku ini mengisahkan tentang kes hilang yang berlaku di Malaysia dan semua kes hilang tersebut melibatkan kaum hawa. Walaupun buku ni sekuel kepada Ngeri tapi tak banyak babak yang meceritakan tentang watak dalam novel Ngeri.
Novel ni dimulakan dengan watak Natalia dan Nazwan yang berstatus friends with benefit, watak Hani yang menjadi sahabat baik kepada ular sawa serta ayahnya Pak Hashim dan abangnya Iqbal, dan watak Inspektor Rashid dan anaknya Rosmah
Spoiler Novel ni kalau buat filem memang best sebab ular yang sepanjang 30 kaki tu boleh tengok LIVE,memang gerun. Dah macam ala-ala Anaconda tapi lagi menarik sebab ular ni dijaga dan diberi makan manusia oleh manusia sendiri. Rehan yang obses dengan merakam video Ngeri meneruskan aktiviti tersebut walaupun berseorangan. Bagi aku, Ngeri lagi ngeri untuk dibaca berbanding Mangsa sebab dalam novel ni tak ada pembunuh melainkan ibu Jo iaitu ular tersebut. Ending untuk Mangsa ni macam tergantung sebab Detektif Hema masih belum berjaya menangkap Rehan. Mungkin ada lagi sambungan?
Kali ini penulis menggunakan seekor ular besar saiz anaconda (I guess) sebagai watak utamanya. Okay, saya mengaku saya tidak khusyuk sangat membaca Mangsa dan sepanjang pembacaan hati saya tidak tenteram kerana saya seorang yang tergolong dalam Ophidiophobia (fobia dengan ular). Apa jenis ular, kecik ke, besar ke, kat dalam gambar ke, bayangan ke, apatah lagi yang real memang saya fobia. Even hanya tengok kat televisyen atau gambar pun saya boleh jatuh demam dan pengsan terus. So, theres a part yang saya skip. Terus tak baca even one word pun kalau babak tu ada Jo dan Boa. Jadi pembacaan tu agak kuranglah nak menghayatinya. Jadi, untuk Mangsa saya bagi 3 bintang (Insert fireworks). Cuma yang pasti, saya tak kan ulang baca lagi (fobia punya pasal). Uhuhuhuhu…