Jump to ratings and reviews
Rate this book

Trivia

Rate this book
Raisa, penulis dan pengembara memilih Rom sebagai tempat hibernasi. Akan tetapi dia diganggu oleh kehadiran Si Cantik Remedios dari Macondo yang muncul menerusi jendela kamar penginapannya. Kehadiran gadis aneh itu bersama-sama para tetamu lain; Hamida dan Abbad dari Lorong Midaq serta Santiago dari Teluk Mexico. Dan mereka ini datang daripada masa silam.

Safar, terbang ke Rom menjejaki Raisa. Bertemu sahabatnya, Ka dari Istanbul, yang menemukannya dengan Guru Sains, Tatamanu dari Ogonshoto, seorang yang radikal dan mempunyai misi tersendiri untuk menggulingkan presiden. Dan lelaki ini datang dari masa depan.

Apabila masa kini bertembung dengan masa silam dan masa depan, ia melahirkan sebuah cerita baharu.

262 pages, Paperback

First published January 1, 2015

Loading...
Loading...

About the author

Ruhaini Matdarin

37 books37 followers
Dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik, suka melancong dan membaca. Pada tahun 2006 menang tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 menang Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara dan pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. Manakala Waris Pejuang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 juga di tempat kedua.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (28%)
4 stars
6 (42%)
3 stars
4 (28%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Hani.
Author 4 books24 followers
August 16, 2015
Garapan Ruhaini untuk buku ini membawa sedikit kelainan daripada kesemua karyanya sebelum ini. Menerusinya, Ruhaini cuba menggabungkan kisah dan watak dari beberapa novel besar dunia juga tempatan. Novel ini seperti novel Snow (Orhan Pamuk), The Old Man & The Sea (Ernest Hemingway), One Hundred Years of Solitude (Gabriel Garcia Marquez), Anna Karenina (Leo Tolstoy), Midaq Alley (Naguib Mahfouz), Penyeberang Sempadan (Anwar Ridwan) dan Naratif Ogonshoto (Anwar Ridwan). Watak-watak dalam novel-novel ini wujud sebagai watak yang kadangkala menentang watak perwatakan dalam novel asalnya mahupun bertindak sedikit agresif seperti Mantan Guru Sains Tatamu yang nekad memotong sebatang lagi jarinya di Rom kerana cintanya kepada seorang pemain piano.

Percubaan yang menarik yang cuba dibawa oleh Ruhaini menerusi novel ini.
Profile Image for Izuan.
80 reviews7 followers
March 2, 2022
Aku suka dengan cerita yang dipaparkan dalam novel ini. Sebuah kisah cinta yang mempertemukan masa lampau, masa sekarang dan masa depan. Walaupun cerita utamanya adalah berdasarkan cerita cinta antara 2 watak Safar dan Raisa, ia juga diselitkan dengan elemen-elemen sajarah eropah yang berpusat di Rom dan juga diselitkan dengan watak-watak dari novel penulis terkemuka- One Hundred Years of Solitude, Snow, Naratif Ogonshoto, Midaq Alley, Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk.
342 reviews15 followers
February 23, 2024
Penceritaan yang berbeza ibarat novel dalam novel. Saranan mesra penulis mencadangkan novel-novel yang menjadi watak juga dibaca untuk lebih faham.

Saya sempat membaca Naratif Ogonshoto lalu kenal dengan Toi yang suka bertaruh potong jari dan sudah membaca Snow lalu kenal dengan Ka, wartawan kes jenayah. Saya kenal dengan Santiago, the Old Man and the Sea.

Watak utama, Raisa dan Safar saling cari-mencari dalam novel ini. Safar yang menahan sabar. Raisa yang belum yakin. Namun, seperti kata pepatah jauh di mata dekat di hati.

Disebabkan saya membaca Naratif Ogonshoto, saya dapat memahami pengakhiran cerita.

Latar terowong masa.
Profile Image for Nona.
100 reviews
January 17, 2022
Q U O T E


"Cuma, jika disuruh memilih untuk bergaduh demi seorang wanita dan membuat rancangan menjatuhkan penguasa untuk menyelamatkan hak masyarakat, saya fikir saudara akan kelihatan lebih bermaruah bergaduh dengan penguasa demi masyarakat."
Profile Image for Ema.
1,139 reviews
June 3, 2016
Ini kali kedua baca buku Ruhaini. Yang pertama, koleksi cerpen. Apa yang aku suka ia padat dan kelakar. Sinikal tapi tak berlebihan. Cuma ada beberapa tempat yang berulang.

Tapi novel ni cuma dapat saguhati dalam sayembara. Tak patut
Displaying 1 - 5 of 5 reviews