Jump to ratings and reviews

Sayap Hati Kita

Spin Off : Pelangi Buat Riyana

Nawwal Sofea tidak pernah percaya pada kebetulan. Baginya, hidup ini tentang pilihan. Dan dia memilih diri sendiri, kerjaya dan juga ketenangan. Cinta? Mungkin tidak perlu

Ayden Zaqwan pula tidak pernal merancang untuk jatuh hati. Namun, satu pertemuan singkat antaranya dan Sofea cukup untuk menjentik rasa bahagia dalam hatinya

"Jom saya hantar awak pergi kerja."- Ayden Zaqwan
"Merempit? Naik 125zr? Awak biar betul?" - Nawwal Sofea

Bagi Sofea, Ayden hanya kenalan biasa yang cuma sepupu kepada suami adik angkatnya.

Bagi Ayden, Sofea adalah doanya yang tidak pernah berubah,

Apabila satu berita dalam talian menyatakan Sofea sedang mencari calon suami, Ayden memilih untuk meminang pujaan hatinya walaupun perasaannya langsung tidak pernah berbalas.

Ayden Zaqwan si tentera udara yang hidup sederhana, dan Nawwa) Sofea usahawan berjaya produk kecantikan.

Mampukah Ayden menambat hati sterinya? Dan adakah Sofea dapat menyempurnakan sepasang sayap hati milik suaminya?

422 pages, Paperback

Published June 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Findaemira

2 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (14%)
4 stars
4 (57%)
3 stars
2 (28%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,356 reviews253 followers
July 10, 2026
3.5 stars

Kalau Pelangi Buat Riyana buat readers geram dan marah dengan apa yang terjadi kepada Riyana, Sayap Hati Kita pula hadir dengan kisah yang lebih santai dan mampu buat F tersenyum melihat gelagat Ayden.

Novel ini mengisahkan perjalanan Ayden dan Sofea... daripada pertemuan pertama sehinggalah ke jinjang pelamin.

Sofea ialah seorang wanita yang independent dan berusia 32 tahun. Dalam masa yang sama, ibunya mula risau apabila Sofea masih belum bertemu jodoh. Ayden pulak, cousin Riyaz, yang fall in love pada Sofea at first sight. Siapa sangka, takdir menemukan mereka sekali lagi.

Macam ada bau² jodoh, setiap kali Sofea berdepan masalah, Ayden sentiasa ada untuk membantu. Ayden pernah meluahkan perasaannya tetapi Sofea reject. Namun, selepas lama berkawan, perlahan² timbul perasaan yang tidak dijangka dalam hati Sofea.

Bila Ayden melamar buat kali kedua, akhirnya Sofea menerima.

Yes, this book has almost no major conflict. It's a stress-free story yang takkan buat uols rasa tertekan atau emotionally drained ketika membaca. Konflik yang ada pun lebih tertumpu kepada keluarga sebelah bapa Sofea yang masih tidak puas hati tentang harta pusaka walaupun wasiat tersebut sah di sisi undang².

For me, it was an okay read but it didn't have that wow factor. Namun, F gembira dapat bertemu semula dengan Riyana dan Riyaz dalam karya ini. F juga suka melihat hubungan rapat antara Riyaz dan sepupunya, Ayden.

And one more thing that F really enjoyed keluarga Sofea. Mereka sangat friendly dan jauh daripada stereotaip keluarga kaya yang hanya memandang harta dan status.
Profile Image for Aira Zira.
238 reviews5 followers
August 14, 2026
Cerita yang ringan seperti kapas. Bawa kita berangan melayang ke awan. Comel tahap boleh buat kita angau. Manis dan comel tu bukan datang dari si dara tapi teruna yang beria! Haha😂
Geram rasa nak cubittttt🤌🏻

He fell first and he fell harder!
Ayden Zaqwan crush ke Nawwal Sofea.
Yang Sofea pula nak dijodohkan dengan abang askar. Konon itulah antara syarat yang dia bagi dekat maknya kalau nak carikan jodoh. Bila dah terhidang si Ayden depan mata dia reject je orang tu. Bukan sekali ye! Haha

Sikap Ayden yang sentiasa ada untuk Sofea tu mestilah buat kita senang hati kan? Kembang kempis pipi ni dengan keletah si Ayden. Sofea tu dalam periang dia pun ada rasa yang dia simpan sorang. Dah terbiasa berdikari buatkan dia kekok berharap pada Ayden. Tapi, rasa selesa. Gitulah~

Tak putus usaha si Ayden memikat si crush sorang. Perlahan-lahan bagi debar di hati Sofea. Pantang Sofea respon sikit pun member dah terbang melayang. Beria betul Ayden tapi comellll haha! Semakin selak semakin buat saya nak cubit mereka ni. Makin bersemut. Haa kang spoil pula🤓

Konflik kecil di antara keluarga Ayden. Kurang drama dan sedikit gila-gila dari watak yang sedia maklum memang gila seperti Riyaz dan Riyana. Saya gelak besar pasal nama-nama orang dah mati tu. Haha korang kena baca! Best! So fluffy dan cinta berterbangan ke udara tu terasa.
Profile Image for Cutie_pie28.
559 reviews12 followers
June 19, 2026
3.8 🌟

Sofea seorang usahawan yang terkenal dan berjaya.. masih solo sehingga buat kan Datin Sarah pening memikirkan status anak dia yang seorang nie..

Ayden seorang tentera.. cousin Riyaz.. masih solo.. dan dia jatuh suka pandang pertama pada Sofea..

Dari pertemuan pertama Ayden macam da angau.. sebelum tidur mesti tengok page Sofea.. sampai laaa hari pernikahan Riyaz baru dorang nie berjumpa dan bercakap..

Actually Sofea nie suka jee tapi dia cuba nak nafikan perasaan dia sebab motor yang Ayden bawak tu.. hahaha.. saya suka dengan chemistry dorang..

Da kahwin pulak, cerita lama tentang keluarga Ayden di ungkit balik bila Ayden bawak Sofea balik kampung..

Cerita ni sesuai untuk korang yang suka romance yang ringan tapi feel dia sampai.. cukup laa sampai baca pun asyik tersenyum sendiri..
Profile Image for Mini.
86 reviews1 follower
September 7, 2026
Rating 4/5 🌟

​Kisah bermula dengan Sofea, seorang usahawan berjaya dan independent woman tapi dipaksa ibunya untuk cari calon suami. Syarat calon suami yg Sofea bagi pun terus terjawab bila dia bertemu Ayden Zaqwan, seorang askar yg sebenarnya dah lama angau dekat dia. Dari situ bermulalah fasa Ayden mengejar cinta Sofea walau kena reject berkali².

​Gaya bahasa yg digunakan penulis sangat mudah difahami, santai dan moden. Tempo penceritaannya pula bergerak laju, jadi takdalah rasa bosan nak baca.

​Watak²nya dibina dengan baik dan relevan. Sofea menggambarkan wanita berdikari yg kekok nak berharap pada orang lain, manakala Ayden pula watak penyabar dan sangat peka. Ya, dia peka walaupun benda tu sangat kecil.

Pastu, sudut POV buku ni lebih kepada Ayden.. jadi, banyaklah juga memaparkan fikiran Ayden yg buatkan watak hero ni nampak lebih 'comel' dan hidup. Selitan cameo Riyana dan Riyaz pula kena pada tempatnya untuk hidupkan suasana. Saya rindu duo ni!! 😌

​Saya paling suka pada bahagian awal cerita dan cara penulis bina chemistry watak tanpa drama orang ketiga. Tapi yg saya kurang gemar pula, bila dah masuk pertengahan cerita, plotnya terlalu tumpu pada babak romantik secara bertalu². Saya je lah.. bagi partner read saya, @airazira dia suka! 😌

​Momen yg meninggalkan kesan tentunya babak² kecil yg tunjuk keprihatinan Ayden serta usikan Riyaz yg kerap buat saya sebagai pembaca turut tersenyum. Konflik dalam buku ni pun sekejap sangat.. ibarat baru nak duduk kat kerusi, terus kena bangun balik haa.. kiranya kerusi tu tak sempat panas pun! 🤣

​Buku ini sangat sesuai untuk korang yg mencari light read, peminat genre romantik atau sesiapa yg nak tenang² tanpa perlu fikir plot berat. Bak kata penulis, konfem pipi kebas sebab asyik 'terhibur' baca kisah Ayden x Sofea nii..

​Keseluruhannya, buku ni sebuah bacaan yg comel dan menghiburkan. Buku ni juga mengajar erti sabar, usaha yg ikhlas dan bagaimana hubungan perkahwinan dibina atas rasa hormat serta komunikasi yg telus. Walaupun elemen romantiknya agak banyak, tapi masih sebuah karya yg berbaloi untuk dibaca.

Tahniah mira! Teruskan berkarya okayy!! 😙
Displaying 1 - 5 of 5 reviews