Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jangan Biar Dia Masuk #1

Jangan Biar Dia Masuk

Rate this book
Sembilan keturunan syaitan, dia salah seorang mewarisinya...

Laqqus, keturunan syaitan yang tugasnya menghasut manusia agar mensyirikkan ALLAH. Apa yang dialami keluarga Anje dan Adika, adalah permainan halus syaitan ini. Daripada benih pasangan suami isteri inilah, lahir tiga zuriat yang mana salah seorangnya berjaya digelapkan imannya. Bermacam kerosakan telah dilakukan hingga Kampung Tenung Bulan tidak lagi aman damai. Khurafat bermaharajalela. Amalan ilmu hitam bertuan dihidupkan.

Maya, gadis Kuala Lumpur yang tidak tahu tentang asal usul keturunannya menjadi mangsa. Dia dan kawan-kawannya, Defi, Suraya, Laila dan Rafidah, dihantui dengan satu per satu siri kejadian aneh dan menyeramkan. Hinggalah salah seorang daripada mereka dirogol dan dibunuh dengan sadis bagi menyempurnakan amalan ilmu hitam itu. Mereka ketakutan.

Datang Haris sebagai penyelamat. Datang Inspektor Intan cuba membantu. Tetapi, mereka tidak sedar satu perkara. Permainan syaitan itu cukup licik dan mengelirukan!

Berjayakah lima sekawan merungkai kisah di sebalik yang berlaku? Apa pula kaitan mereka dengan Anje dan Adika? Kampung Tenung Bulan, apakah misterinya?

“Sebelum tu, kami terdengar satu bunyi aneh. Bunyi muzik gamelan. Entah dari mana. Tiba-tiba kau pulak seperti dirasuk sesuatu. Kau menari...” – Maya

“Selang satu keturunan, pasti ada pertemuan dan kematian!” – Ambarsari

“Dengan manusia, kita lawan dengan kudrat. Dengan syaitan, kita tentang dengan ayat-ayat suci al-Quran.” – Darma

Paperback

First published May 1, 2015

25 people are currently reading
391 people want to read

About the author

A. Darwisy

21 books147 followers
Anuar Darwisy

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
286 (74%)
4 stars
75 (19%)
3 stars
20 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
5 (1%)
Displaying 1 - 30 of 82 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
November 1, 2016
Lama tak baca kisah sebegini. Mana si penulis dapat idea sebegini? Brilliant!

Kalau ikutkan isi ceritanya mudah tapi nampaknya penulis tak menjanjikan ceritanya semudah itu. Aku kagum bagaimana penulis berjaya mengucar-ngacirkan perasaanku, meneka itu dan ini... kasihan pada si dia dan dia. Memang aku tabik spring toing toing hihi.

Aku suka susunan plotnya yang dijalin kemas teratur walaupun berselang-seli antara zaman dulu dan kini. Sama-sama terasa debaran lima sahabat; Maya, Defi, Suraya, Laila dan Rafidah, begitu jua dengan watak Ambarwati, Ambarsari dan tak lupa si Ambarningsih. Tiap wataknya akan beri kesan tak senang duduk selagi tak habiskannya. Percayalah! Satu lagi, penulis juga pandai bermain dengan tiap karakternya. Twist yang menjadi.

Dan, aku juga suka bagaimana kisah si wong menyak ini dikembangkan, dari mula asalnya hingga ke akhirnya. Tapi ya, aku pasti pengakhirannya tak habis di situ. Maka memang kena cari novel keduanya.

Apa pun ini lah kehidupan. Tidak dikatakan seorang beriman kalau tidak diuji. Namun, bila diuji kembali pada Tuhan. Jangan biar kita tergelincir jauh. Ingatan pada diri, lagi-lagi bila dendam kesumat membakar diri. Habis musnah seluruhnya. Berhati-hati ya kawan!

Tok! Tok! Tok!
Sing teka aku kanca
Lawangmu ngakna

Malangnya anda sudah terbaca bait demi bait puisi ini sehingga habis. Ada sesuatu yang telah anda ‘hidupkan’ dalam anda tidak sedari. Anda berani, maka teruskan pembacaan. Jika tidak, andai dengar bunyi ketukan di pintu, JANGAN BIAR DIA MASUK!


Ehem... bagaimana? Bersediakah anda?
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
July 11, 2017
5 stars.

Sepatutnya kena baca buku Klimaks dulu sebab dah cakap kat HE nak review. Tapi serius sayang nak baca sebab rasa macam ni novel last untuk watak2 Saiful Hawiz and the geng. Universe ni pun tak taulah... HE nak start universe lain ke nanti? Hmmm

Btw, JBDM merupakan karya pertama A. Darwish yang saya baca. Jalan cerita dan pemetaan plot yang bagi saya, agak kreatif. Novel ni plot twistnya banyak bermain dengan susur galur keturunan. Jadi mungkin lagi jelas kalau sepanjang pembacaan, sediakan buku nota untuk conteng salasilah dan kronologi, apa yang berlaku, siapa mati dan apa kaitannya.

JBDM guna 2 storyline yang bergerak pada masa yang sama. A. Darwish bijak menyelitkan timeline zaman dahulu dan zaman moden (sekarang). Pembaca terhibur dengan cerita Maya and the geng dan pada masa yang sama, diingatkan tentang bagaimana semua serangan wong menyak berlaku.

CHARACTER
Karakter dibentuk dengan baik. Memang boleh bayangkan segala gerak geri, lenggok tubuh dan perangai semua watak dengan jelas. Penulis bijak buat pembaca berteka- teki :- Siapa Wong menyak sebenarnya? Apa kaitan Maya and the gang dengan semua pembunuhan? Apa motif wong menyak? Apa kaitan gamelan dengan wong menyak? Siapa jahat siapa baik ni? Makin lama, nampak karakter dibentuk dengan kompleks dan agak menarik minat saya. Penulis banyak menabur klu tapi tak terlalu obvious. Yang susur galur keturunan tu, boleh bayang penulis mesti lakar mindmap masa taip hahaha.

WRITING
Gaya penulisan yang mudah dibaca. Tebal tapi rasa laju je selak setiap muka surat. Mana taknya, bnyak yang terjadi dalam novel ni. Cliff hanger merata. Plot twist di hujung cerita. Tak dapat jangka langsung! Gaya penulisan tak terlalu mudah dan tak terlalu susah. Indah dan cantik saja. Vocab pun agak banyak terutamanya novel ni banyak bermain dengan budaya dan adat.

OPINIONS
Novel ni saya akan rekemen kepada semua peminat seram mistik DENGAN trigger warning. Trigger warning : Pembaca mungkin terganggu dengan adegan2 rogol, ganas dan ngeri. So beware haha. Awal baca memang tak letak expectation langsung. Beli sebab orang kata novel A. Darwish best so nak try satu. Novel ni boleh dikira unputdownable. Setakat ni, novel seram dari Buku Prima termbaik yang saya baca. Serious, novel ni dah berada di tahap yang tinggi bagi saya. Tak taulah sequel dia nak tahan tinggi mana lagi hahahaha

ENDING
Ending yang tak dapat dijangka. Kalau pembaca teruja nak tau sambungan + invested dengan watak, jangan ragu nak cari sequel - Jangan Biar Dia Masuk 2
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
October 1, 2015
sebuah karya yang menarik.. rasa tertarik nak baca sampai ke penghujungnya. aku bukanlah penggemar novel seram tapi novel ni berjaya menarik minat aku. kisahnya simple tentang orang minyak tp olahan asal usul orang minyak dan dendam mereka berjaya menjadi satu cerita yang menarik. tahniah buat penulis. harap dapat menghasilkan karya yang lagi menarik dari novel ni pada masa hadapan..
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
July 21, 2017
Akhirnya berpeluang gak aku nak baca novel ni setelah lama menunggu giliran dalam list to read. Amat berbaloi membacanya dan lebih berbaloi lagi aku beli novel seram ni dengan separuh harga je. Huhu.. Lepas ni nak dapatkan dan baca sambungannya pulak. Mintak-mintak bleh jumpa yang ada diskaun gak. Hmmm... Walaupun bagi aku JBDM ni tak seumph karya penulis yang sebelumnya novel Kala senja dia datang, tapi still berbaloi. Kalau korang nak tau, JBDM ni cerita pasal wong menyak. Jeng jeng jeng.... Ingat.... Jangan bagi dia masuk ye.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
December 25, 2015
Membaca novel ini tak lari daripada rasa seram. Memang bergendang jantung aku. 3 malam membacanya, dan hari ini tamat. Pujian untuk bahasa. Kemas! Tak terasa letih langsung bila baca.

Encik Penulis,

Saya buta sikit sejarah orang minyak. Dan untuk itu, terima kasih sebab kisahkan juga sejarahnya. Rupanya yang selama ini saya tonton, hanyalah 30 peratus daripada yang sebenarnya.

Saya kagum sebenarnya. Plot demi plot sangat kemas. Dan tanda tanya dalam kepala saya sejak awak, Siapa Suraya dan Haris sebenarnya. Saya lebih tertarik dengan Suraya daripada Maya.

Setiap mantera, saya skip. Sebab, ada yang saya tahu maksudnya tanpa dibaca ruminya. Tak sanggup nak baca. Saya kagum dengan perkembangan watak dan jalan cerita. Pasti mengambil masa yang lama menulisnya kan?

Dan soalan saya, apakah ada sambungan? Sebab saya yakin yang Haris tak mati lagi.

p/s : 5 bintang tak cukup nak lahirkan kepuasan saya. Tahniah!
Profile Image for fatin.
196 reviews3 followers
March 8, 2024
Taktahu nak cakap macam mana tapi buku ini tak macam buku seram yang pernah saya baca dahulu. Penulis pandai bagi pembaca rasa tertanya-tanya tanpa perlu drag perkara-perkara yang tidak perlu. Semua watak dalam ini menarik dimana another point to add sebab semua watak dalam ini memainkan peranan masing-masing. Saya rasa buku ini layak dijadikan adaptasi movie tanpa perlu ubah apa2 kerana memang gempak. Teguran yang diselitkan pun bukannya copy paste tapi teguran yang memang kita rasa penulis research betul2 sebelum meletakkan teguran ini. Oh lagi satu, banyak benda saya belajar pasal orang minyak ini, biasanya kita tahu orang minyak ini selalu dikaitkan dengan lawak lucah tapi dalam buku ini, author turut selitkan orang minyak ini macam mana sebenarnya. Maksudnya orang minyak ini pun kena pandang serius. Plot twist dia memang boleh tahan juga! Lurve gila Ambarwati!!

Jangan dekati syirik, orang yang sekutukan Allah tidak akan dapat langsung menghidu dan memasuki syurga ‼️
9 reviews1 follower
June 7, 2015
Huwaaaaaaaaaaaa.........novel seram pertama yg aku pernah ada dan nvel seram ni mmg sgt best!!!aku x tahu apa yg abg nuar taruk dlm nvel ni..Ya Allah...besttt sgt33333333...
tak mampu aku nk ucap dgn kata2..jd,moh le tulis...

aku paling ske bila crita ini di'combine'kan dgn era skrng&zaman dahulu kala...pestime aku jmpa crita yg mcm ni!(prnh laa baca citer seram tp dulu baca nvel seram lain x dak feel mcm ni..perasaan tu lainnn!!!!)

Lima sekawan...Tiga beradik...Lanang..Keturunan turun temurun daripada dulu menjadikan mereka bertemu..
setiap selang satu keturunan..pasti akan ada pertemuan dan kematian..

perghhhh..ku mmg x leh trima kenyataan bila 2 drpada 5 org tu jd mangsa org minyak.Mmg lansung aku x boleh trima!!!!!
Tapi apakan daya...
Bab yg last sblm Fidah pi tu..suraya ketuk pintu panggil..Aku punyalah lega bila suraya daa balik...Tapi tiba2 lps da masuk umah tu suraya menyeringai...haiihhh..mmg aku rasa nk mnangis time tu jugek!Sian Fidah..Huwaaa....byk yg trkorban dlm citer ni..
Best3...smpai ke hari ni aku masih tringt-ingt nvel ni....BESTTTTTTTTTT
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
September 14, 2015
satu yang penting bila buat buku seram misteri macam ni kena buat banyak penyelidikan. bila ada banyak homework digabungkan pula dengan idea yang mantap, maka akan terhasil lah buku yang sebaik ini. walaupun unsur seramnya sebenar biasa tapi unsur saspen tu yang berjaya menimbulkan keseraman yang ada.. tanjatt ooii sampai buah mangga jatuh atas atap pun ku melompat terkejut.. jangan main-main gara-gara wong menyak nih!.. hehe...

suka dengan gaya penceritaan yang dipersembahkan. selang seli zaman terkini dengan flashback dari zaman silam menguatkan jalan ceritanya. dari asal kejadian wong menyak sehingga berakhirnya keturunan durjana itu. siapa sangka di kalangan watak-watak baik yang ada rupanya ada syaitan yang bertopeng. walaupun di permulaan bab ada kesalahan dialog antara ambaringsih, ambarwati dan ambarsari, sikit tu jerlah salahnya. so, siapa nak tau macam mana kejadian wong menyak dan mahu rasa debaran lima sahabat maya, defi, suraya, laila dan rafidah sila lah beli dan hayati buku ni...
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
June 12, 2015
tak tau ape nak ulas ... bagi saya buku ni SEMPURNA ...

cume nak cakap TAHNIAH kat penulis sbb berjaya menulis cerita yang sangattttt2 menarik .. dah boleh masukkan dalam koleksi PETI BESI ...

nasib baik ada 5 je bintang , kalau ada 10 .. 10 bintang saya bg (^___=)


Profile Image for Roda Buku.
33 reviews4 followers
January 21, 2018
Seronok membaca cerita yang diselang-selikan antara 2 zaman yang saling berkaitan. Cuma terlalu banyak kebetulan yang memudahkan kerja geng jahat. Tu ja yang rasa macam dibuat-buat sikit. Dari segi lain memang ok, tak boleh berhenti baca. Tak cemuih.
Profile Image for Nadiah Razali.
133 reviews57 followers
July 16, 2020
Kalau suka thriller, seram, misteri, boleh baca buku ni. Best sangat.

Seram baca pasal wong menyak ni. Boleh terasa senak bila membaca
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
April 30, 2024
Plot tersusun, penggunaan bahasa yang bagus dan olahan ritual-ritual memanggil makhluk halus yang terperinci. Sebagai seorang yang sukakan adat budaya dan hubungannya dengan alam mistik, saya teruja membaca ritual menyemah pantai, rebo wekasan, bagaimana wujudnya wong menyak (orang minyak) dan sakral gamelan.

Novel ini mengandungi dua latar tempat dan dua latar masa. Tempat pertama ialah di Kampung Tenang Bulan di Indonesia berlatarkan zaman dahulu kala. Tempat kedua ialah kampung di Bachok, Kelantan berlatarkan zaman sekarang. Di Kampung Tenang Bulan, ada krisis adik-beradik. Kakaknya Ambarningsih bergaduh dengan 2 adiknya Ambarwati dan Ambarsari. Ambarningsih ada konflik tersendiri yang menyebabkan dia menghambakan diri pada kuasa ghaib dan menghidupkan orang minyak. Ambarwati pulak seorang yang solehah namun dia bukanlah heroin dalam cerita ini. Sebaliknya, Ambarsari yang slow dan lurus bendul merupakan heroin.

Ritual dan kematian Ambarsari sangatlah jijik dan kotor. Masih terbayang-bayang resepi makanan orang minyak iaitu tahi, minyak zaitun, dan darah (tak silap saya) DAN ajal Ambarsari yang sangat menyayat hati dan mengerikan.

Di Bachok Kelantan pula. Ada watak 5 sahabat iaitu Defi, Suraya, Laila, Rafidah dan Maya. Pada zaman moden ini, wong menyak kembali dan menyebabkan kucar-kacir di perkapungan persisir pantai di Bachok. 2 sahabat mati akibat dirogol dan dibunuh oleh wong menyak, 1 daripada 5 ialah anak kepada tali barut Ambarningsih dan 2 keturunan Ambarwati dan Ambarsari. Siapakah wong menyak? Jemput baca dan cari. Wong menyak ialah seorang yang tidak disangka.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
December 24, 2022
Berlatarbelakangkan 2 timeline yang berbeza. Di tahun 1900, berkisarkan kisah 3 beradik. Ambarningsih, Ambarwati dan juga Ambarsari.

Di zaman kini pula lima sekawan pergi bercuti namun percutian itu dihujani dengan perkara-perkara aneh. Pelbagai peristiwa mulai menimpa lima sekawan ini. Maya antara yang paling teruk menjadi mangsa.

Ambarningsih yang telah digelapkan hatinya hingga sanggup bersekutu dengan syaitan. Cuba membangkitkan amalan khurafat kuno yang telah lama ditinggalkan.

Ambarwati sang adik berusaha sekuat hati menarik kakaknya kembali ke jalan yang benar.

Ambarsari gadis lurus yang disayangi oleh adiknya Ambarwati. Namun sering menjadi sasaran kemarahan sang kakak, Ambarningsih.

Maya gadis cantik yang menjadi sasaran sekumpulan penjahat yang dikatakan mengamalkan ilmu hitam. Ada sesuatu padanya yang membuatkan mereka tertarik untuk menjadikannya mangsa.

Pace cerita yang laju. Rasa tak sempat nak berehat. Dari satu mukasurat ke yang lain ada sahaja kejutannya. Ada saja rahsia yang terungkai secara berperingkat di cerita ini. Memang mengujakan.

Timeline tahun 1900 bagi SH amat sesuai kerana sememangnya di zaman itu Tanah Melayu masih lagi dilingkari dengan amalan-amalan khurafat malahan hingga terbawa kepada syirik. Sihir dan ilmu hitam berleluasa. Amalan khurafat bersatu dengan masyarakat.

Namun tak kurang hebatnya di zaman sekarang. Walaupun kita dikatakan berada di era kemodenan namun masih ramai yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu salah walaupon agama Islam telah berkembang luas.

Perkembangan watak juga sangat bagus. Rahsia atau penceritaan tentang sesuatu watak dibuat secara berkala bukannya diberi secara sekaligus. Walaupun watak dalam novel ni agak ramai namun setiap watak punyai cerita dan kekuatan mereka tersendiri.

Yang sukakan novel horror mistik korang mesti akan sukakan jugak novel ni. Recommended.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
March 25, 2016
Pada pandangan Sha, novel ini memang ohsem..
Selalunya penceritaan Orang Minyak ini hanya setakat gitu-gitu je..
Tapi bila baca Novel A. Darwisy nie, Sha dapat rasakan penderitaan yang dialami mangsa..
Penulisan yang begitu teliti.. dari satu perkataan ke satu perkataan..
Yang paling best sehingga ke Penghujung novel Sha gagal meneka siapakah sebenarnya waris tersebut.. pandai betul A. Darwisy menyembunyikan siapa yang jahat dan siapa yang baik..
Memang ohsemlah.. Sha suka karya begini..
Debaran yang diberikan memang real..
Selalunya Sha cepat meneka siapakah yang jahat..
Tapi kali ini memang Sha tewas..
Bukan sahaja tidak dapat meneka siapa pewaris, malah Sha juga betul-betul terasa dengan apa yang diceritakan didalam novel ini..

Dan yang sha x boleh lupa adalah mantera-mantera yang digunakan dalam novel ini..
Meremang bulu roma bila baca.. Wakakaka.. memang mengganggu tido..
Bila dengar bunyi ketukan jer terbayang-bayang..
Detail betul penceritaan yang disampaikan oleh A. Darwisy ini..
Bahasa yang digunakan pun begitu ohsem..

Tabik spring untuk Anuar Darwisy..
Semoga beliau akan terus mengeluarkan karya-karya yang ohsem..
Oh ya, rasanya Novel ini pasti akan ada sambungan..
Profile Image for Nana.
84 reviews7 followers
June 17, 2016
Alhamdulilah...dapat baca buku yang best. ambil masa satu hari je untuk baca. Thumbs up to the writer. kadang kita rasa takut sangat dengan makhluk ghaib walaupun kita mengatakan kita yakin dengan kuasa allah lebih besar namun kadangkala kita terleka. Buku ini benar dapat menyedarkan kita bahawa semua yang dikatakan berkuasa dalam dunia ini tidak dapat menandingi kuasa Allah walau ia menakutkan kita. Bergantung pada Allah itu sangat penting. Tambahan lagi, penulis juga memberi ayat2 al quran yang benar boleh diamalkan.

Ada part yang seram. Lebih2 lagi bila fikirkan peristiwa dalam cerita ini pernah diuarkan berlaku. ambil masa juga nak neutralkan perasaan...hehe... sampai termimpi.

Apa yang penting adalah keyakinan kita pada Allah swt.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
July 28, 2016
Pada mulanya, saya sangka orang minyak tu..anak mak cik Salmah..Tapi, bukan rupanya. Tahniah, penulis..cerita yang menarik. Baca jampi serapah dalam bahasa jawa tu..macam real. Risau bila baca, takut..tiba-tiba muncul pula wong menyak…haha. Gaya penceritaan antara zaman kini dan zaman silam teratur dan mudah difahami. Saya memang akan dapatkan sambungannya… :)

*Pernah baca satu artikel..kalau ada orang minyak menyerang. Gadis2 disarankan pakai inai untuk mengelirukan orang minyak..betul ke?..heee
Profile Image for Ansya.
113 reviews
August 21, 2016
Done! Alhamdulilah!
If i could say tis 10 stars for bro anuar darwisy!
Profile Image for Jejaka Buku.
115 reviews5 followers
October 20, 2023
"Mereka merancang, ALLAH juga merancang, sesungguhnya ALLAH sebaik-sebaik Perancang."

Jangan Biar Dia Masuk, sebuah novel bergenre seram/misteri, mengisahkan percutian sekumpulan pelajar iaitu Defi, Laila, Rafidah, Suraya dan Maya ke Kampung Tenung Bulan yang mempunyai sejarah hitam dengan orang minyak. Ramai gadis sunti yang telah menjadi mangsanya hingga mendapat perhatian pihak polis. Sebilangan insiden tidak masuk akal mula mengganggu mereka dan kehilangan Maya pula dikaitkan dengan kembalinya makhluk terkutuk itu.

Novel ini bermula dengan masa kini sebelum pembaca dibawa ke masa silam untuk pembaca menelusuri sejarah orang minyak yang menghantui penduduk Kampung Tenung Bulan. Penulis berjaya mengembangkan plot dengan baik dengan plot masa kini dan masa silam berselang seli antara bab yang disampaikan secara tersusun tanpa memeningkan pembaca. Selain itu, pembaca juga akan berteka-teki dengan misteri yang menyelubungi mereka dengan bibit-bibit ragu yang ditanam pada sesetengah watak lantas menjadikan babak pembongkaran di penghujung novel dapat dilaksanakan dengan baik. Kelemahan ketara pada novel ini pada gaya penulisan yang boleh dikatakan mengganggu dinamik plot menjadikan pembacaan sedikit melelahkan. Namun perincian pada babak seram dan ngeri ditambah pula peringatan pada awal novel ini yang meningkatkan lagi tahap realisme kepada pembaca sedikit sebanyak berjaya menyumbang kepada pengalaman pembacaan yang merinding. Antara perihal yang disentuh ialah bahana menyekutukan ALLAH dan keburukan dendam yang membarah.

Secara keseluruhannya, novel ini secara tidak langsung berjaya mengkritik masyarakat yang masih mengekalkan adat berunsur syirik. Sebagai makhlukNya, segala pengabdian diri haruslah ditujukan kepada ALLAH. Kebergantungan kepada syaitan hanya mengundang petaka yang merugikan. Perkongsian doa-doa dalam novel ini juga dapat memberi pendedahan kepada pembaca untuk diaplikasikan. Sememangnya novel ini harus dibaca oleh pembaca yang ingin mencabar keberanian mereka. Jika terdengar ketukan pada pintu rumah ketika membaca novel ini, ingatlah jangan biar dia masuk.

4🌟/5🌟
Profile Image for Tey Marzuki.
Author 13 books101 followers
February 1, 2018
Saya mengambil masa seperti biasa, hampir seminggu untuk menghabiskan buku ini. Sebelum menekuni JBDM,saya telah terlebih dahulu membaca AJT, karya terbaru penulis. Daripada kedua-dua buku ini dapat saya simpulkan kelainan pada pengkisahan dan garapannya, meski tetap mengekalkan keindahan bahasa.

Pada JBDM, keseramannya agak berlainan. Tidak seperti AJT, JBDM sebenarnya terasa sedikit dekat di hati. Mungkin kerana dahulu semasa masih menuntut di kolej, kolej saya pernah digegarkan dengan pencerobohan orang minyak. (Syukur mangsa sempat diselamatkan, tapi orang minyak tak dapa ditangkap). Sebenarnya ada beberapa scene yang buat saya rasa sedikit terkesan (kerana turut berlaku pada diri saya) jadi pembacaannya tertangguh-tangguh sekejap sehingga saya dapat menenangkan diri. (Dramatik pula ya, macam Suraya pulak.. huhuhuhu)

Favourite part pada saya adalah kisah tiga beradik Ambarningsih, Ambarsari dan juga Ambarwati. Bila sampai babak yang memaparkan kisah mereka bertiga saya jadi teruja membaca.

Menariknya JBDM, penulis berjaya membuatkan saya mengesyaki hampir semua watak dalam buku. Walaupun saya dapat separa menebak dalang jahatnya, namun tetap juga terkejut bila mengetahui motif dan pihak yang terlibat sama dalam menghidupkan amalan kejahatan yang telah membinasakan kedamaian. Kiranya elemen suspen dan surprise dalam buku ini bagi saya sangat berjaya. Tahniah kepada penulis!

Rating 5* saya berikan. Moga penulis terus menghasilkan karya-karya bermutu di masa akan datang.
Profile Image for Aira Zira.
96 reviews2 followers
August 12, 2025
Sejijik-jijik makhluk, saya paling jijik dgn orang minyak. Di sinilah kisah wong menyak disampaikan oleh penulis dgn baik. Syaitan berjasad manusia yg merosakkan gadis2 sunti dari zaman dulu sehingga kini. Diceritakan dgn cara yg menarik tidak sama seperti yg biasa kita dengar. Asal usul dan dendam yg dibawa wong menyak.

Tapi, apa pula kaitannya dengan Maya, Defi, Suraya, Laila dan Rafidah? Bermula dgn mereka berlima yg ke Bachok, Kelantan untuk bercuti di tepi pantai. Satu demi satu gangguan aneh yg mereka alami. Diganggu semasa dalam perjalanan, tidur dgn kucing hitam, hilang diculik ke tempat pemujaan dan banyak lagi.

Lebih sadis apabila ada yg mati dgn cara yg mengerikan diantara mereka. Seperti yg pernah berlaku suatu ketika dulu. Terselit kisah di zaman awal 1900 tentang perselisihan adik beradik. Yg sulung sgt taasub dgn ilmu sesat sehingga dia puncanya wong menyak wujud. Terlahir keturunan berdarah hitam.

Penulis berjaya buat saya tertanya-tanya siapa si durjana yg masih hidup tu. Habis semua watak saya rasa jahat. Sudahnya yg diteka semua salah sbb hujung2 mmg tak sangka plotnya. Setiap situasi dicoret dan diterangkan dgn baik. Banyak potongan ayat Quran yg boleh dijadikan panduan kita juga.

Seperti biasa, buku Anuar Darwisy sentiasa padat dan penuh ceritanya. Berilmu dan tak kosong. Buku ni pun ada keunikannya tersendiri sbb susunan cerita yg sgt wow. So next Jangan Biar Dia Masuk ll. Korang pun jangan terlepas buku ni!
Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
October 13, 2016
Tamat pembacaan novel seram ini.. #JBDM overall mmg best.. Byk elemen yg mengajar kita merenung diri kita sendiri.. Bagaimana nak atasi ketakutan menggunakan kalimah2 Allah. Cuma kadang2 kene baca slow sbb x faham bahasa jawa... Cuma x puas dgn endingnya... Anuar Darwisy kenapa harus begitu.... Adakah nak disambung lagi novel ni??? Anyway Tahniah sekali lagi for the excellent job!!! #selangsatuketurunanpastiadapertemuandankematian
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
January 15, 2025
Best juga baca buku ni, berjaya menarik pembaca leka dan asyik apabila disajikan dengan pelbagai kisah mistik yg saling berkait rapat antara satu sama lain. Kekadang meremang jugak bila baca pada bahagian tertentu semasa malam menjelma. Lagi-lagi baca seorang diri.. Akhir sekali, agak terkesan dan bersimpati dengan kisah tragis watak utama..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nurina Feeza.
30 reviews5 followers
October 28, 2015
satu je nak cakap, cerita ni memang best! bila dah start baca tu, memang tak boleh nak berhenti.. nak tahu kesudahannya..nak tahu apa kaitan 5 sekawan tu dengan watak2 yang muncul zaman dulu kala.. tahniah buat penulis.. 5 bintang untuk karya ni..
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
November 24, 2016
rasa cepat betul habisnya ... cuba ler buat 1000 pages .. huhu ...
tapi serius best ... best gila ..
puzzle sudah ditemui jalan penyelesaian ...
terasa novel ni perfect ..
rugi ler siapa tak baca ... baca .. serius best ..
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
February 10, 2024
Aku tau aku terlambat baca naskhah ni, tapi biarlah pada tak baca langsung kan. Omputeh kata apa, 'better late than never'.

Penulisan A.Darwisy ni tak boleh nak kata apa, memang terbaik, baik dari segi jalan cerita, pengolahan plot, dan pengembangan watak. Transisi masa lampau dan masa kini yang kemas tersusun, membuatkan kita seronok menghayati dan mudah faham. In shaa Allah akan sambung terus JBDM 2 supaya tak hilang rentak.
Profile Image for Hannah Mustafa.
37 reviews3 followers
October 22, 2018
My first Malay novel after almost a decade. Overall, I like the usage of bombastic Malay words in this novel. In terms of storyline, it’s an okay horror book to read, but a bit exaggerated to some extent.
Profile Image for Vida Ariff.
112 reviews
July 31, 2025
Pertama, buku ini best!
Aku suka bagaimana penulis menceritakan 'the root of cause' kisah berlakunya tragedi orang minyak. Dan juga sejarah hidup 3 beradik yang punya pembawakan diri yang jauh berbeza; Ambarningsih, Ambarsari dan Ambarwati.

Aku terpesona dengan karakter Ambarsari terutama ketika dikuasai 'saka' gamelan melalui bonang warisan ibunya.

Susunan cerita yang sangat baik. Meskipun 2 zaman diceritakan berselang-seli, ia tidak langsung mengelirukan.

Pengakhiran cerita penuh bergaya, dan sudah tentunya daripada watak waris Ambarsari yang menjadi salah seorang penyelamat tragedi.
Profile Image for Bo Manson.
136 reviews8 followers
May 13, 2018
Satu lagi karya terbaik daripada penulis mengenai kisah-kisah lampau dan amalan khurafat yang akhirnya membawa petaka bukan sahaja kepada pengamal, malahan sehingga ke keturunan pengamal itu sendiri. Penulis perlahan-lahan memperkenalkan watak-watak dari dua dimensi masa, tahun 2014 dan melampau ke tahun 1900. Kampung Tenung Bulan, kampung biasa yang kacau-bilau dek aktiviti khurafat seperti menyemah pantai dan amalan menghidupkan “wong menyak” oleh Ambarningsih. Percutian Maya dan empat lagi sahabatnya di Kelantan akhirnya membawa kepada pelbagai masalah sehingga menyebabkan kematian dua orang sahabat baiknya. Ada watak-watak yang menimbulkan syak wasangka sepanjang penceritaan. Namun, sejarah mereka diolah dengan baik sekali menjelang tamat novel ini. Walau bagaimanapun, di penghujung kisah, sekali lagi saspen menjengah.
Displaying 1 - 30 of 82 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.