Jump to ratings and reviews
Rate this book

Antologi Cinta Sayang

Rate this book
Novel antologi bertemakan cinta ini telah ditulis oleh 4 orang penulis hebat terdiri daripada:

Aisya Sofea = Dari Kerana Mata
Anis Ayuni = Tunang Sesaat
Aleya Aneesa = Tetaplah di Sisiku
Rozita Abd. Wahab = Andai Dia Untukku

646 pages, Paperback

First published May 1, 2015

Loading...
Loading...

About the author

Aisya Sofea

26 books315 followers
Popular Novelist Hanizura Jamaludin known as Aisya Sofea.

AISYA SOFEA atau nama sebenarnya Hanizura Jamaludin adalah seorang penulis berbakat besar. Anak sulung yang dilahirkan di Kelang, Selangor ini mula mengukir namanya melalui JAUH, novel pertama yang mendapat sambutan menggalakkan. Namanya mula meniti di bibir peminat setelah kejayaan cemerlang JENDELA HATI.

Gaya penulisannya yang tenang dan bersahaja mampu membuai perasaan dan gejolak rasa pembaca. Rasa kasih, sayang, resah dan gelisah berjaya dipancarkan melalui watak-watak dalam dunia ciptaannya.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (17%)
4 stars
20 (51%)
3 stars
10 (25%)
2 stars
2 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
November 17, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM20.00. PM je....

i) Dari Kerana Mata - Aisya Sofea

Perasaanku jadi sebak. Lelaki itu terlalu baik untukku. Aku sedar, sekiranya aku menerima pelawaannya, keadaan akan menjadi terlalu sukar dan payah. Tapi, sayang...terlalu banyak benda yang bersarang di dalam kepala menyebabkan aku tidak mungkin akan menerimanya.

Kisah Enggang dan Pipit; Orkid, anak kampung yang merantau ke kota demi mengejar impian dan cita-cita. Diintai oleh Firdaus, anak jutawan yang leka dengan kekayaan keluarga. Orkid diminta untuk membetulkan Firdaus oleh si ibu. Biarpun perhubungan mereka tidak direstui, Orkid tetap menjalankan amanah. Sudahnya Orkid melarikan diri apabila Firdaus meminta dia berjanji untuk setia menanti.

Penulis ini kembali dengan trademarknya; cerita yang ringkas, jujur dan manis. Cuma, agak terkeliru bila kisah Orkid dan Firdaus ditamatkan... lompatan masa agak tergesa-gesa. Seolah-olah pena penulis sudah kehabisan dakwatnya hingga hilang warna2 pelangi yang dicipta seawal cerita.

ii) Tetaplah Di Sisiku - Aleya Aneesa

Kalau dia menangis, tangan Muaz yang akan menadah air matanya. Kalau dia sedih, di bahu Muazlah kepalanya berlabuh. Malah, mintalah apa pun, suaminya itu akan berusaha untuk mengadakan. Kalau bulan dan bintang boleh dipetik, tentu Muaz akan mendapatkan untuknya. Tapi, dia? Apa yang telah dia buat untuk Muaz?

Perkahwinan 5 tahun Orked-Muaz yang goyah gara2 campurtangan ibu sendiri. Orked diminta melepaskan Muaz kepada adik tiri dengan alasan ketidakupayaannya berzuriat. Kebetulan majlis walimah si adik yang dibatalkan saat akhir mendesak si ibu menuntut pengorbanan maruah darah daging sendiri.

........It was deep

iii) Andai Dia Untukku - Rozita Abd. Wahab

YA ALLAH... andai dia jodohku, andai dia yang tertulis untukku maka aku reda dengan ketentuan-MU. YA ALLAH.. KAU bukakan hatiku untuk menerima dia dengan seikhlas hatiku.

Saat Rania mula menerima Khairul kembali, Aidil datang mengetuk pintu hati. Antara Khairul insan pertama yang pernah bertakhta dan pernah meluka, dan Aidil yang membawanya ke zon selesa.... Rania keliru hinggalah terbongkar cerita Aidil sebenarnya telah berpunya.

p/s: pesanan untuk penerbit; mohon lihat kembali Bab 12 m/s 360 dan Bab 15 m/s 383. Mohon dibetulkan kekeliruan nama Aidil dan Khairul untuk cetakan seterusnya.

iv) Tunang Sesaat - Anis Ayuni

Kita mengharapkan panas hingga ke petang tapi kadangkala ALLAH sembunyikan matahari. DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar? Rupa-rupanya ALLAH hendak hadiahkan kepada kita pelangi.

Kisah manis antara Sofea dan Muzakir. Bertemu dan ternyata-nyata masing2 ada rasa. Sofea setia menunggu kerana dia tahu Zakir adalah orangnya. Malang.... Sofea diserang tunang kekasih sendiri.

Aku suka. Punya potensi untuk dijadikan naskah tunggal. Rasanya jika watak Sofea 'digedikkan' lagi... tentu lebih berkesan olahannya.

******

Jangan risau, semua cerita ini diakhiri dengan kesudahan yang manis. Sesuai sekali dengan judul yang dipilih.... SAYANG....
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
May 23, 2015
1 naskah penulis2 otai...
semua cerita menarik dan ada stail tersendiri
tapi MB tertanya2 kenapa karya kak aisya sofea mcm lompat terlalu jauh bila baca aikk bila masa jadi mcm tu i terkonpius seketika betul ke.. ermm
April 14, 2026
Kesemua penulis yang bersatu bawah ' Antologi Cinta Sayang ' ini bukannya penulis kesukaan, namun saya mengenali hampir kesemua dari mereka. Mereka penulis bertemakan kisah cinta yang dikenali di bawah Alaf 21, saya mungkin ada membeli senaskhah novel dari penulis tertentu.

Biarpun pernah membaca novel ini beberapa tahun lepas, namun saya sudah melupakan kesemua jalan ceritanya. Nampaknya kenalah membaca himpunan cerita pendek di dalam antologi ini.


DARI KERANA MATA ~ AISYA SOFEA ☆☆

Saya tidak berpuas hati dengan perbuatan adik sepupunya yang mencuri duit simpanan untuk sambung belajar, semata-mata demi membeli telefon tangan dan seluar jean. Malah ibu saudara iaitu adik perempuan emaknya, tergamak menghalau dia keluar biarpun anaknya didapati bersalah terang terangan. Watak mereka berdua yang saya paling bencinya di dalam cerita ini.

Walaupun perbuatan emak Firdaus macam mempergunakan watak utama demi kepentingan sendiri, semata-mata mahu anak bongsunya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sehingga membayar sejumlah duit sebanyak RM10,000.

Tiadalah saya membencinya sangat cuma akhirnya dia menerima pembalasan di atas perbuatannya, setelah suaminya meninggal dunia segala kemewahan mereka lenyap dan tiada seorang pun anak-anaknya kembali ke tanah air untuk menjenguknya yang sakit.

Disebabkan watak utama sudah bekerja dan bertugas menjaga di rumah Datin, mereka ditakdirkan bertemu kembali selepas beberapa tahun dan akhirnya kedua-dua cinta bertaut kembali.

TETAPLAH DI SISIKU ~ ALEYA ANEESA ☆

Bengangnya saya dengan watak Orked yang lemah dan mudah mengalah, samalah dengan emak kandungnya. Sudah mengetahui dirinya tidak disayangi gara-gara ayah kandungnya kaki pukul, membuatkan emaknya lebih menyayangi anak tirinya, Darin.

Setelah Darin kemalangan mengakibatkan kakinya berbeza ketinggian, emak Orked sesuka hati mahukan Muaz madukan isterinya, Orked gara-gara perkahwinan selama 5 tahun mereka tidak dikurniakan zuriat. Memang patutlah Muaz bengang dengan Orked kerana mudah mengalah dan pandai pandai meminta suaminya mengahwini adik tirinya.

Tidak fahamlah saya dengan watak emak dan anak ini, perlukah mengikuti arahan emak yang langsung tidak menyayangi anaknya walau setitik pun. Hati suami perlu dijaga, siapa tidak terluka jika mendapat isteri macam ini. Muaz tidak kisah jika mereka belum dikurniakan zuriat, namun Orked masih tidak memahami perasaan suaminya langsung.

Si emak pula akibat berdendam dengan bekas suaminya yang kaki pukul, Orked satu-satunya anaknya membuatkan dia teringatkan kepada bekas suaminya langsung membenci dan mengabaikannya. Suaminya, bapa kandung Darin sahaja yang menyayangi anak tirinya yang kasihan.

Apakah kesalahan si anak itu, bukannya dia meminta untuk dilahirkan sebagai anak kaki pukul. Anak tidak boleh memilih ibubapa mereka tetapi suami isteri boleh memilih pasangan sendiri, janganlah tersalah membuat pilihan.

Kesalahan emak Orked tersalah memilih suami semasa perkahwinan pertama dan tanpa disedari perbuatannya menyakiti hati anak sendiri serupa sepertimana bekas suami lakukan terhadapnya. Sama sahaja perangai ibubapa kandung Orked sebenarnya biarpun cara tidak sama.

Nasib baiklah Darin berubah akibat kemalangan, jika tidak kekal menjadi liar dan sama seperti emak tirinya. Dia membolot kesemua kasih sayang seorang ibu, padahal mereka cuma emak tiri dan anak tiri sahaja. Kalau tidak kerana Orked terjatuh semasa hari perkahwinan Darin bersama Muaz, tiadalah Muaz mengetahui Orked mengandung selama ini.

Jalan ceritanya membuatkan perasaan saya berkecamuk, selain bengang dengan watak Orked dan juga emaknya. Kebodohan seorang isteri yang dambakan kasih sayang seorang ibu yang jelas membencinya. Seorang emak yang lebih menyayangi anak tiri dari anak kandung sendiri, hanya kerana berdendam dengan Syukur, bapa kandung Orked. Emak dengan anak serupa sahaja perangainya, kedua-duanya tidak wajar dicontohi langsung. Saya menyampah dan membenci kedua-dua watak ini.

ANDAI DIA UNTUKKU ~ ROZITA ABD. WAHAB ☆☆

Penamatnya tergantung jadi pembaca fikirlah sendiri apakah pilihan yang dipilih Rania Umairah, adakah menerima Khairul yang pernah melukakan hatinya ataupun menunggu kemunculan jejaka ketiga?

Jika ditanya pandangan peribadi saya, kedua-duanya saya tidak akan menerima baik Aidil ataupun Khairul. Sudahlah Aidil pada kali pertama memang tidak beradab, kurang ajar terutamanya semasa majlis perkahwinan dengan menumpahkan satu jag air sirap di baju kurung sutera Rania.

Lepas itu berbohong dan merahsiakan dirinya tunangan orang, boleh pula ahli keluarganya bersekongkol sekali. Biarpun tunang Aidil, Aisyah berperangai macam itu bukannya bermakna merahsiakan status dirinya dan melukakan hati Rania sekali lagi.

Ianya sama seperti cerita ' Tunang Sesaaat ' yang termuat dalam naskhah ini, bagi watak Khairul pula kerana terhutang budi sanggup membohongi hati sendiri dan melukakan hati Rania demi mengahwini Zarina yang tidak dicintainya.

Akhirnya apakah yang Khairul mendapat dari perkahwinan ini, hanyalah penceraian sebagai bapa tunggal dan kembali ke tanah air bersama anak tunggalnya yang dinamakan ' Umairah ' sama seperti cintanya yang tidak kesampaian.

Pada saya jika sekali hati sudah terluka, tidak begitu mudah untuk mendapatkan semula. Mengapa mahu menyakiti hati sekali lagi setelah cinta didustai oleh orang bernama Khairul? Lebih baik watak utama menunggu jejaka ketiga yang mungkin jodoh sebenarnya di suatu masa nanti.

TUNANG SESAAT ~ ANIS AYUNI ☆☆

Suasana perkampungan dan makan masakan kampung, melihat pemandangan alam semula jadi yang indah dan kejauhan dari hiruk piruk suasana bandar. Sememangnya menarik dan seronok dibaca sepanjang tiga hari mereka berempat di sana, tanpa dunia luar.

Tetapi yang tidak seronoknya watak-watak ditulis tanpa menjaga batas pergaulan, keluar temu janji berdua- duaan langsung tidak menggambarkan orang islam yang beriman. Ramai penulis bertudung menulis cerita macam ini, seolah-olah dia melakukan perkara yang sama seperti mana watak ditulis agaknya.

Sudahlah Muzakir merahsiakan status dirinya adalah tunang orang, jika tidak kerana Alliya muncul tidaklah Sofea mengetahuinya. Namun niat sebenar Sofea adalah mahukan Muzakir menjadi pak sanggup kepada anak dalam kandungannya, nasib baiklah segalanya terbongkar selepas kepalanya sakit semasa di butik pengantin.

Patutlah judulnya ' Tunang Sesaat ' rupa-rupanya setelah itu mereka berkahwin pada masa yang sama, sepatutnya orang yang asyik berkepit ke sana sini tidak perlu bertunang. Pertunangan hanyalah untuk mereka yang tidak pernah bertemu dan saling tidak mengenali, malah pertunangan tidak perlu dihebohkan jika tidak malu kalau tidak jadi berkahwin.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
May 7, 2015
highly recommended!

dengan adanya penulis2 yang dah lama berkecimpung dalam dunia novel.
nak apa lagi kan? yang pendek pon best!
rasa macam tak cukup je. hahaha
Profile Image for Bidadari Hujan.
69 reviews7 followers
December 5, 2015
best2..sbb setiap cerita tu saling melengkapi..n tak puas..sikit sgt..haha
Profile Image for Chombi.
121 reviews3 followers
March 24, 2020
Cerita2 yg menarik walaupun pendek. Cuma cerita Aleya Aneesa agak sedikit berat dan menghimpit dada gitu. Typo pun banyak. Namun keseluruhannya baik.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
January 27, 2016
i) DARI KERANA MATA
AisyaSofea Jamalluddin
ringkas garapan puan penulis... serasa tak puas membacanya.. kebiasaannya hasil penulis puan penulis memang akan dicari. lihat saja mana2 karya yang diadaptasi, ramai lebih berpuas hati membacanya.. kalau guna 'aku' tu ganti nama diri ketiga ya?.. lupalak.. tapi, penggunaan aku sebagai watak utama sebenarnya buat pembaca lebih menjiwai jalan cerita...
Orkid sering saja diganggu oleh firdaus.. marah, marah boleh jadi suka.. benci, benci boleh jadi cinta... itulah kisah antara mereka.. cumanya orkid tidak mahu firdaus menaruh harapan yang tinggi padanya apatah lagi diberi perigatan mesra oleh ibu firdaus yang mahu orkid memujuk agar firdaus melanjutkan pelajaran.. mahukah firdaus?.. apakah yang menanti mereka di hadapan?
bintang?.. ***


ii) TETAPLAH DI SISIKU
ALEYA ANEESA
lagi seorang penulis yang juga diminati dengan karya-karya yang juga puitis... suka dengan penceritaan kisah ini.. sampai kesudah menahan rasa hati yang sebak membara.. kalau ada watak utama kat depan memang dah ku sekehkan.. hadoi...
Orked dan muaz, 5 tahun berumah tangga dan hidup bahagia.. cumanya kebahagiaan meteka terganggu bila mama kandung orked mengusulkan agar orked menerima darin iaitu adik tirinya sebagai madu.. pahit.. ibu kandung sendiri yang tidak pernah menyayangi dirinya membuat usul yang buat rumahtangga mereka berkocak.. muaz geram dengan kedegilan kemahuan orked namun dalam masa yang sama kasih sayangnya langsung tidak berbelah bagi terhadap orked walaupun alasan utama datin rukayah ialah darin mampu untuk melahirkan zuriat untuk muaz.. mampukah orked?... kuatkah dia menerima darin untuk turut sama berkongsi tempat dalam hati muaz?.. muaz pula??
bintang? ****


iii)ANDAI DIA UNTUKKU
Rozita Abd Wahab Novelis
Olahan cerita yang sungguh tak dijangka pengakhirannya... itulah, bila penulis-penulis otai mencaca merbakan emosi pembaca, aduhai... tak tergambar dengan kata-kata... siapa sangka.....
Rania bertemu aidil dalam keadaan sungguh menyakitkan hati.. keretanya dilanggar aidil namun maaf langsung tak dilontar membuatkan rania mengugut yang kononnya akan viralkan gambar aidil di fb.. dipertemuan kedua bila aidil terlihat rania di sebuah kenduri, tercetus untuk membalas dendam.. sirap satu jag ditumpahkan dengan sengaja tanpa mengetahui yang baju dipakai rania punya nilai yg amat mendalam pada diri rania. Pertemuan ketiga aidil terlanggar lagi sekali kereta rania tanpa sengaja tapi kali ini aidil mahu meminta maaf untuk semua kesalahannya... dalam pada masa yang sama, khairul, jejaka yang amat diminati dalam diam dulu kembali dengan status duda anak satu... yang mana satu?...
bintang? ****


iv) TUNANG SESAAT
ANIS AYUNI
lagi satu nama besar dalam dunia penulisan.. siapa nak menyanggah kehebatan puan penulis dalam mengolah cerita, mengait bait-bait cerita apatah lagi nampak kajian dan rangka cerita yang nak dipersembahkan kepada pembaca.. bukan sekadar main hentam tulis saja...
Sofea, atau aku.. kecintaannya pada alam memang tak dapat disanggah walaupun ada rasa tidak selesa untuk mengikut temannya rohaida bercuti. Muzakir, dilihat sebagai pelangi yang muncul... mereka mula rapat.. namun, ada sesuatu berlaku... siapakah aliyya yang muncul dengan tiba-tiba?.. mampukah sofea menghadapi perpisahan dengan muzakir?
bintang? ***

Secara keseluruhan sebuah novel yang menarik garapannya dan suka membacanya... all the beat untuk semua puan penulis yang hebat!!
Profile Image for Qayiem Razali.
898 reviews86 followers
April 25, 2015
Naskah pertama yang dicapai saat kaki menjejak lantai pwtc. Dan pilihan antologi ini sangat tepat! Ditambah lagi yang mengarangnya novelis kegemaran saya.

DARI KERANA MATA - AISYA SOFEA
Cukup suka dengan kisah ini. Simple tapi bila kena sentuhan AS, sweetnya tetap ada. Kisah Orkid dan Firdaus yang membawa kita mengenal makna setia pada janji.

TETAPLAH DI SISIKU - ALEYA ANEESA
Kisah Orked dan Muaz. Jujurlah kisah ini paling berat antara semua dan berjaya buatkan air mata menitik. Kadang benci dengan Orked, tapi kadang tu kasihan kerana layanan emak sendiri terhadap dirinya.

ANDAI DIA UNTUKKU - ROZITA ABD WAHAB
Membawa kita mengenal sisi hidup Rania yang kecewa dengan cinta yang tak berbalas. Namun, cinta semalam itu kembali muncul. Tanpa diduga, datang pula cinta yang tak tersangka. Jadinya, mana satu cinta yang melekat di hatinya?

TUNANG SESAAT - ANIS AYUNI
Kisah Sofia dan Zakir. Tenangkah hati saat kasih mula dibaja, rupanya dia tunangan orang? Itulah yang terjadi pada Sofia. Apakah cintanya pada Zakir akan terlerai begitu sahaja?

Jujurnya, jika namanya antologi tidak semua naskah berkenan di hati. Namun, SAYANG tidak seperti itu. Saya suka dengan keempat-empat kisah cinta di dalamnya. Tahniah buat barisan novelis kerana berjaya menghasilkan kisah yang ringkas tapi menusuk ke jiwa.
Profile Image for Ana Anne.
58 reviews1 follower
May 20, 2015
Masa baca 2 kisah di dalamnya, rasa nak bagi 2bintang. Tapi bila baca lagi dua, rasa bolehlah nak bagi tiga.
.
Just finished reading. will review later.
2 reviews
May 15, 2016
Best. semua cerita best. just ending cerita ke-3, andai dia untukku tu sedikit hambar, for me ending yang tergantung. overall novel ni, tak rugi baca. ✌
Displaying 1 - 11 of 11 reviews