"Terima Kasih Si Babi Hutan...Tuhan Kini Aku Datang" adalah perjalanan surreal dan nyata Ismail Ariffin @ Lepat saat dia berada dalam amukan kegilaan merempuh dugaan bertimpa yang mengasak jalan takdir hidupnya sembilan belas tahun dahulu. Siri-siri hikayat "Al-Kisah Mereka Tak Kisah" ini telah dia tulis sejak dari tahun-tahun berikutnya yang naskah asalnya telah beberapa kali hilang, dibakar orang, ditulis dan hilang lagi hingga yang tersisa hanyalah apa yang ada di fikirannya sahaja. Setelah mengambil keputusan untuk men'sabatikal'kan dirinya ke sebuah pulau akhirnya naskah lengkap ini berjaya juga disiapkan.
Ia juga adalah medium asal tulis tangan sebelum adanya Facebook dan YouTube sebagai wadah bagi dia meluahkan amukan akal fikirannya serta menjelaskan pada umum (selain membuat sebuah album lagu yang tak pernah dirilis sepenuhnya) tentang apa yang telah terjadi padanya kerana dia sudah lelah dengan tohmahan serta ketidakpedulian mereka-mereka yang seharusnya membela nasibya saat itu.
"Nak tau kesemua beli la buku ni, bukan berapa det pun, tak kena GST aihh, sapa tak beli rugii...abih ceritaa." Kata dia saat diminta pendapat tentang "blurb" buku ini.
Sebelum beli buku ni, aku tak kenal pun Lepat. Masa nak beli buku ni, aku rasa Lepat ni mungkin die hard fans Bob Marley. Jadi mungkin ni buku reggae. Kisah budak reggae barangkali.
Bila dah baca, memang jauh benar tanggapan aku. Lepat merupakan seorang yang telah dianiaya dan dia adalah pejuang. Memang aku merasakan ini antara buku yang harus dimiliki oleh semua orang yang merasakan bahawa masalah mereka adalah masalah terbesar didunia. Harus dimiliki oleh mereka yang hidup dibawah stress dan tekanan. Juga bagi mereka yang merasakan agama mereka sudah sempurna, solat juga sempurna. Ini merupakan titik permulaan yang baru.
Baca ! fahami, hayati ! Kerana buku ini bakal mengajar anda erti survival. Semasa bahagian Lepat menderita, entah kenapa dada aku turun naik juga berasa resah. Ketika Lepat seolah bebas, aku juga bebas.
Terima kasih Lepat, terima kasih kerana mengajar aku apa itu erti survival.
Buku yang membuat manusia berfikir, apa yang dilihat di media, didengar di bibir2, bukan semua nya boleh dipercaya begitu sahaja. Cara terbaik adalah menemui si mangsa, bertanya kepadanya, kemudian, fikir-fikirkan la, renung2 kan la.
Buku ni bagi aku sangat berat & sedih, kalau nak diulas secara detail, pasti akan panjang & aku malas nak tulis. Diceritakan kisah sedih 1996 secara "novel", bukan style dokumentari. & aku rasa untuk bab2 "KAMI BUDAK2 BERGURU" tentang ilmu makrifat tu, pembaca perlu la mempunyai asas agama yang agak kukuh (bukan mcm saya), takut2 salah faham & "lain" pula jadinya. Rujuk la pak2 ustaz utk pencerahan. Buku ini mmg separa luahan hati & separa relijius. Itu sahaja.
p/s: Untuk bedah buku yg lebih mendalam boleh tengok video ustaz Noor Derus, serius, org yg tiada asas agama baca buku ni memang pening (pada bab KAMI BUDAK2 BERGURU). Nak diceritakan, aku kenal Ustaz Noor Derus pun daripada saudara Benz Ali yang suka mengkritik al-fadhil. Aku suka mengikuti saudara Benz Ali sebab walaupun aku banyak tak bersetuju dengan pemikiran beliau yang suka melawan arus, tapi post2 beliau banyak membuatkan kita berfikir. Kerana saudara Benz Ali aku minat Ustaz Noor Derus.
Satu lagi buku agama terbitan Dubook Press yang aku baca selepas La Adri. Walaupun buku ini berkisarkan tentang pengalaman penulis tetapi ianya padat dengan mesej-mesej dakwah. Aku mengikuti Ismail Ariffin @ Lepat sejak aku mengenalinya di Youtube video tentang anaknya Aminah sedang menyanyi lagu Burung Kakak Tua dialek Jerman. Sejak dari hari itu, aku terus-menerus mengikuti video-videonya sehingga hari ini kerana aku tertarik dengan cara dia mengajar Islam kepada anaknya.
Pada awalnya buku ini menceritakan tentang perjalanan surreal penulis di Kota London yang sedang membela haknya. Penulis menggunakan unsur-unsur alam sebagai simbolik seperti mana yang pernah dilakukan oleh Yann Martel, penulis buku Life Of Pie. Bagi aku penulis menggunakan simbolik unsur-unsur alam ni, contohnya berdialog dengan ikan paus, tupai, pokok kelapa, bulan, matahari, dan babi hutan adalah untuk memberi satu ruang untuk pembaca berfikir dan mengkaji buah fikiran penulis secara sisi pandang yang lain.
Bab berikutnya, penulis menceritakan pengalaman bagaimana dia telah diuji dan diperbodohkan oleh sistem politik Malaysia khususnya badan-badan agama demi untuk menuntut bela haknya. Pedih sekali ujian yang menimpa penulis dan aku fikir sesiapa sahaja yang menempuhi ujian yang berat yang bermain dengan jiwa dan raga pasti akan mengalami pengalaman yang sama.
Seterusnya, pada bab 'Kami budak-budak berguru' banyak unsur-unsur dakwah yang diselitkan dalam dialog diantara penulis dengan masyarakat sekeliling. Salah satu peri penting yang ditekankan oleh penulis ialah untuk mengenal atau belajar sebelum menjatuhkan sesuatu hukum. Walaupun terhad di dalam buku, penulis sempat menerangkan sedikit sebanyak tentang pengertian solat dimana ianya merupakan tiang agama yang mana ertinya sekaranng kian dilupai. Pada muka surat 204-205, penulis menceritakan tentang sifat konsumerism yang mana juga merupakan penyakit jiwa yang boleh membawa kepada kerosakan pada akhirnya.
Akhir kata, buku Terima Kasih si Babi Hutan (Tuhan Kini Aku Datang) merupakan sebuah karya tentang pengalaman penulis tentang penindasan, politik, sahabat, dan yang paling penting sekali cinta antara penulis dengan Allah.
Saya ghairah untuk mengetahui bagaimana pengakhiran cerita Lepat, adakah dia berjaya dia berjaya membawa anak kesayangannya tersebut, dan bagaimanakah dia akan'mengalahkan' Ahli Majlis Tertinggi tersebut. Namun akhirnya tergantung begitu sahaja.
70 peratus buku ini berkaitan keluhan,kekecewaan,sakit hati dan dendam. Jika kredit perlu diberikan, saya hanya berikan untuk teknik penceritaan bab awal sahaja iaitu pada imaginasi beliau bertemu paus, bertanya pada matahari dan bulan,berjumpa ular sawa yang sedang melilit harimau yang sedang membaham arnab,dan akhirnya babi hutan. Dua bintang untuk itu.
Satu bintang lagi, untuk penceritaannya berdasarkan realiti sebenar yang dihadapinya, menyebabkan membaca tulisannya ibarat kita sendiri sedang menghadapi tekanan.
Ketepikan soal makrifat fahamannya itu seketika, walaupun ada perkara yang tidak dipersetuju, keseluruhan buku ini masih baik untuk dibaca dan diambil pengajaran
Antara buku yang paling lama untuk dihabiskan haha. Kisah hidup beliau yang menarik cuma penggunaan metafora yang kerap dan berulang-ulang membuatkan cepat rasa bosan melanda bila dibaca.
Walau apa pun ianya tetap dicadangkan bagi anda yang ingin tahu kisah hidup beliau ini dari sisi beliau sendiri, bukannya dari sisi media sewaktu kes beliau ini sedang panas lama dulu.
Yang pasti, Lepat ini memang kuat orangnya. Hats off to you brother
Buku hasil tulisan Lepat sendiri sepanjang tempoh perbicaraan kesnya, isu perebutan hak penjagaan anak dan juga tuduhan “sesat” media ke atasnya. Lepat menyalahkan Majlis Tertinggi Mahkamah Syariah dan kelemahan pentadbirannya sehingga anaknya dapat dibawa lari dengan mudah ke England. Rentetan daripada itu, Lepat sentiasa berada dalam kesedihan dan seolah-olah menyalahkan tuhan, sepertimana kebanyakan orang lain ketika ditimpa kesusahan. Ikan paus, jerung dan ikan camar yang berada di lautan dan anak gajah, ibu gajah dan juga tupai yang berusaha untuk “membantu” Lepat yang sedang dihimpit kesusahan sehingga apabila babi hutan merempuhnya sehinggakan dia pengsan dan kemudian ditarbiah oleh pokok kelapa membuatkan Lepat sedar. Lepat juga menghadapi tohmahan daripada orang kampungnya berikutan terpengaruh dengan dakwaan bahawa Lepat telah sesat dan bagaimana Lepat mempertahankan dirinya. Inilah dua perkara yang melanda Lepat yang membuatkan fikiran Lepat kusut.
Aku jumpa sesuatu dalam sesuatu yang tidak aku fahami.
Lepat sememangnya menggunakan kesempatan yang diberi Dubook untuk menulis buku di bawal labelnya dengan penuh jaya. Hampir keseluruhan asas permasalahan yang menjengah benak Lepat kini dah diketahui oleh siapa yang membaca buku ini. Sekurang-kurangnya, sedikit sebanyak persoalan yang berlegar di kepala kita sendiri mengenai isu Lepat kini dah dapat jawapannya yang tersendiri (dengan mengambilkira ketiadaan ruang untuk beliau rungkaikan sebelum ini).
Aku bukannya pandai untuk merungkai persoalan Fekah dan Hakikat yang sememangnya jadi isu utama yang ditulis di dalam buku ini, namun aku juga tahu sesuatu yang ada dan wujud itu punya sesuatu untuk dipelajari.
Tanpa menyentuh terlalu dalam tentang persoalan Fekah dan Hakikat, aku jumpa suka dalam bayangan surreal Lepat tentang kejadian sebenar yang berlaku dalam hidup, dan juga quotes-nya yang bagus. Dua elemen ini menjadikan buku ini sebagai suatu bacaan yang baik.
Antaranya;
“Nah, ikan! Hang makan ni. Jangan makan apa yang depa tu dok bagi kat hang. Itu semua perangkap. Perangkap! Wahai ikan, janganlah sampai jadi mangsa hanya disebabkan rasa takut merasa lapaq”
“Cuba kita bertanya pada diri sendiri. Adakah waras kelakuan kita menghukum orang yang tak bersalah disebabkan kejahilan diri kita sendiri?”
“Inilah kita hari ini. Kita diajar hanya melafaz dengan tanpa mengenal. Kita dengar dan terima bulat-bulat. Padahal Allah ada mengatakan “Aku sangat suka pada hamba yang menggunakan akalnya”
“Jikalau kita tak tahu, kita bertanya. Kalau kita tak faham, tenangkan fikiran dan ulangi kajian”
“Seandainya kemampuan kita hanya pada tahap berbasikal, maka terimalah dengan hati yang pasrah dan rela. Kayuhlah dengan pasrah dan berzikirlah. Jika telah benar-benar sampai masanya bagi kita untuk bermotosikal, maka bermotosikallah kita. Jika kemampuan kita telah sampai ke tahap untuk memiliki kereta, maka dengan seberkas hati yang telah yakin akan tiada gangguan yang membeban, lalu berkeretalah”
Buku ini aku mula buka pada awal Ramadan, tetapi aku tukar pada buku lain sebab macam tak berapa faham apa yang ingin diutarakan.
Minggu lepas kembali sambung, baca perlahan-lahan sebelum doktor masuk kelas. Terus lekat dan tak sabar untuk mengikuti perkembangan cerita.
Perkongsian pengalaman hidup Lepat yang mana dia telah diuji sehingga terjejas emosinya, tambah pula dihukum sesat atas tuduhan-tuduhan yang tidak berasas seperti solat dengan hanya berniat. Penjelasan ilmu makrifat dan hakikat dalam buku ini adalah sesuatu yang baru bagi aku, mungkin selama ini hanya dengar secara kulit namun tidaklah aku bersetuju seratus peratus sebab aku nampak ada unsur pemisahan antara syariat dan hakikat.
Berkata Imam Malik r.a. : "Sesiapa yang hanya mengambil syariat tanpa hakikat, maka dia adalah fasiq, sesiapa yang hanya mengambil hakikat tanpa syariat, maka dia disifatkan sebagai zindiq, sesiapa yang menghimpun kedua-duanya, maka itulah sebaik-baiknya"
Berkata As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani q.s., "Tiap-tiap haqiqat yang tidak diperteguhkannya dengan syariat maka ianya zindiq."
Berkata Imam Junaid r.a. : "Barangsiapa mengetahui ilmu feqah (zahir syariat) tanpa mengetahui ilmu tasawuf (hakikat/batin syariat), maka sesungguhnya orang itu fasik. Dan barangsiapa mengetahui ilmu tasawuf tanpa ilmu feqah, maka sesungguhnya orang itu zindiq. Dan barangsiapa yang menghimpunkan kedua-duanya sekali (ilmu feqah dan ilmu tasawuf), maka sesungguhnya orang itu tahkik yang sebenarnya."
Apapun, aku memuhasabah kembali ibadah solatku yang khusyuknya entah ke mana. Petikan hadis kedua dari Arbain Nawawi, "Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau."
Selesai baca buku ni, belek rak mencari bacaan seterusnya. Buku Kaedah Sufi oleh Syeikh Rohimuddin, mungkin inilah jawapan kepada persoalan-persoalan sebelum ini!
TERIMA KASIH SI BABI HUTAN, setelah usai perenggan yang terakhir dalam buku ni, baru aku tahu sebab apa dalam masa 10 hari 10ribu naskhah telah terjual. Tahniah Lepat !
Buku ni mengisahkan perihal hidup penulisnya sendiri iaitu Ismail Ariffin @ Lepat. Watak utama yang menghadapi masalah dalam mempertahankan agama anak kandungnya iaitu hasil perkahwinan dengan Jane Brummit. Dalam usaha membawa pulang Sunni Sazali, Lepat terpaksa mengharungi pelbagai liku-liku yang membuatkan hatinya retak hari demi hari sehingga dia berkhayal dirempuh oleh si babi hutan dan memperoleh hikmah daripada peristiwa tersebut . Peristiwa itu telah menjadi asbab untuk dia terus berjuang membawa pulang Sunni Sazali ke tanah air dan ianya membuahkan hasil. Namun ujian yang diberikan tidak berakhir hanya disitu apabila sekali lagi berlaku peristiwa kehilangan anaknya di bawah jagaan pihak mahkamah sehinggalah dia dan keluarga difitnah yang kononnya mereka adalah sesat. Di sini kekejaman pihak yang berkuasa jelas diperlihatkan ditambah pula dengan tulisan-tulisan fitnah daripada media syaitan. Perjalanannya dalam mengharungi detik-detik sukar dalam hidup banyak ditemani oleh nasihat ayahnya iaitu Ariffin Ali yang mana sentiasa menasihati agar berserah kepada Tuhan dan memegang hikmah sabar sebagai kunci dalam mencari penyelesaian. Lepat kembali mendapat semangat baru setelah berlakunya peristiwa di pasar malam yang membuatkan dirinya berhujah dalam membela diri dan maruah ayahnya. Kebenaran ilmu yang dituntut dirungkai satu persatu demi membersihkan nama yang tercalar dan juga demi menegaskan kepentingan ilmu yang dituntut olehnya. Rentetan daripada itu telah menyedarkan sosok tubuh lelaki yang bernama Lepat ini bahawa hidup perlu diteruskan dan betapa perlunya dia redha dan serahkan seluruh perasaannya hanya pada Allah.
Sekali lagi terima kasih di atas naskhah yang hebat ini. -AZ- 12:47am/10.01.17
Lepat , secara jujurnya aku ikuti disebabkan majalah mastika. Dan akhirnya , wow , berjaya aku puaskan hati apabila membaca hasil tulisannya sendiri mengenai kisah : 1- Lepat sesat 2- Larikan anak Dalam satu malam berjaya habiskan dua ratus muka surat yang mana aku tangguh tangguh tangguh nak dekat sebulan lebih pembacaan buku.
Pertama, sebab sibuk terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti program anak yatim, program sambut hari raya aidilfitri sebagai ajk memasak, raya itu sendiri , exam , dan yang paling penting malas.
Aku ingat dah berkarat otak sebab dah lama tak latih membaca buku yang bukan medik.
Dari aspek penulisan: 1- Pertama kali membaca karya Ismail Ariffin , baru kenal titik noktah susah nak ketemu. 2- Tertarik dengan corak tulis yang menggabungkan bahasa baku dan loghat utara ( namun loghat utara masih dalam bentuk yang mudah , tidak terlalu pekat )
Isi yang mantap: 1- Cerita Mula- aku sangkakan novel fantasi dek haiwan yang mampu berkata-kata. Rupa-rupanya itu bahagian mula. 2- Suka akan mesej yang diketengahkan ; makrifat - hakikat. 3- Lepat berjaya membawa aku selami perasaan dia , perasaan menjadi golongan dicemuh. 4- Bagi aku, kalau seseorang penulis berjaya membuatkan pembaca rasa emosional maka penulisannya mantap. 5- Woi, Mat Daus! Aku geram lagi dengan kau ni. Mari!
Sebuah karya tulisan dari kisah benar seorang yang ditimpa ujian dari Allah swt. Ketika membaca tulisan beliau yang banyak memaparkan isi hati dan perasaan geram dan amarah yang amat sangat kepada puak berjawatan dan berkuasa namun hanya tahu menghukum dan lepas tangan apabila terjadi sesuatu masalah. Kita sebagai rakyat memang sudah biasa dianaiya oleh puak berjawatan dan kerajaan cuma yang membezakan kecil dan besar saiz penganaiyaan kepada kita.
Scene klimaks dalam buku ini apabila Lepat baru pulang dari pasar malam dan berdebat dengan Mat Dauf yang asyik mengulang ayat "kau pergi masjid pun aku tak pernah nampak" kepada Lepat. Aku rasa nak tumbuk jugak Mat Dauf ni kerana perwatakan beliau, tapi tak tahu saiz badannya besar atau kecik untuk aku debik.
Buku yang penuh dengan pengajaran dan mengenal sejauh mana diri kita terhadap islam, jangan hukum orang hanya melalui dengar buah mulut orang dan mainan propaganda media. Kalau ada naskah kedua harap ada scene repeat balik debat Mat Dauf dengan Lepat, kalau takde aku okey.
A fascinating account of personal challenges, society perception, hypocrisy, and internal struggle. Love the anecdotes and the in between stories and lessons from tales like those you read in The Alchemist. Love the local dialect used as it hit close to home. You can't miss the typical holier than thou characters like Mat Dauf.
Although this is not mentioned in the book I like what I heard from a video of Lepat sharing his thoughts, sounds something like below
"Kita dua2 makan pelam, pelam aku rasa lain, pelam hang rasa lain. Dua2 sedap dah kat kita. Cukup takat tu la, tak payah nak paksa orang makan pelam kita"
Buku yang bagi aku kemas mengambarkan betapa perit nya seorang ayah menjejaki anak nya. Padat dengan ilmu-ilmu agama yang buatkan kita rasa kerdil. Mungkin orang menganggap Lepat ni dah sesat. Tapi pada logiknya penjelasan demi penjelasan y cantik ditulis menafikan dakwaan tersebut. Overall, buku yang bagus. Sedikit heavy dengan ilmu-ilmu yang padat. Aku mengharapakan Lepat tulis buku baru mengenai macam mana dia bole berubah, dengan rambut dread lock, pegi ke Germany, start hidup baru, Azali, Aminah.. aku rasa itu separuh dari kehidupan baru dia.
banyak elemen pencerahan diri di dalam karaya ini.. dari segi tema, ia berhasil menghidupkan kelainan.. namun dari segi tatatertib karya novel, plotnya bercelaru dengan penekanan isu yg sering diulang2 dan tatatur plot amat menyukarkan pembacaan.
kupasan dan ulasan dari Lepat pasal kehidupan dan keperitan hidupnya yg ditempuhi dahulu.. menuntut ilmu perlu lah bijak,jangan berdebat tak tentu hala..
Buku ni ada 4 bab, pada bahagian pertama kalau kau baca macam baca kisah haiwan-haiwan (mungkin penulis cuma nak buat perumpamaan). . Klimaks buku ni pada bab terakhir "Kami budak-budak berguru". Kat sini mulalah segala jenis makrifat yang disandarkan pada penulis. Diterang dalam bentuk cerita. . Bagi komentar terhadap buku ni, aku lebih yakin pada komentar dari badan berautoriti, boleh baca sini https://m.facebook.com/story.php?stor... . Cuma ada beberapa perenggan yang baik untuk kita renungi... . "Kita nak mengenal Allah, bukan nak mengkaji Allah! Ramai yang menggunakan akal untuk mencari Allah dan ini adalah perbuatan yang batal. Ini hanyalah akan menemukan kita dengan kegagalan dan kekecewaan, kerana Allah harus dikenal, bukan untuk dicari!..." . Baca untuk tahu, Baca untuk beza hak dan batil, Moga kita dipelihara akidah dari ajaran yang menyimpang. . Wallahua'lam ##Letsاقرأ #syawalbookreview
Buku ini jelas menerangkan kekecewaan penulis terhadap ketidakadilan pihak berkuasa terhadap kes kehilangan anaknya yang dibawa lari keluar dari Malaysia. Betapa kecewanya dia dan berasa seperti dianiaya kerana sudah dua kali anaknya dilarikan.
Didalam buku ini pembaca dapat mengetahui cerita dari sudut penulis sendiri yang berlainan dari cerita dari media massa.
Didalam buku ini juga penulis mempertahankan dirinya dalam isu yang mengatakan dia dan keluarganya yang mengamalkan ilmu Makrifat dan dituduh sesat. Namun, ianya bergantung kepada pemahaman pembaca untuk menerimanya.
Namun apa yang pembaca akan teruja tentang membaca buku ini, adalah tentang bahasa yang digunakan, sungguh halus dan bersastera.
Harap semoga lebih banyak buku macam ni ditulis. Tapi faham kalau tak semua boleh terima jalan penceritaan macam ni. Ingatkan cerita mengenai kes hak penjagaan anak si penulis lepat je, tapi penulis masukkan unsur kita untuk menerima takdir dan khusyuk dalam solat tu. Suka dengan buku yang buat kita tak boleh guess dengan ending dan buat kita nak keep baca buku tu.
4 bintang untuk usaha menyebarkan ilmu makrifat. Daripada sudut cara penceritaan hanya 3 bintang kerana banyak pengulangan cerita yang mungkin menyebabkan buku ini sedikit bosan.