Jump to ratings and reviews

Kita Yang Disusun Semesta

Flora Humairah dan Dzulhanan Daneeyal membesar sebagai jiran dan sahabat; dua hati yang akrab dalam usikan, tetapi waspada menjaga batas.

"Silap-silap kau yang termimpi-mimpi sebab rindukan aku.” – Dzulhanan Daneeyal

“Kalau mimpi nampak muka kau, tu namanya mimpi ngeri.” – Flora Humairah

Satu pengkhianatan memaksa mereka diikat dengan pernikahan; bukan kerana cinta, tetapi kerana ada maruah yang perlu diselamatkan. Sayangnya, ini bukan penyelesaian mutlak.

Empat tahun terpisah dek salah faham dan rahsia, Flora membina hidup baharu sebagai pengusaha hotel kucing, menenggelamkan luka dalam kesibukan. Hanan pula menghilang tanpa penjelasan, meninggalkan isterinya dengan seribu persoalan.

Takdir menemukan mereka kembali di kota London. Pertemuan ini membuka semula luka lama, dan kebenaran demi kebenaran terungkai; termasuk nama yang selama ini tersembunyi sebagai dalang tragedi silam.

Namun, benarkah semua rahsia keji itu perlu dibalas dengan dendam? Atau semesta sedang mengajar mereka erti memaafkan sebelum benar-benar pulang?

596 pages, Paperback

Published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Deian Dyan

5 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (66%)
4 stars
10 (25%)
3 stars
1 (2%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Diniy Qistina.
243 reviews7 followers
July 28, 2026
Neighbours/Childhood friends to lover.

Flora Humairah dan Dzulhanan Daneeyal sudah mula berkawan sejak mereka lahir lagi. Rumah mereka memang sebelah-menyebelah je. Mereka pulak sudah seperti anjing dengan kucing. Pantang bertemu, ada je benda yang nak digaduhkan. Pot pet pot pet tak habis-habis. Gaduh-gaduh pun masih caring dengan each other.

Masa diorang form 4, diorang dah plan nanti nak ambil course perundangan. Flora memang nak sangat jadi peguam. Masuk universiti, diorang berjaya dapat course tu. Tapi ada sesuatu telah berlaku menyebabkan Hanan berhenti di saat akhir pengajian. Flora pula dia nak berhenti jugak tapi Hanan tak kasi. Makanya Hanan sekadar belajar kasi habis. Tapi dia takkan practice law. Dia tak nak dah jadi peguam!

4 tahun kemudian, Flora berjaya buka sebuah hotel kucing dua tingkat. Hanan pula dah 4 tahun menghilangkan diri entah ke mana. Mereka berdua hanya berkomunikasi dengan emel semata je. Tapi Hanan tak pernah abaikan Flora cumanya dia tak mampu nak berhadapan dengan Flora dan kedua-dua keluarga mereka. Jauh Hanan membawa diri untuk cuba ubati hati.

Beribu batu jarak memisahkan mereka, tapi dah nama pun jodoh. Pasti akan ketemu juga. Flora nakkan penjelasan dari Hanan tapi Hanan tak sanggup nak bagitahu Flora. Dia tak nak Flora jatuh ke lubang hitam paling dalam sekali buat kali kedua. Dia tak sanggup nak tengok betapa hancur remuknya Flora lagi.

Mula-mula tu rasa geram jugak dengan Hanan sebab gitu je tinggalkan Flora hadap semua benda. Rasa macam kejam. Tapi bila tahu kenapa, tersepit jugak situasi Hanan. 🥲
Memang agak main emosi cerita ni. 😔

Oh by the way, baca tu rasa macam familiar je Nurin, kakak sulung Hanan tu. Bila check kat Goodreads, rupanya Nurin tu ada kisah tersendiri juga. Nurin dan suaminya Airis tu watak utama dalam novel SAKURA. 😆

"... nasihat kebiasaannya datangnya daripada pendosa, yang bertaubat dan inginkan perubahan supaya keturunannya tak ulang kesilapan yang sama."
Profile Image for Fishball🐡.
41 reviews3 followers
September 13, 2026
Overall : 2.5

Bahagian 1 ( 3 start)

1. Saya betul betul invest dgn kisah antara Flora dan Hanan walaupun nama mereka buat saya tertukar jantina. Saya terhibur dgn dialogue lawak spoton, dan saya harap ianya lebih panjang lagi. Cat-dog relationship



Bahagian 2 ( 1 star)

2. Tapi memasuki babak kena cekup, hubungan mesra mereka terlalu drastik. 4 tahun. 4 tahun tanpa jumpa, tiba tiada kekok perang mulut dan mula berdialogu seperti pasangan hidup semati. Dari ‘bongaklah kau’ kepada ‘tak pernah sesaat aku lupakan kau’. Rasa tak realistik. Macam tak mutual. forced. Agak kecewa jugak sbb nmpk tak linear progress.

3. Bayangkan, kau PJJ dgn suami kau hanya sebab suami kau assume ‘you better without him’ dan kau pulak assume ‘he marry me not because of love’ Like? Bendo woii!! Cuba duduk berbincang! Aku tak bolehlah misunderstood sbb miscommunication, buat assumption sendiri, dah tahun 2026 kot. Mana ada lagi laki bini sakitkan hati sendiri dgn syok ‘aku lakukan ini atas nama korban’. Itu bukan korban, itu kau yg pilih nak seksa diri dan rumitkan keadaan yg boleh settle dgn berbincang. Hangin jugak baca bila tahu sebab lari ke London, hanya atas dasar ‘berkorban assumption’



Bahagian 3 (2.5 star)
4. Background story Hanan dan sedikit flashback zaman cat-dog Hanan dan Flora. Ini part paling best, terutama bab hujan dan cara Hanan teman Flora balik sekolah. Agak tersentuh jugak bab concern Flora tentang kandungan dia. Like very realistik punya concern sbb dia dah lalui fasa dengar buah mulut org terutama dari keluarga sendiri. Jadi perasaan dia tu mmg valid.

Tapi bahagian 3, saya dah baca cepat2 sebab tak sabar nak habis. Walaupun part3 lebih menarik, i still can’t hang myself much longer to invest in this story. Sedikit mati rasa sebab dah hilang spark kat bahagian 2


Overall, ianya sesuai untuk bacaan budak sekolah menengah dan pelajar universiti yg nak pada sweet-light conflict. Utk org yg dah dewasa, alam pekerjaan, saya lebih mencari pada plot. Untuk buku wattpad, mmg boleh bagi tumb up sebab penulisan kategori bagus jugak. Still a good book to give a try
Profile Image for evanna lee.
18 reviews
July 23, 2026
Another day, another review. Bestnya dapat baca malay balik, mula-mula macam intimidating juga dengan ketebalan buku ni, nasib baik font dia dah besar tak macam buku sebelum ni (font dia size macam series Kairos), so faham lah kenapa tebal. Tapi don’t worry best! Jujur cakap aku langsung tak tahu storyline buku ni masa IL keluarkan buku ni. But sebab tahu ada trope “forced marriage” so I’M SAT.

Flora dan Hanan membesar sebagai jiran dan juga kawan sebab diorang ni sebaya dan jugak diorang satu kelas masa zaman universiti, walaupun selalu bersama diorang ni, memang macam anjing dengan kucing ada je benda nak bertekak. Lagi-lagi masa awal bab, bergaduh pasal Saloma dan Boba, kucing punya hal pun jadi diorang ni nak bergaduh. Tapi as usual orang cakap kalau asyik gaduh in the end jatuh hati juga.

Nak dijadikan cerita, selepas diorang terpaksa berkahwin Hanan tiba-tiba tinggalkan Flora, dah lah empat tahun, kenapa kan? Tapi apa punca diorang kena kahwin tu korang baca lah sendiri tapi dah boleh agak plot kenapa diorang kena kahwin. Tapi ada seorang manusia ni pergi aniaya diorang. Sumpah alasan dia khianat Flora dan Hanan ni, tak justified langsung perbuatan dia, gunakan Flora dan Hanan ni as last resort untuk masalah dia dengan ibu dia. Tapi padan muka lah dia lah kena balik lepas dia buat macam tu kat Flora dan Hanan. Hancur hidup anak orang expect orang boleh HAHA HIHI dengan perbuatan dia.

Dzulhanan Daneeyal, selepas dia meninggalkan Flora, dia menetap dan bekerja di London sebagai pelukis, sebenarnya itulah benda yang minat dan bukan law pun, dia study law dulu pun sebab Flora yang ajak. Tapi disebabkan kejadian “hitam” tu dia bergaduh dengan mama dia dan salah diri dia rosakkan anak orang, dengan beban dia sebagai anak sulung lelaki (anak ketiga) yang sejak berumur 16 tahun dia dah kena pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk mama dia adik-beradik dia. Tapi conversation dia dengan Neena tu rupanya dia tak pernah merungut.

Flora Humairah, seorang pemilik hotel kucing. Suka watak Flora sebab dia jenis angkat kaki dengan tangan kalau orang cari pasal dengan dia. Macam waktu zaman sekolah kena kacau rupanya dia yang tumbuk mata si pengacau tu. Cita-cita nak jadi peguam hancur macam tu je sebabkan kejadian “hitam” tu, dan dia cuma habiskan degree je, tapi macam mana lah mental dia waktu dia habiskan degree tu sumpah depress dengan apa yang jadi. Empat tahun, dia tak tahu kenapa Hanan tinggalkan dia, tapi fortunately masalah ni tak meleret sampai penghujung, tengah-tengah bab dah settle heart-to-heart conversation antara Flora dan Hanan ni. Tiada siapa salah. Semua salah si pelaku tu.

Bermula dari London lah Flora dan Hanan finally berbaik sebab dah tahu sebab masing-masing dan Hanan cuba untuk stop salahkan diri dia, sebab dia rasa dia tak layak di label “mangsa” walhal memang dia mangsa.

Aku rasa part paling best masa Flora dan Hanan react to free riders untuk group assignment diorang, sebab free riders ni kena tahu, orang lain penat solve part dia last-last dapat markah sama siapa tak hangin. Tapi sebab kejadian pasal free riders ni la lead to that problem. Walaupun alasan si pelaku tu tak valid sampai nak libatkan Flora dan Hanan. DUH

Ini kali pertama aku baca karya penulis ni, dan surprisingly aku suka penulisan dia, ini cuma pendapat aku je, kalau best aku cakap best, kalau tak best aku tak cakap lebih-lebih. Tebal tapi anyone yang cari buku yang konflik tak serabut boleh cuba buku ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aqellisreading.
13 reviews
August 29, 2026
4.3 ⭐️
hanan dan Flora merupakan jiran dan mereka rapat dari kecil lagi. sekolah sama sama, masuk uni pun sama, pergi makan pun sama sama. tapi dorang ni selalu bertekak , asyik gaduh je. hanan pulak suka sangat usik flora katanya flora suka perempuan 😌

dan tiba ii saja pada satu hari sesuatu telah terjadi membuatkan mereka berdua sama sama murung. dianiayai oleh seseorang. tapi paling menyedihkan apabila mereka berdua asyik meminta maaf sedangkan masing ii merupakan mangsa keadaan.

hanan seorang lelaki bertanggungjawab. menjadi the only and only one anak lelaki dalam keluarga membuatkan dia perlu menjaga mama, kakak dan adiknya. bila dah berkahwin, semakin besar tanggungjawab dia.

kat sini aqell nampak author nak highlight kan betapa besarnya pengorbanan seorang hanan. mereka sama ii mangsa keadaan tapi dia perlu kuat demi flora.

sangat beruntung ya kalau dapat jumpa lelaki seperti hanan. 🥺 sangat bertanggungjawab . memang itu je lah aqell ulang 😭.

tapi aqell rasa mcm kena scam sikit bila baca buku ni sebab tengok orang kata comel je tapi tak sangka pulak plot dia agak menyakitkan jugak 😔.

sayang flora dan hanan ketat ketat. mereka memang purrrfect match 🫶🏼
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fiqa Najwa.
92 reviews
August 6, 2026
Dzulhanan Daneeyal 🥹 THE MAN YOU ARE ❤️🫶🏻🫶🏻 Daripada wattpad bawak ke novel i keep on falling in love with him

Good job author! Sebab ketengahkan isu tanggungjawab seorang wali. Gelaran wali hanya mengandungi 4 huruf, tetapi beban tanggungjawabnya sangat besar dan melebihi huruf-huruf tersebut. Tapi buku ni bukan berpaksikan cerita tentang seorang wali, ianya lebih kepada tentang kemaafan yang kita berikan akan menjadi tunjang untuk meneruskan kehidupan dengan lebih tenang :) Dendam tidak perlu dibalas dengan dendam, luka tidak perlu dibalas dengan luka. Kemaafan yang berjaya membezakan kita dengan orang yang telah melukai kita. Tak semua mampu buat sebab benda ni tak senang. Tapi orang yang menghulurkan kemaafan itu pasti akan mencapai ketenangan yang didambakan. Hihi

Btw ni first time saya baca karya Deian! Dan saya suka dengan penulisan beliau. Boleh dah pelan² lepasni explore buku beliau yang lain 👀
Profile Image for SilverBit_.
148 reviews1 follower
September 7, 2026
Bab 1 dia kelakar 😂 tapi dia macam foreshadow apa akan jadi dekat tengah cerita nanti. 😭

Lepas bab 1 ni kan, saya susah sikit nak teruskan pembacaan, so terus skip sampai part tengah2 yang Flora dah jumpa Hanan balik masa dekat London. Dari situ baru terus baca sampai habis, lepas tu baru start baca balik part yang awal2.

Sebab saya jenis yang tak kisah pasal spoiler, tu yang buat style macam ni untuk make sure saya tak dnf kan sesebuah buku tu.

Nasib baca dulu kenapa Hanan tinggalkan Flora lama sangat. Kalau tak mesti dah berbakul kene sumpah Hanan tu. 😂

Hanan… Hanan… Banyak yang dia tanggung lepas arwah ayah dia meninggal. Rasa macam nak peluk bagi kekuatan tapi tu lah, suami orang pulak. Dan yang paling penting? Hanan hanyalah lelaki FICTIONNNNNN!!! 😮‍💨
2 reviews
June 28, 2026
First time baca this author punya books, i give
❤️❤️❤️❤️❤️ for this one. buku yang banyak kisah buat kita tertanya from the start, might need to read the other book.

Love all the characters in this book, even the villain, suka mcm mana author describe that adira bukanlah villain yang patut diakasihani sangat sbb dia mmg salah, but her background story mmg sad tapi tk boleh justify yang due to that dia boleh hidup org lain mcm tu.
love ml so much, nk satuu pliss..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for aaaaash .
1 review
July 31, 2026
ITTTT SUPER SUPERRRR ENJOYABLEEE, I thought I will spend a lot of time reading it sebab tebal gilagila but overall I VERYLOVEEEIT 🥹🤎 easy to understand plot but you will never know how Hanan thinks, how Hanan protect his girl. Literally, you’re the man, Hanan. ANDDDD I very love how Flora handle her emotions when she saw Hanan, my Floraa..hopeboth my fictional characters always have a happy life <333
xoxo!
Profile Image for Fatihah.
5 reviews
September 17, 2026
Kesian jugak Flora dengan Hanan kena aniaya sampai Hanan bawa diri ke London. Konflik dia sebenarnya menarik, cuma sayangnya part reunion tu rasa macam terlalu mudah. Dah 4 tahun tak jumpa, sekali bila jumpa terus baik macam tak pernah jadi apa-apa. Rasa macam kurang depth dekat situ.
Profile Image for bunga..
34 reviews
July 30, 2026
i read this book before baca sakura. the romance, jokes & plot okayyy. i almost nak beri 5 ⭐️ but the reason why the plot happen seems so unnecessary for me..? so i rate 4.8 lah hehe

lawaknya, kenapa borak pasal kucing macam manusia 😭 MUAHAHA the beginning of the story tiba2 dah gaduh pasal nafkah? mengandung? i dah cuak siapa pula pregnant. awal lagi dah buat hal. NOHHH kucing hanan buat kucing flora bunting rupanya? haihlah.

plot dia i dah boleh agak sangat what happen after the time skip. cliche gituww. cuma itulah i tak puas hati sebab kenapa plot dia berlaku… but it’s okayyy, just enjoy the book kan? siapa suka childhood friends trope, this book is for you 👏🏻

overall i suka baca this story. the epilogue pun sejuk hati baca hehe. thank you deian dyan for writing this kiut miut story. tak sabar nak tunggu karya lain dari deian 🥰
Displaying 1 - 10 of 10 reviews