Aqashah Zuhair tahu bila perlu menekan brek atau memecut, kecuali dalam hal perasaan. Atlet lumba basikal yang cekap mengawal kayuhan ini langsung gagal mentafsir isyarat hati sendiri. Suatu kejadian malang berlaku, lalu dia pulang ke kampung sebagai atlet yang digantung.
Aina Jazleen, pembonceng setia sejak kecil dan pengacau tidak bertauliah, kini berhenti memendam perasaannya. Gadis petani kebanggaan kampung ini, menjadikan sindiran halus dan senyuman yang terlalu yakin sebagai senjata harian. Aqashah pura-pura tenang, walhal hatinya sudah lama hilang imbangan.
Ketika tempoh penggantungan tamat, Aqashah kembali ke arena perlumbaan. Namun, sebelum meneruskan perlumbaan, Aqashah membuat satu keputusan besar yang tak dapat ditangguhkan lagi untuk dirinya dan Jazleen.
“Walaupun sales jatuh teruk, orang memang dah tak nak dekat awak. Sekian, harap maklum.” – Aina Jazleen
“Tak ada sales pun, aku free aje untuk kau. Ambillah aku, okey? Please…” – Aqashah Zuhair
Adakah bahagia benar-benar menjadi destinasi mereka?
Another day, another review. Okay dah baca Destinasi Bahagia Kita, storyline macam cover buku green habis, dan trope buku ni childhood friends to lovers.
Aqashah Zuhair, seorang yang daripada kecil dia hidup tanpa kasih sayang mama dia, sentiasa menunggu kepulangan mama dia, tapi sampai dia dah besar pun, dia tak pernah nampak mama dia pulang. Tapi ada seorang ibu yang bernama Wardah, walaupun ibu tiri tapi ikhlas jaga dia dan kisah tentang Qash walaupun pada awal, Qash memang tak boleh terima. Hujung bab baru tahu the real reason kenapa mama Qash tinggalkan dia. Qash tinggal di kampung dijaga oleh Tok Ya, dan Qash menagih kasih sayang juga pada keluarga Jaz. Mak Ana dan Abah Ri memang sayang dan anggap Qash macam anak diorang sendiri, punyalah baik!
Aina Jazleen, watak FL yang paling green aku pernah baca. SUMPAH! Cara percakapan dia, bahasa kan diri dia “orang” tak pernah “aku kau” dan dia bukan tipikal watak perempuan, tak lemah, orang cari gaduh dengan kawan dia, Jaz akan stood up untuk kawan dia, contohnya kes gigit hidung (padan muka sebab mulut celopar). Setia pada Qash, 11 tahun dia tunggu Qash perasaan dia tetap sama waktu Qash akhirnya kembali. Jaz juga anak sulung yang bertanggungjawab, korbankan masa depan dia dengan ambil alih kerja abah dia.
DBK ni juga bukan cinta semata-mata je tapi ada juga persahabatan antara Qash, Jaz, Mira dan Helmi, selalu ada untuk sama sendiri. Walaupun diorang dah besar pun memang bertuah ada friendship macam diorang ni, dan betul orang cakap lelaki dan perempuan memang takleh berkawan je mesti suka jugak!
Zaman SPM Jaz actually sedar rupanya dia sukakan Qash tapi dia tak pernah confess pada Qash sebab taknak rosakkan hubungan sahabat diorang tu, tapi yeay actually dua-dua suka sama suka je, kalau tak takkan lah Qash mintak Jaz tunggu dia kan, sebab Qash nak capai impian dia sebagai atlet berbasikal. Tapi sejak Qash dah balik Jaz memang tunjuk perangai dia memang tengah mengorat. Qash pulak jenis malu-malu kucing. Lagi satu, suka dengan watak Qash sebab dia kuat menangis, tak segan nak menangis, orang selalu cakap lelaki tak boleh nangis but who cares, please no toxic masculinity here, everyone deserve to cry.
Overall the whole storyline fun to read, bagi aku memang tiada konflik antara ML dan FL, cuma I wish there’s more about Qash and ibu (Puan Wardah) bonding, sebab daripada kecil Puan Wardah selalu kisah dan ambik tahu fasal Qash. Siapa tak baca lagi, saya menyeru anda semua untuk cepat baca! Author lepas ni sila create lagi cerita yang cute supaya saya di sini boleh ajak semua orang untuk tendang angin!
i can say this book is sooo comel, dalam banyak2 scene, i paling suka scene diorang confess each other punya feelings dekat dalam dewan tu… and how chaos the moment is sampaikan tertekan mic satu kampung? allahu. sampai sini malu dia.
another thing i suka about this book is watak qash yg mcm nonchalant but not that nonchalant, faham tak? dia mcm acah2 takde perasaan but dia tak malu nak tunjuk that he actually cares for jaz. scene qash kasi jaz aiskrim potong depan kedai also syamira & helmi jatuhkan daun kari atas bumbung pun one of my favs!
this kind of romance lah i cari, lebih realistik. i love how the book portrays suasana kampung, hidup bermasyarakat and so on. well, i dah jemu baca novel pasal mafia, duda tak habis2
overall, i enjoyed reading this book. thank you hannam for writing this heartwarming romance story. kita doakan hannam terus maja jaya dlm menulis 🫰🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Cerita ni kisah pasal 4 orang bff, for me all for of them are main character sbb without another, diaorang tak complete, sumpah comel giler this story, part yg ter- on mic masa confess tu ya allah berguling gelak. love how both of them support each other for their dreams despite everything. kita suka cara author tulis cerita ni, hope to see another baby of u
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ini penulisan pertama daripada penulis ni saya baca! Best weh! Sangat light read with heavy plot. Heavy ke? Boleh la sebab dia pasal pengabaian kanak kanak.
Kisah Aqasha yang ditinggalkan oleh mamanya selepas bercerai dengan papa dia. Disuruh tunggu tapi akhirnya yang menunggu dibiar terkapai-kapai. Tak lama selepas tu, Qash dibawa ke Kampung Bayu Indah untuk tinggal dengan atuk dia. Dekat situ la dia jumpa Jazleen, seorang yang periang dan suka mengusik. Penceria suasana kampung tu la orang kata. Jaz dengan Qash membesar sama², daripada budak hingusan sampai sorang jadi atlet sorang lagi jadi ketua kampung.
Dah lama saya tak baca buku yang boleh buat saya terhibur sebenarnya. Gelagat Jaz dengan 3 sekawan ni memang menghidupkan betul buku ni HAHAHA. Dalam pada gelak² tu ada juga keperitan yang melanda! Sekejap kita gelak sekejap kita sedih sekejap kita rasa nak hempuk. I would say I have a great experience reading this book. Masuk scene kampung tu memang saya rasa macam duduk dekat kampung tu la.
Dan yang paling saya suka serta nak puji penulis ni kan, saya suka sangat scene acara berbasikal jalan raya tu. Lagi² tournament Tour de France tu. Penulis berjaya selitkan komentator punya dialog dengan watak punya dialog tanpa rasa janggal. Bila baca tu kita rasa smooth jeee ! Rasa macam kita tengah tengok acara tu dekat TV. Rasa berdebar dia fuh macam tengok badminton weh! Well done author. Saya daripada tak berapa kenal acara tu pon saya dapat sedikit sebanyak ilmu pasal berbasikal jalan raya ni. I'm really looking forward for your next book author! Thank you for writing this story! Orang nak kata cliche pon kata la but for me it's a good cliche. There's no plot twist here and there. Sesuai sangat untuk orang yang nak lari sekejap daripada realiti yang memenatkan 🙂↕️
Finished this in just 2 days, it is really what I needed to feel the warm and calm novel vibes. I love the concept and the storyline, the pace are all perfect for me. Oh my dearest Qash you deserves the best things for you, his backstory was so touching for me the author really portrayed his feelings well. Jazleen is like a fresh breeze of air for Qash, her healing him slowly as they grow alongside each other in the village. I honestly went into this book not thinking it would be THAT good ,but it is. By the choice of words from the author about the village,it felt like as if I was also there in their world. I love the friendship between all 4 of Qash, jazleen,Helmi and syamira ,they are all just one tiny family, with each other parents (except Qash ) I was glad that everyone is nice to him and how jazleen always stood up for him whenever he gets bullied or smh. Their younger days ended without realizing , spending days and years together and finally him pursuing his dreams outside the village while she stayed . I like the trope, a cycling athletes x village leader?? Sign me up. Never thought I'd ever came across this combo but it sure served me right. Those older days of them are so beautiful, reuniting and just counting days to be together all again, his never ending cycling tour and cycling journey. Honestly this is sooo beautifully written, that ending was topnotch I just felt like Qash and Jazleen just complete each other missing pieces like puzzles. Actually wished I can give Qash a good hug for what he went through
Rasa macam nak peluk Qash sebab berjaya harungi semua benda yang buat dia terluka. Thanks to Jaz, Mira & Helmi sebab ada dengan Qash dari kecil lagi. Diorang memang protect Qash habis-habis. Qash tak rasa kasih sayang seorang mama & papa dia, tapi Qash dapat rasa kasih sayang dari Tok Ya dan keluarga si kembar tu.
Btw Qash comel gila bila kena mengorat dengan Jaz & masa dia jeles. Muka & telinga dia automatik merah. Dia sayang betul dekat Jaz tapi malu-malu nak confess haha. Nasiblah ada Jaz yang memalukan daripada pemalu 🤣
Takde orang lain yang boleh setia tunggu Qash selama 11 tahun tanpa sebarang ikatan yang special. Jaz sorang je mampu buat benda tu. Jaz ni walaupun perangai dah macam lelaki, tapi bila dengan Qash, keluar semua perangai perempuan dia. Agak cringe + comel bila dia keluarkan mood nak gatal & gedik dia dekat Qash. Paling kita suka scene yang satu kampung dengar luahan cinta diorang, tapi semua pakat-pakat buat tak tahu sebab nak tengok perangai diorang haha.
Thanks to Mira & Helmi yang selalu support kawan & kembar dia dari kecil lagi haha. Tak sia-sia ya dulu kena paksa dengan Jaz untuk jadi budak kompang dan tok kadi. Masa besar terpaksa hadap drama cringe diorang pulak. Nasiblah Mira & Helmi pun happy ending.
CERITA NI SUMPAH COMEL! Macam K-drama yang selalu kita tengok. Banyak scene-scene yang comel kat K-drama ada dalam buku ni. Tak payah cakaplah, kita punya pipi ni hampir cramp sebabkan baca buku ni. Jaz sumpah macam Hong Bangjang dalam Hometown Cha-Cha-Cha! Semua benda dekat kampung tu dia buat.
Ini review jujur yang saya boleh bagi on this book. Personally, waktu saya beli buku ni, I have no high expectations on it. Saya beli sebab saya suka suasana kampung, and the cover looks good tho. Dengan harapan buku ni best. And bila ramai orang review buku ni kata best, saya jadi makin tertarik untuk baca, and yes I gave this book a chance. So, dekat sini my expectations went higher because of orang lain punya review kata best apa semua tu. But, I'm sorry kepada author, I rasa macam this books overhyped. Bila saya baca macam, ala kenapa macam ni. Jujur, pada saya, buku ni tak best. Agak bosan juga huhu. Banyak scene yang meleret. Scene yang sepatutnya dah boleh habis, ditulis meleret-leret. And yes, ada scene fluffy yang awal2 buat saya tendang angin, but bila dah dikaburi dengan scene draggy yang nonsense tu, saya rasa macam bosan. And dekat ending yang scene basikal tu, god, it's super duper boring. I'm so sorry kepada author, but I rate this book as 1.5 star only. Hope this review boleh buat author berjaya satu hari nanti.
i really love this type of book yang childhood friend and kampung vibes
Gaya penulisan hannam pun best sangatt senang nak faham. dah 5 kali i nangis baca buku ni HAHA padahal buku ni romcom.. kesian sangat dekat qashh
Cuma yang i rasa kurang qash tu should put more effort untuk jazz and i more prefer if penulis banyak kan lagi bgtau isi hati ml more than fl tapi all over best je and comell
Also cerita ni kan sport romance and bila part sport tu i skip jee HAHA sbb i tak minat n tak faham sangat pasal bicycle nii tapi good job for hannam cuz kaji dulu about everything so cerita ni logik and tak merapuu thank you hannam
Just finished reading the book. Honestly, it meets my expectations for this book. The way the author describes each scene and situation helps me to imagine the story better. I would give it a 9/10, minus 1 because I wish the author would write more about Helmi and Syamira. Maybe just a simple chapter about them getting married or else. But overall, it's a good book to read 😬👍🏼
Story ni bukan tak best, tapi slow. Aku letak high expectations sebab novel Doa Sang Kekasih tu best. Tbh, aku lagi suka novel DSK dari DBK. Penulisan dalam DSK tu cantik sangat. A mature couple. Penulisan dalam DBK ni kureng sikit, bawah dari DSK. Banyak scene yang meleret.
Overall, ok la. Sampai tengah-tengah pages tu baru feel, baru buat aku nak tahu keseluruhan jalan cerita.
This entire review has been hidden because of spoilers.
I love how buku ni takde unnecessary conflict or misunderstanding, both lead also have good communication and tak buat sakit hati or anything except certain side characters yg ada dalam ni but overall this is a great romance book for someone who's easily cringe by romance.
gila ah buku ni, tengok cover je dah boleh senyum senyum macam orang gila after dah habis baca buku ni 😭 thank you for making this book okie 🫶🏻
LURVE!!! its so cute lagi lagi sebab diorang dah kenal dari kecil. even dah besar pun both still relies on each other and wait patiently sampai ke jinjang pelamin hehe.