Jump to ratings and reviews
Rate this book

Firasat

Rate this book
“Adakah kemajuan akan memadamkan iman, atau firasat menjadi kemudi kepulangan?”

Di celah kebingitan Singapura, Firasat, seorang noja masjid sederhana, menyimpan anugerah langka. Ketajaman mata batin miliknya membuatkan hidup bukan sekadar hitungan logik, tetapi naskhah kekuasaan Tuhan. Namun, ketenangan Firasat terusik apabila anaknya, Ilham mula melihat tanah warisan di Pasir Panjang sebagai aset bernilai 15 juta dolar.

Di bawah tekanan pemaju licik, Ilham terpaksa membuat pilihan. Kemunculan Hazwani, tunangan Iham merangkap wartawan cekal menambah pergolakan sedia ada apabila dia memikul rahsia perubatan MRKH dan trauma jenayah seksual.

Berjayakah Firasat menunjukkan jalan kepada Ilham? Adakah Ilham akan mengekalkan jati diri atau menumbangkan sejarah demi kondominium mewah? Mampukah Ilham dan Hazwani bersatu?

Naskhah ini mengkritik tajam realiti Singapura moden. Daripada isu pertembungan nilai konservatif — liberal berkaitan LGBTQ, pemansuhan Akta 377A, kebergantungan kepada sistem politik GRC, hingga kegelisahan masyarakat minoriti yang terhimpit oleh kerakusan arus urbanisasi, Firasat dihidang sebagai renungan.

289 pages, Paperback

Published January 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Isa Kamari

29 books83 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (22%)
4 stars
6 (66%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (11%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Farid Akram.
123 reviews17 followers
August 25, 2026
"Firasat itu seperti pisau. Jika lama tak digunakan, akan menjadi karat. Jika salah gunakan, akan melukakan tangan, malah boleh membunuh."

Lama juga renung, fikir apa yang patut diceritakan tentang novel Pak Isa Kamari ini.

Jalan ceritanya mengisahkan perjalanan hidup seorang tua (dah macam tajuk novel Azizi Abdullah) yang bernama Firasat atau dipanggil Pak Sat.

Pak Sat dikurniakan Allah SWT firasat atau gerak hati yang tajam—yang membantu beliau melihat aturan alam ini dengan lebih luas.

Ketenangan hati Pak Sat berkocak dek beberapa peristiwa yang terjadi, melibatkan Ilham, anaknya, harta warisan, Hazwani, tunangan anaknya, dan pelbagai lagi.

Pak Isa menutup novel ini dengan pengakhiran yang cantik bagi saya—sebagaimana ia bermula dengan ketenangan, akhirnya juga begitu.

Novel ini pun menyentuh sedikit isu sosial masyarakat minoriti Singapura—Pasca pemansuhan Akta 377A, Sistem GRC dan pembandaran yang rakus. Tapi, saya tak pasti keadaan sebenar yang dilalui oleh mereka.

Saya percaya, Islam mengajar umatnya mampu lentur untuk menyesuaikan diri dengan akar yang mendalam.
Profile Image for F. Syaza.
25 reviews
September 13, 2026
Saya suka novel ni except terlalu banyak puisi dan banyak word “firasat”. Watak utama nama Firasat — perbincangan tentang firasat juga banyak. So basically firasat di mana-mana. Hence lose 1 star because of it.

Overall, mesej yang disampaikan jelas. Kisah ringkas yang ada kaitan antara satu sama lain. Novel ini bersifat mendidik dan ada unsur dakwah.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews