“Kebodohan bukan sumpahan. Ia pilihan.” Di Kampung Tuna, kata-kata adalah ancaman dan buku adalah abu. Di bawah pemerintahan kuku besi Raja Sadiq, ilmu pengetahuan dibakar supaya rakyat terus diperhambakan. Namun, bagi dua pemuda bernama Wan dan Di, rahsia pembebasan bangsa mereka tersembunyi dalam halaman terakhir Khazanah.
Mereka merentas padang pasir menuju Bakkah dan menjejaki Khazanah, kitab legenda yang dikatakan mampu mencetuskan revolusi. Namun, sebuah kesilapan pembacaan telah melemparkan mereka merentasi dimensi — dari dunia Wilayah Tala ke sebuah farmasi komuniti di Kuala Nerang, Kedah. Mampukah mereka pulang sebelum Raja Sadiq menghapuskan Kampung Tuna?
WANDI yang membawa kita merenung kembali kekuatan setiap aksara, adalah naskhah yang sarat dengan falsafah dunia perbukuan, fantasi dan aksi perang.
Saya pernah mengikuti polemik antara penulis dengan Benz Ali tentang adegan lucah dalam penulisan. Mungkin terhasilnya novel ini adalah bagi menjawab kritikan yang pernah dilemparkan kepadanya.
Dua dunia melatari novel ini. Di satu dunia, seorang Aidid mengisi ruang waktunya dengan membaca sambil menjaga farmasi di ceruk kampung. Satu dunia lagi, Wan dan Di yang mengembara dan berjuang melawan kezaliman seorang raja. Kedua dunia ini berhubung melalui sebuah kitab yang bernama Khazanah.
Jalan ceritanya ringkas dan menarik. Cuma ada beberapa hal yang saya fikir patut dicatat di sini.
1) Dunia WanDi boleh diceritakan lagi dengan lebih mendalam tapi padat. Sebagai contoh, bagaimana Raja Sadiq boleh jadi raja, apa anutan penduduk dunia tersebut, negara apa yang ada, kuasa yang dimiliki penduduk kampung Tuna dan sebagainya.
2) Karya yang bagus tidak semestinya perlu banyak berkhutbah dan penuh perdebatan walaupun faham penulis cuba sampaikan kritikan sosial sebenarnya.
3) Walaupun dunia WanDi bukan sebuah dunia yang nyata, tapi penisbahan jumlah tentera dan penduduk pun perlu berpijak di bumi yang nyata.
Raja Theoden sendiri dapat mengumpul sejumlah tentera yang sedikit dari seluruh Rohan sewaktu mengasak angkatan Mordor yang berjumlah puluhan ribu di Minas Tirith.
Akhir sekali, tahniah diucapkan kepada penulis dan ayuh dapatkan novel ini untuk merasai perjalanan Wandi dengan loghat utaranya untuk menumbangkan kezaliman!
Agak banyak juga isu dengan buku ni. Mungkin sebab dia nipis kot. Pertamanya taktau focus buku ni yang mana satu. Pengembaraan antara Wan & Di (agak comel tajuk buku ni combine nama dua kawan ni) atau pasal Aidid the pharmacist?
Banyak sangat persoalan yang tak terjawab (from me) 1. Kenapa Wan-Di kena keluar dari Kg Tuna ke Bakkah dan cari Khazanah kan. Jadi apa yg special dengan bila dorang return balik untuk fight raja zalim. Apa beza bila dorang tak pergi time travel pun? 2. Karakter Aidid. Aidid ni kerja dekat farmasi, suka baca buku dan pandai berdebat (like very good in islamic way) cuma contradict betul bila dia macam tak reda apa yg jadi dengan adik dia. I guess no human are perfect la kot. 3. Dan lelaki memang akan suka gaduh kasar ke walaupun kawan baik. lol