Kapten Al Barra' Tersungkur Di Medan Setia Biasanya Tersungkur di medan perang ni lain eh.. hahaha (gelak² nak sedapkan hati selepas habis baca novel ni) Pertemuan bermula di set penggambaran filem yg Ririn jd pelakon utama, kapten Al Barra sebagai penasihat. Selamat filem habis shooting dan filem di tayangkan tiada lg hubungan selepas itu..tp Ririn kan pelakon pandai berlakon utk create content bg peminat dia sentiasa bg perhatian dkt dia.. attention seeker selepas kena tinggal dgn ex boyfriend yg kaya raya tu.. Ririn - FAKE FAKE FAKE 🤥 Perkahwinan yang berlandaskan FAKE feeling semata mata Masa Ririn mengandung tu, duk terfikir betul ke anak Al Barra ni, sbb Ririn kan pandai bab² manipulasi ni..tp alhamdulillah betul anak Al Barra. Kalau bukan anak Al Barra tu, memang kena carut lah Ririn tu dgn aku..geram giler.. Al Barra pun setia cinta mati sangat jgn jadi bodoh sebab cinta..kesian kat kau Al Barra Padam muka Ririn kena cerai tanpa another second chance Berbahagialah Al Barra dgn anak sahaja Lily Aralyn Bak kata Rania - Ayah dan anak rare Karya Kak Rose memang tak pernah mengecewakan begitu detail ML - Green Forest FL - "Red" Devils
Kapten Al Barra' Rose Harissa HA Publication 27/6/2026 (1330H) - 30/6/2026 (0730H) M/S 779
Genre: romance, fighter pilot life, glamour actress life, manipulation marriage
ML - Kapten Al-Barra' bin Malik FL - Ririn Fadila Fadil (arrrgggggg sebenarnya tak boleh brain watak sebegini diolah jadi FL)
Apabila dua dunia berbeza bertemu tapi dengan tujuan yang tidak sama. Watak yang lebih agresif dan tiada empathy akan jadi lebih dominan tanpa ada nilai tolak ansur sedikit pun.
Ririn Fadila dengan kehidupan yang sentiasa mencari glamor dan di bawah spotlight. Sisi gelap yang ditutup dengan personaliti ratu. Semua mesti sempurna dan kehidupan depan kamera adalah makanan dia. Dan entourage dia antara watak-watak antagonis yang memang patut dapat balasan setimpal. Sebab tu orang kata, nak menjadi baik kena berkawan dengan orang yang lebih baik.a
Kapten Al-Barra', fighter pilot yang hidup dengan peraturan dan berstruktur. Topgun terbaik dalam skuadron. Namun dia terperosok dengan persona aktes terkenal itu. Sikap terlalu percaya memakan diri.
" Aku kenal kau. Kau bukan jenis ambil kesempatan. Kau ni dekat udara aje agresif. Dekat darat, lurus sangat." Ayat ini memang menggambarkan karektor Al-Barra' secara keseluruhan. Nasib baik bila berkenaan anaknya, dia tidak berkompromi.
Arggggggggg, rasa nak menjerit aje sebab rasa penamat Ririn tu terlalu lembut. Kenapa, kenapa, kenapa????? Kita nak dia rasa lebih pain dari apa yang dia buat pada keluarga kecil dia tu.
Patutlah dari awal Che Rose dah warning, memang pain kali ni watak hero top fighter pilot ni.
Extra parts di belakang pun tak mampu nak hapus rasa kecewa 😭.
Keseluruhan karya ini hidup, dan KakChik tetaplah tersenyum tendang angin pada bab pertama di dalam buku kedua. Itu memang signature Che Rose. Simple tapi ada manis tanpa langgar batas.
4.75🌟/5 sebab tak puas hati penamat untuk watak Ririn 🥴 dan dalam buku kedua ada beberapa typo serta kesilapan tatabahasa.
Pesanan untuk Che Rose, KakChik tetap tunggu Kapten Hamizan 🤗.
Ini kisah tentang Kapten Al-Barra' seorang juruterbang pesawat pejuang SUKHOI SU-30MKM FLANKER dari skuadron jet pejuang (TUDM) dengan call sign 'RAZE' di Pangkalan Udara Gong Kedak, Pasir Puteh Kelantan yang tersungkur kerana CINTA BUTA.
Apa yang aku boleh tulis di sini, cerita ni ada 2 buku ya. Buku 1- kisah diorang ini memang 'mendera' jiwa dan raga aku je tau, berjaya buat aku benci dan 'sakit hati kaw kaw' dengan watak Ririn yang 'a very good pretender' ni. Aku sebenarnya nak marah pun ada, kasihan pun ada dengan Al-Barra' ni kenapalah naif sangat, mudah sangat percaya kata-kata dari mulut perempuan cantik yang pandai pujuk rayu terus terpedaya jadi lembik adoooiiii.😠😞😭
Buku 2 - 'true color' Ririn tersingkap selepas perkahwinan mereka. Walaupun aku sedih dan kasihan dengan kisah Kapten Al-Barra' yang telah diperbodohkan dan dikhianati oleh isteri yang dipercayai dan dicintai sepenuh hati. Namun, aku tersangatlah gumbira dengan akhiran kisah ini bila Al-Barra' jatuhkan talak setelah sedar dirinya telah tersalah menilai dan memilih malah berjaya dapatkan hadanah hak penjagaan anak perempuan mereka, Lily Aralyn. Bak kata Rania si jurutera baru jet Kapten Al-Barra', ayah dan anak memang RARE species he he he. Macam ada sambungan je😉.
Kepada semua Encik abang di luar sana tu, jika nak cari isteri jangan 'tangkap muat' je ya. Perkahwinan adalah komitmen seumur hidup. Memimpin rumah tangga bukan sekadar tentang kasih sayang je. Salah pilih nanti boleh menyesal dan kecewa di kemudian hari. Selidik dulu latar belakang dan pastikan kita benar-benar kenal calon yang nak dijadikan isteri tu ya. Dalam Islam, sebaik-baik pilihan adalah yang memiliki agama dan akhlak yang mulia. Bukannya pilih cantik, manja, seksi dan popular je. Jangan jadi seperti Kapten Al-Barra' ni ya sampai tersungkur di medan setia haru jadinya😭.
Lelaki walau macam mana pun tetap kalah dengan perempuan, apatah lagi perempuan tu cantikkk
Perempuan walau macam mana pun tetap kalah dengan duniawiii
Al-Barra' ni aku rasa dia patut tegas dari awal, mungkin sebab tak nak bergaduh
Ririn ni kalau dia terpisah dari circle dia aku rasa masih boleh diselamatkan, dia tewas lebih pada kata2 orang sekeliling
Masuk bacaan buku kedua, walaupun aku tahu Ririn ni fake tapi tetap tak nak dorang berpisah (terbaca spoiler) dan aku tak tahu kenapa aku tak benci watak dia, tapi makin baca makin aku rasa macam ehh perempuan ni 🤣
Terima kasih untuk part bonus tu, tahu cara penulis nak pujuk pembaca supaya boleh terima tak semua hero heroin akan happy ending, 🥲
Tapi kenapa tak buat part bonus pasal Ririn juga ekk, hahaha. Tak lah mengharap dia insaf cuma lebih nak kehidupan dia apa jadi selepas berpisah dengan suami dan anak.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ririn Fadila seorang pelakon terkenal bertemu dengan Kapten Al Barra seorang juruterbang jet pejuang dalam satu penggambaran filem.
Normal lah lelaki siapa yang tak tertarik dengan kecantikan seorang wanita pujaan ramai dan apabila Barra tengok effort Ririn approach dia, sampai sanggup datang rumah dia kat kampung jumpa emak bapak dia then Ririn sendiri yang ajak Barra kahwin. kiranya time ni Barra ni fall in love habis dengan Ririn terus terima Ririn tanpa selidik latar belakang Ririn.
masalah Kapten Al Barra terlalu baik dan terlalu naif untuk tepis godaaan dari perempuan bernama Ririn. nak kata apa kan Cinta itu buta lagi membutakan. dari awal lagi aku dan angin dengan perangai si Ririn senget ni sebab dia ni FAKE giler.
ntahlah sangat kesian ye dengan Al-Barra perghh sakit hati betul macam mana Ririn layan Barrra sepanjang perkahwinan mereka tapi part Barra ceraikan Ririn tanpa fikir dua kali rasa puas hati. at the end, Barra bahagia hidup dengan dunia dia dan anak dia. harapnya ada novel ni ada sambungan untuk part Kapten Al Barra dengan Rania.
Alhamdullillah. Dah hbs baca kapten Al Barra ni. 5*. walaupun pain tapi pain yg best. heroin kali ni red flag. selalunya bila habis baca biarlah tak ada sambungan tapi kapten al barra ni nak Kak Rose Harissa sambung lagi. macam tak puas tengok Ririn ni ni play victim.
Biarlah sambungan kapten Al Barra ni dgn Rania. Baru sekufu. Biar Ririn ni putih mata. baca cerita ni memang geram tapi geram yang best.
Kapten Al Barra' (Part 1) Tersungkur di Medan Setia
Sejujurnya, tak pernah lagi kalau Kak Rose release buku, Kirah hold dan tak rempit macam selalu. Tapi kali ni, dengan tersebarnya khabar angin dan pesanan daripada Kak Rose sendiri yang kata cerita ni boleh menggoncangkan segala isi hati dan kesabaran juga memerah organ mata, jadinya Kirah hold sebab tak berani nak baca. Takut murung weh!
Tapi hampeh, bila dah start page 1 dalam masa kurang dari 24 jam, dah boleh habis buku pertama. Cis. Aku tengah shaking ni nak buka buku yang kedua. Sebab Kirah tahu, dekat situlah dunia Al Barra' akan runtuh dan Kirah pun tersepit bawah batu-batanya HAHAHA.
Kalau sebut pasal watak main lead dia sahaja akan jadi spoiler bagi Kirah. Jadi spoiler warning!
Dalam buku pertama, kita dah disajikan dengan ketangkasan dan kejituan semangat Al-Barra', seorang pemuda yang berazam untuk menjadi juruterbang jet pejuang dari kecil lagi. Berjaya? Semestinya dengan usaha dan azam yang tak pernah ingin menyerah.
Pernah bercinta, putus, sambung, putus lagi dengan orang yang sama sampai Al-Barra' rasa, cukuplah sampai sini saja. Tak mungkin bekas kekasihnya faham tuntuan kerja hakiki yang memerlukan Al-Barra' untuk berkhidmat untuk negara tidak kira masa.
Dan bagi Al-Barra' juga, tanggungjawab pada negara lebih penting daripada cinta.
Menjadi penasihat untuk filem Legasi Pejuang yang mengangkat tema ketenteraan, Al-Barra' bertemu dengan Ririn Fadila.
Ririn Fadila si perempuan red flag, manipulatif, attention seeker, perasan cantik, busuk hati, munafik, penipu besar, berlagak, penuh tipu helah, mulut manis tapi berhati bangkai, gila.
Tahan aku cepat, sebab kalaulah dapat masuk dalam buku ni ... Sakit Ririn Fadila ni nanti HAHAHAH.
Begitulah tahap rengsanya Kirah masa watak Ririn ni lalu-lalang dengan segala pelan licik dan busuk dia tu. Serius, benci ko. Berani ko aniaya Al-Barra'!
Demi reputasi, glamor dan perhatian ... Ririn sanggup buat apa saja, asalkan Al-Barra' jatuh ke dalam genggaman tangannya.
Overall, buku pertama yang buat Kirah meringis, bukan sebab apa. Sebab kesian dekat Al-Barra' weh! Korang bayangkan Al-Barra tercampak dekat savanna yang penuh dengan binatang buas. Singa, harimau, hyena.
Dan kau pula duduk dalam van berjeriji, selamat. Tapi nak tolong bisik kat member tu yang dia kena aniaya tak dapat.
Cis!!
Sebab tu rengsa tu. Tak sanggup nak tengok dia tersungkur dalam medan cinta ni 😭😭😭
Big applause untuk Kak Rose Harissa sebab Kak Rose antara penulis (bagi Kirah penulis paling pandai) reflects pemikiran dan tindakan seorang lelaki walaupun bukunya ditulis oleh penulis wanita. Watak perempuan tidak perlu disangkal lagi, memang real do'oh. Tapi untuk watak-watak lelaki dalam buku-buku Kak Rose selama ni, memang tak rasa macam watak tu 'direka' daripada sudut pandang dan emosi seorang wanita. Memang nampak macam orang lelaki sendiri yang represent diri dia dalam buku ni. Cara berfikir, tindakan Al-Barra', penerimaan terhadap perempuan yang bermula dari attraction ... Semuanya di-potray dan di-deliver dengan baik sekali.
Walaupun Kirah tengah ketor-ketir nak selak sambungannya, perjuangan ni tetap perlu diteruskan. Siap sedia besen, nak tadah air mata 😭
Kapten Al Barra' (Part 2) Tersungkur di Medan Setia
Fuh, cover yang comel. Warna putih bersih tak melambangkan ketulusan dan ketenangan kisah Al-Barra' dalam bahagian kedua. Ribut! Petir! Taufan!
Dalam part satu kita disajikan dengan lakonan seorang Ririn yang hanya mementingkan nama, reputasi, dan populariti walaupun dalam perkahwinannya sendiri. Bukan lagi lakonan di atas pentas drama mahupun filem.
Di sinilah terkoyaknya topeng sandiwara yang dipakai Ririn apabila tugasan dan tanggungjawab kepada negara menuntut diri Al-Barra' untuk bertugas setiap kali dipanggil.
Penyamaran yang selama ini sengaja dibuat-buat di hadapan Al-Barra' kian terobek apabila keinginannya mula disanggah. Pendapat mereka juga mula bercanggah. Ririn rasa dia tidak disokong suami sedangkan apa yang Al-Barra' fikir dan lakukan, hanyalah kebaikan untuk keluarga mereka sendiri.
Bermulalah pemberontakan, akal-akalan licik untuk mendapatkan semula sesuatu yang tak boleh diperoleh daripada sang suami. Dosa dan natijah, segalanya ditolak ke tepi.
Maka di situlah medan, tersungkurnya seorang lelaki yang setia.
Demi Lily Aralyn, anak yang memerlukan susuk seorang bapa yang mampu membimbing ... Al-Barra' berjanji untuk berjuang, walau jalannya tidak semudah yang disangka apabila kebenaran demi kebenaran pahit mula terbentang di depan mata.
Demi gelaran seorang 'AYAH', dia akan pastikan kakinya terpasak kuat di tanah walau medan yang diperjuangkan menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.
ARGHHHHHHHH!!!
Wow, wow. Kirah rasa, dalam kategori buku action-romance atau romance secara amnya untuk tahun ini, Kapten Al Barra' menduduki carta pertama dalam ranking Kirah!
Bukan sebab cerita ni sweet. Langsung tak ada manehnya kome oi! Terkeseng-keseng mulut aku ni mengutuk si Ririn yang red flag!
Bukan juga asbab cerita ni berkaitan susuk beruniform yang diminati kebanyakan pembaca.
Tapi disebabkan bagusnya garapan dan pengajaran yang diketengahkan oleh Kak Rose Harissa. Buku ni, bukan untuk orang yang mengharapkan, 'Oh, ni mesti insaf ni, dan bahagia ke anak cucu cicit, nyet, nyang, nyok'.
Ini buku tentang maruah. Tentang harga diri. Amanah. Tanggungjawab. Perjuangan. Keikhlasan. Perlindungan.
Berat. Ya, memang! Tapi sungguh, masa baca naskhah ni kita tak macam baca novel langsung tapi lebih kepada memandang skrin besar dan menonton kisah hidup dan perjuangan seorang Al-Barra' yang berprinsip itu diselak satu demi satu babaknya.
Ternganga. Terkeluar air mata.
Ya Allah, walaupun cerita ni bukan dalam 'kategori' yang membolehkan orang tersenyum semasa membacanya, tapi pengakhiran cerita membuahkan rasa lega dan syukur kerana plot tidak diputar untuk memuaskan hati mana-mana pihak yang mendambakan pengakhiran yang sekian-sekian.
Cerita ini brutally realistic, hidup dan penuh dengan emosi. Well-written gila, sumpah!
Maka itu, terima kasih Kak Rose sebab terus berkarya walau banyak dugaan dan ujiannya. Yam doakan akak terus diberikan kesihatan yang baik, ilham berterusan dan kudrat untuk mengarang lebih banyak cerita bermanfaat untuk pembaca.
Cerita ni? Lebih daripada sekadar satu cerita. Ini kisah hidup yang sering dan pernah berlaku dalam dunia nyata. Cuma kita saja yang mungkin alpa dan leka.
Overall, 5 bintang tak cukup untuk mendefinasikan harga naskhah sebaik ini. Kirah suka sangat, walaupun hanya menangis sekali dan lebih kepada rasa geram, sakit hati dan entah berapa kali pegang kepala sebab shock berat dan meroyan, tapi cerita ni ada tempat yang sangat istimewa dalam hati Kirah, terutama untuk Al-Barra dan baby Ara.
Dengan itu, saya akhiri review saya dengan tanduk di kepala, dan bisik-bisik di telinga. Tolonglah baca cerita ni dan untuk Kak Rose ....
Nak sambungan, akak!!! Arghhh saya mahu sambungan part extra tu! Macam ada sesuatu yang akan keluar nanti. Tulunggg ubati rasa tersungkur saya ni kak dengan potential story dan sambungannya HAHAHA 😭😆
Rating: 10 / 5 bintang
This entire review has been hidden because of spoilers.
Traumatized for life. 😭 The book cover is SO beautiful, but the ending? It felt like someone punched me straight in the gut. Hell. I genuinely felt like I was in hell after finishing this book. 😭
The reddest-flag female character and the greenest-flag male character. I KNOW they were never meant to be together, but I still kept holding onto this book, hoping,praying,that somehow things would get better. Nope. Absolutely not. 😭
“What’s not meant for you will never be yours.”
SAKIT WEYH YA ALLAH. 😭 I WAS HOLDING MYSELF BACK THE WHOLE TIME, HOPING THIS GIRL WOULD BERTAUBAT DAN INSAF. NAUZUBILLAH MIN ZALIK, SHE IS THE DEVIL. 😭😭😭
And don’t even get me started on how much I tried to make excuses for her. IN MY DREAM, SHE IS A NICE PERSON. I SWEAR. AHAHAHAHAHAHAHA I literally created a better version of her in my dream because my heart couldn’t accept how evil she was. 😭😭😭
DO NOT BUY THIS BOOK IF YOU’RE NOT READY FOR PAIN. And definitely don’t judge this book by its cover because the cover is gorgeous while the contents are basically emotional torture. 😭
Level of pain: 1,000,000,000,000/10. Emotional damage: PERMANENT. Will I read it again? Absolutely. Just so I can cry all over again. 😭📖
SAKIT HATI KU WEYHHHH. 💀😭
This entire review has been hidden because of spoilers.
3.9 Wow lama tak dapat novel dari RH mana cerita ending sangat ughh. Last dari HUD kan. Dari awal baca sampai habis buku pertama, memang dah ready nak bagi 3 stars je sebab meluat gila dengan perangai Ririn. Hey kita support when women have the upper hand tapi Ririn you manipulative b. Ughh meluat tahu tak. Awal sampai habis memang no character development. Dia cuma ada macam hati terusik-terasa-tersentuh sikit ingat sedar la diri pastu jadi b balik. Dan untuk Al-Barra you like tenang tapi a little bit naive? Ending dia pulak lahai ciput gitu tapi ada la bagi sedikit harapan yang Al-Barra akan ada happy ending juga.