Buku kedua ini merupakan sambungan daripada buku 'Cerita Cinta Ahmad Ammar' terbitan Karya Bestari pada tahun 2014.
'SETELAH AMMAR TINGGALKAN KITA.'
Satu lagi himpunan catatan kenangan mengenai Ahmad Ammar setelah hampir satu tahun setengah pemergiannya.
Setiap baris ayat yang tercatat merupakan kata-kata motivasi buat kita sama ada ibu, ayah, kakak, adik, abang, sahabat ataupun sesiapa jua yang tidak pernah bersua muka dengannya tapi 'terpana' dengan perjuangannya.
Setiap ayat yang disusun tetap menggodak perasaan. Namun, buku ini turut mengandungi mesej perjuangan penuh jiwa. Kekentalan usaha Ammar dalam menjejak 'tamadun dunia' meremangkan semangat mereka yang membaca.
Tanpa nama, almarhum Ahmad Ammar bin Ahmad Azam meninggalkan satu fenomena patriotik dan Islamik di kalangan anak-anak muda tempatan dan luar negara.
Lama bebenor nak habiskan buku ni - plan 2 buku sebulan, ini dah hampir sebulan, tak habis2 - kena pulak buku yg byk ilmu & teladan & pengajaran, CONFIRM slow nak habiskan - bukan apa, teman nak faham betul2 & mendalami nya 😂😂😂
Basically, kesinambungan dari buku Cerita Cinta Ahmad Ammar. Kali ini lebih kepada coretan insan2 yg ber"hijrah" selepas fenomena AA. Kebanyakan nukilan berkisarkan setahun selepas pemergian AA. Banyak jiwa yg tersentuh. Pemergian Ammar bukan kematian biasa, sebaliknya kematian yg menghidupkan. Menghidupkan jiwa2 yg sebelum ini subur dgn limpahan duniawi.
Setelah Ammar Tinggalkan Kita Oleh: Group Penjejak Tamadun Dunia
Buku ini bukan sekadar himpunan luahan perasaan, tetapi sebuah wadah penuh cinta, rindu, dan inspirasi terhadap seorang anak muda bernama Ammar. Ia ditulis oleh mereka yang pernah mengenali beliau – sama ada secara peribadi atau hanya mengenalinya selepas pemergiannya.
Disusun dalam bentuk surat dan catatan kenangan, buku ini turut dihiasi dengan gambar-gambar arwah, menjadikan pembaca seolah-olah ‘berkenalan’ dengan Ammar walaupun hanya melalui lembaran kertas. Ammar digambarkan sebagai seorang anak yang taat, berprinsip, dan yang paling penting — memilih jalan untuk mencari redha Allah.
Ammar memilih jalan Ilahi. Pilihannya itu membuatkan Allah 'cemburu' lalu memanggilnya pulang lebih awal. Namun, pemergiannya bukan penamat — sebaliknya permulaan kepada gelombang kesedaran. Jejak langkahnya menjadi jambatan penghubung manusia kepada Tuhan. Namanya terus disebut, amalnya terus mengalir, dan inspirasinya menyalakan semangat ramai orang.
Apa yang boleh disimpulkan:
Ammar membuat keputusan besar — untuk kembali sepenuh jiwa ke jalan Allah.
Ibu bapanya pula meneruskan kehidupan dengan misi besar: memimpin masyarakat ke arah yang sama.
Disiplin, bercakap bila perlu, membaca dan mengamalkan ilmu, memperbaharui niat, dan berusaha tanpa jemu menjadi prinsip hidup mereka sekeluarga.
Buku ini bukan hanya tentang Ammar, tetapi juga motivasi buat generasi seterusnya — bahawa menjadi luar biasa itu bermula dengan memilih untuk menjadi hamba yang benar-benar tunduk kepada Tuhan.
Ammar mungkin tidak dikenali ramai semasa hayatnya, tetapi Allah mengangkat namanya setelah dia pergi — agar kita tahu, amal itu yang kekal, bukan populariti.
Buku ini merupakan catatan kenangan tentang Ahmad Ammar, ditulis oleh mereka yang pernah mengenalinya. Ia memaparkan kesan pemergian Ammar yang telah menyentuh hati mereka, serta perjuangannya Ammar dalam dakwah dan ilmu.
Catatan-catatan di dalam buku ini menyentuh tentang inspirasi Ammar, akhlak, pendidikan keluarga, dll. Sebuah karya menyedarkan yang menghidupkan semangat, walau tokohnya telah tiada. Satu pemergian yang membangkitkan semangat ramai insan lain.
Saya membaca buku ini di saat cerita tentang Ammar tengah hangat diperkatakan. Susuk tubuh pemuda yang berjuang di tanah yang jauh dari pandangan mata ibu ayah. Perjuangan menuntut ilmu dan menabur ilmu disamping kerja-kerja amal yang diwarisi dari ayah dan keluarga. Tenang, damai insan ini bersemadi akhirnya di bumi asing, bumi bertuah terkumpulnya ramai syuhada.
Buku ini adalah sebuah buku yang mempersembahkan bagaimana sıfat sepatutnya bagi seorang pemuda bergelar anak,kawan, remaja dan pelajar juga mempersembahkan sebuah perjalanan bagaimana didikan oleh kedua ibubapa sehingga melahirkan seorang putra yang tekun dalam mengejar cita-cita besar.
Jika anda seperti saya, tidak mengenal Ahmad Ammar dan berharap buku dapat menceritakan perihal Ahmad Ammar. Ini bukan bukunya. Sila cari naskah yang lain karya Grup Penjejak Tamadun Dunia, "Cerita Cinta Ahmad Ammar".
Buku ini adalah hasil garapan tulisan-tulisan pendek setahun pasca kepulangan Ahmad Ammar ke rahmatullah, dari mereka yang mengenali, atau yang cuma mengenali Ahmad Ammar selepas pemergian arwah. Tentang bagaimana akhlak dan cara hidup Ahmad Ammar mempengaruhi hidup mereka ketika itu.
Pendapat saya, tulisan-tulisan dari keluarga dan rakan berkongsi kisah mereka bersama Ammar agak menarik. Tapi coretan dari mereka yang baru mengenali selepas pemergian arwah(seperti saya) tidak perlu atau ada lebih baik di ambil beberapa saja. Kerana coretan mereka nampak berulang dan tak berbeza antara satu coretan dengan yang lainnya kerana itu cuma pandangan peribadi mereka yang agak terhad kerana tidak pernah bersua muka pun dengan arwah.
Karya kali ini membicarakan tentang insan-insan yang berubah usai mendengar dan menghayati catatan hidup Ahmad Ammar. Apa yang boleh dituliskan di sini, Ahmad Ammar, pemberi semangat kepada hati-hati yang telah mati dan lalai.