"Yak Bok Te" adalah perkataan yang dipinjam dari bahasa Kelantan, yang tidak mempunyai maksud. Tetapi sering digunakan ketika melatah dan terkejut.
Perkataan Yak Bok Te boleh disifatkan senasib dengan perkataan "Ek Eleh" yang tidak mempunyai maksud tetapi bila diginakan pada tempat-tempat tertentu dan memberi maksud yang berbeza, samalah dengan Yak Bok Te.
namun, mungkin sebab isu2 yang dipaparkan seakan sama/pernah baca dalam buku2 lain (ok, salah aku baca lambat) membuatkan aku kurang teruja dengan cerita nya.
tapi, masih boleh dilayan dan kelakar jugak sebenarnya.
Benar seperti kebanyakan ulasan lain. Komik satira yang kurang kelakar, tetapi padat dengan isi. Itu lebih elok dari tidak kelakar & tiada juga pengisian di dalamnya bukan? 😊
Namun ada juga satu dua kisah yang menjentik urat senyum pembaca, yang selalunya menggambarkan diri sendiri juga haha. Satu dua kisah 'kebijakan' para pemerintah kita juga tidak kurang kelakarnya.
Antara buku yang paling laju di baca sebab komik dan kartun. Setengah jam boleh habis sebuah. Kalau sekarang saya memang kurang minat komik kosong dan terlalu santai. Faktor usia kot, kahkahkah. Kesian usia, selalu dipersalahkan.
Tapi bila baca komik ni kita jadi mudah hadam dengan satira berisi dan bersahaja. Deep-deep sajalah kiranya kartun dalam buku ni, boleh cari oke!
"Kau ni duk mengeluh pasal hidup kau, kau ingat Tuhan ni jahat sangat ke susun atur hamba Dia? "- m/s 111
A very simple and easy read. Finished it in one hour? Basically it critics current issues and situations happening in Malaysia but with a lot of humour in between.
Komik yang bersifat satira ini, ada nilainya tersendiri. Sindiran-sindiran yang disampaikan mudah difahami, dan sangat relevan. Sampai kadang-kadang, kau sendiri mahu menyembunyikan muka dan rupa, bila ada perkara yang terkena tubuh badan sendiri.
Membaca prakata daripada Ujang, terus aku teringatkan majalah LANUN yang pernah diterbitkan selepas Ujang berpisah dengan MOY satu ketika dahulu. Yak Bok Te mungkin, tidak banyak ada juga sedikit, sama seperti konsep majalah LANUN. Cuma komik ini isunya lebih pelbagai, walaupun masih banyak berkait isu politik.
Oh! Kulit bukunya menarik, tapi aku risau cara menjaganya. Mungkin patut dibalut untuk jangkamasa panjang.
best je buku ni.perli baik punye tapi lagi best kalo editor edit dengan baik.ade pages berulang,tulisan dialog cam tak berape best.hahaha pape pon ok je.lagi best kalo lagi tebal.berbaloi skit dengan harga.anyway i love how the dubook used this kind of light n classy paper.ringan nk baca n nak bawa pergi mana2 macam english novel.novel melayu lain xnak ikut contoh ke?aku skrg bace novel melayu mostly buku syarikat jemari seni (selain syarikat indie,yg tak berapa nak sesuai ngan jiwa aku,liberal sgt kot buku diorg opss),so aku suggest diorg gune kertas cenggini jugak la.jgn adiwarna je gune kertas gtu..
Komik-komik bernuansa Malaysia. Aku suka gaya lukisan Amin; comel, tapi bernada keras dan tajam. Menyindir norma-norma masyarakat yang beliau lihat seperti menyeleweng, tak bermanfaat, serta sikap junjung-menjunjung korupsi golongan-golongan atasan.
Saya harap Amin Landak akan terus melukis lagi, menghasilkan lebih banyak komik untuk dibaca warga Malaysia. Di zaman yang di mana komik tempatan sedang dilanggar teruk oleh penutupan syarikat dan 9gag, Amin ialah sebiji permata di tengah-tengah gurun yang tandus kering.
Pelukis komik kat Malaysia ni tak payah tiru stail anime Jepun sangat, bosan tau tengok takde identiti kalau tiru orang. Lukisan Amin ni ada gaya dia yang tersendiri, kalau korang nak jadi pelukis, tapi lukisan buruk pegi mampos semua tu. Lukis je buruk camne pon, janji konsisten pastu konten tu kena power la.
Sebab Amin ni member aku, aku kasi 4 bintanglah. Senang cite.
Spent the hour waiting for my turn at the post office reading this. It's like reading those sarcastic comics in the paper. So, it's like a recap of the year and a reminder on how bleak the future is. Oooh, and love the jab on making profit outta your own religion.
Koleksi Komik Yak Bok Te yg best...mmg gelak sakan la setiap isu yg dibawakan..semuanya isu yg begitu dekat dgn kita semua..mmg sinis dan kelakar..terbaiklah Amin Landak..thanks dubook press..
Aku suka stail lukisan Amin Landak, mungkin ada stail tersendiri. Tema komik beliau banyak mengenai isu semasa, politik dan pengalaman peribadi...power!
Gaya lukisan mengingatkan aku pada Komik Ujang dulu. Pelukis pula menggunakan isu semasa dalam ceritanya.
Bagi aku, lawak-lawak yang nak disampaikan tak dapat bagi impak pada aku.
Terlalu banyak karakter dalam buku ini. Aku rasa lebih baik jika pelukis menggunakan dua tiga karakter yang sama. Kalau begini, perkembangan karakter dapat dilakukan dengan baik. Nescaya, lagi tinggi impaknya pada pembaca.