Jump to ratings and reviews
Rate this book

Maaf Selama Ini Tidak Peduli

Rate this book
Kasihan anak ini. Bukan anak ini sahaja, pasti ramai lagi anak yang seperti ini berada di merata-rata di Malaysia ini. Bukan sahaja di Chow Kit, di kampung-kampung pun pasti ramai anak-anak gelandangan ini.

Tidak berumah. Kalau berumah pun, rumah kecil yang sudah hampir roboh.

“Makan kenyang-kenyang. Selama ni kamu makan di mana?”

Pagi itu Mak cik Ramlah sudah menggorengkan nasi dan ayam. Awal pagi lagi Zaida sudah datang menjenguk. Johnny mungkin akan menjenguk petang ini memandangkan dia bekerja.

“Hmm sedap.”
“Kalau sedap kena cakap apa?” Tanya Zaida. Anak itu mengerutkan dahi seperti tidak faham sahaja.

“Cakap? Cakap apa?”
“Yalah… dah makan kenyang, mak cik ni yang masak, sedap, kenalah cakap apa?”
“Oh…terima kasih. Terima kasih!”

712 pages, Paperback

First published January 1, 2015

1 person is currently reading
23 people want to read

About the author

Norhayati Berahim

65 books207 followers
Novelist prolific writing since the age of 17, up to now has produced over 40 novels.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (21%)
4 stars
8 (57%)
3 stars
2 (14%)
2 stars
1 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews106 followers
July 28, 2019
3.85 bintang

1. Menilai daripada tajuk dan blurb yang disertakan, saya beranggapan bahawa buku ini membawa isu yang berat dan dikupas secara mendalam. Tanggapan saya adalah isu gelandangan dan anak-anak lorong. Mengenali NB lewat karya-karya yang telah saya baca sebelum ini, perkara ini tidaklah mustahil.

2. Rupanya kisah ini tidaklah seberat yang disangka. Seperti biasa, penulis memang membawa banyak isu-isu kemasyarakatan terutamanya hak-hak wanita dan anak-anak dalam rumahtangga. Tetapi isu-isu ini hanya dibincangkan melalui penceritaan kes-kes yang dilaporkan oleh watak Zaida yang merupakan seorang peguam yang banyak mengendalikan kes-kes sebegitu. Dan dia juga seorang yang memperjuangkan hak-hak wanita melalui pertubuhan RFW (Rights For Women).

3. Itulah, Zaida banyak mengkritik peranan dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga yang sepatutnya bersifat melindungi, tetapi pada zaman sekarang banyak yang menzalimi. Cuma, kritikan tersebut terlalu mengikut emosi. Sehinggakan hukum-hukum agama juga disentuh dan turut dikritik. Rasanya ramai para pejuang hak-hak wanita di luar sana berkongsi pandangan yang sama dengan Zaida.

4. Saya juga pernah melalui fasa pemikiran yang sama. Kenapa lelaki dilebihkan di dalam Islam, terutamanya bab faraid. Bila suruh jaga tak nak, tapi bila bab harta tak ada kompromi. Nak pulak ikut hukum kan. Ya, hal ini ada disentuh dalam buku ni. Awal2 lagi kot. Sebab itulah Islam menyuruh kita belajar dan bertanya kepada yang lebih ahli. Kerana mereka sepatutnya lebih memahami. Dalam hal hukum agama, tidak cukup untuk kita membuat kesimpulan hanya dengan akal- yang mudah dipengaruhi nafsu dan emosi. Pandangan saya mengenai faraid ini terbuka bila saya menghadiri satu kursus berkenaan dengan harta pusaka yang dikendalikan oleh mantan Hakim Pusaka. Penerangan yang diberikan beliau membuka kesedaran saya tentang apa yang tidak saya nampak selama ini. Harta yang diperoleh oleh anak lelaki adalah untuk dikongsi bersama dengan semua ahli keluarga di bawah tanggungjawabnya, termasuk emak dan adik-beradik perempuan (yang belum berkahwin) serta anak-anak dari saudara lelaki yang telah meninggal dunia. Anak2 yatim ni sepatutnya dibela oleh keluarga bapanya, bukan ibunya. Sementara harta yang diperolehi oleh anak perempuan adalah haknya semata-mata, tidak perlu dikeluarkan untuk orang lain kecuali dengan kehendaknya sendiri. Yang menjadi isunya sekarang, hak dan tanggungjawab itu telah kita campuradukkan menjadi satu hal yang sama. Sebab itulah pihak perempuan berasa tidak puas hati. Kerana zaman sekarang tanggungjawab itu diserahkan kepada perempuan manakala yang lelaki asyik 'menguruskan' harta.

5. Buku ini sebenarnya berkisar tentang kehidupan 4 orang sahabat yang bersama sejak dari zaman sekolah lagi (mereka sekampung). Nak kata kisah cinta, tak adalah ditumpukan terhadap perhubungan mesra yang biasa kita jumpa dalam buku2 cinta. Tapi kisah hati dan perasaan tu agak dominan juga.

6. Dan tajuk buku ini sebenarnya adalah tentang cinta. Bila cinta yang selama ini disua-suakan tetapi tidak dipeduli kerana sentiasa berada di depan mata dan tidak perlu bersusah. Orang putih kata take for granted. Dan bila cinta itu beralih arah membuka hatinya kepada yang lebih menghargai, kecewa macam mana pun peluang telah terlepas.

Padan muka 😜😜.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
August 24, 2015
Alhamdulillah, dah habis baca. Banyak pengajaran.
Madena telah berkawan dengan Zaida, Zaid dan Imran sedari remaja. Rasa sayang pada Zaid telah lama bersemadi di hatinya tetapi Zaid hanya memandang dirinya sebagai kawan. Bila Zaid mula bercinta dengan Zara, Madena belajar untuk mendidik hatinya untuk melupakan Zaid. Suatu hari, Madena ketemu Imran yang telah lama menghilang selepas dia menolak lamarannya semasa mereka di universiti. Ada rasa malu dan bersalah. Tetapi sikap Imran sangat menawan hatinya. Imran melamar Madena sekali lagi. Kali ini Mak Cik Ramlah menyokong. Madena menerima lamaran Imran. Zaid menyesal kerana telah terlambat untuk menyedari bahawa selama ini dia mencintai Madena. Madena dan Imran akhirnya disatukan. Zaida juga bertemu jodoh dengan Johnny. Banyak rahsia yang terbongkar (Afiq, mummy, suami kak Rozie). Tetapi akhirnya semua berakhir dengan baik. Ada keinsafan, ada penyesalan dan semua menuju kepada kebaikan.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 13, 2015
agak sukar untuk membiarkan buku karya Norhayati Berahim menjadi stok buku yang pending, sebab yakin akan mendapat banyak ilmu baru setiap kali buku baru kak NB keluar. Tq juga pada yang hadiahkan buku ni... Kadang-kadang kita pembaca kena lari dari khayalan penulis yang bermacam-macam. Realiti kehidupan banyak digambarkan dalam buku ini.. Terutama kaum wanita... Yang lelaki pun sebenar harus baca sebab takut anda terlupa...

Kali ni rasanya agak santai dari segi penyampaian. Suka pada lirik-lirik lagu yang ada dalam novel ni. Alangkah bagusnya kalau lagu-lagu tersebut berkumandang realitinya... Resepi pun ada... He he....

Ringkasnya, madena, zaida, zaid dan imran teman sekampung. Zaid yang minat menyanyi sering diberi galakan oleh pak rabu walau ditentang keras oleh ayahnya sendiri. Seiring dengan peredaran masa, minatnya menjadi kerjaya. Dalam pada masa yang sama dia dan kakaknya zaida masih rapat dengan Medina cuma imran sahaja yang hilang menyepi. Macam-macam peristiwa yang berlaku antaranya zaid dengan teman wanita barunya yang seksi iaitu Zara.. Perasaan Medina?.. Sekarang tengah berlangsung pesta buku dan tak rugi selitkan buku ni dalam list buku kalian....
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.