Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jika Esok Tiba

Rate this book
Buku istimewa ini mengandungi 15 cerpen karya Sasterawan Negara Ke-10, Anwar Ridhwan. Ia
memaparkan pelbagai tema dan persoalan merentas pertembungan budaya dalam masyarakat majmuk
yang kaya dengan unsur budaya dan sosial. Karya ini berjaya mengungkap rakaman persekitaran dan citra tamadun bangsa, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air.

199 pages, Paperback

First published January 1, 2012

Loading...
Loading...

About the author

Anwar Ridhwan

58 books62 followers
Dr. Anwar Ridhwan was born in an agricultural based family who was then reside in Sungai Besar, Selangor, previously the family lived in the neighboring state of Perak. He graduated from University Malaya with a Bachelor of Arts in 1973, then Masters of Arts in 1983 and finally finished his doctorate (Ph.D) in 1998. Soon he pursue his career in Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) until resignation in 2005 as Production Director of DBP.[1] On 11 August 2009, he was officially announced as the nation's 10th Sasterawan Negara by the Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin in his office in Putrajaya.

In writing, he is a well known novelist and a short story writer. His first novel, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman won the Yayasan Sabah-GAPENA Novel Prize of 1979. Arus (1985) won the Malaysian Literary Prize of 1984/1985. Among his famous short stories are Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976) and Dari Kiev ke Moskova (1992). Naratif Ogonshoto won the Sastera Perdana Award of Malaysia 2000/2001 which was inspired and finally finished by Dr. Anwar Ridhwan in Japan. The novel with another title, "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" was published in Russian (translated by Victor Pogadaev) in 2006, Sanct-Petersburg (Paideia).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (16%)
4 stars
15 (41%)
3 stars
11 (30%)
2 stars
4 (11%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for fiza nasri.
1,218 reviews149 followers
May 21, 2020
Aku keliling dunia dalam helaian naskhah Anwar Ridhwan, pertama kali melayan tulisan Sasterawan Negara ke-10 ini tertarik sungguh dengan kelok dan efisiensi bahasa beliau. Russia, Ukraine, Macedonia dan kota New York dalam pelbagai ragam dan linimasa sejarah, bual budaya dan sosial juga pertembungan generasi dan sekitar. Cerpen-cerpen bertema travelog ini barangkali daripada memori dan pengalaman penulis sendiri kerana isinya seakan jujur dan lebih variasi dan menarik.

Antara cerpen yang aku suka-- Menjadi Tua, Sahabat (naratifnya bagus dan aku suka dengan gambaran dan personaliti setiap karakter), Minoriti (kurang puas hati dengan karakter Muslim tapi gemar dengan idea cerita), Jambu Anak Sungai (kisah kesusahan masyarakat yang sanggup bergadai apa saja, aku agak terkesan dengan pengakhirannya), Dari Kijev ke Moskva dan Puisi Terakhir di Makedonija (kedua-dua cerpen ini berkaitan hal persahabatan, agak santai walau temanya tentang pertembungan budaya dan sosial masyarakat di negara asing).

Kumpulan cerpen menarik dalam lensa harian dan sejagat sesuai bacaan ringan kalau gemar penulisan kisah harian dan pengalaman. 3.5 bintang.
Profile Image for ⠀.
124 reviews45 followers
September 8, 2020
Cerpen-cerpen terawal dalam buku kumpulan cerpen ini boleh tahan juga ceritanya. Tetapi entah kenapalah semakin lama cerpen-cerpen lain yang dibaca terasa semakin membosankan pula. Cerita pun susah nak melekat kat otak. Gaya penulisan penulis boleh tahan sedap juga, terutama sekali gaya penulisan untuk kisah hikayat seperti dalam cerpen Fikir Yuyutsu. Cuma kebanyakan cerpen yang dimasukkan pengaruh negara dan bahasa asing tidak begitu menarik minat aku sangat. Satu-satunya cerpen sebegini yang sedikit sebanyak masih melekat kat otak lepas baca ialah Sahabat. Cerita tentang seorang perantau yang berdiri atas garisan mengharap dan mendesak belas kasihan dari seseorang atas alasan dilahirkan di negara yang sama. Lebih tertarik dan suka dengan cerpen-cerpen yang berkitar tentang penduduk tempatan di tanah air sendiri. Dapat rasa kepayahan, keperitan dan konflik perasaan yang mereka lalui dalam cerpen-cerpen yang ditulis, seperti dalam cerpen Sesudah Perang yang menjadi pembuka cerita untuk buku ini. Satu lagi adalah cerpen bertajuk Jambu Anak Sungai yang menyedihkan ceritanya dan juga cerpen yang aku paling suka dalam buku ini.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 12 books30 followers
November 7, 2022
Saya memang suka karya-karya lama seperti buku ini. Bukan setakat liuk-lentok bahasanya yang melambangkan kesopanan orang Melayu sahaja, malah kronologi setiap satu cerpennya memiliki riwayat yang sangat hidup. Penulis telah membawa saya mengelilingi dunia. Banyak betul tempat luar negara yang menjadi latar tempat setiap satu cerpen. Ada diceritakan juga pengalaman penulis sendiri yang sungguh buatkan saya terimbau-imbau akan kisah yang seiras dengannya.

Sangat seronok membaca kesemua cerpen dalam buku ni. Terima kasih buat penulis.
Profile Image for nazhsahaja.
129 reviews17 followers
June 25, 2024
Sebelum buku ini, ada sekali dua saya terjumpa cerpen Anwar Ridhwan (AR) terselit di kumpulan cerpen yang lain. Memang cerpennya lebih 'outstanding' dan menyerlah berbanding cerpen-cerpen penulis di kumcer yang sama. Bila berpeluang baca koleksi sebegini, aduh seru sungguh!

Selayakknya seorang sasterawan. Saya suka hampir semua! Tapi yang betul-betul sedap kebanyakkannya adalah yang pernah terakam di kolum Dewan Sastera.

Kebetulan dalam Jika Esok Tiba, terkumpul cerpen-cerpen AR sejak dari era 70an, 80an dan 90an. Jadi boleh dilihat evolusi penulisan beliau yang semakin matang dan berat dengan isi. Tulisan AR semakin memberat seiring usia dan pengalamannya. Ada falsafah-falsafah yang masih tak terjangkau oleh saya yang masih dangkal ilmu & tahu.

Mahu kembali lagi membaca dan menelah Jika Esok Tiba satu hari nanti, di mana masa yang benar-benar sudah sesuai untuk saya fahami apa yang disirat oleh Anwar Ridhwan.
Profile Image for parareads.
256 reviews1 follower
November 26, 2024
#JikaEsokTiba tulisan sasterawan negara ke-10 ini memaparkan tentang kisah-kisah masyarakat, kegelisahan budaya dan sosial, serpihan-serpihan sejarah yang dicantum serta merayakan lapisan generasi.

Saya menggemari karya beliau di dalam buku ini antaranya seperti Jambu Anak Sungai serta Dari Kijev ke Moskva. Membaca cerpen ini membuat kita mengelilingi dunia apabila beliau menyelitkan kota kota dunia seperti New York, Russia dan Ukraine.

Buku ini merupakan keluaran sempena edisi Malaysia Membaca dan karya SN Dato Dr Mohd Anwar Ridhwan merupakan karya yang wajib diperoleh, disimpan, dibaca dan diulang baca. 🫰🏻 #ParaJamaludinReview #ParaReads #ParaBaca #AnwarRidhwan #SasterawanNegara #MalayLiterature
Profile Image for Faiz • فائز.
411 reviews
March 28, 2025
Lebih baik daripada Parasit dan Sesudah Perang. Walaupun cerpen-cerpen yang dimuatkan seolah-olah tidak mengandungi wacana, namun tidaklah pula ia kabur dan nihil makna seperti yang terkandung dalam Parasit dan Sesudah Perang. Ada juga beberapa cerpen yang berulang; telah saya baca dalam Parasit dan Sesudah Perang. Dalam dua-tiga cerpen jugalah.

Cerpen yang paling saya suka dalam buku ini ialah Pertempuran dan Dari Kijev ke Moskva.
Profile Image for Najah Mustapa.
91 reviews5 followers
March 22, 2020
Cerpen cerpen di bahagian akhir itu lebih memikat hati saya untuk mengembara ke tempat tersebut atau memulakan langkah pengembaraan. Bahasa yang digunakan menarik dan mudah dimengerti. Tidak berpusing2

Setiap cerpen mengetengahkan tema yang berbeza tapi masih dalam lingkungan yang sama (menurut saya). Saya menikmati kesemua cerpen di dalamnya.

Maafkan saya atas ulasan ini.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews