Jump to ratings and reviews
Rate this book

Travelog Mr. Traveller

Rate this book
Travelog Mr. Traveller adalah sebuah catatan pengembaraan nekad seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah. Menempuh hampir 10,000 kilometer perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. 50 buah kereta api digunakan.

Segala bentuk persediaan sebelum pengembaraan sudah diuruskan dengan baik dan rapi. Pelbagai kisah suka dan duka dialaminya ketika dalam perjalanan disulami dengan kisah-kisah throwback ketika mengembara di negara-negara lain.

Namun adakah perjalanan yang dilaluinya semudah seperti yang direncana dan bagaimana?

Ayuh, Ikuti dan rasai sendiri pengalaman yang ingin dikongsi. Pembaca akan dibawa masuk ke dalam dunia penceritaan menembusi benua dan dimensi pengembaraan.

Realiti bukan mimpi atau fantasi.

328 pages, Paperback

First published April 1, 2015

21 people are currently reading
169 people want to read

About the author

Meor Farid Asyradi

5 books15 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (22%)
4 stars
59 (40%)
3 stars
42 (29%)
2 stars
8 (5%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
August 5, 2015
15 hari perjalanan secara solo. Naik 50 buah train di 50 buah stesen. Melalui 15 negara hampir 10,000km. Dengan hanya 1 tiket Eurail Global Pass sahaja!

Seriusly! Travelog ni osem gile. Someday, guwa pun nak travel mcm ni. Tp berdua la. Penulis laki, blh lah dia travel solo. Harap2 penulis blh tulis lagi buku mcm ni. InsyaAllah.

#TravelogMRTraveller #DenganLafazBasmalahAkuMenjelajah

Kan baguih kalau KTM ada buat pass mcm ni. Blh travel around semenanjung pun ok da.
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
August 24, 2017
Buku ini saya beli daripada penulis sendiri (cetakan pertama). Kagum mulanya melihat pada blurb '15 negara dengan sekeping tiket'. Setelah dibaca, ternyata kecewa. Seriously overrated. Boleh jadi sambutan luar biasa buku ini hasil daripada strategi promosi si penulis yang aktif di media sosial.

Hakikatnya, dari segi catatan perjalanan tidaklah segah mana. Masa banyak terhabis memerhati orang sambil duduk dalam keretapi. Tidak kurang juga, banyak persinggahan setakat cukup syarat. Sekadar menambah statistik tempat yang kononnya sudah disinggahi. Banyak lagi travelog lain yang jauh lebih mantap.

Selain itu, olahan ayat langsung tidak menarik serta membosankan. Cukup sukar hendak bertahan daripada mencampak buku ini ketepi. Hasilnya, lama juga hendak dihabiskan.

Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
September 25, 2015
Saya sudahpun memegang buku ini ketika di PBAKL tempoh hari. Sekali lalu, saya melihat fizikal buku ini tidak begitu menarik. Muka depannya boleh diterima, tetapi bahagian dalamnya (font tulisan) "membantut" kan selera saya daripada membeli. Tak berkenan.

Sebenarnya, itu alasan.

Saya terpaksa berkira-kira dengan duit yang ada kerana banyak buku yang mahu diborong. Akhirnya saya tinggalkan kembali buku ini di rak. Dengan rasa serba salah.

Kemudian, buku ini banyak diperkatakan orang dalam dunia media sosial. Saya sebal. Akhirnya saya beli juga. Malangnya belum sempat saya baca, sudah dipinjam pula kawan di pejabat.

Dua bulan!!!

Dan hari ini, setelah berulangkali mengingatkan, saya membaca buku Meor Farid Asyradi ini dalam tempoh satu hari sahaja.

Perjalanan yang mengujakan. Lengkap dengan maklumat yang berkaitan. Mr Traveller ini memang serius dengan kembaranya. Persediaannya sangat utuh semenjak awal. Tidak saya nafikan, buku ini antara buku travel yang terbaik (terbitan tempatan) yang saya baca.

Oh! Tidak ada kesalahan ejaan atau perkara-perkara "remeh" yang lain.

Penceritaanya sarat dengan "fakta", dan sesekali dimasukkan dengan emosi yang menambah rasa dalam pengembaraan ini. Ya, saya masih juga mahu membandingkannya dengan buku-buku Ustaz Hasrizal yang saya "taksub"kan (dalam hal pengembaraan). Tetapi saya sedar ianya tidak adil. UH menulis seimbang dengan pengembaraan spritual dan fizikal, sesuai dengan latarbelakangnya. Manakala Mr Traveller (saya kurang pasti apa kerjanya) dengan gayanya sebagai anak muda (tetapi banyak mengembara!).

Saya cemburu dengan keberanian, keyakinan Mr Traveller. Banyak saya belajar daripada penceritaan beliau. Beliau muda umurnya, luas pengalamannya.

Tahniah.

Semoga ada lagi buku-buku daripada beliau.
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
January 24, 2016
Buku ini baca dalam flight. Bermakna tak memerlukan masa yang terlalu lama dan memang page turner.

Kehebatan penulis adalah pada ketelitiannya dalam memasukkan maklumat-maklumat penting di sesebuah tempat, juga segala bentuk bantuan pengembara (cara menaiki tren dan sebagainya). Penghayatannya juga sarat.

Sebagai pelajar di Eropah, kebanyakan pengalaman yang dialaminya tidaklah begitu asing. Ramai lagi yang pernah alami bermacam-macam pengalaman mengharu-birukan dan sebagainya. Tapi bagi sesiapa yang belum pernah mengembara di sini, buku ini menampilkan pengalaman-pengalaman menarik untuk dihadam. Buku ini lebih bersifat informatif dan tidak terlalu 'mencabar' jika hendak dibandingkan dengan travelog-travelog lain yang bersifat adventure. Tapi itu tidak bermakna buku ini tidak bagus. Buku ini bagus dari aspek yang tersendiri.

(tidak harus juga nak compare buku A B dan C sebab setiap penulis ada cara menulis dan falsafah tersendiri bila menulis. Nak compare buku ni dengan buku tulisan aku, tentulah buku aku yang paling sampah dari aspek informasi haha dan buku ini menang).

Saya kira dengan penerbitan buku ini, ramai pembaca di luar sana yang teringin untuk mengembara dan keluar dari kepompong keselesaan masing-masing.

Tahniah Meor, teruskan menulis dan mengembara.
Profile Image for Ariza.
98 reviews27 followers
December 3, 2024
Penceritaan dari satu tempatke satu tempat memang terperinci dgn masa, nama keretapi dan lain-lain. Sgt sesuai dan berguna utk rujukan backpackers yg ingin travel ikut route yg agk sama.

Tapi the cons are pengisian utk bg impact after reading tu kurang ada. Mungkin penulis tidak berapa mahir utk menjelmakan keindahan/pengajaran/keseronokan yg dia peroleh dari satu satu tempat itu. Jadi sayang, rasa yg dapat tu tak dapat dikongsi sepenuhnya dgn pembaca.

Profile Image for Salmah Rabun.
2 reviews2 followers
August 15, 2015
The author wrote his incredible journey in details and specific. Therefore, the readers could imagine as if they are experiencing the adventures!
Profile Image for Nota.
3 reviews
July 16, 2015
I have read for two books, under traveling genre .
Compared to Advantura pulang ke malaya, for me, that book is far adventurous compared to this book .
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
September 12, 2016
Assalamualaikum

Buku seterusnya berkisarkan travelog Mr.Traveller.Pembaca membeli kerana tertarik dengan tajuk traveller yang merantau hampir 15 buah negara selama 15 hari di Eropah.

Penceritaan yang telus,jujur dan straight to the point menggambarkan mr traveller mencatat satu demi satu kisah perjalanan traveller termasuklah tiket dan kereta api yang dinaiki dan keadaan suasana tempat yang dijejaki.

Siap ada bonus lagi jelajah ke India

Setiap kali nama tempat,terminal di sebut oleh traveller,pembaca akan google satu persatu nama tempat yang dikunjungi dan membaca sedikit sejarah kisah yang berkaitan.Ini ibarat pembaca travel bersama mr traveller.

Ada keadaan cemas,gembira,kelakar,syukur dan sebagainya.

Paling menarik traveller turut ada target untuk khatam alquran sepanjang travel di sana. Siapa kata sambil berjalan tak boleh baca alquran.Traveller sangat bagus orangnya.

Sekiranya ada buku kedua mr traveller, ia akan menjadi menarik dan tertarik kalau mr traveller selitkan gambar di antara cerita supaya pembaca dapat membayangkan bagaimana keadaan dan bangunan yang dilawati oleh mr traveller.Serta turut selitkan peta perjalanan.

Secara keseluruhannya..menarik
Profile Image for Al.
18 reviews3 followers
May 27, 2015
Membacanya membuat aku rasa nak mengembara.

Mungkin sebab aku banyak baca buku indie, jadi tulisannya aku rasakan agak skema dan berhati2.

But still, Win!
Profile Image for Mardhiah.
85 reviews6 followers
July 31, 2015
Inspirasi. Muda-muda dah sampai banyak negara. Kuat dengan semangat.
Profile Image for Saif Ibn Mohd.
120 reviews1 follower
December 14, 2017
Pengembaraan seorang diri yang sangat menarik, penceritaan detail mengenai apa yang di naiki boleh dijadikan panduan, serta memanfaatkan kenalan diluar negara memudahkan perjalanan. Berani , itu lah ungkapan yg boleh dikatakan bila dah baca buku ni.

Buku ini berkisar tentang perjalanan beliau ke europe dalam masa 15hari dan pembaca mungkin tidak dapat gambaran sepenuhnya mengenai negara yang dilawati...tetapi ada point tempat-tempat menarik yang sepatutnya pembaca boleh angan2kan untuk pergi melawat.

buku ini saya baca sambil sblm tidur , kerana ia bukanlah bacaan yang berat, dan berjaya tamatkannya pagi ini... sepatutnya waktu pagi untuk bacaan yg heavy sikit..

ok tu je...bkn review sgt pun... saje jee
Profile Image for Nurul Hazirah.
5 reviews
July 23, 2017
Best! Pembacaan yg ringan + relax.
Amazed dgn perancangan rapi penulis sblum mulakan perjalanan. Inspired dgn disiplin penulis utk sentiasa on time & set time utk setiap tempat yg dilawat, so the whole journey x delay.
Hanya dgn phone(utk google gambar) + buku ini, cukup utk membawa aku travel bersama2 penulis di hujung minggu. What a great weekend. Thanks Radi!
Profile Image for Aida Yusof.
7 reviews1 follower
May 7, 2018
Saya membaca buku ini dalam kapal terbang daripada Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Kuala Terengganu.

Kagum dengan penulis yang berani mengembara secara solo sebegitu jauh.

Lepas ni nak baca buku kedua beliau pula.
Profile Image for Ili.
59 reviews1 follower
July 23, 2021
Sedap je buku ni pada aku. Detail juga ceritanya. Cuma macam kurang feel sikitlah gaya penceritaan penulis. Tapi overall best je. Banyak scene aku travel selama ni terbayang semula di fikiran. Rindunya nak travel. Semoga Allah hapuskan Covid dari muka bumi ini dan kita dapat hidup macam dulu.
Profile Image for Syifa'.
2 reviews
January 8, 2019
Penulis diakui seorang yang mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan tetapi membaca bukunya ibarat membaca buku geografi - tanpa rajah.
1 review
December 22, 2021
the best book because it teach me a travel skill and thrifty skill
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
October 4, 2016
Just "boleh la".. I suspect this may be due to:

1. His writing skill. Sebab buku ni buku pertama dia. Jadi cara penyampaian macam boleh la untuk beginner.
2. 15 negara dalam 1 buku.
3. Lebih kepada site visit. Jadi kekurangan part adventure tu. Lain dengan Ridhuan A. Dullah's travelogue tajuk Goji Bundy yang tak pakai itinerary pun. Main redah je.
4. Font dia. Aduhai. Dia pakai font Arial tak silap.

Jauh berbeza dengan buku Ridhuan A. Dullah tajuk Goji Bundy yang sangat awesome, yang kalau baca, rasa macam kita pulak yang alami benda dalam buku itu. Goji Bundy pasal travel dia ke Australia selama 3 bulan tak silap. Penuh dengan adventure (backpacker jadi homeless ialah benda normal, makan sisa makanan orang lain dalam tong sampah, kena kejar dengan bekas majikan macam penjenayah). Sangat recommended untuk get a copy of that book.

Kalau buku Mr. Traveller ni, pinjam ngan kawan je okay kot.

Harapnya Meor Farid Asyradi tidak menulis buku ini dengan niat ingin menunjuk-nunjuk, sebab part gambar-gambar belakang yang tunjuk passport penuh dengan cop tu aku tak berapa berkenan. Rasa macam nak menunjuk pun ada. Boleh buat caption kat gambar tu "Haa tengok! Banyakkan negara yang aku visit."

Overall, I can say this book can help travellers or tourists yang nak plan travel 15 countries within the shortest time. Tapi yang tak bestnya travel macam ni, tak menghayati betul suasana kat tempat tu. Ye lah nak kena berkejar dengan train lah, sesat lah, ape lah. Kalau setakat nak update instagram "Wehh aku dah sampai sini!" boleh lah.

Kalau nak tengok tempat tu on the surface, buku ni okay. Tapi kalau nak menghayati betul-betul sesuatu tempat tu (socio-economically, politically and historically), erm tak kot.
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
November 9, 2015
#TravelogMRTraveller

1st time baca buku travelog, ternyata ia membuatkan aku ketagih, dan slps ini akan lbh bnyk koleksi buku travelog dlm koleksi, sebuah buku yg mengisahkan perjalanan seorg anak muda berusia 25 tahun yg mengembara ke 35 buah negara ats dasar minat yg mendalam, ternyata aku terbuai dan seolah berada dinegara tersebut, penulis mencoretkan kisah suka duka penulis sewaktu mengembara kenegara org seorg diri, kepayahan penulis dpt aku rasakan, ternyata penulis mampu membuatkan aku spt ingin mengembara, penulia juga ada menceritakan dri sudut mata penulis mengenai sesebuah negara ada yg tdk spt yg kita gambarkan di TV, ternyata membaca buku travelog ini sgt mencapai tahap kepuasan yg maksimum, keseluruhan buku ini sgt menyeronokkan, cuma part travelog khas namaste india tdk puas utk dibaca mungkin krn penulis hanya bercerita secara ringkas shj memandangkan iannya travelog khas, mungkin karya seterusnya penulis blh merungkainya, 5*/5* utk buku genre yg pertama kali aku baca, tahniah buat penulis
Profile Image for Noornuzula.
38 reviews1 follower
May 25, 2016
.."mengah" ya mengah !aku mengah membacanya , mungkin perjalanan dia sendiri terkejar-kejar, menyelesaikan 15hari untuk 50 train ,jadi tak banyak moment yang mungkin penulis boleh coretkan ,saya kata mungkin. Dan mengah juga sebab terlalu banyak info berkaitan tempat dan bangunan yang ditulis berbanding pengalaman perjalanan. Seperti kembara yang pelbagai Cara, mencukup bilangan hari atau berlama-lama pada satu tempat merasai suasana ,maka minat manusia pada buku bergendre kembara juga mungkin pelbagai , ada yang suka buku padat dengan info, ada yang suka tulisan santai coretan pengalaman.
Membaca buku ini tak dapat dinafikan,kadangkala mengambalikan kenangan kembara sendiri ,terutama di France dan turki , dan tidak dapat dinafikan juga memberi inspirasi untuk kembara mengunakan train merentasi benua eropah.insyaallah.
Profile Image for Muna Zaen.
67 reviews1 follower
April 6, 2016
"Dengan Lafaz Basmalah Aku Menjelajah" ... aku memang suka baca travelogue atau cerita kembara orang lain terutamanya catatan pengembaraan orang Islam ke negara asing kerana banyak yang boleh aku belajar daripadanya. Pengalaman mereka boleh dijadikan panduan jika aku punya rezeki untuk mengembara suatu masa nanti. Subhanallah, pengalaman Radi sangat best! Semuanya dengan kurnia dan rahmatNya. Baca je lah kalau nak tahu betapa bestnya kembara mahasiswa Sains Politik Islam yang fasih bertutur bahasa Arab ini. Oh ya, buku ini aku beli special sikit sebab ditandatangani oleh Radi sendiri ...
Profile Image for Fazira Ridzuan.
22 reviews29 followers
May 5, 2016
Aku tak keluar tengok real world. Too poor and too afraid to go out hahahahah (I'm so pathetic hahah ) one of my bestie gave this book. Thanks to him :)
Aku teruja juga dengan pengalaman, nasihat,penghayatan & keperibadian penulis.
Paling aku suka part Vatican City

yang planning nak beli, beli ja lah. It's worth to read weh.
yang ada orang nak bagi, ambil ja la. Rezeki ilmu Jangan ditolak hahah
Profile Image for Nissa'.
Author 3 books42 followers
April 21, 2016
sebuah travelog yang sangat jujur. maka saya beri 3.5 bintang. kembara penulis menjelajah 15 buah negara dalam dua minggu perjalanan, tentu saja tidak memberi kepuasan untuk dibaca dengan minda pengembara. penceritaan terperinci dengan fakta, jenis tren, trem, bas dan sebagainya. sesuai sebagai panduan. semoga terus menulis cerita-cerita kembara lagi! hidup madrasah!
Profile Image for Wan Syaqira.
111 reviews1 follower
May 4, 2015
Dalam 3 hari cuti digunakan untuk membaca buku ini semasa berada di kampung. Walaupun berada di kampung, tapi terasa sudah menjejak kaki ke benua eropah dan india (special chapter). Akan dijadikan sebagai panduan bila merantau kelak. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman yang berharga ini.
Profile Image for siso.sofy.
254 reviews4 followers
November 5, 2015
siapa dalam dunia ni tak mahu mengembara. cuma process mengejar impian itu payah dan perlu berusaha. Dan ia tidak mustahil. With the right intentions, Allah will guide us. InsyaAllah.
Terima Kasih buat penulis yg menulis dan berkongsi. Bahagia membaca dan buatkan tekad itu semakin kuat.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 26, 2015
Rasa macam nak pergi journey pulak lepas baa buku ni. Radi ni memang gila bagi aku, 15 hari 15 negara! Perghhh..

Profile Image for Noral.
115 reviews6 followers
October 6, 2015
Saya suka jika ramai anak muda kita mencari pengalaman dan melakukan seperti penulis buku ini.
Baca buku ini membuatkan kita rasa nak pergi bercuti naik keretapi juga di eropah....
Profile Image for Izzati  Hashim.
38 reviews8 followers
Read
October 6, 2015
Buku travelog kehidupan tak pernah mengecewakan diri. Tahniah buat penulis! :)

Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
November 25, 2015
Satu lagi travelog yang menarik. Dicadangkan untuk mereka yang inginkan motivasi untuk keluar mengembara, lebih-lebih lagi jika anda ke Eropah.
Displaying 1 - 30 of 35 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.