Kompilasi tulisan-tulisan Saiful Nang di blog dan FB nya dari tahun 2007.
Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih tercari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya daripada anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak." Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauh diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular dalam kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah maha adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda.
Saya teringatkan kisah katak pekak yang terus memanjat dan berjaya naik serta keluar daripada tong di mana beliau terkurung, lantaran dia tidak mendengar sorakan-sorakan negatif mereka yang di bawah.
Saya juga teringatkan kisah ketam yang cuba keluar daripada tong di mana mereka dikurung tetapi gagal keluar kerana sentiasa ditarik turun.
Hakikat hidup, memang ramai yang lebih gembira melihat kita gagal berbanding menyokong kita untuk mencapai kejayaan.
Buku ini memberikan motivasi untuk jadi orang yang berjaya dan menyedarkan diri supaya jadi orang yang menyokong orang lain untuk berjaya dan bukan jadi orang yang memandang rendah kepada orang lain, apatah lagi menjadi orang yang menjatuhkan orang lain.
Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.
Erti hidup pada memberi. Saya juga terkesan dengan usaha penulis yang mengusahakan Rumah Prihatin.
Yang menarik 1) Bukunya berwarna-warni 2) Gambar-gambar yang diselitkan, sudah tentu menarik. 3) Kreativiti dan usaha SN untuk mencari pendapatan semasa kecil, wajar dicontohi 4) Pandangan SN yang "menongkah arus, melawan yang biasa" boleh dijadikan buah fikir. Setuju atau tidak, ikut lah tiada yang memaksa.
Yang kurang menarik 1) Pengalaman yang dikongsi lebih kepada selepas berjaya, dan juga hidup susah satu waktu dahulu. 2) Sedikit sangat perkongsian bagaimana SN memulakan perniagaannya dari awal sehingga hari ini (bagi aku). 3) Ada catatan yang seperti mahu melepaskan rasa "sentap" dan "dendam".
Yang patut dihentikan 1) Copy paste yang sangat tidak bertanggungjawab. Cuba lah kamu berfikir, pada mukasurat 161, pembaca terjumpa ayat "... SINI (KLIK UNTUK LIHAT)". Bagaimana tuan, aku mahu klik di atas buku? Aku fikir ini bukan kerja SN, kerja orang buat buku. Jangan mahu cepat terbit, cepat kaya, cepat segalanya hanya kerana mahu mengejar trend semasa. Ada tanggungjawab juga. Bukan semua pembeli buku itu penggemar mukabuku, dan tidak semua orang membaca blog SN. Bila dibukukan, fikirlah juga asasnya. Dicadangkan, letakkan lah nota kaki, atau lampiran. Pandai-pandailah, kata penerbit buku.
Mohon jangan sentap. Kalau sentap, sah tak baca lagi buku SN.
Terlalu banyak cerita yang sangat memberi inspirasi juga menginsafkan diri... Disebabkan buku ini bukan dikarang untuk dijadikan sebuah buku tetapi dijadikan sebuah buku dari kompilasi (karangan-karangan Saiful Nang di blog beliau), ini membuatkan pembaca seperti saya melihat warna sebenar (true colours) beliau. Wallahua'lam.
Sungguh, buku ini sangat kaya dari segi ilmu kehidupan yang dikongsi dari penulisnya. Penulis yang bukan sekadar penulis tetapi penulis yang terhasil dari menjadi seorang practicioner, a doer rather than simply a talker. This is what motivation is all about. And the best thing is, penulisnya sering memfokuskan kepada Akhirat daripada Dunia.
Walau sekejap saja masa diambil untuk membaca buku ini namun saya merasakan saya telah mengikuti perjalanan beliau sedari kecil hingga pada masa ini - of course, not in a stalkerish way haha. Alhamdulillah for people like Saiful Nang. Kisah hidup perjalanan beliau dan segala tips dan nasihat yang beliau kongsi dalam buku ini akan saya cuba amalkan, inshaAllah.
Cuma ada dua perkara saja yang mungkin dapat membantu menaik tarafkan buku ini, for the next edition.... 1) The English needs to be proofread and edited 2) The colours of the font in darker pages needs to be highlighted in lighter colours...
Other than that, this book is excellent! For sure, I will read it again, inshaAllah :)
Termotivasi dan semangat menaik, tapi kalau tengokkan buku dan isinya bukan buku motivasi. Mungkin termotivasi secara halus. Api dalam sekam, luahan rasa dari baca alam dunia. jom pakat baca, suka dengan olahan serta foto2 menarik. nak berjaya kena jadi pekak badak, kalau tidak tak berjaya, kalau berjaya setakat biasa-biasa dan tak mungkin jadi legend. nak tahu, baca buku ini, beli dan jangan gatal2 pinjam orang punya.
tak ambil masa lama nak baca buku motivasi. especially one wif pictures all over it. a picture worth a thousand words.this book worth a thousand ringgit. at only rm31.
mungkin personaliti saiful nang buatkan orang tertarik padanya. sejujurnya, orang lebih pandai cakap daripada buat. tp sn lebih pandai buat daripada cakap.
a thick book that can be read overnight.
PS: omg, dh masuk fasa sedar diri. cintan-cintun xlg
Saya sukakan buku ni sebab warna-warna yang digunakan terang. Baca pun takde la bosan. Nak-nak banyak gambar yang dilampirkan. Sebelum ni, masa belajar, familiar juga dengan CandidSyndrome tapi masa tu, Saiful Nang tak berapa nak tahu pun. Buku ni adalah catatan beliau daripada Tahun 2007 - 2013.
Topik yang paling saya suka, sudah semestinya kisah SN dengan anak-anak perempuannya; Orked, Seri & Lela. Aktiviti 'roll call' yang dilakukannya. Memuji anak-anak dengan pelukan & kata-kata. Sesuatu yang bagus untuk diikuti. Tak perlu nak manjakan anak-anak dengan gadget atau material lain.
M/s 253, "Semasa roll call itu jika mereka melaporkan aktiviti menolong kerja rumah, saya akan berikan mereka PUJIAN & PELUKAN tanda saya redha kepada mereka."
Lagipun, perkara baru yang tahu bila baca buku ni, tak sangka untuk ibu bapa yang bekerja, SN & isteri beliau seorang doktor, anak-anak beliau ditempatkan di Rumah Pengasih Warga Prihatin (anak-anak asnaf & yatim diletakkan di sini). Biasa, parents yang bekerja akan letak anak-anak mereka di rumah asuhan, kan?
Aku baca bulan lepas. Aku selak-selak je. Tercari-cari poin berguna. Nampaknya tak banyak yang berguna. Buku ini lebih banyak syok sendiri. Halaman-halaman berwarna riang ria terlalu banyak sangat. Buku yang bagus adalah buku yang banyak teks. Tapi tak apalah, dia punya pasallah. Tak salah pun dia nak berkongsi apa benda yang dia fikir dan rasakan. Dan tak salah jugalah aku nak kata, aku tak dapat banyak benda dalam buku ini.
Hate the book. Bad, bad editing. I know you are just copying off from his blog but come on! Do a better job will ya? Can't even finish half of the book.
Wouldn't recommend this to anyone even if I got a pistol in my mouth.
Banyak puji diri sendiri. Susunan kata payah nak ikut, terutama sekali ayat-ayat Inggeris. Editor tak buat kerja. No surprise, this is a Puteh Press product. Asalkan 'celebrity' yang tulis, terus terbit.
It takes up to 5 days for me to finish this. Normally, if baca novel, 3-4 jam dah habis satu buku. tp kali nie, KOM berjaya membuatkan saya x sentuh novel tul 5 hari. Awesome! KOM is really different, ia bukan sekadar reading material yang hanya boleh dibaca sekali lalu. There are lots of interesting stories yang sangat bermakna dan terasa teruja untuk berkongsi bersama sahabat yang lain. If not, i feel really ralat. Setiap satu kisah yang diceritakan dan ditulis, menyebabkan diri ini sentiasa muhasabah diri, ulang dan berulang kali. Ya, betul. Bukan sekadar sekali membaca, terus akan ada perubahan yang drastik tetapi sekurang2nya hati ini tercuit. I do find Kisah Orang Menang sangat awesome. Superb. Ada part2 yang air mata tetiba jer mengalir. Ada part2 yang terasa nak gelak guling2.. ada part2 rasa yg perghhh pedas giler sbb makan cili banyak sangat. But its life. SAIFUL NANG x paksa pun beli buku nie... sendiri yang pilih. Sendiri la responsible. Hopefully i'm gonna be the better فارادينا أزلين أزاهار... if not now, maybe a second later. Ngeeee... betul, tok sah banyak cakap. Just make it work and done. Doakan untuk saya yer.
Bagaimana ya? Kerana terlalu banyak motivasi itu datangnya dari pengalaman kesusahan yang dicerita sehingga saya gagal mengambil satu kelainan pun kesusahan yg dialami penulis untuk diteladani penuh.
Tapi tak perlu nafi. Sememangnya motivasi untuk berhak datang dari yang pernah jatuh dan dari yang paling bawah sana. Dan sememangnya tokoh kehebatan itu wujud hasil didikan keperitan. Iya kan?
BUku ini merupakn kumpulan tulisan penulis di blog dan FB beliau. Cetusan pemikiran yang sangat menarik walaupun bahasa dan gaya tulisannya sangat mengganggu. Maklumlah cara tulisan di media sosial yang semuanya bergantung kepada penulisnya. Koleksi foto milik penulisnya yang merupakan tokoh jurugambar ternama menambah menarik lagi buku ini.
Walaupun orang kata beliau macam-macam, aku rasa cerita beliau dalam buku ni sangat menginspirasikan. Beliau bukan seperti anak muda lain ketika beliau masih remaja. Beliau seorang yang kreatif dan banyak akal, in a good way. Muda-muda dah ada otak bisnes tanpa beliau sendiri sedar kelebihan beliau itu sendiri.
Berlainan daripada kebanyakan remaja lain yang memerlukan semua benda sempurna dahulu sebelum melaksanakan langkah seterusnya, beliau hanya menggunakan sumber sedia ada dan cuba mendapatkan hasilnya.
Aku mula buka, belek, baca sedikit pada tahun 2019. Namun aku tolak tepi buku ni sebab rasa macam bosan dan kandungannya yang mungkin agak berat. Pada tahun 2020 aku ambil semula buku ni dari rak, cuba baca kembali. Dan aku quite menyesal jugak lah tak habis baca pada tahun 2019, sebab buku ni quite best jugak bagi aku. Dan quote-quote dalam buku ni pun banyak menarik minat aku. Ya, for me buku ni quite good, thanks to PKP, aku berjaya habiskan baca buku ni juga akhirnya. HAHHA
Buku yang menarik untuk dibaca. Bagi yang mengikuti SN dan selalu baca blog dan posting SN do FB rasanya kalau baca buku ni akan rasa sedikit bosan. Sebab ia adalah kompilasi dari tulisan SN dari blog dan FB. . Buku ni menarik sebab berwarna-warni dan banyak gambar. Bagi yang kurang gemar membaca mungkin boleh jadikan buku ni sebagai pemangkin semangat membaca sebelum korang mula baca buku yang memang tulisan je dlm tu. . Secara peribadi, SN ni aku takde lah follow sangat, sebab photografi bukan bidang aku dan tak minat sangat. Cuma ada tulisan-tulisan dia yang tular aku jadi kenal dengan dia. So bila baca tulisan dia takde lah semua salah,dan takde lah semua yang dia tulis tu betul. Haha. .
Alhamdulillah, buku yang sangat bagus, isinya padat dengan pandangan yang bernas dari Tuan Saiful Nang, penuh dengan warna & saya tak jemu langsung membaca. Ditulis dengan bahasa yang santai & tidak berat. Menceritakan tentang kepayahan yang beliau alami dari kecil, membesar dalam serba kekurangan, yang menjadikan beliau kreatif & kuat. Sangat digalakkan untuk bacaan. Dari segi isi saya bagi 5 bintang. Cuma dari segi fizikalnya, bukunya tak berkualiti & mengecewakan, muka surat senang sangat tercabut. Harap dapat diperbaiki lagi dari aspek fizikal.
Sebuah buku yang hanya mengandungi tulisan secara cetek dan secara jujurnya, hanyalah mempunyai tulisan syok sendiri dan puji diri sendiri tanpa benar2 mengajar apa2 utk pembaca.
Awas, anda semua telah diberi amaran. Belanja lah wang anda untuk buku2 lain yang jauh lebih banyak input.
A very inspiring journey on what SN gone through. Recommended book to those who think they’re hopeless,live in poverty,etc SN proved that “Kesusahan bukan penghalang kejayaan”
I love this book. Saiful is daringly honest, brave, intelligent, awesome and inspiring dude. I am going to read his next book soon. Highly recommended.
1. Ini adalah buku mengenai pengalaman beliau dalam hidup sedari kecil hinggalah sekarang, juga kisah beberapa orang lain yang cukup baik dijadikan motivasi
2. Saya menjangkakan buku ini akan menjadi perkongsian pengalaman biasa. Tetapi tidak, paradigma yang ada serta keikhlasan beliau dalam berkongsi menjadikan buku ini isitimewa
3. Gambar dia memang lawa. Ok semua tau
4. Dia adalah seorang yang dari kecil sudah temui diri. Kerap beliau cerita bisnes awal beliau dari jual ikan, melukis, dan tolong ayahnya. Dari kecil ini yang menjadikan beliau bukan seorang yang biasa.
5. Beliau real. Dengan pengalaman bukan cakap kosong, dengan bukan setakat memaki tetapi turun buat sekolah sendiri, waqafkan, bagaimana dia mendidik orked. Tidak ramai melayu yang real begini
6. Beliau rajin menulis. Ini pun wow. Gemar berkongsi dan rajin menaip. Bukan penulis tetapi konsisten adalah kegemaran saya
7. Well done. Buku lawa, cover depan lawa dalam selesa membaca, konten menarik dan motivasi.
8. Sangat sesuai dibaca oleh melayu-mahasiswa dalam menghadapi kehidupan sebenar.
Buku ini boleh dijadikan sebagai motivasi diri untuk berjaya setelah mengharungi pelbagai cabaran & dugaan. Pengalaman waktu kecil yang dilalui oleh SN agak lucu dan menghiburkan menjadikan buku ini ada tarikan tersendiri. Sedikit terganggu bilamana mengetahui kebanyakan isi kandungan pada buku ini terang-terang disalin semula melalui Blog dan Facebook SN lebih-lebih lagi wujudnya LINK untuk meneruskan bacaan (duhh... Macam mana editor buat keje ni?) Malah saya rasa kurang feel dengan gaya bahasa SN di dalam Bahasa Inggeris (mungkin penguasaannya masih kurang baik) berbanding Bahasa Malaysia.
Untuk mereka yang baru atau ingin mengenali SN lebih mendalam bolehlah membeli buku ini. Untuk mereka yang sememangnya peminat SN sejak dulu, mungkin boleh dijadikan sebagai koleksi dan bahan bacaan untuk anak-anak. Untuk saya, saya lebih suka mengikuti SN melalui FB
Dari segi penceritaannya aku boleh terima sebab semuanya adalah kompilasi tulisan dari blog dan fb SN. Tapi dari segi penerbitan buku, sangat tidak berhati hati. Terdapat pelbagai elemen penerbitan yang diabaikan. Yang paling ketara ialah ada satu bab yang berulang. Sinopsis buku juga tiada menyebabkan aku menyalahkan SN yang tidak menulia dengan proper untuk sebuah buku. Selepas a few chapters aku andaikan sendiri yang ini adalah kompilasi blog beliau dan diconfirmkan oleh my wife yang pernah baca blog SN. Sepatutnya ada mukaddimah sedikit sebab bukan semua pembeli buku tu yang pernah kenal SN atau baca blognya. Penerbit sepatutnya menghormati standard penerbitan buku dan juga pembaca
This entire review has been hidden because of spoilers.
MEMBACA KEHIDUPAN LEBIH BAIK DARIPADA MEMBACA TULISAN. MEMBACA KEHIDUPAN saiful nang BANYAK MEMOTIVASIKAN DIRI INI.MEMANG BETUL APA YANG DIKATAKAN SAIFUL NANG, BAHAWA SETIAP APA YANG KITA BUAT DI DUNIA INI, MESTI AKAN ADA ORANG YANG TIDAK BERPUAS HATI. BIARLAH APA YANG ORANG NAK KATA, YANG PENTING KITA TERUSKAN PERJALANAN. *KALAU SAIFUL NANG BOLEH MENANG, KITA PUN BOLEH MENANG,. AYUH KITA 'BERENANG' UNTUK MENJADI ORANG MENANG*.
Banyak pengajaran aku belajar dari tulisan SN ni. Tak semestinya seorang ustaz al-hafiz itu pandai dalam bab agama, kekadang orang yang biasa-biasa ni lagi arif cuma kalau kalau orang begini berkata-kata, masyarakat pasti akan mengata dia memandai-mandai. Lumrah hidup... bila seseorang yang berpakaian jubah berserban, automatik orang itu dianggap baik. Itu lah sedikit sebanyak yang aku pelajari. Banyak lagi sebenarnya. Baca dulu baru tahu.
Anda berjaya (tak kira kejayaan diukur macam mana), tetapi anda tak kongsikan pengalaman itu, malah bangga dipanggil Low Profile, anda sebenarnya SELFISH.
Anda berjaya (tak kiralah kayu ukuran mana yang anda pakai), dan anda kongsikan kejayaan seikhlasnya supaya ia menjadi inspirasi, katalis dan motivasi kepada mereka yang masih tercari-cari jalan, anda sebenarnya WIN
hebat mashaAllah! mula2 dia umpan dgn cerita kejayaan dia dlm business terutama photography. dh masuk pertengahan dia cerita makna sebenar kekayaan dan kejayaan. mashaAllah great spirit! simply inspiring.
dah! bangun! letak phone! and work things out!
thanks encik SN! Allah bless SN and his smart works for ummah :) ameen...
Fans or haters Saiful Nang patut membaca buku ini sekurang-kurangnya sekali untuk memahami dengan lebih mendalam siapa beliau. Buku ini merupakan koleksi tulisan di blog/facebook rasanya. Ada tulisan beliau saya tidak setuju tetapi saya faham dari mana datangnya tulisan tersebut. Yang pasti, dia buat apa yang dia kata dan tulis. Anda bagaimana?