“Kaum lelaki semuanya berserban, berkopiah dan segak memakai jubah. Mana perginya baju kemeja pejabat dan suit yang kerap menghiasi diri? Mana perginya beg-bimbit yang selalu dibawa kesana kemari, dan mengapa hanya buku agama yang dibawa bersama?”
“Jangan salahkan iblis atau syaitan kalau diri sendiri yang tak mahu ubah perangai bangkai yang ada dalam diri. Ada akal, guna. Pilih.”
“Sekadar pakaian umpama tiada dosa, perangai bagai tiada pahala.”
“Usah bertanya mana Tuhanmu jika dalam hati bertuhankan nafsu. Manusia kembara di bumi luas, mana pergi tetap buas, melangkah mana tak pernah puas. ”
“Kalau tak ada orang macam kita ini, bersepah-sepahlah perempuan kena rogol sana-sini. Berpuluh-puluh bayi kena buang setiap bulan. Bangga sikit dengan kerja kita ni!”
Hanya insan biasa. Masih merangkak di dalam dunia penulisan. Menulis hanya untuk mengisi masa terluang.
Katanya kalau terbaca karyanya, harap jangan ada yang serik kerana karya yang terhasil itu adalah dari budak hingusan yang baru bertatih menulis. Hanya sekadar penulis picisan. Harap ada yang tidak menyampah dengan penulisan yang terhasil dari jari-jemarinya.
Kini masih terus menjadi pembaca tegar di dalam meneruskan keberlangsungan hidup...
Kala Langit Runtuh adalah koleksi cerpen yang aku suggest untuk korang baca. Ada cerpen cukup perencah, terlebih, terkurang pun ada. Semua cerpen dalam ni memanglah tentang akhir zaman. Lain dari yang lain gitu.
Cerpen pilihan aku?
1. Selamat Kembali Sahabat - Asmirana Maspade
2. Nirmala Tidak Suci - Syikin Zauzi
3. Lokus Dua Matra - Hasnizal Ehsan
4. Trumpet Buat Jibrail - Lokman Hakim
Apa yang best dalam ni kena rasa sendiri. Dijamin tak akan menyesal. Guaranteed!