Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aster Untuk Naufal

Rate this book
‘Nadine Awla. I’m here.’

Kiriman nota itu telah mengocak ketenangan Nadine.
Bilamana dia menerima kiriman yang lebih ekstrem, keluarga Nadine nekad mengupah seorang pengawal peribadi untuknya.

Naufal Adha.

Itulah insan yang sama, yang pernah mengetuk pintu hati Nadine. Lebih tepat lagi, namanya masih tersimpan kemas di dalam relung hati Nadine.

“Awak tahu awak diupah untuk jaga saya. Kenapa awak terima? Dulu kita…”
“Disebabkan kita yang dulu, saya terima, Cik Awla.”

Jiwa Nadine terusik. Perasaannya terbuai. Pun begitu, status Nadine telah mencipta jarak di antara dia dan Naufal. Hatinya juga masih terluka dengan apa yang berlaku dahulu.

“Tajamkan mata dan fikiran, supaya tak terperdaya dengan ilusi.”

Betullah. Selama ini, Nadine dikaburi ilusi.

Semakin Nadine dekat dengan kebenaran di sebalik kiriman misteri itu, semakin Nadine bergelut dengan rasa dikhianati dan kecewa. Dan Nadine, semakin lelah mahu terus berpura-pura kuat.

“Awak tahu aster symbolises apa?”
“Cinta tulus, kekuatan dan kesabaran.”
“Itu sebabnya saya pilih aster untuk awak. Pada saya, awak aster saya.”

Benarkah Nadine sekuat yang disangka Naufal? Atau dia cuma wanita lemah, yang rela diperdaya ilusi dan hidup dalam kebahagiaan palsu?

533 pages, Paperback

Published January 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Syu Ariani

20 books227 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (47%)
4 stars
7 (41%)
3 stars
1 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for jemsblonde.
85 reviews8 followers
July 18, 2026
4.1/5

tw - stalking, domestic abuse, murder

cerita ni aku rasa dah macam sinetron dia punya konflik keluarga hsgdkshah tapi in a better way la walaupun kadang stress dengan misteri misteri yang lammbattttt nau nak terjawabnya tapi start separuh akhir buku dah dapat agak la siapa yang duk stalk kacau si nadine ni.

aku boleh katakan konflik cerita ni agak berat sebab dia berkaitan dengan dendam. and menarik jugak sebab yang mangsanya dua orang kawan baik yang tak bersalah tapi jadi mangsa si dhani setan dengan nenda adibah ni memang perangai musibat betul. awal awal memang rasa senang tertipu dengan beberapa watak. tapi penulis dah bagi hint and tekaan aku memang betul lah but still sakitnya hatiii aku siap hampir nak menangis tau sebab kesian rupanya dia ni memang setan😃

storyline dia nak kata meleret, tak jugak. 50-50. but still enjoy the plotline walaupun agak fucked up dengan watak sekor sekor. watak villain dalam cerita ni memang aku tak expect dia segila itu tapi make sense la dia jadi macam tu pun sebab lepas tahu apa yang setan anak haram tu buat kat dia. sumpah kejam namampos🥲💔 untuk watak watak dalam cerita ni boleh katakan, hampir semua tak boleh nak percaya but still ada salah faham jugak kat awal awal and aku pun dah rasa fishy. tapi kesian la kat nadine ni. dia ni hidup dalam family yang sayangkan dia tapi tak semua orang sekililing dia boleh dipercayai. even dengan naufal pun dia pernah kecewa tapi trope second chance cerita ni memang cukup rasa.

aku rasa cerita ni lebih kepada sub romance haha sebab seriously aku rasa romance dia macam tak banyak but still chemistry nadine and naufal sooo cuteee walaupun kena menghadap family nadine yang agak huru hara lol. lerve watak naufal yang tak jemu jemu ada kat sisi nadine from as bodyguard to husband. kito suko jatey greenflag🫶🏻

overall okay la, walaupun agak stress dengan segala mak nenek misteri yang lambat nak terjawab but still enjoyable je bacanya

Profile Image for Diniy Qistina.
245 reviews7 followers
July 24, 2026
4.5⭐

Woah! Plot twist di dalam plot twist. Selain daripada watak Nadind dan Naufal, saya rasa hampir kesemua watak lain adalah sejenis "morally grey" or at least kelihatan sepertinya. Banyak jenis bermuka-muka. Nampak baik tapi sebenarnya jahat. Nampak jahat tapi sebenarnya baik.

Hidup tenang seorang Nadine Awla mula terasa terancam apabila dia mula menerima pelbagai nota dan "hadiah" misteri. Hadiah pun sebarang hadiah tapi ianya berupa gambarnya yang ditoreh dengan pisau, baju bayinya dengan kesan darah ayam, namanya yang dibentuk daripada potongan surat khabar dan macam-macam lagi. Nenda Adibah pun mengupah seorang bodyguard untuk menjaga keselamatan Nadine. Tak lain dan tak bukan, Naufal Adha.

Terkejut Nadine! Naufal bukanlah orang asing dengannya. Naufal adalah seseorang dari masa lalu Nadine yang telah menghilangkan diri secara tiba-tiba. Dan Naufal masih belum melupakan dia.

Walaupun banyak villains dalam cerita ni tapi sebenarnya Nenda Adibah dan ayah Nadine, Dhani lah punca segalanya. Kalau bukan sebab perangai dan perbuatan mereka, villains lain takkan wujud. Dhani buat hal, Nenda Adibah akan kambus segalanya. Nenda Adibah pulak orang ada kuasa dan pangkat. Tak susah pun untuk dia "diamkan" mana-mana pihak.

Pada awal sampai pertengahan cerita memang agak slow sikit untuk kita follow dan faham. Sebab ada banyak misteri dan kelakuan aneh daripada pelbagai watak. Dah lepas pertengahan cerita baru mula faham rentak cerita. AUN ni juga tidaklah terlalu fokus tentang kisah percintaan antara Nadine dan Naufal tapi tentang betapa huru-haranya keluarga Nadine ni. Dari nenda ke ayah, mak tiri, adik sebapa, mak kandung, kawan-kawan dan segalanya lah. Pastikan baca ketika kalian bukan sedang stress dengan kehidupan. 😆
Profile Image for Fiqa Najwa.
92 reviews
August 14, 2026
One word for AUN: WOW 💥

Cerita ini berkisarkan tentang Nadine Awla yang terima bungkusan misteri dari seseorang yang dia tak tau siapa. Bermula dengan hanya ayat dan gambar waktu Nadine ni kecik je tapi lama² bungkusan tu makin mengerikan, ada baju baby yang dilumurkan dengan darah + gambar waktu Nadine kecik tu ditoreh-toreh. So daripada situ mula la keluarga Nadine cari seorang bodyguard untuk lindungi Nadine. Which leads to ML in this book - Naufal Adha, 'kenalan' lama Nadine. Sejak tu perlahan-lahan diorang rungkaikan siapa sebenarnya dalang di sebalik bungkusan misteri tu. Apa motif dia?

Well, for me cerita ni dia medium pace. Ada masa rasa macam aduh slow nya, ada masa rasa macam bertalu-talu hint dia. Sebagai seorang yang memang baca hampir semua buku Syu Ariani especially buku princess & queen series, dan buku thriller/mystery beliau, boleh agak style kak Syu yang kadang suka kelirukan kita dengan hint-hint siapa dalang sebenarnya.

"Our perspective tends to become distorted if we focus in only one direction."

Pada permulaan cerita ni, penulis letak a few hint dan cuba untuk buatkan pembaca syak setiap watak yang ada disekeliling Nadine ni. Dia buat suara² dalam otak kita ni bertelagah sesama sendiri tau 🤣 "aku tak rasa dia ni la" "tapi bila tengok balik kenapa dia bersikap macam ni pulak"
Haaa sepanjang nak cari siapa dalang dia tu memang bingit la kepala dengan suara² ni 😂 tapi boleh nampak la yang penulis macam saja nak bagi kita point out sana sini siapa villian sebenar dia. At 70% reading, for me, saya rasa korang dah boleh agak dah siapa villian dia. Walaupon waktu tu saya dah boleh agak, saya masih shock jugak dengan semua kebenaran tu. Betul lah ada pepatah kata, sometimes villians are not born, they are made.

Walaupon Nadine ada lah cucu orang kaya, datang daripada keluarga berada, saya suka dengan Nadine ni sebab dia bukan typical cucu orang kaya yang brat - spoiled gitu tau. Walaupon kadang instinct dia tu tak tepat, tapi pemerhatian dia tajam dan kekadang dia rasional dan tak terlalu ikut emosi (kadang je la). Cuma kesian sangat dengan dia haih (iykyk)

Untuk cerita ni kan, saya rasa first time saya tak kisah sangat dengan ML sebab saya rasa Nadine dan kisah keluarga dia lagi menarik 🤣 tak tau la saya je ke rasa tapi ML dalam cerita ni tak terlalu mendominasi cerita sangat. Selalunya kan bila cerita tu pasal FL hadap perkara² misteri ni kita boleh nampak tau ML tu salah satu yang mainkan peranan yang besar la jugak sebab dia la yang alert with everything, kehulu kehilir cari dalang, walhal FL macam pasif sikit (tak semua sbb ada je FL yg sama gila 😂). Tapi dalam cerita ni kebanyakan role Naufal macam menemani, melindungi, dan sentiasa bersama Nadine je. Ofc ada je la part Naufal cari maklumat apa semua tu mesti la kan dia bodyguard kot, benda² ni makanan dia plus dia lagi banyak kabel hahaha. But saya sukaaa sebab dekat sini kita boleh tengok yang dua otak lebih baik daripada satu otak. Antara Nadine dan Naufal tak nampak the power imbalance pon. They complete each other.

Overall, it was a really good read. Medium pace di awal cerita then dekat tengah² slow sikit but after that fast pace towards the end. Recommended! Jemput baca guys
Displaying 1 - 3 of 3 reviews