Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ahmad Ammar

Ahmad Ammar: Pemuda yang Dipersiapkan untuk Ummah

Rate this book
Kisah Ahmad Ammar ketika dia masih belum dikenali. Kisah semasa dia masih kecil, pendiam dan seorang yang taat kepada ibu bapa. Beliau sudah dididik bagi menjadi seorang yang akan mewakafkan dirinya untuk ummah. Beliau sudah diajarkan sedari kecil bagi menyedari tujuan hidupnya bukan sekadar untuk membela keluarga dan tanah air, tetapi lebih besar daripada itu, iaitu ummah seluruhnya. Inilah kisah beliau, kisah pemuda yang dipersiapkan untuk ummah.

176 pages, Paperback

Published April 1, 2015

4 people are currently reading
90 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

124 books287 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
31 (53%)
4 stars
19 (32%)
3 stars
6 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (3%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
October 3, 2023
Bismillah…

Ahmad Ammar
Pemuda yang dipersiapkan untuk ummah.

“ Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya”. ( Al Baqarah 2:154)

Almarhum Ahmad Ammar sudah meninggal dunia, namun perjalanan hidupnya tetap menjadi pedoman ramai anak muda yang mahu mengikuti jejak langkahnya.

Dan Ammar tidak dikenali semasa hayatnya, tapi selepas kematiannya, kisah Ahmad Ammar menjadi viral dikalangan ramai anak muda. Insha Allah, moga kisah Ammar sedikit sebanyak menjadi ibrah kepada remaja-remaja yang mahu menginguti jejak langkahnya. Saya bercakap dari kaca mata seorang guru, betapa hati saya seronok tiap kali melihat ada dikalangan pelajar saya yang mengelek buku2 kisah Ammar kemana saja, betapa saya turut teruja sesekali mereka bercerita kisah yang dibaca .

Melalui Ammar,
Mereka turut mengenali Abu Ayub Al-Ansari,
Melalui Ammar juga,
Mereka menelusuri perjuangan Sultan Muhammad Al-fateh membebaskan Konstantinopel.

Banyak sangat pengajaran yang saya dapat semasa membaca buku kisah Ammar ini,

Pertamanya, ibubapa yang baik akan melahirkan anak-anak yang baik. Teringat kata-kata ayah kepada Imam Abu Hanifah. Katanya “ Aku mendidik Hanafi 40 tahun sebelum kelahirannya”. Sama dengan kisah Ammar, ibu ayahnya orang yang baik-baik, ibu ayahnya orang yang banyak berjuang membantu ummah, maka lahirlah Ammar, pemuda yang dipersiapkan untuk ummah.

Kedua, melalui didikan yang diberikan oleh ibu ayahnya, Ammar dididik untuk menjadi kental dan kuat. Tidak seperti sesetangah ibubapa dizaman moden ini, yang lebih memanja dan memberi muka kepada anak melebihi batas, selalu mengiakan kata-kata anak tanpa usul periksa, yang lebih suka menyerang guru tanpa lebih mengenali perangai anak sendiri di sekolah. Ibu ayah Ammar tidak sebegitu. Ibu Ammar tidak mudah melenting apabila mengetahui Ammar sedikit dibuli di Maktab Tentera Diraja, malah dia menganggap tekanan sedemikian akan memberikan pengalaman kepada anaknya untuk mendepani hari-hari mendatang.

Bisik Puan Nur Azlina “ Buatlah apa pun kepada anak emak ini, asalkan dia tidak dicederakan fizikalnya kerana itulah nanti yang akan memantapkan lagi kekuatan dalaman Ammar”.


Ketiga, Ammar selalu melebihkan kemahuan ibu ayah daripada kemahuan dia sendiri. Walaupun mendapat straigt As’ dalam SPM yang melayakkan Ammar mengambil jurusan-jurusan popular diluar negara, Ammar memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Turki kerana ibu dan ayahnya mahu Ammar menjadi sejarawan yang hebat. Amar telah membuktikan bahawa pelajar cemerlang dalam SPM bukan hanya perlu terjun dalam bidang sains saja, malah turut boleh menjadi sejarawan dan agamawan yang hebat kerana negara kita masih terlampau kurang insan-insan seperti itu.

Keempat, Ammar sangat menghormati guru dan sayang terhadap kawan-kawannya. Semua guru disantuni dengan baik dan kawan-kawan didampingi dengan akhlak yang baik membuatkan hidup Ammar berkat dan disayangi ramai orang. Kematian Ammar telah menyentap jiwa ramai orang termasuk keluarga, jiran, guru serta rakan-rakannya.

Terakhir, saya sangat kagum dengan guru-guru Ammar di Madrasah Jamaah Hayrat Turki. Mereka telah mewakafkan diri mereka untuk mengajar dan mendidik anak-anak didik mereka disana. Para wakaf ini sebilangan besarnya terdiri daripada graduan universiti, sanggup bekerja dan bekorban siang dan malam melalui aktiviti dakwah yang tiada persaraan. Sangat jauh perbezaannya ‘wakaf’ ini dengan guru-guru di Malaysia sekarang.
Profile Image for Idham Aishamuddin.
33 reviews4 followers
July 8, 2021
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya." (Al Baqarah 2:154)

“Ammar datang ke Turki untuk belajar sejarah, tetapi sekarang, beliaulah sejarah yang hendak dipelajari”
(m/s 159)

Rasa terkesan dengan ayat Al-Quran di atas setelah memahami kisah Almarhum Ahmad Ammar. Insan hebat yang wajar dijadikan contoh oleh semua anak muda, khususnya dalam keperibadian akhlak, mentaati ibu bapa, kesungguhan menuntut ilmu, dsb.

Selain itu, berasa sangat kagum terhadap ibu bapa beliau yang bercita-cita tinggi dan menyusun perancangan untuk anak lelaki tunggal mereka, dipersediakan ke arah berbakti untuk ummah.

“.. Ya Rabb, kami telah merancang sesuatu yang besar untuk anak kami itu. Kami telah bertekad menyerahkannya untuk berbakti kepada umat. Rupa-rupanya bukan itu yang Engkau takdirkan. Pastinya Engkau punyai sebab yang jauh lebih hebat untuk anak kami.”
(m/s 146)
Profile Image for TSam.
189 reviews13 followers
February 19, 2022
Ahmad Ammar mengisahkan tentang perjalanan seorang pejuang muda Islam dari saat kelahirannya sehinggalah ke akhir hayatnya.

Banyak jugak rupanya, apabila membaca kisah Ammar ini, NGO serta gerakan Islam yang sebelum ini tak pernah sy didengari ada di Malaydia - syarikat yg banyak menjalankan misi amal di luar serta madarasah seperti Jumaah Hayrat.

Kisah Ammar banyk diceritakan dari perspektif orang sekelilingnya (jadi kita mengenali diri Ammar daripada pandangan keluarga, rakan2 serta guru2 Ammar). Membaca bagaimana Ammar dididik sejak kecil oleh keluarnganya ditambah pula pengaruh sekelilingnya, tak peliklah Ammar membesar menjadi seorang yg berkaliber dan mempunyai semangat juang yg tinggi.
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
November 27, 2015
Benar sekali ayat Al Quran Surah Al-Baqarah ayat 154 yang menyatakan bahawa mereka yang syahid itu akan terus hidup.

Kisah Ahmad Ammar membekas dalam diri ramai orang selepas kematiannya. Insan hebat yang semasa hayatnya tidak dikenali ramai, namun disayangi dan dikagumi ramai lantaran perilakunya yang amat berakhlak tinggi dan mencapai banyak kejayaan hebat dalam pelajarannya.

Almarhum sentiasa memilih untuk menghormati ibu ayahnya serta guru-gurunya. Ternyata hidupnya diberkati dan dirahmati sehingga ke akhir hayatnya.
Profile Image for Fifie  Model .
4 reviews
May 4, 2016
Buku yang sangat bagus dibaca. Banyak pengajaran Dan tauladan yang Boleh Kita pelajari dalam buku ini setelah Kita selesai membacanya.


Arwah Ahmad Ammar merupakan seorang pendakwah muda yang berjiwa besar. Al-Fatihah
26 reviews
May 15, 2019
Pak latip berjaya menitiskan airmataku lagi...kisah ammar, dia sememangnya pemuda yang dipersiapkan untuk ummah...didikan yang ammar peroleh dari kedua ibubapanya sangat membawa haluan ke arah persiapan itu..semoga kisah ini menjadi pemangkin anak- anak Kita menjadi pejuang..Al fatihah untuk Ammar ..
8 reviews
May 8, 2015
Bacaan yang menarik terutama kepada generasi muda kerana ia mampu membangkitkan semangat jihad dan berjuang untuk ummah. Sebuah buku yang mampu membangkitkan semangat berjuang untuk ummah.
Profile Image for Esmat Ghazi.
9 reviews
June 30, 2025
sangat inspiring dapat mengikuti perjalanan seseorang dalam mempelajari ilmu agama Dan mati dalam dakwah
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.