Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kapur Kasut vs. Kapur Tulis: Koleksi 50 Kisah Alam Persekolahan

Rate this book
Koleksi 50 pengalaman alam persekolahan di dalam buku ini bukan semata-mata rakaman kenangan yang sekadar bernostalgia. Terkandung di dalamnya pengajaran, motivasi, inspirasi malah teladan dan sempadan kepada semua peringkat pembaca.

Penulis-penulis yang berkolaborasi dalam projek ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Mereka secara keseluruhannya bersepakat bahawa pengalaman alam persekolahan banyak mencorakkan keberadaan mereka sehingga kini.

Siapapun kita hari ini ; baik menteri, kakitangan hospital, peguam, kontraktor, tukang kayu, drebar teksi, mahupun ahli silap mata, kita semua ada pengalaman yang terpahat di sanubari. Pengalaman-pengalaman itu meskipun pahit ketika kita menghadapinya, tetapi manis untuk dikenang pada ketika yang lain.

Selamat Kembali ke Sekolah!

245 pages, Paperback

First published January 1, 2015

51 people want to read

About the author

Zonan Villa

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (18%)
4 stars
8 (36%)
3 stars
10 (45%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
October 15, 2015
Bismillahirrahmanirrahim.

50 cerita daripada 50 orang penulis. Mengimbau kenangan zaman persekolahan. Kisah mereka ada suka, ada duka, ada manis dan ada pahit. Namun, subhanallah apa yang dilalui semasa di sekolah rendah dan menengah itu rupa-rupanya ada hikmah yang Allah mahu berikan kepada kita.

Itulah yang menjadikan kita "orang" pada hari ini. Jika dahulu suka memberontak, kini lebih bersabar. Jika dahulu suka ikut-ikutan kini lebih berhati-hati dalam perbuatan.

Banyak juga kisah semasa tinggal di asrama. Terutama kisah "spirit of the coin". Baca pula pada waktu tengah malam
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
May 13, 2015
Mengenang cerita zaman sekolah memang mengundang senyum. Kelakar, seram, sedih, gembira - semua ada.

Elok beri anak-anak sekolah sekarang baca. Ada tema kesopanan dan kesusilaan yang berkembang mekar di celah-celah halaman naskhah ini.

Saya suka!
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
February 10, 2018
2.8*

Zaman sekolah adalah zaman yang paling seronok untuk dikenang. Lebih-lebih lagi zaman sekolah menengah. Tapi entah kenapa, kisah di dalam buku ini tidak begitu menjentik rasa dalam jiwa. Hanya beberapa kisah sahaja yang sangat terkesan di hati. Selebihnya, entah la. Tak tau nak terjemahkan dengan kata-kata.

Maaf.

Oh ya. Terdapat juga kesalahan ejaan di dalam buku ini. Dah ternampak, takkan nak diam aje. :D

p/s: Dah lama beli. Beli pada 27/1/2017. Dah lama jugak baca tapi tak ingat bila mula baca. Jadinya, aku letak tarikh mula baca secara rambang sahaja. Hampir juga putus asa untuk meneruskan pembacaan. Mungkin aku dah kurang berminat dengan cerpen agaknya. Apabila baca cerpen, kita mengharapkan keseluruhan cerpen itu boleh menarik minat kita untuk meneruskan pembacaan tapi jika dah stuck pada satu dua cerpen, memang payah la nak teruskan.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
June 3, 2015
sesekali fikiran melayang ketika membaca... yup... memori zaman persekolahan satu-satu bebas dari terperuk dalam kotak memori. menarik buku ni.. dari pelbagai latar belakang kehidupan semua punya pahit manis kenangan.. cerpen setiap satunya ringkas dan padat.. olahan dan susunan kata masing-masing punya daya tarikan tersendiri... syabas untuk semua penulis...
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
September 7, 2015
Ada cerita yang pelbagai. Ragam ketika bersekolah, belajar menuntut ilmu. Aku suka kisah seperti jasa guru, mangsa ejek, kisah "fly", kisah "melawan guru" dan beberapa kisah yang lain.

Kisah kemiskinan dan kemudiannya berjaya, itu sudah agak biasa. Bila berulang-ulang jalan cerita yang sama, bacaan sudah menjadi agak mendatar.

Namun usaha menghimpunkan pelbagai kisah ini dalam satu buku bukan perkara kecil. Siapa sangka, satu buku ada 50 cerita. Baca pengalaman, carilah pengajaran.
Profile Image for Muhamad Fahmi.
126 reviews22 followers
July 5, 2015
Membaca buku ini dapat mengimbau kembali memori-memori lama zaman persekolahan dan ada satu dua cerita yang bersangkut paut dengan diri.

Ramai penulis-penulis baru yang berbakat yang hanya tunggu masa untuk digilap dan bersinar. Semoga mereka ini terus memeriahkan dunia penulisan dalam pada masa yang sama memberikan inspirasi kepada orang lain untuk menulis.
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
Want to read
August 13, 2016
Moga buku ini dpt mengubati kerinduan aku pd zaman persekolahan :)
Profile Image for Web Sutera.
Author 30 books64 followers
June 15, 2015
Pelbagai rasa. Desain kaver yang cantik. Tahniah untuk semua penulis.
Profile Image for Mohd Hafizuddin Mohamad Ghazali.
72 reviews8 followers
May 22, 2018
Bacaan kali kedua. Ada 50 orang penulis terlibat dalam cerpen kali ini. Cerpen-cerpen yang dibuat pun mengisakhkan hal-hal zaman sekolah dulu. Ada kisah buli, kisah asrama & macam-macam kisahlah. Zaman sekolah memang zaman yang dirundui.

Setiuap cerpen ada pengajarannya tersendiri, Buku yang tersangat bagus untuk semua golongan umur. Cover buku pun dah cukup menarik perhatian pembaca.

Harap, pada masa akan datang, kisah lain pulak. Mungkin puasa ke, zaman mengaji ke kan. Cerita-cerita macam ni, memang mengimbau kenangan.
Profile Image for Zalila Isa.
Author 13 books53 followers
June 13, 2016
Pengalaman 50 orang penulis tentang kisah zaman persekolahan.

50 karya yang rencam dan menarik untuk diulang baca.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.