Hukum fizik di dimensi keempat sebenarnya tidak dapat dibayangkan oleh akal sihat kita kerana kedudukannya yang lebih tinggi. Akan tetapi, sains meninggalkan beberapa petunjuk untuk kita berteori tentang dimensi tersebut. Dan daripada teori-teori itu, lahirnya Mahaloka.
Saya jarang baca komik, tapi kali ni saya tertarik nak baca komik ni sebab konsepnya tentang dimensi. Masa di-announce akan terbit, dan selepas tahu premis, memang excited gila. Saya habis baca 2 kali. Best!
Komik ni tentang 3 sekawan yang terperangkap dalam 4th dimension. Ada elemen tesseract, saka, tapi disampaikan dalam versi fiksyen.
Kudos to Wan Animation! Saya nantikan sambungannya.