Jump to ratings and reviews
Rate this book

Penyakit Cinta

Rate this book
"Hairan benar perangai lelaki. Mereka tidak mahu isterinya bodoh, tetapi terlalu pintar mereka tidak mahu pula."

Syamsiar, gadis lulusan madrasah akhirnya menemukan jodoh yang dinanti – Hasan, jejaka lulusan pesantren yang bersemangat membawa perubahan masyarakat.

Mereka disatukan dalam ikatan perkahwinan, tanpa sedar bahawa matlamat mereka nyata berbeza. Antara keinginan Syamsiar yang ingin tenggelam dalam cinta dengan hasrat Hasan yang inginkan pendokong perjuangan agama; rumah tangga yang dibina akhirnya berdepan badai yang tidak terelakkan.

Mampukah rumah tangga yang berbeza asasnya ini dipertahankan?

Dengan bahasa nan indah dan teguran halus namun tajam, HAMKA menyentuh soal tanggungjawab peribadi serta sosial yang perlu dipenuhi oleh setiap golongan berpendidikan dalam lapangan masyarakat.

Paperback

Published April 12, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Hamka

115 books1,101 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (20%)
4 stars
2 (40%)
3 stars
2 (40%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Erin95.
161 reviews7 followers
June 30, 2026
Syamsiar, seorang gadis lulusan madrasah. Belajar tinggi dari gadis² di kampungnya. Mula rasa dirinya mulia, mak dan adiknya sibuk memasak di dapur, dia pula sibuk membaca di bilik, sibuk membaca buku-buku cinta.

Pada Syamsiar, orang² kampung dia kolot, tak berkembang. Sebab mereka tak berpelajaran tinggi sepertinya.

Tiba masa untuk Syamsiar berkahwin. Ramai yang cuba masuk meminang, ada suami orang, ada yang tua seperti ayahnya, tapi semua Syamsiar tolak, sebab bagi dia, jodoh dia mesti sama taraf pelajarannya sepertinya juga. Maka berjodohla Syamsiar dan Hasan yang merupakan jejaka lulusan pesantren yang bersemangat nak bawa perubahan dalam masyarakat.

Berkahwinlah mereka berdua. Tapi tujuan mereka tak sama. Syamsiar perlukan cinta yang berbunga-bunga setiap hari dalam rumahtangganya, manakala Hasan pula nak pendukung perjuangan agamanya. Rumahtangga yang dibina baru 8 bulan akhirnya berdepan badai yang tak diduga.

"Semuanya hanya nampak indah sebelum di daki."

Cinta jangan sampai hilang diri. Cinta jangan sampai lupa Tuhan, cinta jangan sampai hilang malu. Ilmu sepatutnya buat kita makin menunduk, bukan semakin meninggi. Ilmu sepatutnya buat kita lebih beradab dan berakhlak. Maka selarikanlah, ilmu, akhlak, adab dan malu tambah-tambah buat diri seorang wanita.

"Tentukanlah arah tuju pendidikan anak-anak perempuan kita."
Profile Image for Amelia Zulkifli.
202 reviews7 followers
July 24, 2026
Bukunya nipis, kurang 100 mukasurat. Tapi ! MashaAllah pengajaran nya tepat padat menusuk 🥺Pabila Buya Hamka menulis, sedap sangat dibaca.

Saya tak ulas jalan cerita tau. Saya hanya kongsi perasaan saya dan apa yang menarik tentang buku ni. Saya suka sangat lah! 100% saya akan rekomen. Buya Hamka menegur masyarakat, khususnya golongan muda yang fikirkan hidup dan realiti perkahwinan ini hanya mengulit cinta. Setiap masa cinta yang difikirkan. Tidak semudah ituuu 😫 Onak duri cabaran harus ditempuhi dalam sesebuah perkahwinan itu.

Pendidikan juga tak membuatkan kamu mulia, lebih beradab daripada orang lain. Semakin terdidik, semakin sepatutnya rendahlah kita untuk berkhidmat. Bukan hanya pandai membaca kitab, tetapi kita perlu pandai membaca keperluan masyarakat.

Begitulah, semoga kita didik anak dan generasi akan datang hakikat kehidupan. Tidak memanjakan dengan berlebihan dan tidak menjulang sesiapa dengan menilai tahap pendidikan. Tetapi yang paling penting ialah budi pekerti itu.

Takkan buang masa dan takkan menyesal baca buku ni. InshaAllah.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews