Rasanya buku ini adalah another edition atau edition yang lebih panjang berbanding Keranamu Ain, yang saya baca beberapa tahun dulu. Seronok dapat baca semula tulisan Kak Su yang indah gemalai, bila POV nya Ain, yang kekadang bercakap sendiri, comel sungguh. Dan pastinya bahasa yang cantik dan lembut sangat sangat membahagiakan. Drama yang berat masa lamaran Adam ditolak oleh Ain demi tidak mahu menyakiti Maisarah, sanggup mengorbankan cintanya demi bahagia orang yang disayangi. Still, part tu saya tak berapa boleh appreciate sebab pilihan saya ialah Harris. Memang Ain ni besar sungguh wataknya. Bila baca kisah Ain, saya sekarang asyik terbayang wajah Kak Su... wajah yang beberapa kali saya lihat dalam bulan ni sebab beberapa kali saya ke Jemari Seni untuk jualan gudangnya. Entah kenapa bila baca kisah sendu Ain saya terbayang kisah sendu Kak Su yang kehilangan suami. Entah kenapa pembawaan watak Ain ni, dengan passionnya dalam dunia penulisan dan penerbitan, saya rasa macam sedondon dengan watak Kak Su. Saya minat sangat dengan Kak Su. Beliau sungguh membawa prestige dalam arena penulisan novel di Malaysia. Semoga beliau akan terus berjuang dan berjaya mencapai segala apa yang masih dalam sasarannya walaupun tanpa sang suami di sisi. Semoga Kak Su sekuat Ain.
Dalam Seperti Mencintaimu Ain juga ada watak dari novel Surat Ungu untuk Nuha, Langsir Biji Remia... antaranya la. Cerita pendek dalam buku Kebun Mimpi tu rasanya part of this story juga. Saya belum baca Biru Ungu Cinta lagi. Lepas ni nak baca Nyanyian Tanjung Sepi untuk ambil mood sambungan dari Seperti Mencintaimu Ain walaupun tahu dah ia nanti cerita yg ditulis Ain pasal Kak Lida dan kisah cintanya. Saya sangat suka watak Ain, dan watak Harris. Watak Adam agak mendatangkan suka juga, tapi saya masih pilih Harris. Saya masih rasa hidup Ain akan lebih indah jika Harris jadi suaminya. Kenapa ya? Kenapa saya macam tak nak faham betapa Ain hanya cintakan Adam dan Adam berkongsi rasa yang sama ubtuk Ain. Harap masih ada kisah Ain, Harris dan Adam nanti.
Satu lagi sebelum lupa, novel ini editornya kurang teliti atau siapa yang tak type dengan betul ya? Ada banyak juga kesalahan ejaan dan bahasa... tak lah banyak sangat tapi bagi saya masih membawa cacat kepada sulaman bahasa puitis yang dikait Kak Su.