Jump to ratings and reviews
Rate this book

Awak, Jom Cinta Sampai Syurga!

Rate this book
Rain, benarkah kita akan belajar lebih menghargai bila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi? Selama sebulan ini saya menangisi kehilangan dia, cinta pertama saya untuk selama-lamanya. Tolong saya... Tell me how am I supposed to live my life?

Yasmeen Hayfa, kadangkala bila kita terlalu menangisi sebuah kehilangan, hingga kita terlupa, kita masih dan sentiasa ada Dia di sisi kita. Benarkah hidup kita ini hanya ada derita bila kehilangan cinta? Benarkah kehilangan dia buat kita hilang segala-galanya? Fikir, Hayfa.

Lelaki itu cinta pertama yang sukar untuk aku lupakan. Aku hampir sahaja putus asa saat dia pergi sekali lagi. Kalau kau berada di tempat aku, apakah yang kau akan buat? Bingung bukan? Boleh sakit jiwa!

Mujurlah ada Rain, sahabat e-mel, menjadi tempat mengadu dan bercerita tentang perasaan aku kala ini. Meskipun ada Luq yang cuba memujuk dengan penuh sabar, sekaligus ingin menawan hati aku yang sedang bersedih, namun hanya Rain pendengar terbaik yang aku ada setakat ini. Siapakah kau, Rain, lelaki di sebalik skrin komputer riba?

“My proposal, particularly about our relationship. Let’s make a deal, Hayfa. Kalau dalam tempoh setahun ini kita masih bujang dan hubungan kita masih seperti ini, we meet up and try our luck on our third anniversary. Deal?”

“Deal!”

Bukan Luq tak sempurna. Dia punya kerjaya, pandai mengambil hati keluargaku dan bermulut manis. Bukan aku tak pernah mencintainya, tapi, seperti ada tembok yang menyekat mulutku untuk mengiakannya.

“Dah berapa hari menangis tu?”
“Kenapa nak tahu?”
“Nak prepare tempayan.”
“Nak buat apa?”
“Nak tadah air mata anak dara untuk pinang Puteri Gunung Ledang.”

Luq memang pandai memujuk dan membuat aku senyum tersenyum sama seperti cinta pertamaku itu. Namun persamaan itu yang membuatkan aku lebih kerap menafikan rasa hati dan menolak segala yang dilakukan oleh Luq untuk aku. Tapi, benar kata Rain, aku harus meneruskan hidup!

Akhirnya di kota suci Mekah, ketika aku menjalankan ibadah umrah, aku menemukan sesuatu yang tak pernah aku sangka. Aku bertemu dengan lelaki itu. Lelaki yang berada dekat dengan aku, tetapi tak pernah aku menyedari kewujudannya. Dan atas nasihat Luq dan Rain, akhirnya aku membuat keputusan untuk kembali mencari bahagia. Kalau lamaran itu masih terbuka untuk aku, bolehkah aku mengajaknya untuk bercinta sampai syurga?

629 pages, Paperback

First published January 1, 2015

3 people are currently reading
34 people want to read

About the author

Ashany

5 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (34%)
4 stars
15 (42%)
3 stars
5 (14%)
2 stars
3 (8%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
February 1, 2017
Sorry, I je ke yang rasa buku ni meleret? Huhu. Tengok berbintang-bintang, takut pulak nak komen. Tapi, taste masing-masing berbeza ya.

Dalam novel ni, cuba kira, berapa percent saja dialog yang ada. MasyaAllah. Dia punya monolog tu, banyak dan panjangnya! Eh tak, saya bukan tak suka kalau banyak sangat monolog, saya lagi senang sekiranya gaya penulisan itu buat saya selesa dan menangkap perhatian saya.

Oh ya! Perkataan meeting dah diMelayukan ke? Miting? Pertama kali jumpa.

Dua kali jumpa nama Luq bila berhubung dengan Rain. Yeah, walaupun awal-awal lagi dah boleh agak Rain itu siapa, tapi tetap, hmmm. Kacau daun sungguh (nak sebut potong stim tu macam geli sangat la pulak).

Along. Boleh tak nak cakap macam lalang? Time Luq ada, baik dengan Luq. Kalau tak suka adik dengan Luq, bagi amaran awal-awal. Ini tak, senyap tak tegur apa, layan pihak sana kemain baik, lepas tu bila Naqib muncul kembali, bagi sokongan pulak Hayfa kahwin dengan Naqib.

Hayfa. Tak tetap pendirian. Kalah dengan so called cinta pertama. Saat kau jatuh, yang banyak ada ialah Luq. Tak terbuka hati lagi dengan layanan macam tu? Oh, susah sangat rupanya nak lupakan cinta pertama ya? Tapi betulkan saya kalau saya salah, pada mulanya, yang membuat langkah pertama ialah Naqib kan? Dan hubungan korang tak lama kan?

Naqib. Tak suka. Pushy. Kuat kontrol.

Liyana. Wataknya terus dimatikan. Apa sebab mereka bercerai?




This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sarah Azmi.
54 reviews1 follower
September 30, 2022
Sebenarnya, aku tak berapa minat sangat cerita yang macam ni. Panjang berjela. Lambat masuk dekat cerita yang sebenar.

Also, setiap bab asyik repeat je. Scene Hayfa balik rumah tetiba call masuk, tengah-tengah malam tetiba call masuk, mesej masuk then dia layan, keluar berdua dengan either Naqib/Luq, kekadang balas mesej Rain pulak, scene mama/along Hayfa cakap pasal jangan mainkan perasaan orang etc.

Eh pening aku.

Tapi aku teruskan jugaklah sebab aku nak tahu apa jadi dengan janji Rain dengan Hayfa tu je. And i need to know who the hell is this Rain guy sebenarnya. Nasib baik kita ni penyabar. Legalah sikit hati bila dapat tahu siapa heheh.

Satu lagi, buku ni serabut. Rimas dengan perangai Hayfa yang susah betul nak move on dengan Naqib, senior dia, yang dia pernah suka dulu. Pengakhiran si Naqib ni pun aku terkejut. Dia macam aik? Macam tu je ke penulis nak finished him off?

Apa jadi dengan hubungan Naqib dan Liyana sebenarnya? Memang cemtu je ke takde explanation? Banyak tanda tanya.

Then masuk pulak watak Wafiq Luqman atau Luq, yang selalu jadi penyelamat Hayfa everytime dia nak melintas jalan. Bila Luq dah mula suka Hayfa, dia rimas pulak tapi still melayan Luq. Haih, macam gunakan Luq pun ada untuk lupakan Naqib.

Banyak adegan yang kurang menyenangkan dalam ni. Luq terlalu mudah untuk tetiba peluk Hayfa dan sentuh lengan dia even berlapik. Naqib yang suka memaksa Hayfa buat apa yang dia nak. Aku tak faham kenapa keluarga Hayfa dan jugak kawan Hayfa mudah sangat untuk biarkan Hayfa ni berduaan dengan lelaki. Hmmm.

Hayfa, girl, please learn how to say no and berkeras? You have rights. Letaklah maruah as perempuan tu tinggi sikit dan jangan mudah memberi pada lelaki. Nampak murah sangat martabat perempuan ni untuk senang-senang lelaki sentuh. Sorry.

Satu lagi aku tak minat, apesal lah mudah sangat Naqib dengan Luq ni panggil Hayfa dengan panggilan manja seperti ‘sayang’ or ‘my dear’? Bagi aku, agak kurang manis untuk lelaki/perempuan guna panggilan manja selagi belum bernikah. Elakkan kalau boleh.

The real story starts pada bab 62. Keseluruhan bab dalam buku ni ada 74 ye. Hahaha. Selebihnya meleret gila dan berulang scene yang sama. Yang bab awal-awal tu terlalu banyak permainan tarik tali antara Hayfa dan Naqib dan jugak Luq. Ha kau, dua orang sekali gus. Serabut aku.

Seronok lagi aku tengok Ash dalam ni. Walaupun dia tu sebagai kawan si Hayfa je dan sepupu Luq.

The only part aku suka dalam buku ni, bila Hayfa finally ketemu jodoh dekat Jabal Rahmah tu. Finally, Hayfa rasa convinced dengan jodoh dia yang sebenar after this long chasing game. And also, bab-bab nak dekat akhir comel sikit sebab dah kahwin. Dah tu je.

If only buku ni tak meleret sangat, aku mungkin enjoy gila. Most of the time aku banyak skimming through pages je. Mata laju baca. Tak tahulah kenapa aku tak stop je baca buku ni. Tapi aku nak jugak baca sampai habis sebab aku bukan jenis DNF buku.

Kita teruskan jugak baca sebab curious part janji Rain dengan Hayfa tu. Nasib baik berbaloi.
Profile Image for Diya Nordin.
Author 6 books34 followers
January 27, 2016
Watak
1. Yasmeen Hayfa
2. Rain / Wafiq Luqman
3. Naqib Farabi
4. Farah Liyana
5. Illi
6. Ash
7. Mama
8. Along
9. Kak Long

Perwatakan

Yasmeen Hayfa

Yasmeen Hayfa / Meen / Hayfa, si bongsu yang punya perwatakan menarik.

Anak yang manja dan cenggeng.
Keras hati dan degil bila membuat keputusan.
Cengeng bila hati tersentuh.
Innocent kadangkala.
Itu si Hayfa yang saya kenali menerusi AJCSS.
Hayfa, si gadis yang menghormati orang tua. Mudah menerima teguran. Tapi terkadang keras kepala bila berkeras inginkan sesuatu yang dirasakan miliknya.


Rain

Rain walau hadir tanpa wajah. Kewujudannya tetap mencuri perhatian.

Sikap ambil berat, understanding. Dia seorang pendengar yang baik walau hanya lewat e-mail. Seorang lelaki yang sabar.

Wafiq Luqman

Dia lelaki gentleman.
Penyabar, memahami, seorang yang menghormati orang tua.
Sentiasa berubah ke arah kebaikan. Dan yes…
Kalau lelaki seperti dia wujud.
Saya tak teragak-agak cakap dengan ayah, “Please pinangkan dia untuk kakak!”

Hey…
Apa salahnya mencontohi Khadijah?
Melamar lelaki terbaik untuk membimbing kita?
Dan Wafiq Luqman di mata saya,
Dia seorang lelaki yang baik.
Kelakian itu bukan dari kasarnya Bahasa, bukan dari kerasnya fizikal. Kerana rasulullah s.a.w adalah seorang lelaki yang baik budi pekertinya.

Kenapa harus menjadi Umar al-Khatab? Kalau Muhammad Rasulullah itu seorang lelaki yang seharusnya menjadi idola seorang lelaki. Ya, lelaki yang gentleman.


Naqib Farabi

Naqib Farabi sedari awal, membuatkan saya tidak senang dengan tingkahnya. Maaf…
Dia bukan lelaki yang saya suka.
Dia lelaki yang penuh memaksa.
Lelaki yang sentiasa mahu kehendaknya dipenuhi dan diikuti. Pusher!
Dan saya kelu bila Hayfa memilih Naqib Farabi bila ada Wafiq Luqman di depan mata.

Farah Liyana

Watak antagonis yang ternyata wujud di alam nyata.
Seorang perempuan yang persistent dan tahu apa yang dia inginkan.
Seorang yang memaksa.
Dan ya, dia punya masalah mental di mata saya.
Perempuan ego dan degil!


Illi

A true friend is one who sees a fault, gives you advice and defends you in your absence
- Ali bin Abi Talib

Illi, adalah sahabat itu.


Ash

A cousin / A friend. A good friend.
Wataknya tidak terlalu banyak. Tapi menyokong penceritaan.

Mama

Ibu yang penyayang, tegas dan memanjakan anak-anak.


Along

I never have brother nor sister! Seriously, saya cemburu.

Having a brother like along.
What else should I asked?
Jadi Hayfa beruntung. Kan?
Cumanya, saya tidak setuju bila along mahu menemukan semula Hayfa dan Naqib.

Rasa macam nak ketuk-ketuk along.
Tapi on the other side, I know he just want the best for his sister. Which is, dia nak adik dia bahagia dengan orang yang adik dia sayang.



FULL REVIEW

Bismillahirrahmanirrahim…

Review buku seseorang yang saya kenal. Bukan sesuatu yang saya biasa lakukan.

Jarang sekali saya review, buku orang yang saya kenal secara personal. Tapi untuk awak yang saya sayang, saya harapkan review ini buatkan awak terus menulis dan menulis… dan menulis.
You have a talent sayang!
Dari dulu, sampai sekarang – your magic touch is still there.

11 tahun saya tunggu ‘buah tangan’ awak.
11 tahun saya pujuk awak,
Akhirnya Allah penuhi doa saya.
Jadi sayang,
Menulislah dari hati as we used to.
I might not be there, but I will always read it.

Naratif AJCSS, dibingkaikan menerusi kaca mata Hayfa dengan menggunakan 1st POV.

Penceritaan Hayfa saling berkait antara bab ke bab membuatkan tangan akan sentiasa terlekat pada setiap helaian bukunya. Dan mata akan setiasa tertumpu pada setiap bait-bait tulisannya.

Sepanjang pembacaan, berkali-kali saya berhenti dan mengambil nafas yang panjang. Berkali-kali saya bermuhasabah diri sendiri, walhal kisah ini pernah saya baca satu ketika dulu. Cuma bezanya, kali ini pembacaan saya dalam bentuk yang lebih nyaman. Tanpa perlu memicingkan pandangan ke monitor.
1 review
August 9, 2015
AJCSS, a must have book.
Buku yang mengajar saya untuk refleksi diri sendiri. Hayfa ada dalam diri semua orang.
Diri anda, diri saya.
Hayfa yang keras hati, hayfa yang cengeng, hayfa yang bodoh.
Dia wujud dalam diri awak, saya dan kita semua.

Luq...
Membuktikan bahawa taufiq dan hidayah itu adalah milik Allah.
Walau sejauh mana tersasar, kalau Allah berkehendak - maka hati kita akan berubah.

This novel changed me a lot.
Seriously - a lot!
Rasa macam kena hentak dan sedar.

Kau harus mulakan langkah. Move on!
And to u the author...

Thank u for this wonderful story.
Please write more :)
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
May 26, 2016
3.5*

Ingatkan nak bagi 4* tapi sebab menyampah dengan perangai si Naqib yang tak faham bahasa dan suka mendesak serta sikap Hayfa yang tidak tetap pendirian, maka terpaksa la kurangkan 1/2*. Boleh gitu? Boleh aje. Haha.

Tak tau la kenapa aku terbayangkan si Bazli dalam kisah Cinta Si Wedding Planner masa baca part Naqib ni. Mungkin sebab sikap kedua-dua lelaki ini sangat menjengkelkan dan agak memualkan. Meluatpun ya jugak. Heh.

Secara keseluruhannya, kisah ini boleh dihadam dengan baik. Mujurlah ada Luq yang pemurah dengan senyuman dan penyabar melayan karenah Hayfa. Maklum la, Luq tu kerja atas awan. Kenalah banyak bersabar dan tak boleh cepat panas baran. :)
Profile Image for Kynn Latif.
7 reviews4 followers
August 10, 2015
sy x ingat bla sy mula membaca buku ni, tp sy sakit hati dgn watak hayfa. geram sangat2 (maaf ya pn.penulis) andai sy jd hayfa... sy xkn sesekali pilih cinta pertama sy. bg sy... cinta pertama x semestinya akn kekal ke jinjang pelamin, kan? sy jth kasihan pd luq. setia sungguh dia huhuhu. apa pn... sy terhibur
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
August 31, 2015
Novel ajcss dh tamat hr jumaat hr tu. tapi hr ni br sempat nak buat review sbb dah nak mula baca novel lain pulak.

1st. tahniah to ashany sbb mampu membuat aku baca dr mula sampai akhir tanpa skip. permulaan yg sgt bagus buat cik penulis.

sebuah cerita yg menarik utk dibaca. dan ajcss mampu membuat aku merasa dan mampu mengacau bilaukan emosi aku. ada marah..suka..geram..dan benci.

yasmen hayfa. gadis yg manis . yg sgt menjaga pergaulan . merupakan pelajar universiti. yg menyimpan perasaan suka dgn senior nya yg bernama naqib faraqi. namun dia mengawal rasa hati bila lelaki itu sudah mempunyainteman wanita . namun xlama kemudian naqib juga mengaku menyimpan perasaan yg sama pada hayfa dan mengaku telah putus dgn liyana. kat situ aku dah suka sgt naqib dan hayfa bersama.
tapi aku geram dgn exgf naqib yg xfaham bahasa yg sering menganggu hayfa dan akhirnya memerangkan naqib agar berkahwin dgn dirinya. hayfa kecewa tapi akhirnya dia mampu utk move on dgn bantuan keluarga..illi ash dan andy serta rain walaupun hye dgn email.

dan dlm tempoh itu hayfa berkenalan dgn lelaki bernama luq. luq yg kacak. berlesung pipit. stiap kali cuba menerima luq namun bygn naqib sering menghntui. hubungan hayfa dan luq mcm tarik tali sbb hari hayfa xyakin dan tkt dikecewakan lagi..tapi aku geram bila naqib muncul balik hayfa yg mula nya xblh terima naqib akhirnya terima . kat situ aku marah sgt kat hayfa.. kesian luq. blh satu hr keluar dgn 2lelaki. pagi dgn luq ..tghr dgn naqib.. hebatkan..dan sebenarnya aku rasa mcm hayfa main luq..sehingga hayfa membuat pilihan melukakn luq dan menerima naqib. ini kptsn yg plg aku xsuka.

namun siapa sangka..apa dircg tdk.menjadi .naqib meninggal sms dalam perjalanan pulang dr kuantan. masa tu hayfa frust dan down sgt. tgk kan siapa yg setiasa disisi hayfa . luq dan kawan kawan serta keluarga yg xberputus asa memujuk hayfa..xlupa jgk pada rain.

lps tu apa.jadi ya? adakah hayfa akan bangkit atau terus mengenangkan naqib? siapa jodoh hayfa? luq atau pun rain..? hahaha yg tu korang kena baca sendiri k..xmau la cite..nt xbest kan kalau semua aku citekan????

overall..novel ni lain dr yg lain. ada kisahnya tersendiri. dan aku suka....anyway gd job tu cik penulis dan semoga terus maju dlm dunia penulisan kay.
286 reviews52 followers
May 27, 2015
Abis juga walau pun stress giler dgn heroin and second hero citer ni....
Nsb baik lah hero tu baik....klau aku lah, mmg dh lama aku say good bye kat heroin yg vengonggggssss tu.....
thumbs up pd writer yg berjaya garap and olah manuskrip ini menjd bk yg mengandungi sebuah kisah yg penuh emosi.....
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
January 22, 2017
#7#2017
Done reading Awak, Jom Cinta Sampai Syurga by Ashany. Alhamdulillah, finally dapat jugak baca novel ni yang dah lama masuk dalam 'mustread' novel. Congrats to the writer. It was interesting. This is the 1st novel by the writer that I read. Dan juga buku pertama daripada October yang saya baca. It meets my expectation.

Hayfa yang dikecewakan oleh cinta pertamanya, Naqib, dipertemukan dengan Luq. Pertemuan demi pertemuan membuahkan rasa suka dan cinta dalam diri Luq.
"yes my dear. I knew that everything happens for a reason and sometimes I wish I knew what the reason was." -Luq
"Hayfa, time decides who you meet in life, your heart decides who you want in your life. But most important is, your behaviour decides who stays in your life." -Luq
"Do you want me to stay or do you want me to go?" -Luq
"I guess... I used to have you by my side." -Hayfa

Namun, kehadiran semula Naqib dengan gelaran duda membuatkan hati Hayfa berbelah bagi.
"If you really a gentleman, please respect her wish. She is a lady and a lady deserves to be treated with respect." -Luq
Naqib, Naqib! Susahnya nak halang perasaan orang daripada menyukai kita, sama sukar macam kita nak menghalang rasa hati daripada menyukai seseorang, betul tak?

Hayfa sangatlah bertuah dikurniakan kawan dan family yang sangat supportive.
"Meen, kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah miliki sesuatu yang terbaik untuk diri kita sehinggalah kita kehilangannya. Hargailah dia yang sentiasa berada di sisi kau saat susah dan senang" -Illi
"Ingat Hayfa, istikharah tidak memerlukan kita bermimpi yang serupa sehingga berulang kali. Ia adalah petunjuk yang datang dari dalam hati kita, yang kita yakin tanpa rasa ragu-ragu." -Mama
Hayfa akhirnya memilih Naqib sebagai teman hidupnya.
"Hayfa, I just want you to know that whatever your decision, all I want is you to be happy. I will always pray for your joy and happiness." -Luq

Takdir Allah lebih berkuasa. Kematian Naqib membuka lembaran baru dalam hidup mereke berdua.
"My dear, since both of us still single, let's make a new plan. Ten years from now, we will tell our childrens the story of how I proposed to you...sound interesting enough, my dear?" -Luq

p/s: i'm being biased here. too much of Luq's quotes, because he is very much admirable.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
January 4, 2016
Hayfa and Rain.. I love those moments reading through their emails. Earlier part Naqib, memang burn rabak ahh. Her fickle mindedness made me mad. USS.. gives me an idea where to go this weekend. Walaupun tinggal kota Singa, nak pi USS tu berchenta you. mahal sangat. Tapi the best part of the entire relationship between Luq and her is pegang ihram saya part. I dunno lah but I find it significant. Make me wanna go Makkah dgn yang tersayang. hailah. kumpul lagi ya duit tu. But lucky the ending is sweet siap ada tribute to MH17 which I find it worth pondering. Nice!
1 review
May 29, 2015
mula pegang buku ni dah rasa lain.. then tgh sedap2 baca rasa stress lak ngn si naqib... sbb bagi saya mmg xsuka lelaki jenis yg diktaktor ni.... sy in love ngn Luq sbb dia jenis yg relax cool gitu... dalam hati geram je ngn hayfa ni xtetap pendirian... lalang... bila naqib mati sy kesian tapi dalam hati sukaaaa hehe... gile kejam kan... kalo dah jodoh tu xkemana .. memang berbaloi utk Luq tunggu hayfa ni lima tahun tu....
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
December 23, 2015
buku terakhir utk 2015 .
to me sebuah naskhah yg ringan .geram jugak dengan Hayfa ni , tak tetap pendirian .dah kata yes pada Luq tetiba bole plak terima Naqib semula .haih betulla kata org cinta pertama susah nak lupakan .nasib baik jugakla endingnya bersama Luq .
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
July 27, 2015
ada sesuatu yg menyentuh hati..bahasanya...ayatnya..buat rasa terlekat hati mahu membacanya...sungguh tajuknya juga membuatkan berdiri roma...ada pengertian dalam disitu...ada tagihan janji utk ke 'sana' bersama2...

keseluruhan? bacalah dulu..krn kita tak sama rasa..
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.