Jump to ratings and reviews
Rate this book

RAZ Sekali Lagi Cinta

Rate this book
Selama 24 tahun bergelar duda, Raz tidak pernah terfikir untuk kembali membuka pintu hati, apatah lagi berkahwin semula. Seluruh hidupnya hanya tertumpu kepada puteri tersayang – Amelia.

Tetapi bila si anak sudah dewasa, lain pula yang berlaku. Amelia telah meminang teman baik anaknya itu sendiri untuk dijadikan ibu tiri a.k.a isterinya.

Lia Natasha. Gadis yang seusia anak sendiri, dengan jarak perbezaan umur mereka hampir 2 dekad!

Tersepit antara peranan sebagai seorang ayah dan perasaan sebagai seorang lelaki. Tambah lagi bila kehadiran gadis muda itu sedikit sebanyak menggoyahkan benteng yang selama ini teguh berdiri.
Persoalannya, layakkah duda sepertinya memiliki gadis seperti Lia Natasha?

332 pages, Paperback

Published January 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

F.H.Y

3 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (12%)
4 stars
2 (25%)
3 stars
4 (50%)
2 stars
1 (12%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,391 reviews258 followers
July 3, 2026
An okay read. Jalan cerita santai, no heavy conflict and just a light romance.

Cringe? Nope. Scene sweet dia semua masih dalam kategori acceptable, tak rasa over pun.

Age gap antara Raz dengan Tash sekitar 24 tahun tapi syukur tak ada vibe miang keladi. Both of them behave like mature adults so relationship diorang tak rasa pelik.

Tash ni best friend Amelia. Walaupun sebaya, Tash nampak jauh lebih matang sebab sejak kecil dia membesar tanpa sesiapa di sisi.

Sepanjang mereka berkawan, Mel langsung tak pernah cerita siapa ayah dia. Sampailah satu hari bila ayah dia sendiri jemput bff Mel datang ke rumah, barulah semuanya terbongkar.

Yang paling tak sangka, Mel sendiri offer Tash untuk jadi isteri kepada ayahnya. Mula² Tash memang segan dan serba salah tapi bila Mel dan nenek Mel bagi green light, ditambah pula hati dia memang dah mula ada perasaan pada Raz, akhirnya dia terima lamaran itu.

Lepas kahwin, kehidupan diorang mostly smooth je. Cuma Tash sempat merajuk bila tahu Raz letakkan lima orang bodyguard untuk jaga dia. Nasib baik Raz akhirnya berterus terang tentang sebab sebenar dia buat keputusan tu.

Cuma ada beberapa perkara yang F rasa macam tergantung. F tak jumpa siapa sebenarnya pelaku yang cuba langgar Tash. Scene Raz slow talk dengan Mel pasal kes penculikan Mel masa umur 4 tahun pun macam tak ada.

Overall, cerita ni okay je. Sweet, ringan, tak perlu fikir berat². Sesuai kalau tengah cari bacaan untuk healing atau nak rehatkan kepala.
Profile Image for Cik.
228 reviews5 followers
July 5, 2026
1 je yang i boleh puji.Cover buku ni lawa,photocard pun cantik.Sebab tu i beli haha.Tapi dari segi jalan cerita,i rasa cerita ni lagi sesuai stay kat wattpad je sebab tak silap i buku ni tak sampai 400 pages pun.
Penulis jangan marah ok? Ini pendapat i saja.Good luck untuk karya seterusnya.
Profile Image for Cutie_pie28.
565 reviews12 followers
July 29, 2026
Raz yang da lama menduda.. hidup nya hanya dengan Amelia jee.. tak pernah terfikir pun nak cari pengganti sebab bekas isteri dia memang hauk perangai.. perasaan takut tu tetap ada.

Amelia nie berkawan baik dengan Lia Natasha (Tash).. Tash pulak anak yatim piatu.. dia tak pernah soal kan kehidupan seseorang tu buat kan Mel selesa kawan dengan Tash..

Mel tak pernah pun cerita kat Tash siapa ayah dia.. Raz jemput Tash datang rumah sebab nak kenal dengan kawan Mel, baru terbongkar siapa Raz tu..

Mell offer Tash untuk jadi mak tiri dia.. sebab dia rasa Tash sesuai walau pun muda tapi pemikiran Tash sangat matang..

Da kawin dorang happy jee.. cuma Tash tak sangka Raz begitu protektif.. salah satu sebab untk keselamatan.. satu lagi sebab kisah silam Raz yang tak berapa okay tu.. da confront baru laaa Tash tahu kenapa Raz buat keputusan begitu..

Ada part yang saya rasa macam tergantung pasal kes langgar lari tu.. siapa pelaku nya kan? Apa yang jadi dengan Raz dan Mel tentang kisah Silam Mel tu? 🤔

Overall cerita yang santai dan sweet.. cliche? No.. sesuai untuk korang yang nak lari dari stress.. and satu laa saya paling suka.. cover buku nie.. 😍
Profile Image for Yan Haurashom.
162 reviews3 followers
September 8, 2026
Ladies and gentlemen, make way to the hottest fictional single father, ever…🙇🏼‍♀️
•
Rating: 🌟🌟🌟🌟.3
•
Boleh bayangkan tak, your own daughter, propose to her best friend, untuk dijadikan isteri buat you yang dah menduda selama 24 tahun? 😱😨 And her best friend tue, sama umur dengan anak perempuan you? Itulah yang terjadi kepada seorang duda, apabila anak perempuannya meminta kawan baiknya untuk berkahwin dengan ayahnya. Tak ker pening si kawan baik dengan ayahnya tue? 😵‍💫🫨🤣😂 In the end, bagaimanakah kisah mereka ini akan berakhir? Akan berakhir di jinjang pelamin, atau sekadar angan2 anak perempuannya sahaja? Kalau nak tahu, kena lah baca buku nie…😎🤩
•
ML - Ahmad Benjamin Arrazzi / Raz
•
Seorang jutawan berpangkat Dato’. Berumur 43 tahun. Mempunyai anak perempuan berumur 24 tahun, bernama Amelia. Disebabkan trauma pada masa lalu, ML serik untuk bercinta dan berkahwin lagi.
•
“𝑯𝒆𝒍𝒍𝒐 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕.”
“𝑾𝒊𝒍𝒍 𝒚𝒐𝒖 𝒎𝒂𝒓𝒓𝒚 𝒎𝒆, 𝑳𝒊𝒂 𝑵𝒂𝒕𝒂𝒔𝒉𝒂?”
“𝑴𝒂𝒓𝒓𝒚 𝒎𝒆, 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕.”
𝑹𝒂𝒛 𝒕𝒐 𝑻𝒂𝒔𝒉.
•
Stopppp!! My heart couldn’t take this! 💘 Kalau kita jadi FL, memang terus cair jer 🫠 kat situ…😍🥰
•
FL - Lia Natasha / Tash
•
Berumur 24 tahun. Kawan baik kepada Amelia. Seorang yang baik, sopan dan lemah lembut. Seorang anak yatim piatu sejak kecil, dan dibesarkan di rumah kebajikan.
•
Ever since I’ve read ‘𝑩𝒂𝒈𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒏𝒈𝒊’, I need another dose of hot single father romance story…😂 Macam ketagih nak baca cerita hot single daddy nie. Oh well, sesekali nak berangan kalau dapat kahwin dengan hot single daddy, apa salahnya kan? Angan2 itu percuma…😂🤣 (Tak sedar diri ini dah pun berkahwin…🤣😂)
•
Uniknya cerita nie, not only the age gap yang hampir 20 tahun. Tapi, pada watak Amelia, anak kepada ML. Kita ❤️💖💛🫶🏻 sangat2 dengan Amelia nie. Melalui Amelia, ML & FL bertemu empat mata, dan mula jatuh cinta. Melalui Amelia, ML meruntuhkan benteng title dudanya yang kukuh selama 24 tahun…😉 Ya Allah, kita terhibur sangat dengan Amelia nie. The way dia ‘jual’ FL pada ayahnya, dan ‘jual’ ayahnya pada FL. Bersungguh2 dia nak pastikan ML & FL nie get together and get married. Rasanya si Amelia nie memang dah lama aimed FL untuk jadi ibu tirinya…🤣😅 Probably dari zaman universiti? Who knows, right? 😉😂
•
The romance dalam buku nie, memang chef kiss…👩‍🍳😘 Percintaan yang matang dan tenang. Walaupun age gap mereka nie hampir 20 tahun, langsung takder rasa awkward ataupun cringe. Yang pasti, manis2 tue memang ada. Some of the moments in this book did give me butterflies, membuatkan kita tersenyum2, tersengih2 atas katil…🥰😍🤣 This author really nailed the single hot daddy romance with this one…👍🏻👏🏻
•
Selain watak Amelia, kita suka watak FL. FL nie bukan jenis gedik2, manja yer. Walaupun umurnya baru 24 tahun, tapi, dia sangat matang. Watak FL nie juga mengajar kita sebagai pembaca, untuk sentiasa bersabar dengan segala bagai kerenah manusia. Macam FL selalu pesan pada dirinya, selagi belum sentuh fizikal, selagi itu dia akan mengalah dan bersabar. Dan kerana kesabarannya & kebaikannya, Allah hadirkan Amelia dan seterusnya, ML sebagai jodohnya. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Sesuai sangat mereka berdua nie…🫶🏻🥰😍
•
Selain dari romance antara ML & FL, friendship antara Amelia & FL juga merupakan salah satu highlights dalam buku nie. Mereka berdua nie memang complement each other. FL yang sabar dan sangat memahami Amelia, dan Amelia yang sentiasa menyinari kehidupan FL yang keseorangan. Suka cara FL layan Amelia. Memang nampak sangat ‘keibuannya’, walaupun mereka berdua nie sama umur. Dan suka cara Amelia yang sentiasa protect FL, bila FL dibuli. Bukan ML jer yang protective with FL, Amelia pun sama yer. Anak dan bapak, memang sama perangai berdua nie…😂🤣😘🥰
•
And oh, ML, he’s just a swoony hearthtrob…❤️💖💛🫶🏻 I don’t know how many times I fell in ❤️💖💛🫶🏻 with ML. The way he calls FL, ‘𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕’, I just melt…🫠🥰 He’s very private with his personal life, so, itu juga yang membuatkan dia sangat hot. Hahahaha…😂🤣 And you just know, he’s head over heels with FL
pada pertama kali mereka berjumpa. Sebab lepas tue, dia memang sentiasa tercari2 FL…😂🤣 His character developement is truly wonderful. He’s slowly overcoming his trauma and his insercurities selepas berkahwin dengan FL…🌹💐
•
Kita suka the way author menulis buku nie dengan menggunakan kedua2 POV ML & FL. One chapter you’ll be getting the ML’s POV, and the next chapter, you’ll probably be getting the FL’s POV. So, basically, you’ll know what are inside both of their heads. Apa yang mereka berdua risaukan, apa yang mereka berdua rasa towards each other, all their insecurities, memang author olah dengan baik. Kita yang membaca nie pun dapat rasa setiap emosi untuk kedua2 watak nie…👍🏻👏🏻
•
But of course, walaupun ada banyak benda yang kita suka tentang cerita nie, buku nie juga ada kekurangannya. Not so much on the storyline / the plot, tapi more on kesalahan tatabahasa. Personally, I really do think this story needs a proper editor (walaupun kita ada nampak nama penyunting pada muka depan buku nie…🤨🧐), sebabnya, kesalahan tatabahasa dalam buku nie terlalu banyak. Sehinggakan, agak mengganggu pembacaan kita. Some of the sentences, macam tak make sense bila kita baca, membuatkan kita kena baca 2-3 kali untuk nak faham. Contoh ayat yang kita baca, ‘𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒃𝒆𝒍 𝒌𝒆 𝒅𝒊𝒂’, and I was like eh? 😵‍💫🫨 I believe the correct sentence would be, ‘𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒃𝒆𝒍 𝒑𝒂𝒅𝒂𝒏𝒚𝒂’. Ada juga ayat penyata yang campur Bahasa Melayu and English. Contoh, ‘𝑫𝒊𝒂 𝒔𝒉𝒖𝒕 𝒅𝒐𝒘𝒏 𝒍𝒂𝒑𝒕𝒐𝒑’. This one, kita pernah komen dalm review kita sebelum ini (untuk buku ‘𝑩𝒂𝒈𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒏𝒈𝒊’). If it’s in a dialogue, I wouldn’t mind that much. Tapi, ini ayat penyata. But still, ayat2 yang kita sebut di atas nie, agak bersepah dalam buku nie…😞😣 I hope, untuk next karya, editor kena betul2 mainkan peranan untuk seriously edit manuskrip tersebut supaya kesalahan tatabahasa boleh dikurangkan. Alhamdulillah, untuk kesalahan ejaan, kita tak jumpa sangat. So, that’s good…👍🏻👏🏻
•
Untuk penulisan author nie, since kita dah biasa baca buku author yang lain, kita dah boleh adapt dengan penulisan dan style author nie. It’s a bit santai, tapi, I believe if the grammar mistakes dapat dibetulkan, gaya bahasa yang digunakan oleh author nie akan jadi lebih cantik dan sedap dibaca…😊☺️ Apa2 pun, ini hanya pendapat kita sahaja. Semoga author tak terasa hati yer…🙏🏻
•
Anyway, ada beberapa bahagian yang membuatkan kita tertanya2. Pertama, siapakah dalang dalam percubaan untuk melanggar FL tue? 🤨🧐 Sampai ke sudah tak tahu siapa. Yang kedua, scene ML untuk explain what happened to Amelia ketika Amelia berumur 4 tahun. Tak pasti author sengaja tak tulis scene tue, tapi, kita rasa, scene tue patut kena ada. Or, mungkin akan ada cerita / buku tentang Amelia + Ghaz…😉🫣🤭 Mungkin scene yang patut ada tue, akn ada dalam buku tue nanti? Hahahaha, apa2 pun, hanya author sahaja yang tahu benda nie…🫣🤗
•
And oh, the illustrations dalam buku nie memang gorgeous. A few times kita akan selak bahagian illustrations, and terpesona dengan betapa kemasnya artwork illustrations nie…😍🥰 The cover of the book pun memang cantik. Kudos to the illustrator and the designer for both of the illustrations and the cover…👍🏻👏🏻
•
Overall, I really enjoyed reading this one. Hati berbunga2, mulut tersengih2, dari mula sampai habis. If you love age gap romance + single hot daddy with light conflict, I recommend you to grab this book. Kepada author, semoga terus terbang tinggi dalam dunia penulisan nie yer. Semoga terus keluar karya2 baru lagi selepas nie, dan probably *ehem* *ehem* cerita Amelia + Ghaz…🫣🤭😉 All the best, author…👏🏻👍🏻
Profile Image for Syafiqah Najwa.
14 reviews2 followers
October 2, 2026
First time baca karya Fhyuri, memang tak letak high expectation sbb buku ni randomly je kawan offer bagi pinjam. Tengok cover cantikk, okay laa boleh try.

Tapi lupa betul kawan cakap buku ni age gap jauhh hahaha so masa baca awal2 bab tu macam haaaaaa 🤣 Nasib laa dorang ni takde pelik2 🫣

Raz 43, ada anak dara umur 24. Lama menduda sampai lah anak dia, Mel kenalkan dia dengan dengan bff dia nama Tash. First time Raz berjumpa dgn Tash, dia dah rasa sesuatu. Sama la dgn Tash. Tapi masing2 malu. Tash segan, rendah diri. Raz pulak lebih pada sedar diri 🤣 yelah takkan nak kahwin dgn perempuan sebaya anak dia. Berkawan baik pulak tu.

Tapi buat apa nak risau dengan pandangan org kan kalau orang terdekat okay je dan support. Ramai matchmaker Raz dan Tash ni. Ketua dia mesti laa Mel. Lepas tu nenek Mel, Nathan, Luna, Nera & Luthfi. Suka sangat baca interaction watak2 ni kalau dah masuk mode mengusik tuu.

Tash ni walaupun sebaya dengan Mel, tapi karakter dia sangat laa matang, sejenis calm & cool. Kalau ada kawan macam dia mesti best. Mel ni pulak chaotic. So bila Mel ada isu dengan papa dia, Tash akan nasihat baik2. Sampai Mel kata Tash sesuai laa kawin dgn papa dia sbb gaya membebel dah macam mak2.

Ada banyak dialog saya baca boleh buat tergelak, tersenyum dan sebak. Seronok sangat sepanjang baca buku ni. Maybe nanti boleh cari karya penulis yang lain pula. Cumaa ada part rasa tergantung pasal siapa yang nak langgar Tash. And serious rasa nak tau jugak kisah Mel dengan Ghaz. Kepochi! Hahaha
Displaying 1 - 6 of 6 reviews