"Akan ada lebih ramai lagi yang akan jadi mangsa kalau kau tak hapuskan mereka sekarang! Kau cuma perlu ingat perbuatan jahat mereka."
Satu panggilan berkisar penemuan sebuah kotak hitam yang diikat reben merah telah membawa pasukan Inspektor Rahil ke sebuah taman permainan. Suasana yang biasanya riuh dengan suara kanak-kanak bertukar menjadi sepi.
“Mana pergi anggota badannya yang lain…” – Inspektor Rahil
Mata Freda terbuntang sebaik sahaja beberapa keping gambar mengerikan berada dalam genggamannya. Dia memerhati setiap foto dengan teliti. Bulu roma mula merinding. Dia mengecam lokasi jenayah yang terpapar!
“Penemuan Tangan dan Kaki Dikerat. Polis Masih Jalankan Siasatan Cari Lebihan Mayat.” – Freda Annayla
Mengapa anggota badan mangsa dikerat-kerat dan diletakkan di dalam kotak yang cantik? Mengapa bahagian yang tidak bernyawa itu dipamerkan di taman permaian dan bukan di masjid atau tandas?
Sebuah kotak hitam, reben merah dan anggota badan manusia yang dikerat-kerat. Siapa sangka, di sebalik sesuatu yang kelihatan cantik, tersimpan satu penemuan yang cukup mengerikan?
Segalanya bermula apabila satu panggilan membawa pasukan Inspektor Rahil ke sebuah taman permainan. Tempat yang sepatutnya dipenuhi gelak tawa kanak-kanak bertukar menjadi lokasi penemuan yang mengundang seribu persoalan.
Sebuah kotak hitam yang diikat dengan reben merah ditemui. Namun, apa yang lebih mengerikan ialah isi di dalamnya.
Anggota badan manusia.
Inspektor Rahil dan pasukannya mula menjalankan siasatan. Dalam masa yang sama, Freda Annayla terkejut apabila melihat beberapa keping gambar yang bukan sahaja mengerikan, malah mengecam lokasi jenayah tersebut.
Persoalannya, mengapa anggota badan mangsa dikerat-kerat? Siapa yang melakukannya? Dan apakah sebenarnya motif di sebalik semua kejadian ini?
My thoughts 💭
Okay, sekarang saya faham kenapa novel ini diberi tajuk Memburu Keratan Dosa.
Rupanya, ada kaitan dengan perbuatan menghukum mereka yang melakukan dosa dan kejahatan. Peter, Faris dan Chen antara nama yang terlibat. Mereka ini jenis yang pandai bersembunyi di sebalik sesuatu selepas melakukan perkara yang menjijikkan.
Elok dah buat kerja kebajikan, nampak macam semuanya baik-baik sahaja. Tapi… ada udang di sebalik batu rupanya! Hahaha. Kadangkala, apa yang dipertontonkan kepada orang lain tidak semestinya mencerminkan siapa diri mereka yang sebenar.
Dari segi plot, saya memang suka bagaimana penulis mengembangkan penceritaan. Penggunaan bahasa juga antara perkara yang membuatkan saya selesa membaca novel ini. Sedap dibaca dan tidak terasa janggal untuk mengikuti perkembangan ceritanya.
Saya suka juga cara penulis memperkenalkan karakter demi karakter. Sedikit demi sedikit, kita dibawa mengenali watak-watak yang terlibat dan mula tertanya-tanya tentang peranan masing-masing.
Dan mestilah, saya pun tidak terkecuali daripada menjadi detektif tidak bertauliah sepanjang membaca. 😂
Macam biasalah, saya mula syak orang itu. Kemudian tukar fikiran. Lepas itu rasa macam, “Eh, betul ke dia ni?” Sampailah akhirnya…
HAH! MEMANG DIA RUPANYA! 🫣
Hahaha! Seronok sebenarnya apabila dapat bermain teka-teki sendiri sambil mengikuti perkembangan siasatan.
Saya juga suka dengan watak Inspektor Rahil. Ada daya tarikan tersendiri pada karakter beliau yang membuatkan saya seronok mengikuti perjalanan siasatan.
Antara dialog yang saya suka:
“Jangan beritahu sesiapa fasal hal ni. Takut nanti kita gagal jejak mereka.”
Satu lagi perkara yang mencuit hati saya ialah penggunaan dialek Nogori! Comel pula rasanya apabila terselit dialek tersebut dalam penceritaan. Ada kelainan tersendiri. 🤭
Honestly, buku ini sebenarnya boleh dihabiskan dalam one sitting. Bukan sebab ceritanya terlalu pendek, tetapi sebab saya memang ingin tahu apa yang bakal berlaku seterusnya. Cuma masa sahajalah yang selalu mencemburui saya. Kalau tidak, memang saya nak terus duduk dan habiskan!
My verdict?
Saya menikmati pembacaan novel ini, terutamanya dari segi plot, gaya bahasa dan pengenalan karakter. Paling seronok apabila dapat turut serta membuat andaian sendiri tentang siapa yang berada di sebalik semua kejadian.
Satu perkara yang novel ini buat saya fikirkan: manusia boleh menyembunyikan banyak perkara di sebalik wajah dan kebaikan yang ditunjukkan. Tetapi, sejauh mana seseorang boleh lari daripada dosa dan perbuatannya sendiri?
Siapa yang sesuai baca? 🔪 Peminat genre thriller dan misteri. 🔪 Pembaca yang suka meneka identiti pelaku. 🔪 Mereka yang gemarkan kisah jenayah dengan rahsia dan motif di sebalik setiap kejadian.
Kalau anda suka membaca sambil memasang teori sendiri, bolehlah cuba naskhah ini!
Cuma satu pesanan: jangan terlalu yakin dengan suspek pilihan sendiri. Silap-silap, detektif dalam kepala kita pun boleh tersalah langkah. 😂
Banyak watak dalam buku ni, jadi memang kena fokus sikit nak kaitkan setiap watak dengan misteri potongan badan manusia yang semuanya ditemui oleh kanak-kanak.
Lepas tu muncul pula misteri surat yang ditampal-tampal dan hadiah yang ditujukan kepada Fareda. Persoalannya, kenapa Fareda?
Kisahnya menarik, pembunuh pun memang tak terjangka. Elemen dystopian turut diselitkan, bersama subplot tentang watak-watak yang bermuka dua dan kisah seorang ayah yang terlalu overprotective sampai akhirnya anak sendiri yang rosak.
Aku bagi 4/5 sebab agak pening bila cerita bertukar-tukar antara watak dan jalan cerita. Baru nak faham satu watak, tiba-tiba muncul watak lain. “Eh, siapa pula ni?” 🤣 Lepas tu muncul lagi seorang!
Epilog 2 pula buat aku tertanya-tanya. Watak ketiga ni memang jahat, tapi adakah dia yang membantu watak killer untuk membalas dendam? Atau dia upah orang lain untuk jalankan rancangan bagi pihak dia dan membantu si pembunuh?
Entahlah… ini satu lagi persoalan yang tertinggal. 😅
Berkisar tentang pembunuhan bersiri yang sangat kejam. Badan mangsa dipisahkan suspek, menjadikan kes ini sangat rumit pada pandangan Inspektor Rahil. Petunjuk demi petunjuk membuatkan dia semakin buntu. Lebih membuatkan keadaan semakin meresahkan, Freda bekas isterinya pula yang diberi petunjuk oleh pembunuh.
Apakah kaitan Freda dengan kisah pembunuhan ini? Dapatkan Rahil menyelesaikan misteri pembunuh bersiri tersebut? Siapakah dalang yang sebenarnya?
Sejujurnya, dari awal saya sudah boleh mengagak watak B adalah pembunuh yang sebenarnya. Namun, penulis berjaya menyusun gerak cerita sehingga membawa kepada telahan saya itu sebenarnya betul. Cuma saya tidak sangka rupanya sehingga ke halaman terakhir, wujud lagi plot twist yang tidak terjangka. Tahniah penulis untuk karya ini!
Karya Azwin Nalisa kali ini memberikan pengalaman pembacaan berbeza. Saya kagum dengan cara penulis menyulam klu- klu dengan cermat dalam plotnya.
Saya kagum dengan pembinaan watak yang setiap satunya mempunyai peran. Kita dihidangkan dengan rasa cemas, tegang, humor dan sedih. Saya tak dapat menebak siapa pelakunya walaupun ada hint ditinggalkan penulis.
Ada momen jeda semasa saya membaca ( terpaku dengan klu yang diselesaikan) dan merasai kesedihan watak melalui pengucapan dialog.
Sesiapa yang suka crime thriller, should grab this book without hesitation!
Kalau dalam buku Selindung di Sebalik Rahsia, watak Inspektor Rahil ni ibarat watak sampingan je, kalini, dialah watak utamanya. .
Dan sebagai reminder, buku ni bukanlah buku Crime Investigation yang solely action dan thriller. Ada elemen romance yang aku kira lebih mendominasi. .
Ni kisah pembunuhan bersiri. Penemuan kotak misteri yang diikat dengan reben merah. Di dalamnya, ada anggota badan manusia. .
Pada masa yang sama, munculnya watak Freda, bekas isteri Inspektor Rahil. Freda ialah seorang wartawan jenayah. Dan untuk kes pembunuh bersiri ni pun, Freda kerap menerima surat dan gambar kejadian. .
Siapakah pembunuhnya? Dan apakah motifnya? .
Bagi aku, penulis ni mampu menulis cerita romance dengan sangat baik, berbanding dengan genre thriller sebegini. Buktinya, aku sangat suka chemistry antara Freda dan Inspektor Rahil. Aku suka kisah second chance romance mereka. .
Bagaimanapun, part siasatan jenayah tu, agak kurang mendebarkan. Sebenarnya, penulis dah berkali-kali memberi hint tentang pembunuh tersebut. Tapi aku mengharapkan ada bahagian yang boleh menerangkan dengan detail, bagaimana pembunuh tersebut, boleh mengaburi mata orang sekeliling, dan pergi membunuh, dan datang semula. .
Dan aku tertanya-tanya, siapakah 'lembaga' yang sentiasa bersama-sama pembunuh tersebut? Adakah sekadar halusinasi? .
Sedih sebenarnya bila tahu motif pembunuh. .
Apa-apapun, buku ni ditulis dengan lebih kemas dan baik, berbanding buku Selindung di Sebalik Rahsia.
Sape minat Mokhtar 1969? Korg mesti boleh layan cite ni.
Kisah ttg kes pembunuhan berantai mengajak korg berteka teki siapa pembunuh. Ada diselitkan sedikit romance tp x overshadow. Ending pun nice.
Gaya penulisan author yg simple, xdraggy, aku suka. Author mcm sengaja xnak bg hint tau. Korg akan clueless, sampai hujung² baru dijelaskan kaitan antara dorg. Plot twist dia ok tp xcukup wow. But still boleh enjoy cerita dia.
Ini merupakan buku kedua yg saya baca, yg mana watak utama ialah seorang inspektor. Dan buku kedua juga, yg membuatkan saya rasa bahagian penyiasatan itu sendiri agak kurang.
Ini bukan bermakna buku ini tidak bagus. Bahkan, plot buku ini cukup menarik. Namun bahagian penyiasatan yg tidak diceritakan dgn detail, serta cara plot disusun, menjadikan buku ini lebih kpd light crime thriller pada pengamatan saya. Sesuai utk beginner dan yg mencari bahan bacaan yg tidak terlalu kompleks.
Keratan kaki dan tangan manusia dibungkus cantik dalam kotak hitam berbalut reben merah. Diletakkan dgn sengaja di taman-taman permainan. Satu persatu mangsa yg dijumpai, membawa Inspektor Rahil dlm permainan catur nyawa. Surat berserta gambar keratan kaki dan tangan mangsa pula, dikirim kepada Freda, seorang wartawan. Seolah-olah si pembunuh yg kehausan darah, sengaja menjemput org utk menemukan dirinya.
Awalnya, saya seriau juga membaca sinopsis buku ini. Namun pada masa yg sama, saya teruja kerana kengerian plot itu menjadi daya tarik yg cukup potent. Tambahan pula, ada inspektor handsome lah dalam buku ni🙈
Penceritaan dlm buku ini mengambil bentuk multiple POV. Bukan sahaja POV Inspektor Rahil, tapi juga POV bbrp watak lain, di pelbagai latar tempat yg berbeza. Awalnya, saya kurang gemar dgn pertukaran POV watak yg berlaku dgn frekuensi yg cukup sering. Setiap POV pula tak terlalu panjang, jadi kurang puas utk saya baca. Namun lama-kelamaan, pertukaran POV menjadi lebih smooth dan kemas.
Buku ini juga ada selingan humour (kelakar ya Jefri Nogori) dan juga romance. Baru sahaja saya nak menjadikan Inspektor Rahil sebagai fictional crush saya, namun ternyata beliau merupakan duda setia yg belum move on drpd bekas isterinya, iaitu Freda. Aduh, melepas!
Saya gemar dgn cara buku ini menyentuh ttg hubungan kekeluargaan yg mengharukan, dan persahabatan yg setia. Ttg cara manusia menghadapi kehilangan. Ini memberikan dimensi yg lebih mendalam kepada watak-watak dalam buku ini.
Gaya penulisan smooth dan penggunaan bahasa juga baik, malah ada beberapa perkataan yg baru saya ketahui maknanya.
Pacing plot bagus dan tidak membosankan. Ending wrapped up neatly as well, walaupun masih ada teka-teki yg perlu dihadapi nampak gayanya.
What I (personally) think can be improved:
Penyiasatan dlm buku ini agak surface-level. It feels like there’s not enough questioning and reasoning throughout the investigation. Mungkin kerana lebih byk ruang diberikan kpd aspek multiple POV dan juga second chance romance.
Contohnya, persoalan ttg mengapa Freda yg menerima surat, bagaimana pembunuh mengenali Freda, adakah pembunuh memilih Freda kerana kaitannya dgn Rahil, merupakan soalan yg patutnya difikirkan dari awal. Perasaan takut saat diikuti pembunuh juga kurang tersampaikan. Usaha utk mencari perkaitan antara ketiga-tiga mangsa, dan motif terperinci pembunuh ke atas mereka, juga tidak terlalu mendalam.
Tiada teka-teki ataupun debaran utk mengetahui siapakah pembunuhnya. Elemen keterdesakan ataupun frustasi melihat satu persatu mangsa dijumpai, juga kurang. It feels like the characters just accept that the murderer outsmarted them, every single time. And the way the characters respond to certain unnerving situations, also felt too calm and unnatural.
Bahkan ketika pembunuh mengetahui ttg ciri memakai cincin topaz, tiada rasa seperti- eh, macam mana dia tahu? Adakah dia telah lama stalk rumah kebajikan dan org2 yg terlibat di sana? Bagaimana wartawan pula dapat tahu terlebih dahulu ttg kod Wan FZ dan website yg penting, berbanding polis?
Tambahan pula, walaupun konsep surat itu menarik, namun penyelesaiannya agak ringkas, dan surat itu tidak membawa major effect kepada plot progression, sampailah code dirungkai.
Identiti pembunuh tersebut sgt predictable bagi saya. Tapi predictability is not a completely bad thing, if the execution is dome well. However, saya berpandangan bahawa revelation identiti penjenayah dan motifnya agak flat dan anticlimactic.
Overall, I would categorise this as a light read, that is not investigation forward. Sesuai utk pembacaan santai.