Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku _____, Maka Aku Ada!

Rate this book
**Koleksi artikel, esei dan luahan perasaan Faisal Tehrani**

Ah! Kau kata…
Aku Liberal.
Aku Syiah.
Aku Anti Melayu.
Aku Kafir.
Aku Sesat.

Usah ajari aku bagaimana menjadi Muslim.
Engkau tak semua tahu. Dan aku tak selalu jahil.

177 pages, Paperback

First published January 1, 2015

22 people are currently reading
114 people want to read

About the author

Faisal Tehrani

77 books589 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
48 (27%)
4 stars
88 (50%)
3 stars
31 (17%)
2 stars
6 (3%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 41 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
May 16, 2015
Seperti yang pernah saya nyatakan, membaca karya-karya Faisal Tehrani perlukan persediaan. Perlukan minda yang terbuka dan perlukan kekuatan mental dan juga perasaan untuk mencari ilmu itu lebih daripada membaca sekadar untuk mengetahui. Kerana jika tidak, kita mungkin akan sesat di dalamnya.

Buku ini merupakan kumpulan artikel dan esei dan juga luahan perasaan oleh Dr Faizal. Maka isunya dan isinya dinyatakan lebih 'direct' berbanding novel atau cerpen. Mungkin ada yang tersentak dan tersentap ketika membacanya, namun jadikanlah ia sebagai suatu proses pembelajaran dalam mencari ilmu dan kebenaran.

Dan saya setuju, beriman dengan tanya adalah lebih baik dari beriman tanpa tanya.

PS - terima kasih yang tak terhingga buat Mai. Kerana akhirnya dapat juga saya merasa 'buku pbakl' :-D
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
July 27, 2015
Buku terakhir FT setakat ini. Seperti mana yang diketahui, FT tidak lari dari provokasinya terhadap agama terutamanya. Buku ini boleh kukira basic untuk memahami penulisan FT dalam tulisan artikel. Boleh bermula dengan buku ini dulu bagi yang yang masih tidak mengenal FT.

Antalogi artikel ala pojok dalam buku ini banyak ditulis dalam bentuk sindiran/ sarkastik. Dan tulisannya tidak berat seperti beberapa naskah novelnya sebelum-sebelum ini.

Semua artikel memainkan peranan seputar isu penting dan bukannya hanya sekadar mengkritik tidak tentu hala. Dalam buku ini, hampir kesemua tulisannya boleh diletak di dalam bidang hak-hak asasi.

Kebanyakkan artikel sebenarnya FT sudah tulis di dalam kolumnya di MalaysiaKini. Tetapi, bukan seperti penerbit/penulis lain yang hanya copy-paste artikel masuk ke dalam buku. FT memperkemas dan menghuraikan lagi tulisannya di dalam kolum dan barulah dimasukkan ke dalam buku. Maka, tidaklah berasa rugi sangat bila membeli buku ini.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
November 25, 2017
Tarbiah sentap versi akademik yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak malu untuk kutuk gender sendiri. Contohnya, "pemuda-pemuda Islam di Denmark malas belajar, bercita-cita untuk meniduri gadis Danish dan hanya gadis-gadis Islam yang kelihatannya mampu, rajin dan berjaya di alam persekolahan. Mereka masuk ke universiti dan akhirnya berkahwin dengan pemuda-pemuda Islam yang sebenarnya jantan tak guna yang tidak pula menyelesaikan sekolah tinggi. Oleh kerana isteri lebih berpendidikan, timbul pula masalah sang isteri berkerja dan suami bertumpu di masjid menjadi 'Salafi yang baik', krisis rumah tangga meletus kerap, kadar peneraian mencanak tinggi, anak-anak ramai tersepit inter budaya lantas lingkar yang sama dilalui oleh umat Islam tanpa kesudahan."

Ini yang aku suka tentang Faisal Tehrani. Dia adil. Bukan asyik salahkan perempuan macam jantan tak guna dekat luar. FT faham dan amal ayat al-Qur'an yang lelaki ialah pemimpin dan ketua. Kalau perempuan tak menjadi, ia disebabkan oleh lelaki gagal memimpin. Baik ayah, abang mahupun suami. Lelaki akhir zaman bagai hilang fungsi. Sudahlah hilang fungsi lepastu salahkan perempuan pula atas kemalasan diri sendiri. Aku perasan, FT selalu menyebelahi pihak golongan minoriti seperti perempuan (yang dianggap lemah) dan Syiah.

Kuat juga FT judge orang. Orang itu salah, orang ini salah. Mungkin FT kecewa kenapa kita tak berfikir tidak beramal FT lupa dia tak boleh samakan si polan bin si polan dengan dia yang megamind. "Kenapalah orang itu tak ada kesedaran macam aku?" Sesetengah orang tidak dapat pendidikan macam FT. Nak salahkan orang itu tak dapat pendidikan pun tak boleh jugak. Kita tak tahu apa yang orang lain alami. Mungkin mereka miskin, mereka anak-yatim, mereka mangsa keganasan domestik sedangkan FT ada kemampuan dan lain-lain.

Walaupun FT kuat hakimi orang, kandungan idea-idea dia make sense. Ini menjadi sebab kenapa aku bagi empat bintang.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
July 11, 2015
Keberanian penulis menyentuh daerah yang dianggap sensitif membuatkan buku ini menarik dibaca. Bukan semua yang ditulis boleh kita bersetuju,tetapi banyak juga perkara yang membuka ruang fikir dan ta'kul.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
September 11, 2021
Baru2 ini ketika wakil2 Malaysia di Olimpik memperagakan busana bertemakan arwahyarham Hang Tuah, banyak pengguna2 twitter yang mengecam arwahyarham Hang Tuah. Aku yang tidak pernah membaca buku Hikayat Hang tuah transliterasi Siti Hawa Salleh berasa tidak senang akan hinaan yang dihamburkan. Sedangkan apa logiknya aku membela arwahyarham Hang Tuah jika kisahnya pun tidak kubaca. Sisi gelap arwahyarham Hang Tuah ini pernah kubaca dulu artikelnya oleh Tuan Matlob, cuma aku sudah lupa perinciannya sehinggalah tulisan saudara Faisal Tehrani mengingatkanku semula.

Buku ini mengkritik pasal arwahyarham Hang Tuah sahaja ke? Banyak lagi. Bacalah, ambillah yang jernih dan buanglah yang keruh Qom.
Profile Image for Fariza.
212 reviews54 followers
November 30, 2015
Membaca buku ini adalah seperti menelusuri pemikiran Faisal Tehrani yang terkini. Sekiranya anda pembaca setia karya-karya beliau, anda akan dapat merasai perubahan pemikiran ini. Kesemua artikel di dalam buku ini mempunyai nilainya tersendiri. Namun saya tertarik untuk menonjolkan beberapa artikel antaranya kritikan beliau yang bersahaja mengenai pendirian rakyat Malaysia yang tidak konsisten terhadap isu Palestina dengan menonjolkan kisah kesukaran McDonalds mendapat tempat di beberapa tempat terutamanya di Israel sendiri.

Artikel lain 'Mengapa Mereka Enggan Berkabung' sangat dekat di hati saya kerana saya turut merakamkan perasaan yang sama mengenai keengganan sesetengah pihak untuk berkabung semasa MH17 tiba di KLIA, di mana sifat simpati manusia Islam. Seolah-olah perasaan manusia telah dipinggirkan oleh sesetengah alim ulama. Artikel yang paling seru bagi saya adalah 'Aku Liberalis', beliau menulis mengenai wawancara beliau dengan seorang wartawan muda. Salah satu kata-kata sinisnya yang membuat saya ketawa adalah seperti berikut,

"Kumpulan anti liberalisme ini harus ditarbiah supaya menerima dan menjadi liberalis. Wujudkan siri usrah dan tamrin khas buat mereka. Jika mereka enggan , sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia perlu memohon mereka secara terhormat memilih negara yang sesuai dengan kehendak mereka. Ada banyak negara di dunia ini yang menolak fahaman liberalisme. Mereka boleh berhijrah ke sana. Malaysia sudah 44 tahun meraikan 'cara liberal' dan kita perlu meneruskannya."

Artikel ini dan buku ini ditutup dengan kata-kata yang sungguh jelas lantas mengelirukan.

Kata-kata beliau "Mereka yang dilabel sebagai Islam Liberal, atau liberalis mestilah mengangkat kepala mereka di jalanan. Isytiharkanlah, berbanggalah dan jeritkan sekuat hati kalian. Jangan biarkan bebalian di luar sana memandang rendah terhadap anda. Katakan dengan lantang, 'Aku, liberalis'.

Kata-kata Faisal Tehrani ini membuat saya ketawa kuat di dalam sebuah keretapi penuh sarat penumpang yang ketika itu sunyi sepi. Kata-kata ini malah membuat saya membelek-belek semula buku ini seolah tidak puas membacanya. Seru!
Profile Image for Izzah Zakaria.
13 reviews3 followers
April 14, 2019
Ada yang aku tak berapa bersetuju. Tapi overall, memang patut dibaca dan dinilai. Mengajar kita untuk melawan menggunakan akal, dan tidak mengikut membabi buta. Tahniah Faisal Tehrani! Yang paling aku suka adalah artikel pertama iaitu Mh370 dan Maira.

Mula : dah lama cuma lambat nak habiskan
Tamat : 14 April 2019
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
January 10, 2019
Selesai naskhah sulung dari penulis terkenal dengan kontroversi ini. Dan saya bersetuju dengan pembaca lain, ini karya beliau yang paling sesuai sebagai pengenalan sekiranya ada yang ingin cuba menghayati hasil penulisan beliau.

Boleh dilihat kenapa banyak karya beliau diharamkan di Malaysia. Sebab utamanya dari pengamatan peribadi, beliau tidak cuba untuk berselindung dalam mengkritik mana-mana badan bertanggungjawab yang dirasakan beliau tidak menjalankan kerja & amanah yang diberi dengan betul. Adakalanya juga bahasa yang digunakan beliau agak kasar. Yang banyak dihentam beliau adalah ahli politik, penguatkuasa agama, ulama dan tidak terlepas juga diri kita sendiri, iaitu orang awam. Banyak pihak yang tidak senang duduk dengan kebanyakan karya kritis dari beliau, jadi tidak hairanlah banyak yang tidak lepas ke pasaran awam.

Selain itu, kerana beliau adalah aktivis hak asasi manusia, ada dalam sesetengah situasi terlihat beliau tidak dapat membezakan mana yang utama, antara hak sesama manusia dan juga hak agama. Tidak semua situasi hak asasi sebagai manusia itu boleh diutamakan, begitu juga dalam hak beragama. Tidak semua prinsip bukan Islam boleh digunapakai kerana untuk kita umat Islam, diri kita adalah hak Tuhan yang satu, iaitu Allah. Bidalan yang digunakan Ustaz Azhar Idrus mengenai kisah tetamu yang datang ke rumah kita, ataupun rakan yang menumpang kenderaan kita boleh dirujuk.

Antara isu-isu menarik yang boleh dibuat cernaan minda ketika masa senggang;

1. Seputar tragedi MH370 & MH17, serta banjir teruk di Kelantan pada 2014. Pelbagai teori dari ahli politik dan agamawan yang menyalahkan itu dan ini sebagai punca bencana. Ada juga yang tidak membenarkan upacara berkabung. Sejauh mana implikasinya terhadap umat Islam & rakyat Malaysia secara amnya.

2. Kisah beliau berdialog dengan seorang ateis Melayu yang penuh dengan persoalan.

3. Isu berkenaan suka bertanya dalam proses pembelajaran antara murid dan guru, mahupun anak-anak dan ibu bapa. Elok dicari jawapan sehingga dapat ataupun lebih baik disekatkan saja sifat ingin tahu mereka itu, seperti yang biasa dilakukan dalam institusi pengajian di Malaysia hingga kini.

4. Isu penggunaan kalimah Allah yang dituntut sama penggunaannya oleh penganut agama Kristian & Sikh. Antara pendapat beliau yang saya kurang bersetuju dalam buku ini.

5. Wajarkah pengikut fahaman berlainan dalam Islam menyokong sesama sendiri jika adanya sebarang tindakan yang mengutamakan agama di arena antarabangsa? Dalam isu ini contoh pemimpin syiah yang menyelar tindakan Amerika & Eropah dalam menyokong pendudukan haram Yahudi di tanah Palestin ketika sidang kemuncak PBB. Wajarkah kita sebagai pengikut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah menyokong mereka, ataupun dibiarkan sahaja kerana kita berbeza aliran.

6. Kisah McDonald's yang bukan sahaja diboikot di Malaysia dan serata dunia, malah di Israel sendiri. Maka mana yang perlu diboikot sebenarnya, McDonald's atau Amerika Syarikat itu sendiri?

7. Isu Pahlawan Hang Tuah yang menjadi kebanggaan orang Melayu, yang pernah naik haji dan ironinya, dicatatkan juga sebagai peminum tegar arak. Sejauh mana kebenarannya dan betul atau tidak pergi Haji ini selalunya dianggap sebagai ibadat mencuci dosa oleh masyarakat Melayu hingga kini.

Sama ada suka mahupun sebaliknya, tidak dapat dinafikan penulis seperti beliau ini tetap diperlukan di Malaysia. Penulisan berhaluan kiri seperti ini tetap relevan sepanjang masa.

Di negara kita, mahupun di negara jiran Indonesia banyak melahirkan penulis seperti ini. Banyak juga dari mereka yang telah dikenakan pelbagai tindakan undang-undang selepas keluarnya naskhah-naskhah panas yang mengkritik pemerintah-pemerintah di zaman mereka. Antara yang terlintas diingatan adalah sasterawan negara Shahnon Ahmad, Wiji Thukul dan Pramoedya Ananta Toer dari seberang.

Sememangnya dari masa ke masa kita perlukan penulisan yang menjentik realiti ini, supaya kita tidak sentiasa selesa dengan keadaan diri sepanjang masa. Anda tidak perlu bersetuju dengan semua pendapat mereka. Kerana itu juga antara hak kita sebagai manusia bukan, bersetuju untuk tidak bersetuju. Namun tetap dalam lingkungan anjuran agama tentunya.
Profile Image for Muhamad Fahmi.
125 reviews22 followers
March 12, 2016
Selain hebat menulis karya kreatif, FT juga cerdas menulis karya-karya berupa esei serta artikel. Terlebih dahulu sebelum membaca buku ini, anda hendaklah membuka pemikiran anda seluas-luasnya dan berlapang dada.

FT menekankan perjuangan hak asasi manusia di dalam buku ini. Beliau juga banyak menyentuh isu-isu semasa yang sensitif serta provokatif yang menggugah akal pemikiran kita yang membuatkan kita hendak mengkaji sesuatu isu dengan lebih mendalam. Seperti yang ditekankan tadi, hendaklah berfikiran terbuka dan berlapang dada apabila membaca bukunya yang setebal 177 muka surat yang memuatkan 22 kerencaman artikel-esei-luahan perasaan.

Kekaguman hadir setelah membaca sumber maklumat yang diperolehinya (nota kaki) menunjukkan beliau adalah seorang pembaca yang mempunyai displin pembacaan yang meluas dan seorang yang kuat mengkaji sesuatu dengan teliti - ini boleh jadi sesuatu yang menakutkan.

Beriman dengan tanya adalah lebih baik dengan beriman tanpa tanya!
Profile Image for Farid Akram.
109 reviews17 followers
July 19, 2015
Karya penulis memang tidak sunyi daripada provokasi dan kontroversi namun itulah kelebihannya dan minat saya.

Kita boleh memilih untuk bersetuju atau tidak dengan penulis,tapi idea-ideanya membuatkan kita berfikir dengan kritis sebelum menyerapnya.
Profile Image for Iza B. Aziz.
223 reviews29 followers
October 3, 2022
Kalau baca buku Faisal Tehrani memang laju saya habiskan. Tak tahu lah kenapa, mungkin kerana penulisan yang tenang meluncur atau mungkin saya memang suka akan ideanya. Masih mencari jawapan tatkala menulis disini...
______________________________
22 coretan esei, artikel mahupun luah perasaan dalam buku ini dapat saya simpulkan ia mengenai perjuangan hak asasi manusia.

Dari segala isu yang diketengahkan buat saya sedar betapa kita masih jauh dari kefahaman tentang manusiawi. Yang pertamanya adalah tentang kehormatan, maruah dan kebebasan manusia itu sendiri.

Teringat juga saya pada buku Memori Bukan Memoir milik Dr. Maszlee yang ingin mendidik semula anak bangsa tentang sifat manusiawi melalui alam persekolahan. Tapi sayangnya...
______________________________
Tak tahu lah saya kalau ada beberapa sudut yang saya tidak setuju dengan Faisal Tehrani. Susah, saya lebih banyak ingin bertanya dari cakap saya tak setuju...

Apa pun saya tak akan berhenti dari membaca karya Faisal Tehrani sebab saya masih lagi mencari jawapan...kerana apa saya suka membaca buku beliau?
______________________________
Buku ini buku istimewa. Buku yang telah diharamkan.

"𝘙𝘦𝘢𝘥 𝘵𝘩𝘦 𝘣𝘰𝘰𝘬𝘴 𝘵𝘩𝘦𝘺'𝘳𝘦 𝘣𝘢𝘯𝘯𝘪𝘯𝘨. 𝘛𝘩𝘢𝘵'𝘴 𝘸𝘩𝘦𝘳𝘦 𝘵𝘩𝘦 𝘨𝘰𝘰𝘥 𝘴𝘵𝘶𝘧𝘧 𝘪𝘴!" - 𝘓𝘦𝘷𝘢𝘳 𝘉𝘶𝘳𝘵𝘰𝘯

Terima kasih buat Uzair yang berjaya dapatkan saya Aku ____, Maka Aku Ada! ✨
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
April 24, 2020
Jujurnya penulisan FT dalam buku ini banyak menjentik akal dan pegangan para pembaca terutamanya sebagai seorang muslim. Ia mengajak kita menilai kembali pegangan dan fahaman yang kita anuti selama ini. Walaupun begitu, tidaklah berlaku provokasi yang ganas tetapi cukup untuk membuatkan kita berfikir. Terima kasih kerana menyajikan kisah-kisah menarik yang tidak saya ketahui.
14 reviews
April 21, 2016
Buku ini saya kira ialah buku yang menjelaskan. Lewat ini, saya yang memang biasa mengikuti karya Faisal Tehrani (FT) baik buku, mahupun di media sosial seperti blog, Facebook dan Twitter - perasan akan perubahan dalam warna wacana beliau. Saya pernah tertanya-tanya, jika diberikan peluang menulis atau merombak karya beliau Tuhan Manusia, adakah masih akan sama?

Setelah membaca karya ini, saya tahu jawapannya mungkin tidak. Menyusuri karya-karya dan hasil penulisan beliau, saya merasakan metamorfosis beliau: daripada penulis yang sering dikecam golongan agamawan dan awam kerana menulis mengenai isu-isu sensitif Islam (i.e sektarianisme) tanpa kelayakan (ramai yang tidak tahu beliau berkelulusan Sarjana Muda Syariah daripada UM) sehinggalah beliau menjadi akademik dan berkecimpung dalam Kesusasteraan dan Hak Asasi. Gaya penulisan beliau masih sama - penuh sindiran, lancar dibaca dan sentiasa mengetuk kotak fikir supaya lebih ligat.

Dalam buku ini FT benar-benar menekankan peranannya sebagai sarjana hak asasi. Koleksi artikel, esei dan luahan ini diisi dengan wacana-wacana yang berbaur intelektual, dan disertakan dengan rujukannya (walau tidak semua dakwaannya disertakan rujukan). Rujukan FT berulang-ulang di dalam terbitan ini dan senang dikatakan beliau mengkritik keras Melayu dan sistem Feudalnya, serta kelemahan sejarah pemikiran alam Melayu berdasarkan Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Banyak daripada artikel/esei/luahan yang dikemukan menggunakan sumber rujuk ini untuk menyatakan kontradiksi pelaksanaan dalam Masyarakat. Beliau bertegas bahawa baginya, hak manusia itu datang pertama - dan kes-kes seputar isu semasa diulas melalui neraca ini. Selain mesej hak asasi, FT juga mengetengahkan mesej "agama sebagai alasan" yang sering dikitar dan digunapakai di Malaysia dalam mendekati banyak perkara, selalunya kepada musibah (MH 370, banjir, etc). Buku ini mengajak kita supaya lebih terbuka dalam menerima idea dan sama-sama bersetuju untuk menggunapakai hak asasi yang standard dalam menilai dan menggubal undang-undang.

Mesej mengenai keistimewaan Nabi SAW, leluhur Nabi, Syiah dan Iran juga diterapkan di dalam buku ini, secara terang dan tidak sembunyi tetapi biasanya hanya di hujung-hujung bab. FT tegar daripada dahulu hingga sekarang, untuk mengalihkan pandangan ke Iran dan Syiah sebagai "alternatif" merawat masalah ummah. Persoalan ini telah dihuraikan panjang dalam buku beliau Perempuan Nan Bercinta. Disertakan sekali satu esei khas mengenai falsafah nama-nama jalan di Iran, yang saya kira amat menarik.
Profile Image for Riesna Zasly.
152 reviews1 follower
January 17, 2016
terkadang kebenaran itu tampak sukar dicernakan.. kerana kenyataan bagi kebenaran itu tidak diterima oleh banyak pihak.. namun sebagai manusia yang mencari kesempurnaan pemikiran, baik-buruk sekalipun kebenaran itu, ia tidak harus dipungkiri..

karya ini banyak memberi jawatan pada setiap kekosongan dalam isu2 yang sering jadi persoalan semasa kita, khususnya di Malaysia
Profile Image for Abdul Muhaimin Suhaimi.
20 reviews1 follower
April 30, 2020
Okay, here goes the book title interpretations, from my point of course. Space indicates how you define yourself, whether people with principles or a group of people with the same ideology. 'Maka Aku Ada' means the ideology/principle aforementioned is real and exists. It also shows the principle is strong because if it isn't, then it'd be faded over time.

A heavy book among 5 other banned ones. While many other books are widely accepted, he wrote in various perspectives of literary works including stage plays. Not to mention, some awards received.

I noticed unusual vocabs -keromo(p.10), alawi(p.10), umawi(p.10), jeran, digugah, genta, tersedik(p.16), simpatisan(p.19), scandinavia(p.23), mampir(p.24), renta(p.28), uliti (p.27), kroner(p.26), meladeni(p.32), konyong, polos, memceceh(p.35), lemari(p.55), dirongrong(p.64), juak-juak(p.94), rebana(p.100), melatahkan(p.100), kuuliti(p.105), loka(p.107), etos(p.127), menandu,(p.128), mullah(p.132), murbawan(p.138), dipungkiri(p.140), mua, ontok, berbumbu (p.146), menghimbau(p.148), apologetik, lengser (p.157), ganjalan(p.160), bersikukuh(p.179),

Furthermore, he quotes from old literature, Sejarah Melayu (p. 92, 100-101, 113, 126-129). I'm sitting on the fence on this, because 'Sejarah Melayu' itself comes with various versions and I'm not sure which version the author cited from. Not all written with firm facts, others just written from hearing on the grapevine.

Lessons learned
(p.27,para.2), when any foreign people, minor race, or whatnots did not adapt, acculturate, accommodate (3A) with local people, they might easily be misunderstood with and it is human nature to prefer prejudice over a clean investigation.

(p.26,para.5) Only minorities are willing to accept other races unlike as happens in Malaysia -cultural relativism.

(p.27,para.2) Wahabi doctrines change the nature of Islam that originally able to adapt and breathe in different atmospheres without changing its own core principles using the 3A methods aforementioned. They pictured sunnah in different views, not the core meaning but more to superficial interpretations. Other destruction in the city of Mecca described on page 93.

(p.31,para.3)
The author viewed western primary education as more active (in terms of peer interaction and socializing). Their kids seemed to cheer school days over holidays. The same rank approach between teachers and students, a democratic school. Learnings in both ways. Besides, there is a Steiner school. Don't you ever notice a curious student suddenly become a weirdo the moment he/she raises his/her hands?

(p.35,para.2) Also, there are highlights of parenting that prefer kids to be grown as a believer because he/she asks rather than a believer because he/she follows.

(p.43,para.3) Issues related to Allah's name to be used in other religions scripture. I’ve found misleading information about 'Asya'irah' as known as 'Ahli Sunnah wa al-Jamaah';
" Bukankah sebahagian besar umat Islam dari kelompok Asya'irah beranggapan Allah akan dapat dilihat suatu masa nanti (di akhirat), dan Allah turun dari langit ke bumi pada bulan atau tempoh tertentu, bahawa Allah bersemayam di Arasy? "Which there isn't any literal meaning of Allah is descents from the above heaven downward nor staying on 'Arasy (the largest creation ever)' in Asya'irah teaching.

(p.101-102) The author takes 'Hang Tuah Untold Story' to criticizes the acts of quoting without fully revise the historical plots, believes, and cores. Also quotations of Hang Tuah spoken skills (which he able to speak 12 languages) which doesn't act as a good indicator of intelligence or competency to deny Dr. Mahathir's statement. (p. 126-129)

(p.105 - 111) Hilf al-Fudhul, a treaty of human rights to empower the minorities, the vulnerable ones quoted as an example of a 'Sirah' that hold core principles which we don't deeply internalize among many others that we prefer superficial celebrations over values.

(p.138) I've found the author quite pessimist in explaining Malays. The author associate Malays Governance, from past till present, with 'The 8 Ways of Feudal' which I believe these criteria exist in every corrupt government. Like a template of a megalomaniac, the history repeats itself.

Other lessons include -to reminisce Malaysia promises to UN which identifies Malaysia as a composition of 3 major races without abandoning other race's rights. To keep in mind there are sadists who like to spark rebellion out from previously settled issues. (p.53), a brief history of Standard of Human Right in Malaysia(p.68-69), politics and businesses which always come hand in hand (p. 77-83), tears and its rebellion impacts (p.89), Critics to Saudi Arabia 's infrastructures establishment, more to commercial purposes, which diminished the original concept of pilgrimage(p.93).

Overall, this book makes you more open to dialogue and discussion and be less judgmental. Warn you indirectly not to throw any theory without proofs and mechanisms of the things that you deemed supposed to happens. Also bear in mind, the writings from the author's perspective, which some of the arguments I might consider improper because of ignoring certain variables. But other issues were crystal clearly justified.
Profile Image for Maryam Hamidah  Zulkifli.
11 reviews4 followers
July 27, 2017
I'm just surprised why they did not ban this book. (Kidding.)

Critical and stimulating book. He never failed to make me think and ponder; again and again.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
April 15, 2020
Sekumpulan esei, artikel dan catatan yang berkisar seputar hak asasi kebanyakannya. Kebanyakan naskhah baru (mungkin juga sudah lama cuma saya belum sempat menelaah) adalah berkenaan hak asasi seperti yang saya ingat adalah yang terbaru saya baca sebelum ini adalah Professor dan Bahlut. Di sebalik hak asasi manusia yang menjadi tumpuan dalam eseinya, terdapat juga yang diselitkan berkenaan agama yang mana tidak boleh lari apabila membicarakan berkenaan hak asasi itu sendiri.

Seperti yang sering diulang oleh penulis dalam penulisannya, agama itu sendiri yang sewajarnya menjadi pelindung kepada hak asasi manusia itu. Lebih khusus adalah hak asasi golongan minoriti dalam negara Malaysia khususnya dan seluruh dunia umumnya.

Antara golongan yang berhak dilayan dengan adil dan sama rata tetapi sering dilupakan dalam negara Malaysia kita ini contohnya golongan penan dan lgbtq. Secara peribadinya, bagi saya, saya tiada apa apa masalah dengan golongan seperti penan. Cuma mungkin saya agak tidak menggemari golongan yang berorientasi seksual songsang ini tetapi belum ke tahap membenci, jika datang seorang daripada golongan ini datang kepada saya dan dalam masa yang sama berinteraksi dengan saya secara normal selayaknya manusia biasa, saya akan melayannya dengan baik selayaknya. Kerana pada akhirnya kita kena menyedari yang mereka itu juga manusia. Siapa kita untuk menghukum manusia lain. Kita sebagai makhluk Tuhan ini tidak layak sama sekali menghukum yang merupakan tugasNya Yang Maha Menghukum.

Untuk naskhah ini, esei kegemaran saya adalah "Panda datang surau" yang ditulis dengan penuh kesinisan dan perli kepada golongan agamawan. Esei ini berjaya untuk membuat saya ketawa dengan kesinisannya. Mungkin juga kerana esei ini antara yang paling dekat dengan saya dan paling tidak kompleks buat saya untuk memahaminya.

Antara lain yang saya suka daripada buku ini adalah berkenaan betapa banyak rujukan daripada pembacaan penulis yang boleh menghilang rasa curiga yang mungkin timbul ketika penulis menyebit beberapa nama yang agak terkenal.

Itu sahaja buat naskhah ini. Terima kasih.
24 reviews
September 15, 2019
I was first introduced to Faisal Tehrani's writings when we had to read one of his short stories during BM class and it was one of my favourite writings. And I have been trying to read more of his stuff ever since.

I enjoyed reading his thoughts on certain topics - mainly political and religion - and helped me to understand a new perspective.

Needs to be read with an open heart and mind to be enjoyed :)
Profile Image for Ahmad Tajul.
2 reviews
July 5, 2021
Buku yang lain daripada yang lain, banyak membuka minda tentang isu semasa walaupun ini buku yg dah lama diterbitkan, namun isu ini masih relevan di tahin 2021. Perbahasan demi perbahasan yang membuatkan kita boleh terfikir sejenak tentang apa yang kita telah pegang dan pendirian yang kita pegang selama ini. Tiap laras bahasa dan ayat digunakan agak tinggi membuatkan saya kena 2-3 kali ulang baca agak dapat fahami tiap bait makna yang ingin dilontarkan.
Profile Image for Wan Khuzairey.
19 reviews9 followers
November 6, 2018
Bahasa yang mudah dan cara penyampaian yan kreatif menyebabkan saya tidak ragu-ragu memberikan buku ini 5 bintang.


Soal kemanusiaan yang berlegar pada zaman kini banyak disentuh di dalam setiap coretan. Dari fahaman, hak asasi manusia, nilai murni dan pendirian juga membawa kepada perubahan baru dalam pemikiran.

Satu catatan luahan hati yang sangat kritikal dan disarankan untuk dibaca
1 review
April 12, 2019
Hasil karya FT pertama yang ku baca dan memakan masa yang panjang untuk ku habiskan buku ini. Mungkin kerana aku masih mentah untuk memahami idea-idea liberal yang dititipkan oleh beliau. Berharap agar suatu hari nanti dapat ku membaca kembali buku ini dan dapat betul-betul memahami dan bersetuju dengan segala idea yang disampakan beliau
Profile Image for ainunsailah.
88 reviews15 followers
May 31, 2015
Betapa banyak-nya pengetahuan dan maklumat baru di sekeliling kamu. Yang berhajatkan kepada lapang dada untuk kamu mendapat manfaat darinya. Kamu punya hak untuk menerima, bersetuju, sependapat. Ataupun menolak, berbeza, tidak bersetuju. Tetapi dalam rencam masalah dan kekalutan yang ada pada hari ini, terlebih baik untuk kamu duduk, mendengar atau membaca, berlapang dada lalu mencari titik persamaan. Jangan cepat menghukum dan menilai.

Oh Faisal Tehrani. Dia ni Liberal. Syiah. Baca buku dia boleh jadi celaru. Dalam kamu tidak sedar memilih untuk menghukum dan melabel tanpa usul periksa itu adalah celaru yang paling nyata.

Buku ini saya baca dengan penuh rasa hormat dan teruja. Bagaimana setiap isu ditelah dengan begitu teliti dan berdasarkan fakta. Segala maklumat ilmiah dan agak berat disampaikan dengan gaya paling ringan. Memudahkan. Memujuk. Meluahkan rasa.

Belum selesai buku ini. Saya ada satu hajat. Agar satu hari dapat Faisal Tehrani datang ke USIM. Untuk berkongsi dengan seluruh mahasiswa Islam akan bagaimana Islam itu sebagai rahmah kepada seluruhnya. Sama ada di peringkat global atau nasional. Kita sudah terlalu lama mencari musuh. Masanya duduk dan cari jalan untuk menambah teman.
Profile Image for Nawfal Ahmad.
37 reviews2 followers
July 24, 2015
#bukuraya 1 : aku... maka aku ada daripada Faisal tehrani. Buku mengenai tulisan lamanya yang dipos di blog atau projek dialog. Hanya kerana saya fan faisal tehrani jadi saya membacanya. Sedikit komen, buku ini seperti maklum adalah hasil pemikiran human right, baik yang relatif, dan pemikiran rahmah yang teruk. Bagi penulis, agama adalah nomor 2. Pertama adalah manusia. Jadi yang harus dilayan adalah kebaikan manusia sebelum agamanya.

(Tambahan fb)
Bila baca buku ini saya perasan sesuatu. Rupanya yang paranoid bukanlah kami geng 'konservatif' tapi mereka yang takut dengan kata-kata islam tidak rahmah jika tidak berbaik dengan mereka.

Lagi yang menarik, penulis seolah mengutuk melayu dengan mengungkit fakta yang minor dari hang tuah dan raja-raja melayu dahulu. Sedangkan dia yang beriya memuji islamnya melayu pada novel-novel yang malah mendapat banyak anugerah.

Pemikiran mudah, iaitu sekadar memandang apa yang baik kita ambil. Apa yang 'right' bagi manusia kita ambil tanpa menilai sejarah pertembungan.

Banyak lagi komen tentang buku dan cara pemikiran beliau. Namun rasanya semua sudah maklum.

Dan terima kasih kerana mempromosikan ISMA. Banyak beliau sebut dalam buku ini. Syukran ya.

#faisaltehrani
#2015bookchallenge #dubookpress #dubook
Profile Image for Sahira Basirudin.
11 reviews
February 5, 2017
Buku ini semestinya perlu dibaca dengan minda yang terbuka. Buku ini dengan beraninya menyentuh isu-isu sensitif yang jarang-jarang diwacanakan oleh masyarakat umum terutama bab agama dan agamawan. Saya merasakan perspektif berbeza yang diketengahkan oleh Faisal Tehrani menyuntik satu idea segar ke dalam sistem masyarakat yang kini bagaikan tersekat dalam kitaran idea yang kian lapuk. Perspektif yang berbeza ini juga, yang digarap dengan gaya penulisan Faisal Tehrani yang sangat menarik, memberikan satu motivasi kepada pembaca untuk tidak menerima apa-apa (termasuklah idea dalam buku ini) tanpa pembacaan, kajian dan kefahaman yang mendalam. Dengan erti kata lain, buku ini, berbeza dengan buku-buku ilmiah lain yang kerap kali membantutkan minat membaca, memberi satu semangat baru kepada pembaca untuk menggiatkan lagi pembacaan.
Profile Image for Wan Faizuddin.
30 reviews4 followers
July 19, 2016
Koleksi artikel, esei dan luahan perasaan. Ya, inilah bukunya.

Ada 2 tema utama yang dibawa penulis iaitu perjuangan hak asasi manusia dan penentangan terhadap sejarah sistem feudal Hang Tuah yang dibanggakan orang melayu sedangkan tidak seindah yang disangka.

Kajian akademik yang ditulis dalam bentuk sastera penulisan cerpen pendek menjadikan idea berat dibawa santai.

"Beriman dari Tanya", "Janji Malaya Tanya Isma" dan "Islam seperti Parameswara" adalah antara esei yang membuatkan saya rasa cukup terkesan dengan penulisan Dr Faisal.

Sepertimana karya Dr Faisal yang lain, unsur sarkasm yang tinggi memerlukan pembaca yang berlapang dada untuk menilai apa yang cuba disampaikan penulis.

Tajuk yang dipilih daripada ungkapan tersohor Descartes, "Cogito, ergo sum" - "I think therefore I am" dan sengaja ditinggalkan frasa 'think' kepada ruang kosong meninggalkan banyak ruang untuk intrepetasi.

Bagitu juga pemilihan gambar muda penulis persama TG Nik Aziz kasih menjadi tanda tanya buat saya.

Saya berharap akan adanya ruang kata pendahuluan oleh penulis untuk menjelaskan perkara ini.
Profile Image for Nik MS.
11 reviews2 followers
September 6, 2015
Keluhan dan luahan perasaan Faisal Tehrani terluah dalam naskhah kecil ini. Meskipun bagi saya naskhah kecil ini hanyalah setitis air daripada empangan perasaan Faisal, ianya cukup memuaskan hati khususnya kepada anak muda yang dahagakan penulisan yang berakademik dan mudah dihadam.

Sebagai cendekiawan hak asasi, naskhah kecil ini tidak lari daripada bermain sekitar hak asasi juga. Hak asasi bukanlah satu benda baru di Malaysia apatah lagi ianya seringkali dicabuli dan dipijak lumat oleh segelintir (atau sebenarnya kebanyakan?) pemuka agama di negara kita. Maka naskhah kecil ini hadir untuk memenuhi selera anak muda ataupun orang tua yang punya kemahuan untuk mengangkat hak asasi ke kedudukan yang tinggi.

Tulisan Faisal seperti biasa enak dibaca, mudah dihadam dan mengetuk kotak fikiran kita. Kalau saudara saudari mencari sesuatu untuk difikirkan dan suka pula hak asasi, naskhah ini saya syorkan.
Profile Image for Muhammad Fairuz.
19 reviews
August 27, 2015
Sebuah buku yang menarik mengumpulkan koleksi artikel kritikan pembaca kepada masyarakat.

Sudut pandang penulis yang agak berbeza dari penulis dan pengkritik lain adalah kekuatan utama penulisan ini. Kedalaman dan keluasan ilmu serta pengalaman penulis menjadikan artikel lebih dekat dan mempunyai hujah yang kukuh.

Mungkin bagi sesetengah akan merasa kurang selesa, mahal membenci tulisan ini kerana unsur-unsur "liberal" yang didokongi penulis. Tetapi, kritikan yang disampaikan adalah sesuatu yang bertepatan dengan kesalahan yang sering berlaku hari ini.

Semoga penulis terus berani memberi teguran dan kritikan membina kepada masyarakat.
Author 1 book3 followers
October 9, 2023
'Aku ___, Maka Aku Ada!' punyai 22 karangannya dan lengkap dengan blurb berayat menggoda dan mengundang! Dan jikalau seorang bernama Faisal Tehrani yang mengarangnya, kau tidak perlu berhitung-hitung, kau harus ambil dan baca! Dijamin intinya enak-enak belaka. Esei, artikel dan luahan beliau saya kira sedap-sedap, menggelorakan dan lengkap dengan fakta-fakta menarik. Otak saya menghitung-hitung dan memikirkan kembali tentang perkara-perkara dirasakan betul sebelum ini. Ia berjaya mengeluarkan saya dari zon selesa yang mengasyikkan tetapi perlahan-lahan membinasakan.

Boleh baca ulasan penuh di blog:
https://amiersuhaimi.blogspot.com/202...
Profile Image for IzzyBreazy.
38 reviews4 followers
November 15, 2015

Buku pertama aku oleh Faisal Tehrani. Banyak persamaan pendapat yang selama ini aku ingat hanya aku sahaja yang punya fikir seperti itu. Mungkin sebab itu, aku diamkan sahaja pendapat aku. Tapi buku ini ternyata mencetus banyak "critical thinking" dan banyak intipati tentang sejarah dan hak asasi manusia dan juga Islam. Walaupun ada sesuatu yang aku kurang setuju, tapi aku bersyukur buku2 yg mencetus daya pemikiran masih lagi dijual (terutama dalam Bahasa Melayu). After all, hidup ini terlalu pendek untuk membaca buku yang teruk.
Profile Image for Keindahan Alam.
3 reviews
August 3, 2016
Buku yang memecah tempurung sikap skeptikal dan belengu agama yang prejudis. bagaimana pemahaman kita tentang nilai kehidupan, dan hak hak manusia yang sering dipersalah oleh individu yang kononnya jagoan agama. Tajuk diberi 'aku..... maka aku ada' itu sendiri memberi kita sepenuhnya hak untuk menentukan siapa diri kita sebenar. Bahan bacaan yang sangat bagus, tidak perlu setuju 100%, cukup untuk menjadikan panduan dalam membina prinsip. "Usah ajari aku tentang agama, enkau tidak semua tahu, aku tidak selalu jahil".
Displaying 1 - 30 of 41 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.