Kisah bermula dengan Rey yg baru sahaja berpindah masuk ke sebuah sekolah dan kelas impian yg menyimpan pelbagai rahsia, lengkap dengan senarai pantang larang ketat yg wajib dipatuhi kalau tak mahu bernasib malang. Haa, pelik kan? Tak ikut semua pantang larang tersebut akan mati. Tak cukup dengan 'peraturan pelik²' tu, ada seorang rakan sekelasnya yg hanya Rey sahaja yg nampak rakan² kelas yg lain tak nampak. Halimunan? Hantu? hmm..
Saya sebenarnya tertarik nak baca buku ni sebab penulis ada masukkan dan selitkan sedikit bahasa suku kaum Sungai 🙈 (sikit jelah).. sinopsis buku pun nampak menarik! Tapi itulah, tak sangka pula akhirnya? hm murung saya 😔..
Membaca bahagian awal buku ni memang suasananya terasa seram. Ya, pada mulanya saya memang jangkakan ini cerita hantu biasa. Tapi masuk ke pertengahan bab, landskap cerita bertukar arah secara drastik.. buku ni bukanlah mengenai entiti ghaib semata², sebaliknya sebuah kisah thriller yg mendedahkan ancaman serta sisi gelap manusia.
Isu yg dibawa dalam buku ni pun bukan calang² kerana ia menyentuh realiti berat seperti buli di sekolah, penculikan, konflik persahabatan yg toksik, hinggalah isu kesihatan mental. Dari sini jugalah saya dapat ambil pengajaran bahawa sisi gelap manusia adakalanya jauh lebih menakutkan berbanding hantu. 🥲 betul, manusia lebih seram berbanding hantu!
Bercakap soal watak pula, kesemua perangai mereka dalam cerita ni betul² menguji kesabaran eh! 😌
Bergerak kepada gaya penulisan dan pacing, idea penceritaannya segar (sebab saya tak pernah baca mana² buku cerita macam ni, yes kalau drama tu ada.. tapi untuk buku setakat ni tak jumpa lagi). Cuma ada ketikanya susunan dialog mendahului perincian situasi, membuatkan saya kena ulang baca beberapa kali untuk tangkap maksudnya dengan betul. Walaupun begitu, taklah sampai merosakkan keseluruhan pengalaman membaca.
Masuk pada bahagian plot twist, bagi saya, identiti dalang di sebalik kes ni agak mudah dijangka lebih awal. Namun begitu, perincian kisah di sebalik twist tersebut tetap ada elemen kejutannya yg tersendiri memandangkan ia sebuah karya thriller.
Habis je saya baca buku ni, saya memerlukan bahan bacaan yg ringan, sweet dan komedi untuk tenangkan balik fikiran selepas terkejut dengan pembacaan di akhir² cerita! 🫠
Apapun, tahniah buat penulis atas penghasilan karya ini. Semoga terus diberi dan ilham mencurah² selepas ini untuk terus berkarya!
Idea dia nice, walaupun xde horror tp misteri tu ada, buatkan pembaca kena teka sape punca pembunuhan berantai. Hantukah? Manusiakah?
Sejujurnya aku xberapa suka gaya penulisan author ni sbb olahan penceritaan dia buatkan aku terpaksa rewind imaginasi aku beberapa kali. Kdg dialog muncul dulu baru diceritakan detail situasi. Flow cerita jd mcm tersangkut2 sikit. Overall ok la.