Budak usrah bukanlah orang yang berburuk sangka dan suka judge orang lain. Budak usrah adalah orang yang akan selalu melihat orang lain penuh optimis dan penuh harapan. Dia tidak melihat orang lain yang berbeza dan kurang tarbiah sebagai orang yang lebih rendah daripada dirinya.
Dia akan berusaha menarik semua orang di sekelilingnya ke syurga. Dia tidak mendabik dada, walaupun cara dan tindakannya lebih benar daripada orang lain. Budak usrah bukanlah juga orang yang bercakap kasar dan melemparkan kata-kata mengguris hati atas nama dakwah. Budak dakwah tidak takbur dengan kumpulan dan grup usrahnya.
Paling penting, tidak memandang rendah pada orang lain. Jika usrah membawa kebahagiaan dan jalan benar bagi hidupmu, kenapa hatimu bersangka buruk pada orang lain. Jika usrah memberi kesan pada jiwamu, namun kenapa akhlakmu tidak menggambarkan kesolehanan dirimu? Malah kamu merasa asing dan mudah merasa tidak senang dengan orang lain?
Usrah itu menjernihkan, walaupun tidak semua usrah sempurna. Usrah itu membenihkan tumbuhan yang menyenangkan hati walaupun dilihat lambat dan lembab. Usrah itu menghidupkan hati-hati dan menyambungkan tali-tali ukhuwah walaupun isinya sangat memerlukan pembaikan. Budak usrah adalah mereka yang sentiasa memandang jernih jalannya di hadapan. Jika ada kekurangan, dia membaikinya dengan penuh santunan dan kesabaran. Jika adanya ukhuwah tercalar, dia menyambungkan. Paling penting, hatinya jernih sejernihnya daripada prasangka dan kebencian. Jangan cepat kecewa dengan usrah. Paling penting adalah kesungguhan membaikinya dengan cara penuh jernih, cinta dan penuh pengharapan!
Muharikah or her real name is Nur Aisyah Zainordin is a medical physician pursuing her speciality in endocrinology. Her passions in writing poem and novels. Her books include non-fiction motivational books and medical fictions.
She graduated from University of Dundee and did her master in medicine in UiTM.
She was also founder of publishing house in Malaysia, Iman Publication and Iman Shoppe Bookstore.
Her works appears in radio IKIM and had won Anugerah Buku Negara 2019.
Rasa sebak bercampur baur membaca buku ini. Memang ada masa kita akan rasa down dengan usrah. Malas nak pergi. Apa lagi usrah yang mendatar, rasa macam pergi pun tak berbaloi. Tulisan di dalam ini membuatkan saya rindu dengan usrah. Titik perubahan di MRSM dahulu, apabila diwajibkan ke usrah walaupun tak tahu apa sebabnya. Rasa kena paksa, siap diberi tugas mengisi nota, ditambah lagi dengan pelbagai program agama, rasa macam urghh. Tak boleh nak relate. Rasa bosan, tetapi apabila benda tu tak ada, memang rasa macam rindu/missing something in life.
Muharikah menyatakan memang satu tamparan apabila ditanya, tak rasa ke pengisian usrah kita ni tak sampai ke anak buah? Sebab masa tu duk fikir nak habiskan silibus usrah. Jangan sebab nak habiskan silibus, kita lupa latar belakang anak usrah kita yang pelbagai, yang baru nak kenal apa itu usrah. Pokoknya, kita jangan sesekali kecewa dengan usrah, kita yang perlu jadikan usrah tersebut dinamik.
Personally I don't like this book and the author's style of writing even there are some points that can be learned from this book. Maybe because the writings were taken from the author's blog so the chapter are a bit random and the idea in every chapter is random also. I like the big quotes before each chapter because they are inspiring however I am a bit disappointed because the quote that was placed before each chapter does not related to the chapter. This book is not suitable for a person that just started 'usrah' as the content is a bit heavy and contain terms that is quite hard and unfamiliar . Maybe it is suitable for person that has been involved in 'usrah' for a long time. However, when I see other people's review about this book, most of them give good review and high rate which make me wondering am I not having a good and pure heart that the 'hidayah' does not enter my heart from this book or my state of 'iman' is not in good condition while I am reading this book or my intention is not pure? This book made me thinking, should I read her other books or I shouldn't be bother to read them as I don't like her style of writing and the first book from her that I read disappointed me? Maybe I should give it another try or I will lose the chances to get knowledge.
Fuhh. Dah lama tak habiskan baca buku dalam sehari. Sharing telus dari hati seorang ukhti yang sedikit sebanyak ada tempiasnya buat hati yang sedang lesu dan semakin lesu dalam jalan DnT.
Walau apapun kondisi kita, jangan tinggalkan tarbiah, walau bosan mana usrah, walau kering mana bahan, mujahadahlah untuk komited dengan program tarbiyah. Kerana hanya itu yang menguatkan kita untuk sustain dalam jalan risalah ini.
Sebagai orang yang baru habis belajar, dalam fasa perpindahan dan nomad, buku ni memang dibaca tepat pada masa. Menyuntik kembali semangat yang semakin pudar, mengkoreksi niat dan keikhlasan diri.
Buku ni membuatkan saya rindu usrah pada zaman uni dulu 😊 banyak yang saya belajar kenal Allah dan agama. Terima kasih buat kakak-kakak usrahku, banyak pahala kalian.
Buku ni saya rasa sesuai untuk yang dah mengenali usrah dan pernah bersama-sama dalam kumpulan usrah. Tak berapa sesuai untuk sesiapa yang tidak pernah 'encounter' usrah, mungkin akan terkejut dan tidak berapa faham dengan isi san mesej yang hendak disampaikan.
Buku ini juga sangat bagus untuk menjentik diri ini yang kadang terlupa tujuan sebenar di muka bumi. Banyak poin pedas dan straightforward, tetapi ianya sangat perlu. Terima kasih Dr Aisyah (Muharikah), anda sangat hebat.
Catatan dan peringatan penulis untuk sesiapa yang pernah terlibat dalam usrah dan motivasi meneruskan dakwah meskipun sudah tidak lagi bersama ahli usrah yang dahulu. Sementelahan masing-masing sudah berkerja, berkeluarga dan ada yang memasuki zon selesa.
Setelah berkurun beli, kholas baca buku ni semalam. Buku ni dibaca saat diri lesu dengan dakwah dan tarbiah, right timing. But again timing Allah tak pernah salah. Bacalah jika anda lesu lemau seperti saya, semoga Allah menguatkan kembali rasa cinta kepadaNya, melalui jalan usrah yang kita pilih ini.