Perkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar.
Sakit? Sudah semetinya. Tapi siapalah dia yang hanya sekadar seorang dayang istana. Tugas seorang dayang istana cumalah...menjaga kebajikan kerabat di raja. Bukannya meraih cinta dan sayang kerabat diraja.
Tapi... bagaimana jika di dunia yang lain. Dunia yang bertentangan dengan dunia nyata, dia dan si dia hanya lah orang biasa? Bukan kerabat. Bukan dayang istana. Bagaimana jika... di dunia yang tidak nyata itu, dia dan si dia saling mencintai?
Tiada halangan darjat yang memisahkan mereka. Hanya mereka... dan cinta mereka sahaja yang wujud. Dia ingin tinggal di sana dengan lebih lama. Bersama cintanya. Namun dia sedar, tempatnya adalah di dunia nyata. Dunia di mana... dia tidak akan bersatu dengan cintanya.
Bunga, salah seorang dari Rumah Anak Yatim DiRaja Emmeria akhirnya diterima sebagai dayang istana Emmeria selepas cukup umur 23 tahun. Tapi siapa sangka baru sehari kedatangan dia ke dalam istana sebagai dayang bawahan, permaisuri berkenan jadikan Bunga sebagai dayang peribadi.
Tapi mesti la ada kesannya, dayang2 yang lain dengki dan mengatakan Bunga guna2 kan permaisuri untuk naik taraf. Teruk Bunga kena buli tapi dia ni sungguhla badass. Pandai betul Bunga lawan balik 💁♀️
Masa mula2 baca agak kekok sebab expect kisah istana zaman2 dulu, tapi penulis guna bahasa moden dan baru lah dapat tangkap 😆
Cuma rasa agak rushing part Bunga dan Putera Al-Nurhan tu macam cepat sangat Putera Mahkota yang stoic tu jatuh suka dekat Bunga. Tapi maybe sebab perwatakkan Bunga yang selamba tu?
Makin lama baca makin tak sangka plot dia menarik. Bunga boleh merentas masa lalu dalam mimpi? Dah tu boleh pulak terjumpa Han dalam mimpi tu. Rupanya mimpi tu bukan hanya sekadar mimpi tapi Bunga boleh mengubah masa depan dan boleh jadikan bukti untuk tuntut bela nasib seseorang yang penting dalam hidup dia.
Dan perkaitan antara Bunga, permaisuri dan rakan sekerja (dayang istana) pun mindblowing gak bagi saya 🫣
Dalam ramai2 watak sampingan, Wakeel tu menarik eh? 😆 Nak juga tahu ending dia dengan Warda ke tidak 🥹 Tapi puas hati betul dengan nasib keluarga kerajaan Alginia, tak expect boleh ada raja yang zalim tak berhati perut mcm ni. Kesian gila dekat rakyat kerajaan Marvis
Overall bacaan best, even banyak lompat2 zaman kerajaan Marvis 1975 dan zaman sekarang, penulis tak buat saya pening 🤭