Dr. Danial bin Zainal Abidin berasal daripada Kampung Manggis, Sungai Ara, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak kedua kepada Hj. Zainal Abidin bin Hasan dan Hjh. Che Su bte Hj. Jamaluddin dan dilahirkan pada bulan 21 Julai, 1955.
Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Jelutong, Pulau Pinang. Selepas mendapat gred satu dalam peperiksaan MCE beliau memasuki tingkatan enam di Sekolah Menengah Penang Free sebelum ke Universiti Iskandariah, Mesir, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.
Di Mesir beliau menjadi Presiden Kelab Pelajar-Pelajar Malaysia di Iskandariah pada tahun 1975. Kesempatan belajar di Mesir telah digunakannya untuk mendalami bahasa Arab dan menimba ilmu agama dari ulama yang berkaliber, antaranya, seorang ulama hadis yang terkenal, as-Syeikh Muhammad Najib Al-Muthi’i. Pada tahun 1981 beliau memperoleh ijazah M.B.Ch.B. dalam bidang perubatan.
Jawatan beliau sekarang ialah sebagai Pengarah Urusan kepada syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. Beliau juga ialah pengurus dan pengamal perubatan di Klinik Syifa, Gelugor, Pulau Pinang. Di samping itu, beliau menjadi pakar motivasi undangan di Mutiara FM, Pulau Pinang, mengendalikan slot Motivasi Mutiara dan Islam Moden. Beliau juga menyampaikan motivasi secara berkala di Perlis FM dan Perak FM.
Pengalaman beliau amat luas kerana sering kali dijemput menjadi penceramah serta pemudah cara bagi program-program di Telekom Malaysia, IKIM, Kuantan Port, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Persatuan Pekerja-Pekerja Islam TNB, KLIA dan lain-lain lagi. Pada tahun 2003 beliau menjadi penceramah khas bagi Petronas Carigali membincangkan tajuk Quality Principles di Terengganu, Sabah, Sarawak, KL dan Vietnam. Pada tahun 2004 pula beliau dijemput memberi ceramah khas kepada Kerabat di Raja Negeri Perak, EXCO Kerajaan Negeri Perak dan dif-dif jemputan bertajuk ‘Quran dan Sains’.
Di samping itu beliau juga di undang menyampaikan ceramah di luar negara, antaranya, di St. Louis, Amerika, Perth, Australia, dan Singapura.
Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan bergiat cergas dalam pertubuhan dakwah dan kebajikan. Beliau menjadi penasihat bagi Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) bermula tahun 2005. Beliau pernah menjadi Yang Di Pertua Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang, dari tahun 1992-2001. Dari tahun 1996-2000 pula beliau menyandang tugas sebagai Pengerusi Kariah di Sungai Ara, Pulau Pinang.
Dalam bidang penulisan, beliau merupakan kolumnis tetap ruangan Islam dan Sains bagi Majalah-i, Karangkraf, dan Kosmik, Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku-buku yang telah beliau hasilkan setakat ini berjumlah sepuluh buah iaitu, Konsep Perubatan Islam, Islam The Misunderstood Religion, Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden, Kit Kombat Islam, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W., Empayar Minda Muslim, 7 Formula Individu Cemerlang, Tip-tip Cemerlang Daripada Quran dan Quran Saintifik. Lima daripada buku-buku ini telah mencapai status terlaris atau bestseller di Malaysia. Buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden pula menjadi Finalis dalam Anugerah Media Islam (AMIN) bagi tahun 2006. Setakat ini empat buah buku beliau telah dilesenkan untuk pasaran di Indonesia, iaitu, Empayar Minda Muslim, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, 7 Formula Individu Cemerlang dan Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran.
Di sudut kekeluargaan, beliau mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama beliau ialah seorang doktor perubatan dan isteri kedua beliau ialah seorang pengurus syarikat. Beliau dikurniakan dengan lapan orang cahaya mata. Anak pertama beliau memperoleh ijazah dalam bidang Bio-Teknologi, anak kedua dalam bidang Kimia Analisis, anak ketiga dalam bidang Teknologi Persekitaran dan anak keempat sedang menuntut di Fakulti Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia. Anak-anak yang lain masih bersekolah.
Secara keseluruhannya sebuah buku yang santai, jumlah 120 muka surat, 31 bab dengan setiap bab purata 4 muka surat, berserta bahan grafik bersaiz besar.
Dimulai dengan mengajak pembaca memahami apakah yang dimaksudkan sebagai Ulul Albab yang dipuji oleh Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 190 - 191.
Mereka dipuji oleh Allah SWT kerana suka melakukan dua perkara, iaitu zikir dan fikir. Lalu apakah pula bentuk ‘zikir’ yang dimaksudkan dalam konteks ini, dan apakah perkara yang mereka ‘fikir’kan sehingga digelar Ulul Albab?
Seterusnya pada kerangka buku ini ialah ajakan penulis kepada pembaca untuk memahami konteks zikir dan fikir menerusi penemuan sains, kisah sirah, kisah modern para pengkaji sains yang menemui tuhan, dsb. Semuanya pada memuhasabah diri untuk berfikir dalam mencari kebenaran dan memaknai hidup bertuhan.
Berikut antara yang menarik ingin dikongsikan:
Golongan Ulul Albab suka berzikir dan berfikir. Apakah yang mereka fikirkan? Berhubung dengan perkara ini dalam Al-Jami' li Ahkam Al-Quran, Imam Al-Qurtubi berkata, "laitu berfikir tentang kekuasaan Allah s.w.t. dan penciptaan makhluk-Nya supaya dengan itu kefahaman mereka tentang Allah s.w.t. lebih mendalam. Sesungguhnya segala sesuatu mempunyai bukti yang menunjukkan keesaan-Nya." (p. 22)
Allah s.w.t. tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun, kewujudan Allah s.w.t. dapat diyakini melalui penciptaan-Nya. (p. 46)
…Hamka berkata dalam Tafsir Al-Azhar, "Disuruhnya kita melihat dan merenung. Bukan sekadar melihat dengan mata, tetapi membawa apa yang dilihat itu ke dalam alam fikiran untuk difikirkan." (p. 47)
Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata, "Berzikir kepada Allah adalah satu perbuatan baik. Namun, berfikir tentang nikmat-nikmat Allah adalah ibadah yang lebih baik."
Imam Al-Hasan bin Amir bin Abdul Qais juga berkata, "Aku mendengar ramai daripada kalangan sahabat Nabi berkata, Sesungguhnya sinar dan cahaya iman terletak pada tafakur (iaitu berfikir)." (p. 69)
Buku ini secara keseluruhannya sangat bagus dari sudut penghuraian dan informasi yang menjadikannya satu bahan bacaan santai.
Pada awal bahagian, ia menceritakan secara saintifik apa itu otak secara fizikal yang merupakan anugerah Allah yang paling hebat dalam penciptaan makhluk bernama manusia.
Dalam surah Ali Imran ayat 190-191, Allah swt ada menyebut berkenaan golongan Ulul Albab dan mereka dipuji oleh ALlah kerana mereka suka melakukan dua perkara iaitu FIKIR dan ZIKIR.
" Mereka berzikir(mengingati Allah) ketika berdiri, duduk dan berbaring, dan mereka berfikir tentang kejadian langi dan bumi."
ZIKIR
Berzikir dalam pelbagai perbuatan pada setiap ketika. Tetapi bagaimana? analogi ringkas yang dibawakan adalah contohnya bagaimana berzikir sambil bermain bola? jawapannya mudah sahaja iaitu dengan berhenti ketika sampai seruan azan untuk solat. Ini kerana solat adalah puncak segala zikir.
Saya berfikir, jika begitu implementasi yang sama jika kita sedang belajar, bekerja atau buat apa jua perkara. Meletakkan solat sebagai agenda utama dalam melakukan amalan harian.
Zikir tidak terbatas dengan lafaz tasbih dan wirid dibibir sahaja, ia juga boleh diamalkan oleh hati.
Apakah cara zikir khusus yang terbaik?
Imam An-Nawawi menukilkan dalam kitab beliau Al-Azkar " Zikir khusus yang paling baik adalah dengan lidah dan hati" bermaksud lidah menuturkan tasbih dan wirid dengan hati yang fokus dan khusyuk.
Keindahan dari fokus dan khusyuk berzikir dapat melahirkan satu ketenteraman jiwa yang mampu menyingkir stress dalam diri seseorang.
Golongan Ulul Albab yang rajin berzikir pasti tidak akan mengabaikan solat. Bagi menjadikan solat itu berkesan terdapat dua perkara yang perlu diambil kira iaitu khusyuk serta penjagaan hukum dan jadual solat.
Digarapkan dalam buku ini dari sudut saintifik bagaimana solat memberi kesan yang sangat bagus kepada otak. Gelombang gamma melambangkan penumpuan dan daya ingatan seseorang dan menurut kajian, gelombang ini semakin meningkat ketika seseorang itu selesai menuanaikan solat dengan penuh khusyuk.
Bahagian seterusnya banyak menghuraikan beberapa kisah dalam al Quran yang mengajak kita berfikir dari segi perumpaan yang Allah berikan, dari segi kisah2 orang-orang terdahulu dan juga dari sejarah para nabi.
Otak bukan sahaja sebagai pusat maklumat tetapi juga pusat emosi. Akal dan fikiran yang baik akan menghasilkan tindakan emosi yang stabil dan sihat.
Selain daripada itu turut dihuraikan tentang nafsu sebagai tentera yang sentiasa cuba menguasai perasaan dan fikiran. Dengan itu disiplin yang tinggi perlu bagi memiliki emosi yang stabil. Mereka yang berdisiplin sanggup bersabar dan sentiasa berdamping dengan Allah dengan ini mereka dapat menangani masalah dan kesulitan hidup dengan baik.
Buku ini diakhiri dengan menyenaraikan beberapa perkara oyang perlu dijauhi daripada memudaratkan otak dan beberapa perkara yang boleh menaikkan potensi otak.
Disini saya garapkan bersama sebahagian kesimpulan dari penulis yang mana saya rasa sangat penting sehingga tiap baris kata tak mampu untuk saya terjemahkan dalam tulisan saya melainkan garapan penulis itu sendiri :)
".....Ulu Albab adalah golongan yang mengutamakan zikir dan fikir. Untuk cemerlang dalam kedua-dua ini akal dan minda diperlukan.Contoh zikir adalah aktiviti taat kepada Allah swt. Bgaimana kita hendak melaksanakan ketaatan jikalau tidak memamhami cara melakukan sesuatu amal? Bagaimana hendak solat jika tidak memahami rukun-rukun solat? Bagaimana hendak ikhlas jikalau tidak memahami perbezaaan antara ikhlas dan riyak? Jesteru itu zikir tidak terlaksana tanpa ilmu dan kefahaman. Ilmu dan kefahaman berkait rapat dengan akal dan minda. Itulah pintu masuknya. Dan dari situ lahirlah zikir yang menyinari hati.
Demikian juga dengan fikir. Fikir memerlukan kemampuan berhujah, mengkaji, membuat perbandingan dan rumusan. Sekali lagi akal dan minda diperlukan. Dari situ, ia turun ke hati dan lahirlah keyakinan.Dengan itu, Ulul Albab yang sentiasa mengingati serta beribadah kepada Allah swt pun lahir.Golongan ini juga sentiasa menggunakan akal dan minda bagi mengkaji penciptaan Allah swt. Semua ini dilakukan bagi mengabdikan diri kepada ilahi.
..................
Lothrop Stoddard dalam The New World of Islam berkata " Kebangkitan Islam adalah episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia. Islam lahir dibumi yang tidak terkenal. Kemudian, dalam jangka masa hanya satu abad Islam berkembang sehingga separuh alam. Dalam proses itu, islam meruntuhkan empayar-empayar besar.Serentak dengan itu, Islam memebentuk hati-hati manusia. Akhirnya Islam berjaya menegakkan dunia baru, iaitu dunia Islam "
Konsep Ulul Albab yang berjaya melahirkan saintis-saintis agung dibumi Andalusia. ....
....
Begitulah kehebatan Ulul Albab. Kehebatan mereka terserlah kerana mereka menggunakan formula Allah. swt. Mereka bukan golongan yang hanya mengaji Al-Quran. Sebaliknya, mereka mengaji dan mengkaji Al-Quran . Mereka menghafaza dan memahami serta mendalami maksud-maksud ayat-ayat Al-Quran. Kemudian mereka menghayati dan mengembangkan msesej-mesejnya.
....
" Betapa saya amat termotivasi dari hasil penulisan ini yang memberi banyak inspirasi dan azam untuk saya menjadi salah seorang daripada golongan Ulul Albab dan mendidik generasi Al-Quran. Allahuakhbar!
Pembacaan yang agak santai.. Huraian sangat mudah difahami.. Membuatkan diri merasai kepentingan ilmu dan amal...Ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah...Keinginan di hati ingin menjadi sebahagian dari ulul albab... Namun hakikatnya bukan mudah jika iman di hati cuma senipis kulit bawang...Wallahualam...
Agreed with Dr Danial for some points. I have been through conditions the writer provided and explained so I understand clearly his writing even it is simple. Alhamdulillah.
Menjadi Ulul Albab, Generasi Genius Bertaqwa • Dr. Danial Zainal Abidin @drdanialzainalabidin • Baca tajuk buku pun dah buat Nurin tertarik. Tambahan pula, buku ini ditulis oleh Dr. Danial yang merupakan antara speaker dan motivator kegemaran Nurin. Suka betul tengok Dr. Danial ni everytime dia beri hujah dalam rancangan Halaqah tu!😍 • Korang takkan pernah menyesal everytime beli dan baca buku Dr. Danial (at least for me) sebab memang dijamin isinya penuh dengan fakta dan huraian lengkap yang akan membuka minda kita. Paling Nurin suka tentang contoh atau analogi yang Dr. Danial sertakan, sangat simple dan boleh kita kaitkan. • Buku ini mengupas kepada apa maksud sebenar golongan 'Ulul Albab' iaitu mereka yang berfikir secara kritikal dan tersurat tentang apa yang berada di sekeliling mereka menggunakan kurniaan terhebat Allah SWT kepada manusia iaitu otak dan akal fikiran. Ciri-ciri Ulul Albab ini patut dipupuk ke dalam diri umat Islam terutamanya remaja zaman sekarang agar kita tidak terus hanyut dan lalai. Buku ini menekankan konsep Islam yang sebenar, iaitu agama yang bersifat Syumuliyah, Alamiyyah, dan sesuai digunapakai pada setiap zaman, seiring dengan kemajuan serta permodenan. Pentingnya golongan Ulul Albab ini adalah bila mereka mentafsir dan memahami apa yang telah mereka 'baca' dan 'lihat' di sekeliling mereka. • Buku ini juga menyelitkan pelbagai kisah berkaitan seperti seorang Ateis yang telah menemui kebenaran Islam dan sebagainya. Satu lagi perkara yang Nurin suka tentang buku ini bilamana bahasa yang digunakan oleh Dr. Danial sangat mudah dan ringkas, tetapi tetap mempunyai maksud yang padat dan sangat dalam. • Note: Lupa nak bagitahu yang Nurin takkan bagi rating dah everytime Nurin review buku lepasni. Maybe kalau macam buku fiksyen tu akan sertakan rating but akan try kurangkanlah because actually, it depends on the readers to rate it. I may rate this book 5🌟 but not everyone would enjoy it since it's a non-fiction. • Terima kasih sudi baca review ini!😇 Semoga Nurin diberi peluang untuk terus membaca hasil karya Dr. Danial Zanial Abidin pada masa akan datang😇 Aamin!❣️ • Truly, nurin si ulat buku yang comel
Bahasa yang digunakan mudah diikuti dan tidak terlalu memenatkan kerana setiap bab pendek-pendek belaka. Menariknya, terdapat beberapa bab yang menjelaskan tentang kejadian manusia dan alam yang membuat kita fikir, mana mungkin tiada Pencipta. Penjelasan dari sudut sains pula dibentangkan dengan cara yang mudah difahami. Kisah-kisah Al-Quran dibentangkan untuk mengukuhkan hujah bahawa kita sangat-sangat dianjurkan untuk berfikir. Buku ini sesuai untuk dibaca para pelajar.
Satu perkara yang boleh diperbaiki ialah untuk menyertakan butiran lengkap bagi setiap sumber yang dirujuk supaya para pembaca boleh pergi ke teks yang asal untuk bacaan lanjut jika mereka mahu. Penulis sendiri mengatakan dalam bukunya bahawa dia mahu, "mendidik para pembaca tentang kepentingan sumber rujukan dan perbincangan" tetapi niat ini sukar untuk dikecapi tanpa citation teks yang asli. Saya juga kurang setuju apabila penulis menukil Abdullah Ibnu Abbas yang kononnya mengatakan bahawa jumlah Ashabul Kahfi adalah tujuh orang ditemani seekor anjing sedangkan dalam Al-Quran sendiri tertulis dalam Surah Al-Kahfi ayat 22 yang bermaksud, "...Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka, tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit..."
Bismillahirrahmanirrahim. " Wahai tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka." (Surah Ali Imran ayat 191)
Buku yang sangat bagus. Masya Allah. Semakin memahami ayat di atas apabila membaca buku ini.
Juga..semakin menyedari kepentingan mempelajari ilmu sains. Beruntung mereka yang belajar, memahami dan menghubungkaitkan Al-Quran dan Sains lalu diterjemahkan dalam kehidupan.
This book is so interesting and good for student and someone else because it can help us to success. One tips I really like it : How to prevent stress? the answer is zikir every day. (^^)