Kieran Xavier, CEO dingin dan berkarisma dari konglomerat multinasional Xavier Group. Dia terkenal sebagai lelaki kaya yang tidak pernah gagal dalam dunia bisnes mahupun wanita. Senyumannya adalah untuk public tetapi di sebalik semua itu ada kekejaman yang tersembunyi di sebalik kontrak dan angka.
“Awak tahu terlalu banyak.” - Kieran Xavier
Kayla Kirana, accountant junior Xavier Group yang cerdas dan tenang, tanpa sengaja dia telah menemukan bukti penggelapan dana yang mengarah langsung ke CEO syarikatnya iaitu Xavier.
“Then maybe you shouldn’t have done it, sir.” - Kayla Kirana
Pilihan yang ada pada Xavier pada ketika itu adalah sama ada mahu memecat atau menghancurkan gadis itu namun sebaliknya Xavier memilih untuk membuat satu tawaran yang lebih gelap dari dalam malam. Perkahwinan kontrak tanpa cinta sebagai balasan, Kayla Kirana akan dilindungi, keluarganya akan dibebaskan dari hutang dan rahsia gelap Xavier Group tetap terkubur.
Yang Xavier tidak sangka adalah Kayla tidak mudah untuk di tundukkan mahupun dimanipulasi. Senyumannya adalah untuk public tetapi di sebalik semua itu ada kekejaman yang tersembunyi di sebalik Kieran terbongkar. Semakin jauh Kayla melangkah ke dalam dunia suaminya, semakin dia sedar bahawa lelaki yang dikahwininya bukanlah lelaki yang biasa. Kerana ada kebenaran yang lebih kejam daripada pembohongan.
Ada cinta yang dibina di atas rahsia dan kadangkala musuh yang paling berbahaya adalah masa lalu yang enggan terus terkubur. Apabila kebenaran akhirnya mendedahkan dunia mereka, Kayla terpaksa memilih untuk terus bertahan bersama lelaki yang dicintai atau meninggalkan lelaki yang selama ini dia percayai sepenuh hati.
Actually Rating: 2.8⭐️ He controlled markets. She controlled his silence.
Saya bukan hardcore fans genre dark romance tapi saya sentiasa buka ruang untuk cuba baca. Ini buku pertama dari penulis yang saya baca. ✍🏻
Lepas Kieran Xaviers tahu yang Kayla Kirana tahu rahsia terbesar yang terjadi dalam Xavier's Group. Kayla dikawal sepenuhnya . Dan Kayla tidak salah dalam hal ini. Sebagai junior accountant, dia cuma buat kerja dia saja. Dia tak cross any line pun. Cuma mungkin dia salah percaturan. Dia reach out terus ke Kieran dengan harapan ada tindakan akan diambil. Tapi semua itu tidak berlaku seperti yang dia harapkan. Apa yang jadi seterusnya?
Mungkin satu benda yang saya boleh puji. Saya clueless pada awal. Bahaya tu datang dari siapa? Mereka dikejar oleh siapa. Kadang rasa macam mereka takut dengan something yang tak ada tapi actually ada je cumanya villian tak expose diri. Pace agak slow tapi laju towards the end tapi ending pulak rasa macam nak lepuk semua orang.
Mulanya saya rasa saya akan suka watak Kayla. Dia nampak seperti seorang yang tegas dan berpendirian. Kira nampak macam perempuan kuad la 🦾 Tapi lama kelamaan. Character development dia makin menurun. Mungkin sebab dalam pengaruh Kieran. Dia nampak macam manusia robot yang diatur. And scene yang sepatutnya Kayla eskpresikan perasaan sedih dan marah. Tapi macam sekejap sangat dia hadam apa yang jadi. Cuba letakkan emosi yang sebetulnya pada situasi yang tepat. Tak salah pun. hm And Kieran--apa boleh saya komen. Dia kaki control kan? so nampak la annoying. Both of them tak konsisten. hshs bukan krisis identiti kan?
Dalam otak saya. Saya harap ada banyak scene tembak menembak. Tapi sangat kurang. Scene intense pun sederhana saja. Saya harap lebih dari penulis sebab idea dah ada and menarik. SPOILER: Ada juga 🔞 kiss scene sikit itupun saya rasa macam kenapa itu terjadi sebab bila perasaan sayang itu wujud antara mereka?. I mean maybe for Kieran but not Kayla. Bila dia buat first move saya macam ?
Saya kena admit. Xavier's Control punya pace memang tak konsisten. Agak draggy juga. Tapi penulis tahu dekat mana dia kena tarik balik pembaca untuk fokus. Saya jadi curious pula nak baca sambungan sebab tergantung.
Kisah ttg CEO beku protective towards FL. ML jenis ckp sepatah2, FL plak nmpk strong tp clueless.
Storyline dia ringkas mudah difahami, not really heavy, boleh dibaca santai2. A lil bit cringe especially "lengan baju lipat ke siku" yg sgt repetitive 🤣
Penyampaian emosi watak mcm xcukup menusuk terutama perasaan ML. Aku curious dgn pov ML sbnrnya. Rasa yearning tu xsampei. Overall ok, ada plot twist, ada konflik, action xbyk sgt, tp boleh layan 👍