Bermula dengan hikayat Puan Insun dan suaminya Encik Aksan, yang dikisahkan hidup mahakaya di Mahligai Gadang, punyai hamba yang tidak sedikit, antaranya Pacal Tua dan Tukang Emas yang sedia berbuat apa sahaja yang diminta.
Kemudian dikisahkan pula perihal seorang Sheikh Dahi, yang mahu menolong si Pacal Tua untuk memasuki Perigi Buta dek mahu mencari emas nan banyak, wang berkodi-kodi. Sheikh Dahi sebelum terbuang, di masa mudanya seorang ulama yang disegani sebelum masuk ke kancah politik dan kemudiannya terbuang.
Kemudian, penulis membawa kita undur ke belakang, kisah demi kisah, zaman entah bila, kebanyakannya ke belakang dan belakang.
Rumbaka & Marwah keduanya politikus yang selalu melakukan hal mungkar demi kuasa.
Asmira gadis miskin dari desa yang kemudiannya menjadi gadis piala pak politikus sebelum disumpah menjadi ikan duyung.
Sehinggalah plot pengembaraan Waris, anak si Marwah yang mahu mencari jejak bapaknya Marwah yang hilang misteri.
Kemudian disambung dengan cerita awal perihal Pacal Tua & Pandai Emas di babak babak akhir.
Satu kisah magis.
Mesejnya jelas, tamak & sepak terajang orang politik.
Baca buku ini anda perlu kamus dewan di sisi, terlalu banyak kosa kata & perkataan yang langka digunakan penulis. Luar biasa.