Jika Seorang Tua Di Kaki Gunung adalah dunia warga tua yang cukup menyayu dan mengesankan, Sinappapal pula adalah selaman pengarang pada dunia kanak-kanak yang gembira, lucu dan sedih. Sinappapal adalah kanak-kanak India yang hidup dalam serba kekurangan tetapi penuh kejujuran dan kebaikan. Persahabatannya yang akrab dengan Zul membawa pembaca ke alam kanak-kanak yang indah dan penuh kenangan. Kisah mereka di dalam kelas dengan kawan-kawan nakal seperti Gordi Sing, Leong dan Mazni hidup dengan spontan. Bahasa yang mudah, dialog yang ringkas, humor dan penggambaran watak serta latar yang praktik, Sinappapal adalah sebuah novel yang harus dimiliki oleh pembaca kerana Sinappapal juga adalah dunia kanak-kanak yang pernah menjadi milik setiap daripada kita. Azizi Haji Abdullah, pengarang serba boleh ini memang mempunyai keunikannya yang tersendiri.
AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.
Novelnya tipis, namun berjaya membawa penulis mengingat kembali memori zaman anak kecil dahulu. Bergaduh dengan rakan sekelas, tuduh menuduh si A mencuri, walhal si B yang ambil. Namun, esoknya tetap juga bersahabat. Begitulah kisah hidup sehari-harian Zulkifli dan Sinappapal.
Namun, yang menariknya kisah ini bagaimana Sina berusaha untuk turut belajar tentang agama Islam bersama rakan sekelas. Sudah ditentang cikgu kelas, namun dia tidak pernah berputus asa. Sehinggakan dia sendiri mengajar Zulkifli bagaimana menyebut syahadah dengan betul.
Sebuah kisah yang santai, namun tetap ada nilai yang boleh kita teladani dalam hidup seharian. Sangat direkomendasikan untuk bacaan anak-anak dan juga dewasa.
Judul buku: Sinappapal Penulis: Azizi Haji Abdullah Terbitan: DBP Cetakan / Tahun terbitan: Cetakan kedua / 2019 Tempoh baca: 17 Jun 2022 (8.30 malam ~ 10.00 malam)
Ulasan: Saya tidak percaya yang saya menangis membaca cerita kanak-kanak ini. Sinappapal, sebuah novel kanak-kanak berkisar kehidupan masyarakat kampung dalam lingkungan kebun getah, yang begitu akrab. Ia kisah seorang budak lelaki, berbangsa India, bernama Sinappapal yang tinggal dalam kelompok masyarakat Melayu. Dia dan ibunya, Minaci berjiran dengan Pak Akob, dan isteri Pak Akob, Mak Biah. Berkawan rapat dengan anak tunggal Pak Akob dan Mak Biah, Zulkifli yang sebaya dengannya (berusia 8 tahun).
Sikap anak-anak kampung yang suka menyakat, bergurau kasar dengan kawan-kawan, menyorokkan barang, mengadu pada guru, mengejek, bergaduh menggunakan nama bapak … dan pelbagai kenakalan lagi diperikan dengan sangat jelas, melalui latar tempat di dalam kelas. Impak kenakalan yang membawa kepada banyak salah faham dalam kalangan anak-anak itu. Hubungan baik Sinappapal dan Zulkifli, yang paling terjejas.
Olah cerita Azizi Haji Abdullah, walaupun bahasanya ringkas (untuk bacaan anak-anak), tetap memberi kesan kepada hati. Sebak bila Sinappapal dipulaukan oleh Zulkifli hanya kerana onar rakan-rakan lain. Sedih bila dia berniat mengajarkan sahabatnya itu cara-cara mengucap syahadah, tidak diterima hanya kerana salah faham yang berlaku di antara mereka. Lebih sebak bila Sinappapal, seorang anak bangsa India yang kematian ayah ini, terus mengulang lafaz syahadah yang tidak difahami sambil berjalan pulang dengan hati yang terhiris diperlakukan sedemikan oleh seorang kawan. Walaupun dia bukan beragama Islam, tetapi kerana dia mampu menangkap pelajaran Ustaz Sudin dengan baik, maka dia mengajarkannya kepada kawan baik. Dia tidak suka bila Ustaz Sudin memarahi Zulkifli. Sahabatnya itu agak perlahan penangkapannya dalam belajar mengucapkan syahadah.
Sinappapal dan dua lagi budak bukan Melayu, tidak mahu masuk ke kelas moral dan meminta untuk kekal di dalam kelas mereka walaupun waktu itu adalah waktu pelajaran agama Islam yang diajarkan oleh Ustaz Sudin. Kerana, di kelas moral, mereka sering diganggu oleh pelajar moral yang lain. Jadi, mereka hanya duduk di dalam kelas, berdiam diri sewaktu Ustaz Sudin mengajar agama Islam. Leong dan Gordi Singh tidak kisah dengan ajaran Ustaz Sudin kerana mereka bukan Islam. Tetapi, Sinappapal terasa ingin mengikutinya. Bila Ustaz Sudin mengajar lafaz syahadah, dia tanpa sengaja menyebut juga. Dia, anak yang tidak tahu apa. Walau dilarang oleh Ustaz Sudin kerana dia bukan muslim, bibirnya tetap terikut-ikut tanpa sengaja.
Di dalam cerita ini, saya geram juga dengan watak Ustaz Sudin. Memang tipikal watak ustaz / guru zaman dahulu yang marah budak ikut suka. Rasa lebih tidak kena bila gelaran yang dibawa itu ialah ustaz. Suka hati melempang tanpa usul periksa. Suka hati menengking bila Sinappapal terikut lafaz ajarannya.
Saya suka dengan persahabatan dua anak kecil berlainan bangsa, Sinappapal dan Zulkifli, yang olah suasananya memang hidup. Sikap kanak-kanak berusia lapan tahun, sangat ketara. Ketidakmatangan mereka, kenakalan, salah faham dalam pelajaran, setia dan mempertahankan kawan, membuatkan saya tersentap ketika membacanya.
Patutlah cerita ini memenangi anugerah S.E.A Write Award 1988. Memang wajar dan sangat hebat apa yang dinaikkannya. Malah, cara olah itu, memang membuatkan hati terkesan sedalam-dalamnya. Tidak menyesal saya beli walaupun pernah menonton cerita ini di layar TV sebelum membaca bukunya.
Sinappapal adalah sebuah rakaman nostalgia dunia kanak-kanak yang indah, lucu, sedih dan spontan saling berbaur.
Sina adalah seorang kanak-kanak India yang tinggal serba kekurangan bersama Ibunya, Minachi di sebuah rumah dalam kawasan ladang getah. Pembaca dibawa menyelusuri rutin harian Sina bersama jiran merangkap sahabat baiknya, Zulkifli. Saban pagi mereka bersama ke sekolah, belajar bersama di kelas, diusik oleh rakan-rakan sekelas yang nakal dan bingit, dimarahi guru dan sebahagian besar warna kehidupan sebagai kanak-kanak.
Ustaz Sudin ditugaskan untuk menggantikan seorang guru yang kemalangan, maka setiap kali sesi kelas, Usta Sudin akan mengajarkan pelajaran agama Islam. Sina, Leong dan Gordi Singh sebagai murid bukan islam yang minoriti, diminta untuk duduk diam sahaja dan dilarang membuat bising.
Tetapi Sina sangat berlainan. Setiap kali Ustaz menyebut kalimah syahadah untuk diikuti oleh anak murid, suara Sina pasti terselit sekali. Dengan pelat sebutan India. Perkara ini, entah mengapa menimbulkan seberkas rasa jengkel di hati Ustaz Sudin.
Sekiranya pelajaran agama Islam secara amali dijalankan, murid-murid akan dibawa ke surau sekolah untuk belajar berwuduk dan solat. Manakala murid bukan Islam akan kekal di kelas sehingga pelajaran di surau selesai. Sering kali ketika Ustaz Sudin mengimami solat, dia akan terdengar bunyi keriutan pintu besi surau ditolak, dan sebelum salam kedua, pintu ditolak sekali lagi. Apabila semua orang menoleh ke belakang, tiada orang.
Kemuncaknya apabila Ustaz Sudin menyoal siasat Sina dan dia mengaku bahawa di telah melanggar arahan Ustaz dan pergi surau untuk solat bersama.
Sina dan Zul adalah 2 orang murid yang cukup dibenci oleh Ustaz Sudin. Ditampar, ditunjal dahi, dicubit, dijerkah, diherdik, ditengking adalah perkara lumrah yang menjadi sajian biasa mereka berdua di kelas Ustaz Sudin (yang mendatangkan geram di hati kita sekaligus menanam rasa benci terhadap watak Ustaz Sudin). Entah kerana mereka ini miskin, atau lambat belajar atau sebab lain.
Aduan mereka kepada ibu bapa tentang kegarangan Ustaz Sudin di sekolah acap kali diabaikan. Malahan, kesalahan itu ditujukan semula kepada Zul dan Sina atas alasan mereka yang jahat dan tidak mendengar kata.
Sinappapal diakhiri dengan babak Sina mengikuti Ustaz Sudin solat Zuhur berjemaah tatklala semua murid sudah pulang. Perkara itu akhirnya menimbulkan rasa bersalah dan keinsafan di hati Ustaz Sudin. Kekesalan yang terbit mendorong Ustaz Sudin untuk memeluk dan meminta maaf atas ketelanjuran sikapnya terhadap Sina selama ini.
Sinappapal adalah naskhah yang menarik, meningatkan bahawa dunia kanak-kanak pernah menjadi milik setiap daripada kita.
P/s: Ada 1 babak yang benar-benar menggamit memori apabila Zul dan Leong bergaduh di luar sekolah. Gordi Singh segera mengambil 2 helai daun kering dan mengatakan sehelai adalah kepada bapa Zul dan sehelai lagi adalah kepada bapa Leong. Siapa yang berani, pijak! Hahaha. Siapa yang pernah bergaduh macam ini sewaktu kecil angkat tangan!
Bacaan santai, 102 muka surat sahaja. Zaman sekolah rendah, nakal, penuh kerenah dan ragam. Belajar amali solat di surau sekolah, bergaduh bertumbuk dengan rakan-rakan, dimarah, didenda guru yang garang, sungguh menggamit kenangan. Persahabatan antara Zul dan Sina cukup mengesankan, entah masih wujud atau tidak masa kini. Jelas, tampak keikhlasan dalam persahabatan mereka. Dunia kanak-kanak, bukan dunia kita lagi, tapi pernah menjadi milik setiap daripada kita.
Sebuah novel yang membawa saya kembali ke zaman kanak-kanak. Tidak jauh bezanya. Ketika saya darjah 2, saya pun kerap bergaduh dengan kawan-kawan sekelas. Tetapi bukanlah seorang yang kerap mengadu pada guru seperti Mazni.
Ada kala saya rasa kecewa juga pada beberapa babak di mana guru terlampau garang dan kurang mengambil berat perihal perkembangan anak-anak muridnya. Kesian Sinappapal yang berminat nak mengikut apa sahaja rakan baiknya, Zulkifli buat. Kenangan zaman kanak-kanak begini seharusnya dapat diingati oleh mana-mana orang pun bila dewasa kelak.
Saya cuma harap ada kesinambungannya untuk novel kanak-kanak ini. Saya mahu tahu, apa terjadi pada Sinappapal, Zulkifli, Leong, Gordi Singh, Mazni, Ustaz Sudin dan watak yang lain-lain. Walaupun begitu, saya masih dapat membayangkan kenangan dan ingatan baik yang ditinggalkan oleh setiap watak dalam Sinappapal.
i have only read 2 of Azizi Hj Abdullah's book, Sinappapal and Sami Mekong. i remember reading it during my high school years. I love this book very much. i like the author's style of writting in this book. it makes me laugh a lot. Simple word easy to understand even for me during my highschool years.
📝-Novel kanak² ini mengundang nostalgia di era anak² tanpa gajet di tangan.Era wang saku 30sen dah memadai ke sekolah. Tersenyum aku baca bagaimana kurang matangnya mereka asyik² mengadu pada Cikgu,gelagat pabila dimarahi guru,kadang acah² cari barang di laci, gelagat merajuk sesama kawan, kenakalan dan gaduh-baik secepat itu,bermain selepas sekolah,fikirkan apa kawan buat malam² di rumah.Indahnya fasa itu!
📝Kisah keluarga di Ladang Estet getah. Sinappapal dan Zulkifli masing² berusia 8 tahun. Sekolah yg sama dan sekelas. Sina dan Zul sangat akrab hidup dalam serba kekurangan tapi penuh riang dengan cara mereka walau sering diganggu murid lain dan sering jadi mangsa marah Ustaz Sudin yang bengis. Ketara sungguh sikap ibu bapa dulu dan sekarang. Ibu bapa yg sangat percayakan guru² dan anggap anaknya yang salah. Agak kekok aku baca situasi ini, di zaman yg larangan pukul murid, saman menyaman semakin menjadi. Di zaman anak² yg tak berani lawan guru² apatah lagi lapor pada ibu ayah.
📝- Bermula Ibu Sina minta anaknya tak masuk kelas moral sebaliknya belajar di kelas Pendidikan Islam,aku kagum kesungguhan Sina walau sering dimarahi dan diminta diam saat Ustaz ajarkan Kalimah Syahadah di kelas. Bersungguhnya dia curi² hafalkan jua kalimah itu. Sedangkan Zul lambat tangkap ajaran Ustaz untuk hafalkan, Sina pula menjadi guru pada Zul.Aku tersengih ulah sesama mereka saling betulkan bacaan kerna Sina sebut Allah dengan Pelatnya,Zul dengan sangkut² hafalannya🤭Terharu waktu amali Solat naifnya mahu ikut dan lagi bersemangat dari yg Islam sendiri, tapi sering kali di larang ustaznya.
📝- Cerita seringan ini akhirnya aku sapu air jernih ditubir mata.Macam tak percaya.Terkesan sungguh dengan kenaifan anak India ini bersungguh menghafal syahadah walau tak sepenuhnya faham erti dgn pelat Tamilnya. Dia ikut tanpa fhm apa².Apalah anak suci ini mahu jika tak kerna mahu rasa dihargai dan di beri pujian kejayaannya.Aku jelek dengan sikap ustaz ini. Kenapa berlebih² marahkan murid yg tak mengerti apa2 itu? Berprasangka bukan². Melarang tanpa memberi alasan dan ajaran pulak tu. Naskah ni beri teguran pada warga pendidik menyantuni murid². Jgn jatuh hukum sebelum faham betul²
Novel ini merupakan novel bagi bacaan kanak-kanak. Memaparkan kehidupan anak-anak di ladang estet. Dua watak utama - Zulkifli (Melayu) dan Sinappapal (India) yang hidup berjiran serta bersekolah di sekolah yang sama (Darjah 2).
Tidak hanya dalam naskah Seorang Tua Di Kaki Gunung, kali ini penulis juga berjaya membawakan latar kehidupan kampung yang aman dan sentosa serta bebas dari terokaan rakus manusia. Penulis juga menerapkan unsur-unsur kehidupan berjiran yang jarang sekali dapat dilihat pada zaman ini dan sebagai tarikan nilai baik dalam novel ini.
Perasaan kurang enak bercampur baur apabila tiba ke bahagian-bahagian yang menggambarkan sikap berlebih-lebih seorang pendidik yang menganggap ‘ diri selalunya betul’ dalam semua perkara. Guru yang digambarkan oleh penulis juga seorang yang bengis serta memandang cela kepada muridnya walaupun di akhir novel - guru tersebut menyesali dan menebus kesilapannya.
Secara keseluruhannya novel yang di awalnya merupakan bacaan ringan, menjadi agak berat apabila terdapat konflik-konflik antara guru dan murid. Juga sedikit ralat apabila bacaan yang dilabel sebagai bahan bacaan kanak-kanak mengetengahkan perkataan bongok, bodoh dan seumpamanya dilontarkan oleh seorang pendidik sebagaimana yang dibawa di dalam novel ini.
Banyaknya insiden yang sangat mengimbau kenangan zaman kanak-kanak, terutama sekali saat mengadu kepada cikgu akan tindak-tanduk kawan-kawan supaya mereka dimarahi oleh cikgu.
Kenakalan, kedegilan, ajakan untuk bermain-main, dari awal hingga akhir novel ni, aku tak henti tersenyum mengenangkan zaman kanak-kanak yang masih belum wujud dunia teknologi. Zaman yang jiwanya masih polos, zaman yang emosinya masih cuba untuk memahami dan difahami.
Ada ketika, tak terfikir bahawa ada sesuatu yang telah menggugat keamanan yang dirangkul oleh orang dewasa terhadap jiwa kanak-kanak. Namun, akibat tulus dan sucinya jiwa mereka, tidak sejentik pun merasakan itu suatu musibah & kedukaan, malah mereka masih terus bermain-main seolah-olah tiada apa-apa berlaku.
Situasi Sinappapal memujuk Zulkifli yang menangis akibat dimarahi Ustaz Sudin, sangat-sangat menyentak perasaan aku. Bukan kerana perwatakannya, tetapi kerana telah menyedarkan aku, bahawa kita pernah berkongsi emosi bersama kawan-kawan ketika kita masih tidak mengenali erti hidup. Kita berkongsi gembira, berkongsi sedih, tanpa sedikitpun memikirkan hasad dengki dan dendam..
Sebenarnya banyak persoalan yang timbul dalam fikiran saya apabila membaca buku ini. Antaranya ialah apa yang membuatkan Sinappapal ini begitu tertarik untuk mempelajari Islam. Selain itu, saya juga tertanya mengenai sikap ustaz Sudin panas baran itu. Seterusnya, saya juga tertanya tentang pengakhiran novel ini. Bagi saya novel ini ada banyak babak yang mungkin terlalu laju untuk dihabiskan sehingga menyebabkan penghayatan saya terganggu. Dan saya juga dengan perubahan watak yang drastik di akhir cerita ini. Mungkin kerana novel ini ialah novel kanak-kanak/remaja.
Apapun novel kanak-kanak hasil tulisan Azizi Haji Abdullah ini agak menarik untuk dibaca. Ada juga nilai murni yang diterapkan dalam novel ini. Bahasanya juga sedikit berbeza mungkin kerana bahasa orang lama.
Naskah dari pengarang Seorang Tua di Kaki Gunung ini seolah-olah tergantung di hujungnya, ada penamat cerita tetapi seolah-olah perlu ada sambungannya.
Cerita tentang persahabatan di Sinappapal dan Zulkifli di sekolah rendah di dalam ladang kelapa sawit. Sinappapal dan ibunya tinggal berjiran dengan Zulkifli serta ibu bapanya. Orang tua mereka merupakan penoreh getah.
Persahabatan Sinappapal dan Zulkifli berkisar tentang balik sekolah bersama-sama, melastik burung, mandi sungai, bergaduh dengan kawan sekelas, berkongsi bekal dan ketakutan kepada Ustaz Sudin.
Sesuai untuk bacaan anak-anak. Tidak seberat buku Seorang Tua di Kaki Gunung.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kisah yang ringkas dan menarik. Ini pembacaan kali kedua lepas bertahun-tahun berlalu.
Masa baca dulu tiada rasa Ustaz Sudin tu garang sebegitu. Ibubapa zaman dulu pun percaya pada cikgu lebih dari anak-anak. Walaupun anak2 kata cikgu garang, cikgu pukul, tapi mak ayah fikir mesti anak dia nakal, tu yang cikgu pukul. Tapi hakikatnya, lain yang terjadi. Boleh tengok perbezaan hubungan antara ibubapa dan guru pada zaman dulu dan sekarang.
Cara penceritaan menarik, bahasa yang digunakan pun mudah difahami.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Zaman kanak-kanak Suka bergurau Usik kawan Gaduh Esok baik balik
Kenapa bila kita dah dewasa tak macam tu? Kita gaduh tapi kita baik balik Lupa apa yang digaduhkan
Garang seorang cikgu Tak rasa kita berani nak lawan Zaman sekarang cikgu garang End up cikgu kena terima hukuman Either dari pihak sekolah atau dari ibubapa
Tak semua cikgu tu teruk and vice versa Cuma .. bila dapat cikgu garang Rasa lemah betul nak belajar Sebab kena marah
Tersentuh bila Sinappapal curi-curi solat Berimamkan Ustaz Sudin Tak sangka ...
Ala cute nye cerita ni, tentang Sinappapal yang berminat belajar tentang Islam dan seorang kawan yang baik kepada Zulkefli serta Ustaz Sudin yang sangat garang.
Sinappapal ialah seorang kanak-kanak yang berbangsa India. Ketekunan dia di dalam kelas Pendidikan Islam sangat menginspirasikan. Bahkan, dia mampu menghafal dua kalimah syahadah dan juga mampu memberi salam.
Dia dimasukkan ke kelas Pendidikan Islam dibawah kelolaan Ustaz Sudin atas permintaan ibunya, Minati disebabkan beliau sering dibuli kerana mengikuti Pendidikan Moral. Kerajinan beliau membawa satu arus perubahan yang menukarkan karakter Ustaz Sudin daripada seorang yang bengis dan panas baran kepada seorang yang penyayang kepadanya.
Jalan cerita dan latar watak yang sangat menarik yang begitu menggamit memori zaman sekolah rendah dahulu.
Penulisan Sinappapal yang ditulis oleh Azizi Haji Abdullah ini walaupun dikhususkan novel ini kepada kanak-kanak, ia juga wajar dijadikan satu bahan bacaan oleh pembaca dewasa. 1001 pengajaran dan hikmah mampu diambil jika ditelusuri dan ditekuni dengan jalan cerita. Walaupun, jalan ceritanya mudah.