Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gugurnya Azazil

Rate this book
3024 A.D.

Manusia yang mengkoloni cakerawala dilanda Syams Merah, suatu entiti lebih merah daripada matahari yang sedikit demi sedikit, mengulum angkasa raya dan isinya. Seorang penerbang angkasa yang kehilangan keluarganya mengambil misi berbahaya untuk memahami fenomena kosmos itu, dan mungkin tidak akan kembali.

Zaman Kini

Malaysia heboh dengan penemuan artifak bawah tanah yang mengerikan di belakang sebuah sekolah di Perak. Di tengah-tengah KLCC, sebutir objek seperti api dari langit, menghampir.

Beberapa individu tiba-tiba hilang tanpa kesan.

Seorang wartawan tabloid dan blogger pembongkar misteri sejarah purba perlu berganding bahu mencari punca misteri dan kehilangan tiba-tiba ini, yang mungkin meragut nyawa mereka sekali.

262 pages, Paperback

First published May 2, 2015

1 person is currently reading
32 people want to read

About the author

Fadli Al-Akiti

14 books30 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (15%)
4 stars
14 (53%)
3 stars
7 (26%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
January 27, 2016
Ah. Kalaulah aku mampu menulis sebagus Encik Fadli.

Dunia rekayasa saifai rekaan beliau nyata amat-amat meyakinkan, sehinggakan kau sepertinya merasakan, "Hei... ini tidak mustahil suatu ketika nanti!"

Menyesal kerana ini hanya naskah pinjaman rakan.

*bergegas keluar pergi beli naskah sendiri*
Profile Image for Sri Rahayu Yusop.
Author 24 books260 followers
July 15, 2015
Gugurnya Azazil bermula dengan meyakinkan. Saya boleh lihat cerita ini sebagai filem pada mulanya. Tetapi lama-kelamaan, saya hilang konsentrasi kerana fokus novel ini juga mula lari. Berbanding dengan Jian ataupun Leksikon Ledang, pengarang bertambah mahir by leaps and bounds dari segi bahasa. Tetapi, kerana permulaan yang kuat, apabila bahasa itu kendur pada bahagian tengah, ketika konsep dibedah & didedah, saya hilang arah.

Novel ini saya puji kerana amat ambitious. Ia mencakupi 3 latar masa & 3 latar tempat. Ada adegan-adegan yang amat halusinatori yang saya tidak tahu di mana berlaku tapi membantu saya memahami emosi & state of mind watak.

Saya kira grandeur novel ini juga adalah kelemahannya. Skop yang terlalu besar (3 latar masa- lampau jauh, sekarang, lampau-lampau depan) multiple latar tempat yang mencakupi Malaysia, Bumi & galaksi Bima Sakti & beyond) memerlukan deskripsi yang lebih (untuk membantu logik). Novel yang skopnya segargantuan ini perlu 3 kali ganda lebih tebal.

Novel ini juga amat bijak. Ia novel budak 'nerd' yang sudah jadi dewasa dan jadi orang yang cool. Tapi nerdiness masih ketara kerana biasalah, tiada siapa faham budak nerd. Ada bahagian-bahagian di mana saya kata wow, wow, wow mind-blown. Tapi selepas itu, deskripsi dan penjelasan tak berapa 'punch'.

Adakah ia sains? Atau fantasi? Pseudo-fantasi-sains-mitologi? Suka hati Fadli al-Akitilah. Kita beli, kita baca. Tahniah, pengarang.
Profile Image for Muhamad Fahmi.
128 reviews22 followers
February 2, 2016
Sabar dan pasti merasa kemanisannya sepanjang disangkut dengan penceritaan.

Gugurnya Azazil digarap dengan kemas sekali pada mukadimahnya. Pengarang yang bijak membuatkan pembaca bertanya-tanya; bermain dengan imaginasi futuristik yang tinggi dan kreatif menyusun-atur plot mengikut tiga kerangka masa yang berbeza. Saudara Fadli Al-Akiti juga mempersembahkan wacana ilmunya, diadun dengan fiksyen sejarah. Teringat kepada novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang menggunakan teknik yang sama.

Sekali lagi, sabarlah! Membaca saifai adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Kenapa bukan lima bintang? Semakin hampir kepada penghujung plot, pengarang seakan cuba melimpah segala deskripsi yang berjela dan mungkin akan membuatkan sesiapa yang baru hendak berjinak-jinak akan bangun pagi dengan muka ditelekup dengan Gugurnya Azazil (kalau dia membaca pada waktu malam).
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
May 16, 2015
puas. Itulah yang aku rasa bila aku habiskan bacaan aku.
Puas.

Aku suka cara fadli gabungkan sejarah, dan fiksyen sains bersama. Latar masa yang berselang seli, membantu aku untuk menghabiskan buku ini dengan cepat. Aku boleh kata ianya fast paced.

Paradokas, sejarah, sains angkasa, semuanya bergabung sebati, elok diadun dalam novel ni. Aku suka. Aku puas.

Hal ini membuatkan aku berharap yang fadli takkan berhenti menulis genre sai fai sampai bila2. Serius.

Buku ni membuatkan aku tak sabar nak baca karya2 fadli yang lain.

Tahniah fadli!
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
December 28, 2015
ini antara naskhah terbaik yang tak kan mampu disanggah oleh sesiapa yang pernah aku baca. suatu cerita yang mengaitkan sejarah dan masa kini juga masa hadapan. cerita ini memang dibuat oleh orang yang punya daya intelektual yang tinggi atau kajian yang mendalam. syabas fadli al akiti! cerita yang langsung tidak menjangkau akal. aku yang selama ini bukan jenis yang minat sai fai kini telah jatuh cinta kepada ceritanya.

kepada sesiapa yang selama ini mencemuh novel dan prosa melayu tolong tarik balik. kerana novel ini memang setaraf dengan novel antarabangsa!
Profile Image for Iqbal King.
6 reviews
October 3, 2015
Mengambil masa yang agak lama untuk membaca buku yang satu ini. Seperti kejadian alam, di mana setiap satu itu kena pada tempat dan masanya, GUGURNYA AZAZIL telah disudahi pada hari ini.

Tulisan Fadli Al-Akiti memang jarang mengecewakan. Sedari dulu, hingga buku yang terbaru ini, yang menjadi kenikmatan membaca tukisan beliau, adalah ketelitian kepada maklumat dan informasi yang dibentangkan. Walaupun penceritaannya dan olahan tidak seteperinci seperti penulis Jong Chian Lai atau Arena Wati, tetapi ia masih lazat untuk dinikmati.

Buku ini mempunyai imej imej filem antarabangsa seperti Outlander (2008), Contact (1997) dan Interstellar (2014). Itu yang terimaginasi apabila membaca buku ini. Namun, ia berjaya lari dari sebarang kesamaan pada filem filem tersebut.

GUGURNYA AZAZIL membawa kita menyelami dua cabang ilmu yang cuba diseiringkan, antara sains dan sejarah. Dan yang membuat ia berjaya adalah keterperincian pada fakta, teori dan informasi. Teringat ketika remaja dulu, saya amat gila membaca mengenai planet dan sistem suria. Dan yang paling mengujakan ketika itu adalah membaca tentang sebuah bulan yang bernama Titan. Titan adalah sebuah bulan yang terbesar untuk planet Zuhal. Ia adalah bulan kedua terbesar selepas Ganymede, bulan untuk planet Jupiter. Dari kajian saintis, iklim di Titan hampir menyerupai bumi. Dan tidak tersangka fakta ini disertakan di dalam buku ini. Ia sesuatu yang menyeronokkan kerana, pengetahuan yang kita tahu sebagai pembaca dibenarkan oleh penulis buku. Sekaligus menimbulkan perasaan kesatuan antara pembaca dan novel yang dibacanya.

Malangnya, kesatuan ini jarang jarang diperolehi. lebih lebih lagi pada novel bergenre sain fiksyen. Novel sain fiksyen seharusnya begini, sarat dengan teori, fakta dan informasi yang rinci bagi memastikan pembacanya menikmati inzal yang maksima!
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
September 15, 2015
Gugurnya Azazil actually started pretty strong and I had high hopes. What a story really needs, despite the genre, are strong characters and an event to set off the whole plot and that's what this novel had.

Switching between alternate storylines; of a journalist/ancient history enthusiast searching for the truth behind a discovery of an artifact & a space fighter searching for the answer to save the universe, Gugurnya Azazil is a novel with a lot of potential.

However I found myself more interested in one story than the other; skimming the pages of the latter. The ending felt rushed and forced, and it did not quite give me the satisfaction I was hoping for. The author has proven himself to be one with a wide range of vocabulary but at times I felt he was trying too hard to replace one word with another, which can jolt the readers out of their reading experience.

Using one of the rare words he used, 'esoterik', this novel felt like it was written for a specific group of people and I feel left out. Still great exploration and the author really knew what he was writing and the topic he was writing on. At the end of the day, Gugurnya Azazil is a great start to our science fiction publication industry.
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
November 29, 2021
Bila baca prolog, aku kepeningan. Apa koloni, koloni ni. Rasa nak tutup je buku, malas nak baca. Bila baca bab 1, ok macam best cerita ni. Bila masuk bab 10, weh cerita ni memang best.

Adegan Azizul dengan Maz masa Syams Merah nak sedut Titan tu, aku terasa gila seolah-olah aku ada kat situ.

Suka cara penulis masuk unsur sejarah dalam cerita. Sejarah ni menarik tapi yang membuatkan orang kita tak hargai sejarah sebab cara penyampaian tu. Kalau kena dengan cara penyampaiannya, sudah semestinya sejarah akan menjadi subjek kegemaran semua rakyat.

Sedih dan kesian dengan Azizul. Azizul mengajar kita, kita ni tak ada waima sedikit pun kuasa untuk ubah orang lain. Tugas kita hanya menyampaikan dengan sehabis daya kita. Selebihnya berlaku dengan kuasaNya. Kalau Dia izin untuk ia berlaku, berlakulah ia. Kun faya kun.

Betul kata Dr Nazri, tak semua benda kena khabarkan. Ada sesetengah ilmu kena simpan untuk kesejahteraan sejagat bila mana ia akan membawa kemudaratan sebab frekuensi minda setiap insan berbeza.

Sekarang ni, aku tengah baca buku syed azharul asriq, Nabi Lut Melawan LGBT, Nabi Syuib Melawan Kapitalis, SubhanAllah, apa yang berlaku kat azizul sama apa yang kaum terdahulu buat. Bacalah buku ni. Persepektif yang menarik.
Profile Image for Lokman Hakim.
Author 63 books123 followers
April 17, 2016
Cara menggambarkan teknologi masa depan itu, mungkin jika diperincikan lagi dengan penggunaan bahasa yang berbunga akan melengkapkan lagi apa yang aku rasa 'hilang' dari karya ini. Naratifnya sedikit 'keras' walaupun tepat.

Cara melindungi kerahsiaan itu bagi aku agak tidak 'padat' sangat justifikasinya. Mungkin tak perlu ada orang yang mati. Proses pemburuan kebenaran dan juga konflik-konfliknya masih terasa lompong. Mungkin sekadar perasaan, aku tak pasti. Cuma aku percaya masih ada ruang untuk pembaikan untuk karya ini. Walau apapun, ia masih sangat minimal cacatnya.

Namun begitu, harus dipuji cara Fadli Al-Akiti menyusun plotnya. Cara adunan fiksyen sejarah dan juga sains amat padu. Ceritanya tidak meleret, penerangan setiap latar juga biarpun sedikit meletihkan, tetapi tidak menganggu pembacaan. Idea sebegini besar dan usaha menyiapkan karya sebegini gah, membuatkan aku memberinya 4 bintang.

Diharap Fadli Al-Akiti akan terus menulis fiksyen sains yang bagus seperti ini.
Profile Image for Hafizul Osman.
66 reviews3 followers
January 16, 2016
Aku membaca sedikit sebelum berkelana ke Jepun. Dan aku habiskan baki buku ini ketika dalam kapal terbang ketika perjalanan pulang dari Osaka ke Kuala Lumpur.

Buku ini bukan buku biasa-biasa tetapi sebuah buku yang boleh meninggalkan satu konspirasi. Adakah Islam tiba di Tanah Melayu sekitar kurun ke-13 atau lebih awal lagi? Dan pertembungan 3 zaman berbeza bakal menjawab persoalan itu.

Dengar kata novel ini pernah dihantar untuk menyertai satu pertandingan tetapi tidak mendapat tempat. Hairan! Sekurang-kurangnya novel ini mampu menembusi 7 kedudukan terbaik pertandingan itu tetapi tidak pula dipilih.

Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
August 9, 2017
seperti biasa aku akan bagi kredit kat sesiapa saja penulis tanah air yang menghasilkan karya luar kotak. terima kasih kerana sudi membuatkan kami berfikir dan ambil ibrah
Profile Image for Zareeda.
20 reviews1 follower
January 1, 2017
Adoi ending dia tak faham & tak gempak la... Atau aku mungkin aku yang faham lalu tak gempak...
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.