Mak Timah terpaksa bekerja keras membesarkan lima orang anak yang masih kecil. Kerana kesempitan hidup, Encik Elias terpaksa keluar dari kampung untuk mencari pekerjaan. Setelah bertahun-tahun berlalu, Encik Elias muncul semula. Mak Timah diceraikan dan Encik Elias enggan mengakui Nazmi sebagai anak bongsunya. Sebagai anak sulung, Normah terpaksa mengorbankan masa depannya demi keluarga. Berbekalkan kegigihan, Normah terus meniti kejayaan demi kejayaan. Cinta yang dibina bersama Izzudin terus segar di ingatan biarpun lelaki itu semakin jauh meninggalkannya. Kehadiran semula Encik Elias sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman hidup mereka. Dapatkah Normah dan adik-adiknya menerima kehadiran Encik Elias? Bagaimanakah reaksi adik bongsunya, Nazmi dan apakah kesudahan cinta Normah?
"Nasiblah ayah,inilah benih yang ayah tanam. SEkarang ayah kena tuai hasilnya. Kalau dari dulu kasih sayang yang ayah tanam, tentu sekarang ayah masih dapat kasih sayang itu. Tapi malangnya ayah dah tanam benih kebencian dalam diri kami. Maka kebencianlah juga yang akan ayah perolehi" - Norman
"Mah harap kata-kata abang ini bukan sekadar kata-kata sahaja. Mah nak abang buktikan. Walaupun dah berbelas tahun Mah dengan Abang Udin terpisah, tapi rasa sayang dalam hati Mah masih kekal untuknya. Bukan Mah tak cuba buangnya jauh-jauh. Mah dah cuba tapi Mah tak berdaya." - Normah.
"Aku tak kisah kau nak kata apa. Tapi anak dara malang yang kau katakan tadi, sangat comel orangnya. Dia bijak, cantik dan yang paling penting sangat anggun. Aku sukakan keperibadiannya yang menarik dan sopan santunnya. Dia memang gadis idamanku." - Doktor Razmi
------------
Cerita ini saya ambil daripada rakan-rakan yang pernah suatu masa dahulu datang kepada saya untuk meminta bantuan. Cerita mereka saya himpunkan menajdi satu untuk menghasilkan karya ini dan yang selebihnya saya tokok tambah agar ia menjadi lebih menarik. Perjalanan hidup seorang rakan yang kini bergelar seorang doktor, sangat menyentuh hati. Begitu juga dengan keperitan hidup seorang jiran yang ditinggalkan suami sedikit sebanyak juga telah membantu saya dalam penghasilan cerita ini - Niesya Hanie.
secara keseluruhannya cerita ni bernada heavy drama. Penulis mempunyai idea yang menarik dan berpotensi dikembangkan menjadi kisah yang padat dan menarik namun ada sedikit kekurangan dalam delivery kisah ini.
Keluarga Mak Timah dan Mah mempunyai kisah tersendiri. Keluarga miskin yang disara seorang ibu yang ditinggalkan suami kerana mengejar kekayaan di kota. Mah berdiam diri bila terpaksa berenti sekolah dan bekerja tanpa pengetahuan ibunya. Mah seperti membiarkan ibu sendiri bersangka buruk terhadap dirinya sedangkan dia ada peluang yang banyak utk menceritakan hal sebenar dan merungkaikan kekeliruan.
Gadis 13 tahun ini bercinta dengan Izuddin yg berusia sekitar 21 tahun. Cinta mereka tak kesampaian ekoran disabotaj ibu Izzudin sendiri yang memang suka menjaja kisah buruk mengenai Timah sekeluarga.
Walaupun tidak tinggi pendidikan akademik, Mah mempunyai kemahiran menjahit yang membawa dia dan keluarga berhijrah ke kota dan membina kehidupan di sana.
Selepas 15 tahun, anak-anak timah semakin berjaya dan kelas hidup mereka sekeluarga meningkat. Si ayah kembali menagih elaun apabila ditinggalkan isterinya yang kaya raya setelah rahsianya bocor.
Tak sangka Mah masih menyintai Izzudin yang telah bertunang dan berkahwin dengan orang lain 15 tahun yang lalu, pernah cuba menodainya malah mengalami masalah mental. ohhh jangan lah setia pada orang yang macam tu. bahayaaaa... Sebbaik ada Doktor Razmi :)