Jump to ratings and reviews
Rate this book

MURTAD #3

Trilogi Murtad #3: QISAS

Rate this book
Buku terakhir dalam Trilogi MURTAD

“Hang nak cari sebab untuk bunuh depa la ni?”
“Bukan sebab…. tapi lesen.”
Derap tapak kaki Adam kedengaran kuat menginjak pelantar kayu menuju ke tingkat bawah. Satu persatu anak tangga dituruni menuju ke arah Akhil sambil menjinjing buku dengan senyuman yang puas. 
“Setiap daripada depa empat orang ni pernah membunuh dan takdak satu pun yang pernah dijatuhkan hukuman.” Adam menjulang buku sambil menunjukkan gambar yang terlekat di dinding.
Langkahnya dimatikan di hadapan Akhil yang masih tercangak-cangak. Buku itu diselak dan diangkat separas wajah adiknya yang tersentak gamam. Dengan mata yang membulat Akhil membaca tajuk yang tertera di helaian yang dibuka: 
BAB : QISAS. 
DARAH DIBAYAR DARAH. BUNUH DIBALAS BUNUH.

300 pages, Paperback

First published May 23, 2015

18 people are currently reading
299 people want to read

About the author

Hasrul Rizwan

12 books266 followers
Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini.

Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
111 (34%)
4 stars
125 (38%)
3 stars
70 (21%)
2 stars
8 (2%)
1 star
9 (2%)
Displaying 1 - 30 of 69 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
January 26, 2016

sakit tul jiwa aku baca citer ni

"Buku terakhir dalam Trilogi MURTAD"
Sudah semestinya ssuatu yg dinanti-nantikan jika sudah mengikuti kisah dua beradik ni dari awal lagi, tambahan pula Murtad tu buku pertama fixi yg saya beli dan baca.
Walaupun agak tidak berpuas hati dengan penamat buku ini,tapi penulis telah berjaya membuat saya pasrah. Yang pasti ada pengajaran disitu dan bukan sewenang-wenangnya kita boleh mengambil nyawa orang lain.
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
September 2, 2015
2.5

I think the storyline is a bit similar with MURTAD. The twin still with their mission of killing people (except this time, I'm not sure why - I'm a bit confuse at this part.

Anyway, both character are still with their same humor (though I felt like this time the author tried too hard on the jokes). I do enjoy reading about them, though.

This time, there are lots of description on the action; the guns used. It's not that I'm not interested reading about the guns, the rifle, whatsoever, but I felt like it's too much.

I felt like the author can do better. Lots of confusion in this book.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
May 27, 2017
MURTAD - 3☆
TUHAN - 5☆
QISAS - 4☆

Nampaknya QISAS tak mampu menandingi tahap kesukaan aku terhadap TUHAN.

Jika bkn krn endingnya agak sadis, mungkin hanya 3* shj akn diberi...

Dan kemunculan watak Jun(Bercakap Dengan Jun) dlm bab 14 sedikit sebyk menggembirakan aku. Ya, aku suka Jun. ;)
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
December 2, 2018
Penamat bagi Trilogi Murtad ni, maaf saya katakan, mengecewakan. Kita ada dua watak dari trilogi pertama yang ada pengalaman dan pengetahuan dalam ilmu pembunuhan, tapi selepas beberapa tahun berehat, mereka seolahnya hilang taring. Pergerakan mereka agak 'sloppy', perancangan mereka juga sama.

Maklumat dari Johari dalam trilogi kedua membuatkan pasangan kembar Adam dan Akhil kembali ke Kuala Lumpur. Destinasi pertama mereka ialah bank. Dan saya tertanya, banyak sangat ke duit yang nak dikeluarkan sampai bank di Kedah tak mampu menampung.

Kita tinggalkan watak utama dan plot, kita terus ke watak sampingan yang diwujudkan sebagai tempelan untuk meneruskan plot sedangkan ada antara mereka yang tak patut wujud pun. Malahan ada antara selingan cerita yang ditulis, pada pendapat saya, sekadar mengisi ruang untuk mencapai bilangan patah perkataan mungkin.

Masuk 1/3 yang terakhir barulah plot utama muncul dan maaf saya katakan, penamatnya tergantung. Kenapa penulis tidak wujudkan kaitan antara setiap peristiwa yang berlaku pada pasangan kembar tersebut?

Ketiga-tiga buku dalam siri ini ialah karya berasingan yang berkaitan tetapi tiada perkembangan. Menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
July 3, 2015
Tepat 2.12 aku noktahkan bacaan aku ke atas novel yg aku tunggu sekian lama..huhu. sbb buku Murtad gak yg membuatkan aku jatuh cinta kat bahasa org Utagha. dan bf aku skrg pun org Kedah. cuma slangnya dah kureng sbb dah lama duk Johor. tp takpe still dia asal Kedah. hahaha. ok ulasan aku ngn novel ni mmg best nokhorom. haha. aku rindu Adam & Akhil sgt2. aku rindu giler gurauan dan makian diorang. tergelak bila terbc nama yg disave dlm hp utk Adam (BADAM) dan Akhil (BAKHIL). hahahaha. awal2 novel babak kat bank teringat novel Jahanam. dan selingan muncul watak Jun. yes. kompom ada smbungan. sbb dah ada hint jalan crita dr novel Bercakap dgn Jun (Dubook Press). Jun msuk penjara dan dibebaskan (phew dia selamat gak. tak mati wlu kena tembak) tp sedih terpisah ngn anaknya Ranum. sedih giler ending novel tu. dan kali ni aku nangis lg babak Zulaikha mati. Tp....takde lgsg babak Johari. mesti ada smbungan novel Tuhan kan? cuma aku lg suka babak aksi AA. pergh...
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
October 26, 2015
Ada bahagian yang agak meleret dan melelahkan. Nantilah review~
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
October 17, 2015
Best nokharom hang tahu. Aku yang jati Kelantanese ni pun rasa kagum dengan slang Kedah. Hahaha.

Ok, 1st of all, aku baca Jahanam dulu sebelum Qisas, aku rasa terkilan dengan Jahanam yang mana jalan ceritanya begitu mendatar, dan klimaksnya begitu cepat. Selepas membaca Murtad, aku tidak menunggu Tuhan, tetapi Tuhan diterbitkan, aku membeli, dan ia lebih kurang Jahanam, bahkan lebih teruk kerana dimasukkan unsur sci-fi.

Lama aku tunggu Qisas, baru keluar. Aku berharap tidak seperti Tuhan. Aku membelinya kerana aku sangat tertarik dengan tarian pena seorang Hasrul Rizwan (HR). Membaca Jahanam minggu lepas, ada sepatah sahaja ayat dalam Jahanam itu menyebut "Akhil". Aku syak si HR ni buat novel yang berangkai macam si Nami Cob Nobbler.

Jadi minggu ni aku baca Qisas, di awal bab sudah ada scene dalam Jahanam tu, memang sah la berangkai. Hahaha.

2nd of all; aku ingat novel ini persis Murtad. Tetapi ada twis jugak di endingnya, cukup pantas twisting itu.

Aku kagum dengan HR, kerana aku hidup selama ni pun tak pernah tahu pasal senjata api, HR tulis dalam Qisas ni pasal senjata, nokharom punya best dia cerita. Aku hidup ni pun, yang aku kenal, "ni pistol, ni sniper, ni senapang", tu ja la aku tahu. Terima kasih kepada HR kerana detailkan pasal senjata api. Kalau hang tipu pun dalam novel ni, aku percaya ja. Nokharom!!!.

3rd of all; HR mengangkat personaliti fizikal Akhil dan Adam berlebih-lebihan. Aku tiada masalah dengan ini. "Kacak, orang ke-9 terkaya di Malaysia, pemilik Double A, bla bla bla, rumah agam ibarat istana". Novel ini mungkin diminati perempuan.

4th of all; aku rasa HR boleh menulis dengan lebih baik. Watak inspektor Razman sepatutnya digarap dengan lebih teliti dan dimainkan wataknya lebih banyak. Kerana dari mula hingga hampir tamat novel, Razman mencari kesalahan pada si 'Double A' ini, mana mungkin cerita ini habis macam tu ja.
Profile Image for Kucc _Aprilsnow.
32 reviews210 followers
June 17, 2015
Naskhah yang ditunggu2. Amat ditunggu2.
Sebab nak dapat semula feel, ulang baca Murtad.
Naskhah yang digaul dengan pelbagai rencah, rentak dan laras. Sempurna.
Pengakhiran yang tak disangka2.
Senyum dan sedih bergaul sama.
Adam dan Akhil kekal hero naskhah Fixi yang paling melekat di kepala dan jiwa. Heroes among the heroes.
Gelagat dan kata-kata takkan dilupa walau bersimpul juga kepala nak faham makna...hakhakhak.
Tak kisah sebab saya suka gila kat hangpa berdua.

Buat penulis, double double thumbs up.
Tahniah bro!
Kalau ada Tetralogi habaq noo..
cheq tunggu sebab macam tak puas baca kisah depa.
Kisah yang seakan hidup di akal dan kepala.

AdamAkhil
MariaZulaikha
AnisZahra
LangMudoq

Moga ada sambungan kisah anda semua
Dari bumi Gajah Putih di Lembah Mekong
Mungkin
Atau mungkin menjejak semula
Tanah Melayu
Bumi Raja Bersiung
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
February 26, 2016
Lama juga nak ambil masa nak habiskan trilogi terakhir ni. Bukan apa, rasa sayang nak 'lepaskan' si kembar dua ekoq ni hahaha :P

Cliche?
Ya, ada sedikit. Sebab hero nampaknya 'kekal' hingga akhir.
Aku harapkan depa mati ke? Tak juga. Tapi, yalah... qisas. Hmm...

***TBB
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
October 16, 2016
Lebih sukakan cerita dalam MURTAD & TUHAN berbanding QISAS.
Profile Image for Hasnul Adin.
46 reviews28 followers
October 16, 2015
Qisas.

Bagi aku novel yang ketiga ini sangatlah menghiburkan dari segi aksinya. Dari awal sampai mula aku cukup terhibur dengan scene permainan senjatanya.

Rompakan bank, Akhil menyelamatkan Jun, waktu nak bunuh target pertama dan kedua, waktu Akhil buru Awang Teloq sampailah part yang last masa diorang lawan dengan Bahjan, semuanya aku bayangkan dengan first-person view. Rasa macam main Call of Duty sungguh. Memang sempoi. Haha!

Sebenarnya aku rasa aku sepatutnya baca semula Murtad dan ending Tuhan untuk recall balik a few things yang aku rasa macam blur sekejap.

Contohnya kalau tak baca ending Tuhan, mungkin tak akan faham kenapa Akhil kata semua yang terjadi pada diorang ni adalah sebab diorang sendiri dan kalau diorang tak buru mangsa2 tersebut, diorang tak akan terperangkap dalam bala yang diatur Bahjan. Mungkin watak Johari pun pembaca tak ingat.

Kemudian sejujurnya aku rasa ending dia macam tergesa-gesa dan macam tangkap muat pon ada. Haha!

Diorang larikan diri selepas Zulaikha mati dan Zahra dilahirkan kemudian boleh pulak Maria lalu kat tempat diorang larikan diri. Tiba-tiba ada Maya sekali. Masa ni aku rasa terkejut juga. Sudahlah Maria tiba-tiba tahu diorang ada dimana kat Kedah tu (Okay. Boleh katalah Akhil bagitau walaupun dialog tu tak wujud.), Maya tumpang kereta Maria pun aku rasa macam "Whattttt?!" pada mulanya.

Tengah haru biru tu Maya tembak Adam, suasana jadi tegang dan entah dari mana muncul Razman tembak Maya. Hebat Razman ni sampai boleh jejak Adam dengan Akhil macam tu sekali. Haha!

Aku juga rasa kalau dipanjangkan lagi, ditambah cerita sikit sebelum diorang hiduo sebagai pelarian pun okay juga. Sebab bersambung bab baru, cerita terus langkau 4 5 tahun ke depan. Zahra pun dah boleh bercakap. Aku nak tahu juga macam mana diorang survive. Haha!

Walaubagaimanapun ianya tetap menghiburkan dan berjaya memberikan kepuasan kepada aku.

Disebabkan watak dan scene yang macam tergantung tu macam banyak, apa kata penulis buat novel sambungan, Part 4 of Murtad. Haha!

Bolehlah cerita apa yang terjadi kepada Adam dan Akhil lepas larikan diri masa scene last tu. Kemudian tambah cerita tentang Razman. Bagi lagi masyuk, buat cerita yang Razman bertembung dengan Adam dan Akhil dan kemudian Razman mintak tolong Adam dan Akhil. Diorang bekerjasama dalam satu kes di Thailand. Haha! Boleh tahan imaginasi aku. Macam cerita Fast Furious pula.

Tahniah pada penulis. Dah lama aku tak rasa teruja macam ni bila baca novel.

4 star for the Trilogi.
3 star for Qisas.
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
June 16, 2016
Qisas merupakan buku ketiga dan terakhir (mungkin tidak jika penulisnya berniat mahu menyambung trilogi ini dengan lebih lanjut pada masa hadapan) di dalam Trilogi Murtad. Seperti novel yang pertama,Murtad,sekali lagi ditampilkan watak adik-beradik Adam dan Akhil sebagai watak utama.

Jika dibandingkan antara Murtad dengan Qisas,saya lebih menyukai Qisas. Malahan,penulisnya,Hasrul Rizwan juga tidak tumpul keupayaannya untuk menulis sesuatu yang mampu membuatkan saya ketawa. Di dalam bab pertama saja,saya sudah berasa geli hati dengan satira mengenai kucing yang dikaitkan dengan novel tulisan Ramlee Awang Murshid yang bertajuk 9 Nyawa.

Hala tuju jalan cerita juga agak kemas dan lebih bertuju. Saya sendiri agak terkejut dengan plot twist mengenai rahsia sebenar misi mereka membunuh kesemua penjahat yang dipercayai bakal menjadi pembunuh Adam dan Akhil serta keluarga mereka berdua,seperti yang telah diberikan amaran oleh Johari sebelumnya. Saya juga berpuas hati dengan penamat ceritanya walaupun ada sesetengah pembaca kurang atau tidak berpuas hati mengenainya.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
January 23, 2020
Saya hanya ada Qisas. Jadi tanpa Murtad dan Tuhan, saya baca Qisas. Ini antara buku yang saya kalau boleh tak mahu terus baca sebab tak mahu ceritanya habis. Dah tahu kesudahan rasa macam tak thrill untuk baca Tuhan dan Murtad namun Na juga tahu bagaimana semuanya bermula. Saya juga sangat berkenan dengan watak Adam dan Akhil ni. Dari part gaduh nak buat apa pada kucing yang tinggal nyawa nyawa ikan selepas dilanggar lari, hingga mukasurat akhir... sangat best cerita Dia.
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
January 16, 2016
Part kelakar dengan loghat Utagha tu memang terbaik sangatlah! Cumanya ada beberapa part yang meleret. MURTAD is the most outstanding in my eyes. That's it.
Profile Image for Bax.
514 reviews35 followers
August 5, 2017
Tamatlah sudah kisah Adam dan Akhil.

Keseronokkan jalan cerita masih sama macam Murtad. Tapi kalini depa tak bunuh orang murtad. Depa nak bunuh orang yang Johari kata akan bunuh depa. Dari permulaan cerita sampai lah ke pertengahan, memang dah dapat agak lah apa nak jadi dekat pengakhiran, tapi rupanya plot twist lagi. Ka aku ja rasa benda tu plot twist? :3

Aku bukan tak suka Akhil, tapi aku lagi suka Adam. Dia lagi cool, lagi tenang. Sebelum buat apa-apa, dia plan dulu. Pikiaq dulu habis-habisan. Akhil ni jenis hentam ja. Aku rasa Adam lah hero sebenar cerita ni, tapi dekat scene terakhir tu, nampak macam Akhil pulak jadi hero. Tu yang tak jadi bagi 5 bintang tu. Kahkahkah bias nakharam. Nasib baik ada jugak sikit happy ending untuk depa. Kalau tak aku mengamuk! Hahaha aku salahkan Johari lah dalam cerita ni.

Seperti biasa, aku memang suka la baca penulisan abang Hasrul ni. Santai. Sedap baca. Novel Tuhan ja aku tak berapa berkenan sangat haritu sebab aku tak boleh masuk sangat dengan scifi tu. Murtad dan Qisas? The best.
Profile Image for Hannani.
20 reviews1 follower
July 2, 2015

Rasanya kalau baca murtad then terus baca Qisas pun okey, boleh skip cerita Tuhan. But do read kalau rasa tertanya2 mcm mana si Joe boleh survive dari tembakan Akhil.

Ini bukan review, ni ranting namanya. I repeat, this is a ranting, not a review. So back off kalau belum baca.

4.5 / 5 stars.

1. Mula cerita dengan bebelan si Akhil ni. Sungguh, rindu kembar dua ni. Badam & Bakhil, hahaha.

2. Sape tahu Just Maya yg muncul kat 3/4 cerita ni mainkan peranan yang sangat sangat besar dalam cerita kali ni.

3. Dah agak dah, dah agak dah. It's not a great idea si Johari bagitau kat kembar ni about the future. Dude, you shouldn't do it. -..-

4. Tabik spring gila kat ending dia. Nmpak tk macam mana si Hasrul ni mainkan perasan pembaca? Konfius sekejap, menjerit sekejap, menitis air mata sekejap. Memang sampai rasa nak Baling buku ni sebenarnya kat dinding.

Mula dengan cara si zulaikha (die heroically I must say) dibunuh. Oh cara si Hasrul describe sayangnya Akhil kat zulaikha ni. All those body languages.
Then diikuti akhil dengan tangan dia sendiri kena bedah isteri dia and amik Zahra dalam perut. Tell me siapa yg sanggup bedah badan yg tersayang dengan tangan dia sendiri?

But wait, tu tk habis lagi. Tau tk apa feel dia bila tiba2 Maya muncul depan mata? Maya yg menyebabkan benda semua ni berlaku? Dan bila nampak depan mata dia sendiri Adam kena tembak oleh Maya? Si Akhil ni sendiri rasa yang adam ni macam dh boleh je mati kat situ. Siapa boleh terima satu satu orang yang tersayang mati depan mata?

Tak cukup lagi, masa ni lah pulak si Razman muncul. Stalker sungguh dia ni sampai ke Kedah follow si Maria. Makin panik lah si Akhil ni huu.

Kasihanilah si Akhil ni. Haru wei, haru ㅠ.ㅠ

5. Cuma kurang sikit aa pasal Razman. Macam cerita dia off tiba tiba. Semua built up dh complete dh, tinggal nk do something je dendam kesumat semua tu. Ingatkan razman lh sebenarnya protagonis utama dalam cerita ni haha. But wait, mngkin watak razman ni akan digunakan untuk sambungan? Who knows.

6. They said this is a happy ending? But for me : NO. Anyone tell me siapa suka hidup dalam pelarian? Nampak tak dorang semua hidup macam tkde tempat berpijak? Tinggal atas sampan, dengan takde ID. Dorang tu dh kira wanted kat Malaysia, so nk tnak tpaksa hidup mcm ni. Yes, mngkin akhil rasa lagi tenang sebab semua ni dh berakhir. Dh tkde apa yg perlu dia penat2 fikir.

Sian Anis. Huu. Macam dia terpaksa je ikut sebab dah tkde langsung keluarga setalian darah dengan dia.

7. Memang dari awal cerita ni fokus pada Akhil eh? Most pov comes from him, and dari MURTAD pun macam dia yg save the day. Dia yg selamatkan Adam dulu. And kali ni pun, Akhil yang selamatkan Adam.

8. Pointing this again : Johari should not messing up with the past! Benda ni semua berlaku sebab Badam & Bakhil yang cari pasal dengan bunuh konco2 Banjau ni. All this tragedy wont happen if they just stay back and duduk je diam diam kat Kedah nun.

PLUS FOR :
1. Adam dan akhil's back! Plus plus.
2. Ending dia yang memang sangat mantap. Preach!
3. Those feelings, undescrible! Bittersweet maybe? Tapi tak sampai tahap pahit sangat aaa.

MINUS POINT FOR :
1. Kes Inspektor Razman trgantung gitu je. Serius nk tau apa pengakhiran kisah inspektor yang stalker ni.
2. There's some part yang rasa boleh dipotong? Cuma tk pasti hapa.
3. Watak adam macam tenggelam sebab watak akhil terlampau kuat. Bukan ke ni cerita dorang bdua? Bukan si Akhil je?

Last note, please there's sequel! I believe that there's a better ending than this.
Profile Image for Dayah-sama.
56 reviews6 followers
June 2, 2015
Sebenarnya, saya amat menantikan penamat untuk trilogi Murtad. Jujur saya mengatakan, buku #3 ini agak mengecewakan saya, overrated. terdapat banyak hal-hal dan kisah yang membuatkan cerita ini meleret seperti tiada kesudahan. Dimana klimaks cerita ini? Sebuah buku yang saya kira tebal, banyak terbazir kerana perihal yang tidak penting. Banyak persoalan-persoalan yang tidak terjawab. Kecuali Akhil yang masih kelakar. Adakah saya seorang sahaja yang merasakan Akhil yang paling menghidupkan cerita? Watak baru yang dikenalkan tidak dirapikan sebaiknya.

Buku #3 seperti pepatah inggeris, All well that ends well. P/s: Saya tak suka watak Maria yang terlalu try hard. Kalau watak itu terkorban, mungkin kesan buku ini lebih mendalam. Kerana drama mewujudkan emosi dan meninggalkan kesan mendalam pada pembaca seperti saya.
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
November 9, 2015
Hmm, plot twist. Kita yang tentukan masa depan kita sendiri. DARAH DIBAYAR DARAH. BUNUH DIBALAS BUNUH.

Apa aku nak cakap eh. Jalan cerita ok. Tak menghampakan, lagi-lagi tang aksi. Aku suka gila. Terbayang-bayang macam dalam movie.

Aku selalu keliru dengan nama-nama watak dalam ni, hahaha salah aku kot keliru.
Dan ada jugak la typo dari penulis tapi aku pandang sebelah mata ja sebab jalan cerita lagi penting.

Maria Maya, Johari Junaidi.

Ending dia kurang umphh. Macam mana dengan mayat Zulaikha? Tau-tau dah kena kebumi. Citer la macam mana Akhil datang tuntut mayat ka apa ka. Anis..mana Anis??
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
August 28, 2016
I like it but I would like it more if Maria do something badass. It's highly illogical someone would still have romantic relationship with the guy who killed her dad. Also, Maria takkan tak rasa sedih bila jumpa pembunuh ayah dia, walaupun benda ni dah lama berlaku. He was killed. Not died by accident or sakit tua. Dahla Maria tu rapat dengan ayah dia. Tambah2 pula lepas kena tembak dengan Akhil. No revenge? No hard feelings at all????

I know it's love. But it's not logic. Only logic if Maria is a robot.

The ending is perfect. The scenes can be imagined.

PS: You can choose whether to read or not to read Tuhan to understand the story.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
December 17, 2015
Aku tak jumpa puncak cerita. Dari perumitan terus ke peleraian. Ada bahagian yang meleret dan ada bahagian yang aku blur sebab tak berapa faham.

Tapi,

Aku puji teknik penceritaan, gaya bahasa. Menarik. Dan dialog utara tu memang nokharam power.

Lebih baik daripada Tuhan tapi tak boleh lawan Murtad.
Profile Image for Reen.
39 reviews4 followers
April 1, 2024
Suka dengan watak dua orang kembar ni yang pandai buat lawak dan sangat sempoi. Chemistry antara dua beradik ni sangat kuat, nama pun adik beradik tapi chemistry antara pasangan kekasih masing-masing pula terasa kosong dan canggung. Tapi tak mengapalah, lagi pun the main plot cerita ni bukan cinta tapi Qisas. Nyawa dibalas nyawa.

Jujur bagi aku, ending cerita ni sangat rushing. Lagi-lagi part menembak dekat hujung-hujung cerita. Aku jadi macam ‘huh’? Sebab pening siapa yang tembak siapa. Tak nak mention lebih-lebih takut nanti terbagi spoiler, tapi siapa yang dah baca tahulah ending cerita ni laju macam mana.

Aku ada juga menunggu Joe untuk muncul dekat hujung cerita. Tapi tak ada. Tak apalah, lagi pun ending cerita ni berjaya mencapai matlamat Johari, jadi cerita ni tak perlukan sambungan dah. Novel Tuhan pun dah menjangkaui fikiran manusia. Kalau sambung lagi buku keempat nanti jadi tajuk TAUBAT pula. Cukup sampai sini saja.


My personal ranking untuk trilogi ni:

1. Murtad (perfect) 5/5⭐️
2. Qisas (ending rushing) 4/5 ⭐️
3. Tuhan (tak minat dengan watak Johari sebagai watak utama) 4/5 ⭐️
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
February 15, 2019
Adam dan Akhil dalam babak akhir. Ini lebih saya gemar berbanding MURTAD. Ingatkan cuma ada watak JAHANAM saja di sini, watak utama BERCAKAP DENGAN JUN pun ada juga rupanya-- menarik bila semua karakter berlainan novel berada di paksi naratif yang sama. Selalu suka dengan hubungan adik beradik Adam dan Akhil-- bagaimana percayanya seorang adik kepada si abang dan menjaganya seorang abang terhadap si adik. Ada bahagian yang buat ia meleret atau mungkin saya yang tak sabar nak tahu apa pengakhiran kisah buruan Adam dan Akhil dengan lelaki-lelaki yang dikatakan Johari. Laras bahasa dan susunan cerita yang masih bagus, that usual Hasrul Rizwan yang rajin meritma dan berkias dalam melarik ayat. Aksi dan jenayah, dua hal dalam novel yang paling saya gemar. Adventur Qisas yang sebenarnya berpunca daripada kesilapan dan persengketaan sendiri. Satu tragedi dan pengajaran, penciptaan sejarah berdalangkan emosi, ada kasih sayang yang tak terhingga, dan cinta yang tak semestinya kekal ke akhir. Satu sambungan yang memang saya harapkan daripada MURTAD (did not fancy novel TUHAN that much).
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
December 28, 2020
Lama betul baru nak baca buku yang last ni. Murtad dan Tuhan dah bertahun aku baca. Sampai aku pun tak ingat sangat dah jalan cerita. Jenuh recall. Nak selak2 balik dua buku tu aku bagi pinjam kat orang. Dia pun tak pulang2 lagi. Huhu...

Qisas. Pengembaraan dua beradik kembar, Akhil dan Adam sampai ke penghujung. Sebelum sampai hujung, depa nak perabih satu misi terakhir dulu. Misi kemuncak yang mahal harganya.

Tapi part ketiga tak boleh lawan nombor satu ngan dua lah.
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
November 23, 2018
Tudiaaaa. Bahasa dan gelagatnya, ya ampunnn. Kelakar. Mungkin kurang dapat menjiwainya kerana masih belum membaca dua buku sebelumnya.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
January 19, 2018
Buku ketiga dari trilogi Murtad.. Sukses.. Malang itu mereka yang cari.. Johari hanya menyampaikan penamatnya.. Johari tidak melihat keseluruhan cerita.. Namun pengakhiran mereka bukanlah seperti apa yang Johari khabarkan.. Akhil & Adam.. Berakhirlah sudah kisah mereka.. Tak ada lagi loghat Kedah.. Dua watak yang sangat Sha suka..
#qisas #hasrulrizwan #fixi #novelmelayu #novelaksi #actionnovel #bookstagram #hobisaya #booklover #bookworm #bookreview #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Nisya Mazalan.
55 reviews2 followers
August 20, 2021
Aku tutup mata dengan part bosan dalam cerita ni dan kasi 5 bintang sebab ending dia berair mata berair hidung!!! (Sorry excited sebab baru habis baca dalam 2 minit dah update review).

Ah! You can just skip the other two books and leap to Qisas here HAHAHA tapi sayanglah tak kenal Johari! I wanted to know what happened to Johari, really. What happened after he knew his letter has brought death to other people! Tapi kisahnya, aih, boring! (Yeah, we only want Adam & Akhil in the story)

Lawak dalam Qisas lebih padu, bahasa lebih romantis, ada plot twist, ada kematian di sisi hero, yang mana takde dalam Murtad eh! But that's what makes the last book a victory I believe. Rating aku agak hambar dekat buku #1 & #2. Glad this one made me change my mind on reading Hasrul Rizwan again!

Edited: baru perasan aku update review pada pukul 4:23 AM. THAT GOOD! 🥲❤️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Farah Nadiah.
47 reviews1 follower
January 2, 2023
Akhirnya habis baca setelah lebih 6 bulan berhenti baca. Mujur masih ingat sedikit sebanyak plot yang ada. Bagi saya ending macam agak rush. Dahlah agak sedih dan menyayat hati gak baca. Babak aksi memang best dan mengujakan.
Profile Image for Siti.
64 reviews29 followers
May 30, 2015
Nasib baik kali ni ceritanya dari awal sampai habis pasal kembar tu. Kalau tak mesti ada rusuhan depan pintu penulis.

Ada pepatah orang putih cakap, "Don't trouble trouble, until trouble troubles you." Jadi inilah tema yang paling sesuai bagi buku ni. Aku cuma rasa ada beberapa bahagian yang mungkin boleh diperbaiki, contohnya aku kurang puas hati dengan penamat novel ni. Inspektor tu macam mana? Kes diorang jadi apa? Johari tu tak ada follow-up ke? Dalam buku nota Adam tu tak tulis apa-apa ke? Page time Maya terlalu sikit dan terlalu banyak double-meaning jokes! (Not that I don't laugh at it.)

Aku rasa macam tergesa-gesa cerita ini disimpulkan untuk mengekalkan kos RM25 tu. To be honest, you can go all out on this ending. Sebabnya buku ni aku pasti ramai orang yang baca dan sanggup beli dengan harga yang mahal dan lagi gembira kalau buku ni setebal buku terakhir siri Harry Potter. Bila lagi nak test market orang Malaysia ni rajin membaca, ye tak? Kalau RM50 pun aku sanggup beli asalkan banyak persoalan boleh terjawab dan mungkin plot novel ni akan lebih kompleks dan watak akan saling berkait antara satu sama lain. Jadi...ada peluang tak prequel trilogi ni akan dibuat?

Tak sangka pula Jun buat cameo dalam cerita ni. Apalah nasib dia lepas orang yang tawarkan dia bekerja tidak berharta. Apa pun, bromance antara Adam dan Akhil menyinari harapan pembaca pada setiap halaman. Mana tidak, dekat phone masing-masing register nama tambah B kat depan, kamceng baq hang!

#Challenge 14: A Book that Made Me Cry & Google Every Fire Arms Listed In It
Profile Image for Syera.
30 reviews15 followers
August 15, 2015
Nak bagi 3.5 sebenarnya. Hee. Siapa pernah baca buku Jahanam by the same author yang tulis buku Qisas nie boleh nampak relation between those 2 books. Qisas is ok. Cuma ending dia macam tergesa-gesa. Author nie macam cepat sangat nak tamatkan cerita trilogi nie. I dont know. Maybe sebab dah follow 2 cerita before this, so I expect yang ke-3 nie lebih tersusun dan kemas. Anyway, gaya dan bahasa penulisan Hasrul Rizwan sempoi and cool as usual.
Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
November 6, 2015
the end of nerve wrecking trilogy by hasrul rizwan. adam & akhil kembali memburu orang yang diramalkan akan membunuh mereka. tapi bukan pembunuhan saja2. mereka menggunakan alasan qisas;hutang darah dibayar darah. mcm biasa ia sesuatu yang perlu dibahaskan jika seseorang benar2 mahu melakukannya dalam dunia realiti.
but at the end, the writer give a nice wrap and make us think about how our actions can bring domino effect to ourselves.
Displaying 1 - 30 of 69 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.