What do you think?

Beduk Diketuk #2
Beduk Diketuk Lagi
Buku ini merupakan susulan buku Beduk Diketuk yang telah empat tahun berada di pasaran. Walaupun konsep dikemukakan masih sama namum mesej dan persoalan yang dikemukakan lebih luas dan menyeluruh.
Cerita-cerita dan huraian dalam buku ini disampaikan secara penuh hikmah: berkisah dalam tarbiah, mengejutkan bersulam kiasan dan membuat teguran bersalut gurauan. Agar segala yang berat mudah difahami dan diaplikasi serta mesej-mesej sarat tarbiah mampu dihadam secara santai oleh pembaca.
Beduk perlu diketuk untuk menyedarkan dan memberi peringatan kepada umat manusia. Beduk Diketuk Lagi pastinya bukan untuk menyakitkan, tetapi untuk menyedarkan. Semoga buku ini mampu memberi peringatan selaras firman Allah:
"Berilah peringatan kerana orang Mukmin akan mendapat manfaat dari peringatan."
Mudah-mudahan beduk diketuk akan mampu untuk didengar oleh hati, akal dan perasaan kita agar kita mampu berubah ke arah lebih baik.

Paperback
First published April 15, 2015
About the author
Pahrol Mohamad Juoi
40 books254 followersPahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.
Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.
Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.
Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.
Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
September 23, 2017
sambungan pd Beduk Diketuk Vol.2.
menekankan bahawa kerja dan tugasan juga merupakan ibadah. untuk memperbaiki manusia, mesti baiki hatinya. untuk baiki hatinya, baiki solatnya. menggalakkan pembaca untuk bersikap positif terhadap ujian serta menyedarkan diri ni untuk bersaing dalam mendapatkan cinta Allah tidak kisah miskin atau kaya.
my favorite part is Chapter 4; Beduk 4: Menutup Aurat Tetapi Hati Jahat?
"Menutup aurat ialah pakaian wanita solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah"

May 8, 2017
tak sedar buku ni dah keluar vol.2.. aku kalau nak beli buku, aku beli tengok penulis. tapi sebenarnya tak bagus jugak kalau memilih penulis ni. ye la. berapa ramai sangat penulis yang aku kenal. hoho. buu ustaz ni, macam biasa, bahasanya berat. tapi boleh difahami. bagi aku yang biasa-biasa ni, kena baca ayat yang sama dua tiga kali, baru dapat faham. so memang memerlukan suasana yang privasi masa nak baca. kejap je pun aku baca. 3 hari settle. memang disyorkan baca bagi sesiapa yang suka baca buku utk menambah ilmu, tapi dalam keadaan santai :)
October 27, 2015
Diketuk dan diketuk lagi.
Begitulah setiap kalinya membaca tulisannya.
Ringkas, santai tapi deep.

April 20, 2024
Antara buku islamik motivasi yang sangat sedap dibaca dan tak bosan.
Setiap bait-bait perkataan disusun dengan sangat baik dan dipilih secara teliti. Jika ia makanan, buku ini ibarat makanan yang sedap dilidah, mengenyangkan, menyihatkan kerana penuh nutrisi dan segar.
Sudah pasti akan rekomen kepada orang lain untuk membacanya.

June 30, 2016
Say no more, everyone should know betapa santainya penulisan Ustaz Pahrol yet betapa berkesannya penulisan beliau dalam mengetengahkan issues yang mendalam. Teguran yang sangat berkesan, langsung tiada rasa intimidated or condescended by penulisan Ustaz dan sungguh, penulisan yang sangat, sangat memujuk.
July 5, 2015
Beduk diketuk untuk menyedarkan... Teguran disampai dengan kiasan...
Disulam mesra dengan gurauan...
Iktibar diambil sebagai pengajaran...
Disulam mesra dengan gurauan...
Iktibar diambil sebagai pengajaran...
Displaying 1 - 6 of 6 reviews