Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bunga dan Kopi

Rate this book
Pertemuan tanpa sengaja itu sepatutnya menjadi satu perkara yang biasa. Sekadar dua orang asing yang kebetulan berkongsi ruang antara sebuah kafe dan sebuah kedai bunga yang terletak bersebelahan.

Namun, bagi Diyani Qaisara, segalanya berubah sejak dari hari itu.

Kehadiran Faleeq Amsyar, pemilik kedai bunga di sebelah kafenya, bukan sahaja mengganggu rutin, malah mencabar kesabarannya. Hal sekecil apa pun mampu mencetus perbalahan.

“Kenapa awak ubah tong sampah saya?” — DIYANI QAISARA.
“Kau tanya kenapa aku ubah? Tadi tong sampah kau ada dekat tempat tong sampah kedai aku tau? Aku yang patut tanya kenapa kau letak dekat situ?” — FALEEQ AMSYAR.

Kopi bertemu bunga.
Pahit bertemu lembut.
Langsung tidak serasi.

“Minum kopi pahit. Perangai pun ikut pahit.” — DIYANI QAISARA.
“Sekurang-kurangnya aku tak manis sampai menyusahkan orang lain.” — FALEEQ AMSYAR.

Namun di sebalik setiap pertelingkahan, ada sesuatu yang mula hadir dan satu rahsia yang Faleeq simpan rapi.

Adakah rahsia itu akan terbongkar dengan sendiri, atau Faleeq sendiri yang akan memilih untuk membuka segala-galanya?

Dan mampukah Diyani menerima kebenaran yang selama ini disembunyikan daripadanya?

207 pages, ebook

Published July 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Itsmechinta

3 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
5 (100%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,285 reviews241 followers
July 13, 2026
A light, wholesome read that made me smile. Zero konflik yang menyakitkan hati... just a stress-free romance from start to finish.

He fell first. She fell harder.

Siapa sangka plan Sufina dan Hazreen nak kenalkan cousin Hazreen, Faleeq... akhirnya membawa mereka kepada titik bahagia. Dari asyik bergaduh macam anjing dengan kucing, tak sangka mereka mula serasi selepas berkongsi kisah silam masing².

Apa yang F paling suka? Tiada scene tarik tali yang meleret atau unnecessary misunderstandings. Mereka memilih untuk benar² mengenali dan jatuh cinta selepas berkahwin and that was refreshing.

Part selepas kahwin memang favourite F! Itulah bahagian yang buat F asyik tersengih seorang diri. Notty betul Faleeq ni.

F closed this ebook with a big, satisfied smile. I truly enjoyed reading. Thank you for this short, heartwarming read. Simple, sweet and it left me happy.
Profile Image for Aira Zira.
206 reviews5 followers
July 19, 2026
Rate : 4.2⭐️

“𝑩𝒖𝒏𝒈𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒐𝒑𝒊.

𝑫𝒖𝒂 𝒅𝒖𝒏𝒊𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒃𝒆𝒛𝒂, 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒍𝒆𝒎𝒃𝒖𝒕 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒉 𝒘𝒂𝒓𝒏𝒂, 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒑𝒂𝒉𝒊𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒔𝒂𝒍𝒊𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒍𝒆𝒏𝒈𝒌𝒂𝒑𝒊.”

Pasal tong sampah pun boleh buat gaduh. Kau ghase? Hahaha
Depa ni memang super duper cute tau!
Okay firstly, saya tak fans sangat e-book. Tapi, lepas baca hat ni dengan jalan cerita yang santai, simple dan cepat, saya jadi teruja pula.
Tahu-tahu dah habis! Ehhh nak lagi boleh tak?🤭

Bercinta lepas nikah?
Always a yessssss.
Dari bercakaran sebab tong sampah, jadi geng kenakan tunang si Faleeq.
Ada ke Diyani pi bantai buat lawak mesin padi? Haha saya gelak besar weyh!🤣

Yang asalnya kawan-kawan mereka nak jodohkan tapi ada je benda budak berdua ni nak bertekak. Mat bunga dengan cik kopi. Ee pahit nak mula tapi berbunga hati dibuatnya!😍

Yang suka atau kurang gemar e-book, saya nak juga korang beli dan baca this one!
Kisah romcom yang akan terpahat di hati.
Stress free dan happy sengih-sengih.
Bukan kulit buku je cantik tau! Isi e-booknya pun lawa and so la menenangkan.🥰🫶🏻

Enjoy your reading guys!😘
Profile Image for Miss Ruby.
20 reviews1 follower
July 18, 2026
⭐⭐⭐⭐.5


Finished reading, and I had such a good time with this one.

Apa yang paling saya suka, cerita ni tak drag. Pacing dia just nice, every chapter ada progression, so memang susah nak stop baca.

Faleeq dan Diyani were definitely the highlight of this book. I really enjoyed the enemies-to-lovers trope, especially sebab romance mereka berkembang slowly instead of terus jatuh cinta. The banter, the chemistry, and all the little moments between them made the journey even more enjoyable.

I also appreciate how semua persoalan dalam cerita ni terjawab. Tak ada plot yang rasa tergantung, and the ending felt satisfying.

Overall, this was a light, fun, and comforting read. A story that made me smile, laugh, geram, and root for Faleeq & Diyani until the very last page.

It was such an enjoyable read ✨
Displaying 1 - 3 of 3 reviews